Sunday, 30 June 2013

~ Cerita Hujung Minggu ~

Assalamualaikum..

Semalam saya bawak mak, anak2 dan 2 orang anak buah gi jalan-jalan.. Mula-mula saya gi COD vitamin pada customer. Dia baru nak cuba Set Diet Shaklee. Sebelum ni dia amik brand lain, tapi decide nak tukar brand sebab dah x boleh nak maintain ~ mahal sangat.. So nak cuba Shaklee.. =)

Lepas tu cadang nak ke Hospital Ipoh melawat  orang sakit. Tapi mujur call dulu, masa melawat dah suntuk sangat. Plus saya bawak anak-anak ramai. Tak boleh la nak masuk. Patient tu baru lepas kimo.. Tak bagus untuk pesakit, tak bagus jugak untuk budak2.. So cancel. Pegi petang lah kalau berkesempatan..

Saya bawak semua nya pegi kedai adik ipar saya - Fara (Kedai).. Tujuannya ibu nak carik jubah selepas terpengaruh dengan jubah si Farah ni pakai nampak canteks je.. Masuk kedai dia terus rambang mata weiii.. dari 1 jubah terus jadi 2.. nasib baik duit x cukup.. kalau tidak, jadi 3 jubah!! Hahaha.. N nasib baik lagi CM x ikut.. Kalu x, x tau la ape di kata nya saya ni.. Apa pun saya puas hati.. hadiah birthday untuk diri sendiri..

Meh cuci mata dengan gelagat anak4 saya.. Anak saudara pun anak saya juga..

Bila nak tangkap gambar, mula terenyih2.. menurun sapa la agaknya budak ni..

Haa.. tengok..

Renyih lagi..




Hehe.. dengan terkangkang nya.. ish3..

Dalam pic ni adik Zahra tak ada. Sebab dia sibuk memerap nak masuk perut balik! Saya doa kan anak4 saya ni jadi anak solehah dan bijak.. Sayang semuanya... 

Hanni


30th BIRTHDAY GIVEAWAY!!

Assalamualaikum Warahmatullah..


Ehehe...
Sticky post sehingga 30 JUN 2013(Scroll ke bawah untuk entry terbaru)




Excited sungguh Mak Dara nak umumkan, secara rasminya bermula hari ni hingga 30 JUN 2013, akan berlangsungnya Birthday Giveaway sempena hari lahir Mak Dara yang jelita yang ke 30 tahun pada 30 JUN ini... Ehehe.. Kemain lagi Mak Dara syok nak celebrate birthday yang ke 30!

Syarat-syaratnya memang tersangat la mudah! Tak kan la Mak Dara nak bagi korang bersusah payah lak kan..Cekidaut!! 

  • Follow Blog Mak Dara ---> www.hanihanafi.blogspot.com 



  • Copy banner Birthday Giveaway ini.

  • Buat entry ringkas bertajuk "KENAPA SAYA SUKA BACA BLOG MAK DARA..." (25 patah perkataan pun cukup. Banyak kalu, boleh pitam Mak Dara nak baca!)

  • Jangan lupa letakkan Link di bahagian komen ya..

  • Jika anda tiada blog, anda boleh klik SHARE Birthday Giveaway post di FB Page. Buat entry ringkas "KENAPA SAYA SUKA MEMBELI DARI MY BESTFRIEND SHOP.."

  • PM saya link entry tersebut.

  • Terbuka kepada SEMUA!!




Senang je kan nak join..! 

Ape hadiah? Hadiah sangat lumayan. Hadiah pertama bernilai RM300.00! Hadiah Kedua bernilai RM150.00! Cenderahati juga akan diberikan kepada 5 orang terawal


Hadiah akan diberikan kepada peserta yang berjaya membuat entry paling SYOK di alam semesta ini!

Haa.. Ape tunggu lagi.. Cepat buat entry!!



Jangan lupa ajak semua kawan2 lain untuk join tau..!! Semoga Berjaya!!


* Giveaway ini tidak ada kena mengena dengan Shaklee ya.. Hanya boleh didapati dari Mak Dara sahaja!


Hanni





Friday, 28 June 2013

Restoran Hadramout Paradise, Ipoh


Assalamualaikum..

Hepiiii !!~

Begitu lah perasaan nya bila nak balik kampung ni.. Walaupun umahnya dekat Pekan (Pekan Razaki) kan.. Hahaha.. Jadi la.. Kampung jugak.. Rasa nya dah lama sangat tak balik Ipoh. Ekceli hari tu singgah dah Ipoh lepas National Conference. Singgah sekejap je la, makan-makan kemudian gerak balik semula Kulim. So ni bila CM ajak balik Ipoh, apa lagi kannn... 2 hari sebelum balik dah siap kemas kain baju.. kih..kih..kih...

Perjalanan rasa macam jauh sangat.. Nak cepat sampai je rasa nya.. Hehe..

Sampai-sampai je terus singgah ke Restoran Hadramout Paradise.. Ok, untuk pengetahuan kalian, ini adalah usahasama bapa saya dan partner nya Mr Moaath Almekhlafi.. Pelbagai juadah makanan Arab atau Yemeni ada dekat sini.. Memang sedap. Confirm.

Ini ada few picture yang saya ambil di FB Page Restoran (boleh klik di link di atas).. Saya tak pernah berkesempatan untuk tangkap gambar restoran ni sebab sibuk berlari-lari dengan anak-anak saya je..

Pandangan dari luar.
Pandangan dalam.
Nama Restoran
Antara Menu

Lagi menu.







Harga juga berpatutan.. Tu ada saya letakkan sekali menu.. Nasi nya memang banyak. Boleh kongsi 2 orang makan.

Untuk bulan Ramadhan ni ada buat Ramadhan Buffet. Saya nasihatkan if nak berbuka puasa, sila lah buat reservation dulu. Sebab tempat selalu nya FULL di bulan puasa. Nak buat reservation, boleh call Mr Mooath - 013-3833637 / Puan Hennie - 012-5832609.

Oh ya, lokasinya di Kinta Riverfront, berdekatan dengan SK St Michael, Kompleks Islam dan Hotel Riverfront tu.

Restoran ini juga telah membuka cawangannya di Hadramout Paradise Manjung pada tahun 2014 yang lepas. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Jadi warga Manjung dan sekitarnya, boleh lah berkunjung ke sana.

Jika FULL HOUSE, jangan bimbang.. Cawangan di Mecca Tower, Jelapang (berhampiran Mydin) masih ada lagi..

Kalau nak elakkan FULL HOUSE, cepat-cepat lah contact no yang tertera di atas tu.. Ok!~
Hanni

Monday, 24 June 2013

Update Terkini

Assalamualaikum..

Rasa nya macam dah lama je Mak Dara ni x update blog. Selalunya karang2 ayat, tunggu ujung2 bile review, x dan. Save dalam draft.. So dalam draft tu ada dekat 30 kut yang belum di edit dan di publish.. Sabar ya.. Mak Dara akan cuba publish perlahan-lahan.. Supaya kalian x rindu.. Eh...?! Hahaha.. Ini adalah quick update. Terkini la setakat hari ni..

Anak2 sihat. Nasywa semakin lasak. Dan bijak. Ada saja celoteh nya yang mencuit hati. Ada saja akalnya mahu mengusik ibu dan ayah. Si Comel Zahra pula dalam fasa meniti dan cubaan berdiri lepas tangan.. Tak lama lagi tu berjalan lah agaknya.. Nanti dah berjalan letih pulak ibu nak ligan.. =D

Life seperti selalu.. sibuk. Multitasking. Bangun pagi bersiap pegi kerja, siap anak2. Sampai tempat kerja bersiap pulak untuk bersilat dengan fail-fail bertimbun. Kadang keluar siasat kes di rumah klien. Balik petang sampai rumah pukul 6.30 selalu nya.. Sampai rumah bersilat pulak dengan anak-anak.. Bersilat pulak packing order customer. 9.30-10.00 saya dah bawa anak2 tidur.. Macam tu lah life hari-hari.. Alhamdulillah ada ambil suplemen Shaklee. Tidak lah lesu melepek teruk sangat..

Eh.. quick update tapi nak cerita panjang2 pulak.. Ekceli semua tengah kalut dengan audit ISO bulan depan. Kalut juga dengan program perhimpunan bulanan JKMN Pulau Pinang.. So, nanti saya akan update dengan entry-entry yang lebih ilmiah dan bermanfaat..


Salam Sayang,
Mak Dara.
Hanni

Sunday, 23 June 2013

Mini Gathering

Assalamualaikum..

Hari ni berkesempatan untuk attend gathering yang upline saya iaitu Mama Chrysalis anjurkan di rumah ibu mertuanya di Kulim. Berkebetulan beliau pulang ke kampung. Oleh kerana di Kulim, so bolehlah nak join sama. Bukan lah gathering besar-besaran sehingga naik khemah pulak. Just mini gathering aka kelas.. Yang dihadiri oleh ibu-ibu, bapa-bapa dan anak-anak..

Rumah memang berkecah.. Anak-anak lepas bebas main sesama mereka. Sementara ibu menimba ilmu, ayah tolong jaga anak. CM x ikut sama sebab dia baru lepas kerja malam. Mesti dia ngantuk. Anak-anak semua saya angkut sama. Biar kan mereka berkawan dan bermain. Bukan selalu kan jumpa kawan.. Asiknya bergaduh dengan ibu aje pun. Kat rumah Mak Caq pun bergaduh 2 beradik tu je..

Mama Chrysalis mengajar sambil mendukung baby Danial. Nampak x Si Cantik Zahra saya tengah buat apa?

Yang baju pink tu newbie.. Datang2, dengar penerangan terus berminat nak join. Hebat kan? Makcik Dila dengan heronya.

Masing-masing kelek anak.. Syok nya tengok.

Bergambar sebelum balik.

Banyak ilmu yang saya dapat hari tu. Biar pun orang kata dah lama buat (hampir setahun), tapi masih banyak yang saya belum tahu. Ilmu untuk mendidik anak-anak bisnes saya untuk berjaya. Rasa apa yang saya rasa. Income yang saya terima. Kepuasan yang saya dapat. =) x terungkap dengan kata-kata.

Makan tengahari di sponsor oleh Mama Chrysalis dan tuan rumah, Asilah Azmi. Memang sedap giler.. Nak bertambah tapi malu pulak.. Kang terkejut tuan rumah tengok Mak Dara buruk lantak..keh keh keh.. Nasib baik malu tu menebal jugak, kalau x nak mintak tapau balik.. Hahaha.. 

Seronok dan happy. Sebab ilmu dapat, ukhuwah rapat, perut padat. Memang santai dan sempoi.. Next time rumah saya pulak kot insyaAllah.. =) 

Nak jadi orang hebat, kena berguru selalu. Copy apa yang mentor buat. InsyaAllah berjaya! Anda mahukan side income yang fleksibel dengan masa anda bekerja, bersama anak dan sebagainya? Memang Shaklee adalah yang terbaik. Boleh SMS/Whatsapp 013-5818283 atau e-mail ke hanni.kamilla@yahoo.com. Saya akan guide anda sehingga berjaya.

Love,
Mak Dara.
Hanni

Thursday, 20 June 2013

Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang

Assalamualaikum.. 

Hari ni macam syok je nak share tips untuk suami ketika isteri sedang berpantang.. Nak jadi suami mithali kan? Jangan lepas tangan pulak.. Isteri dah penat mengandung kan anak kita 9 bulan, berjuang hidup mati melahirkan pulak.. So masa tengah berpantang terutamanya 2-3 minggu pertama tu suami kena jaga lah isteri lebih sikit.. Mental dan fizikal.. Mesti isteri lagi sayang.. ^.^




1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan keletihan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.


Untuk lagi best, belikan SET BERSALIN SHAKLEE supaya isteri cepat sembuh, pulih selepas bersalin malah cergas bertenaga lagi tu.. Tapi, jangan ngelat pulak. Dah isteri cergas, korang buat-buat tak ingat pulak isteri baru lepas bersalin.. =D


Tuesday, 18 June 2013

Pentingnya prenatal vitamin kepada ibu mengandung

Assalamualaikum..

Saya nak share dengan kalian betapa pentingnya prenatal vitamin kepada ibu mengandung. Jadi, ibu2 hamil, mahu pun yang sedang merancang kehamilan boleh take note. Bukan untuk orang lain, untuk si kecil yang di dalam perut tu juga.. =) Saya masa mengandung dulu memang x pernah miss amik vitamin yang diberikan oleh KK (masa tu x kenal lagi Shaklee). Apa doctor suggest semua saya follow.. Sebab berasa memang penting ambil prenatal vitamin ni..
Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :-
  1. Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  2. Mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  3. Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan
  4. Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.
Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.
Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
  1. Iro- utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)
Boleh juga add on :
  1. Vitamin C 
  2. ESP
Tak Digalakkan :
  1. Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  2. Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  3. Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.
Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan. Terima kasih :-)

*rujukan :
  • vitaminsemulajadi.com
  • drzubaidi.com





    Monday, 17 June 2013

    Shaklee New Distributor Training (NDT)

    Assalamualaikum..

    Isnin yang indah kawan2.. Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk menyedut udara hari ni.. Hari ni saya agak kalut sikit. Zahra demam, selsema dan batuk. Hari yang ketiga.. But getting better. Cuma masih tidak selesa hidung dan batuk sikit.. Nasywa pulak kena ketik dengan serangga apa pun x tau sampai bengkak tangan n dok ngadu sakit.. Tapi masih sempat buat adik lagi.. =.='

    Ape yang korang wat hujung minggu lepas? Saya mengisi masa hujung minggu saya dengan menghadiri kursus anjuran Shaklee iaitu New Distributor Training (NDT).. Kursus ni di sampaikan oleh Ethan Wang. Pakar MLM. Memang sempoi dan gamat bilik kuliah tu.. =D

    En. Victor pun ada.. Memang best sungguh.. Ramai yang hadir.. Banyak juga ilmu dan input2 yang diterima.. Sebagai bekalan untuk memantapkan sale sendiri..

    Jom layan gambar yang ada..

    Amik meja paling depan.. Boleh tengok Pakcik ni dekat2.. haha..


    Saya sampai awal. Memang sengaja datang awal supaya saya boleh pilih tempat duduk yang saya suka.. & saya pilih untuk duduk di hadapan sekali.. Memang syok.. Jelasss nampak depan mata. Hihi.. Pakcik nih memang hensem lah.. Walaupun kepala dah banyak uban (umur dia 48 tahun dah) tapi dia masih nampak muda. Muda 10 tahun dari usia.. Saya sempat berseloroh, ambil VIVIX ke? Dia kata bukan setakat VIVIX. Tapi Collagen, Vita-lea, Omega Guard n etc2 (lebih dari 10 jenis suplemen). Kata nya lagi, dia makan suplemen untuk menjaga kesihatan dalaman. Sekiranya dalaman kita sihat, akan terbias sehingga ke luar - kelihatan muda dari usia.. Aww! Teruja mak..


    Sesi penyampaian sijil.

    Yeay! Dah habis..

    Bersama sebahagian dari warga DIAMOND.
    Alhamdulillah.. Banyak ilmu yang saya dapat hari ni..

    Business Shaklee ni mudah je. Semua di ajar. Shaklee sediakan kelas. Malah leader2 hebat juga tidak kisah untuk berkongsi 'masa' nya untuk membimbing anda. Tak boleh datang kelas? 24/7 online sahaja.. Ada group2 khas untuk bimbing anda. Sehingga anda berjaya. Tinggal lagi anda mahu dan tidak sahaja.

    Mahu mencari pendapatan sampingan? Hubungi saya..



    Hanni Kamilla Hanafi
    ♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
    ♥ Emel : hanni.kamilla@yahoo.com
    ♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini

    Hanni

    Saturday, 15 June 2013

    Petua Untuk Mengurangkan Selera Makan

    Assalamualaikum..

    Pic : Google
    Hari ni saya nak berkongsi pulak petua untuk mengurangkan selera makan. 


    1. Makan secara perlahan.

    2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.

    3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.

    4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.

    5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.

    6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.

    7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.

    8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.

    9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan anda berselera untuk makan.


    10. Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal ataupun minumlah air suam diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan selera makan.


    Nak lebih mudah? Boleh amik SET SHAPE UP dari Shaklee..








    Friday, 14 June 2013

    TIPS UNTUK AJAR ANAK CEPAT BERCAKAP

    Assalamualaikum..

    Saya terbaca di FB tentang tajuk ni.. Saya rasa macam best je nak share dengan korang semua.. Tips untuk ajar anak cepat bercakap.. Sama-sama kita praktikkan... Esok nanti dah pandai bercakap, banyak pulak mulut nya nak di layan.. =D




    1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi d engan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda. Saya sudah merasainya. DEMI ALLAH, ia sangat membahagiakan.

    2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

    3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

    4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

    5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

    6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

    7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

    8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

    9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

    10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.


    Hanni

    Thursday, 13 June 2013

    Cerita Anak-anak Dara Saya

    Assalamualaikum..
    Saja nak share cerita anak saya.. Dua orang anak dara saya.. =)
    Anak2 saya yang mendapat kebaikan dari Meal Shakes..

    1 - Kakak & Adik sangat berselera makan. Pantang sungguh nampak makanan.. Laju je 2 beradik datang dekat.

    2 - Sangat cerdik dan cergas.

    3 - Tak ada lagi masalah sembelit sehingga luka berdarah2 bila nak buang air besar.

    4 - Sangat jarang sakit.

    5 - Tiada lagi masalah ekzema.

    Alhamduillah.. hati ibu mana yang x gembira?

    Harga promosi tinggal 18 hari sahaja lagi. Dapat kan sebelum tsunami melanda..



    Wednesday, 12 June 2013

    Kenapa Zinc Complex Shaklee Di ambil Sebelum Makan?

    Assalamualaikum..

    Pernah x kita tertanya-tanya kenapa SID ni suggest Zinc Complex di ambil sebelum makan? Apakah yang menyebabkan ianya berkesan di ambil sebelum makan? Ok, Jom kita tengok apa sebabnya ya..

    RM33.70 / RM35(S&S) - 120 BIJI


    Kita tahu bahawa terdapat nutrien yang hilang semasa proses memasak. Tahukah anda bahawa nutrien juga boleh hilang semasa proses memakan. Bioavailability setiap nutrisi bergantung kepada apa yang kita makan, dan diet secara keseluruhan.

    Kita ambil contoh Zinc. Zinc Complex Shaklee mengandungi 15mg Zinc (mengikut USRDA), namun persoalannya adalah kesemua zinc ni diserap oleh tubuh kita?

    Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (sebelum makan), ada sebabnya.
    Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.

    Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan. Dan apabila ia diambil dengan susu (bayangkan sarapan pagi dengan roti dan susu), aktiviti ini menjadi bertambah aktif. Justeru, bioavailability zinc telah menurun. Dan ketahuilah bahawa pengambilan zinc bersama-sama roti dan susu (selepas memakan makanan tersebut) boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg!

    NOTA : Pengambilan zinc Complex Shaklee pada hari2 pertama mungkin mendatangkan rasa loya. Jangan risau, insya-Allah akan OK tak lama lepas tu.

    Credit Info : SINI

    Untuk pertanyaan & pesanan :



    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
    Hanni Kamilla Hanafi
    ♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
    ♥ Emel : hanni.kamilla@yahoo.com
    ♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini
    Hanni

    Tuesday, 11 June 2013

    Soal Jawab Doktor

    Assalamualaikum..

    Sekadar Share. Di ambil dari FB Page Dr. Suriyakhatun.

    Soalan dari pembaca :
     

    "Salam Dr..
    Skg ni di pasaran terdapat berlambak2 jenis supplement yg menyatakan supplement mereka yg terbaik..Boleh Dr share supplement ape yg bagus ye? tq dr :)"

    Respon Doktor:


     Vitamin yang paling berkesan adalah yang mengandungi real food dan dalam keadaan asli dan bukan tiruan. Setiap individu berbeza dan ada setengah vitamin yang terdiri dari fat soluble vitamins iaitu vitamin A, D, E, K boleh terkumpul dalam badan dan vit A telah di dapati ada kesan toksik. Ada setengah syarikat yang mengesyurkan vitamin di makan dengan kadar yang jauh melebihi kadar yang diperlukan oleh badan. Ada masanya ini boleh membawa mudharat. Di Malaysia, self medication terlah menjadi kebiasaan dan ramai yang akan membeli herba atau tonic dan juga makanan kesihatan terutama yang dikatakan boleh mengubat begitu banyak penyakit ( cure all ) . Bagi saya, ini hanya menguntungkan penjual di banyak ketika . Di negara barat ada naturopath terlatih yang akan membuat kajian keatas rambut ( hair analysis ) bukan yang pakai pendulum tu tapi makmal yang sahih dan juga mengambil darah untuk kesan kekurangan sebelum memmutuskan vitamin dan makanan tambahan apa yang perlu . Ini bukan bererti saya anti supplement . Untuk kesihatan umum, ambil chlorella , yang dari Jepun dan Taiwan adalah lebih bersih dari kontaminan dari yang negeri China . Selaini ini, vitamin dari Shaklee masuk kategori vitamin umum yang senang serap (Vitalea), jika sudah umur menopause, ambil calcium beserta magnesium, jangan kalsium sahaja. Antioxidant dan anti cancer termasuklah kunyit serai dan bawang putih, pastikan ia ada dalam makanan atau buat minuman dengan bahan ini. Ambil banyak sayur hijau kalau boleh yang bebas kimia (organic, tanam sendiri lagi baik.)



    Dapatkan suplemen anda hari ini.

    Untuk pertanyaan & pesanan :



    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
    Hanni Kamilla Hanafi
    ♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
    ♥ Emel : hanni.kamilla@yahoo.com
    ♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini

    Hanni