Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Thursday, 5 February 2015

Perubatan Alternatif Homeopathy - HOMEONE HEALTHCARE CENTER

Assalamualaikum..

Semalam MD ambil cuti.. Dah lama CM ber'zikir' di telinga MD ajak pegi ke Sitiawan untuk jumpa doktor Homeopathy.. Bagus kata nya doktor ni.. MD ni sebab tak tahu apa ke keperluan nya yang nak ke sana tu, di tambah dengan kekangan masa, wat 'nohen' je la orang Perak kata..

Tapi, setelah beberapa kali dia sebut, kali ni dia ajak sungguh-sungguh.. Suruh ambil cuti bagai. Maka nya, semalam MD pun bercuti la..

Awal pagi kami dah kejut semua anak-anak mandi bersiap.. 8.00 pagi semua dah naik kereta.. Keluar dekat Tol Changkat Jering terus ikut jalan lama menuju ke manjung.

MD tidak lah sight seeing pun.. Sibuk megholoh.. haha.. Sian CM ku bawak kereta sorang-sorang.. Tau-tau celik mata dah pun sampai simpang empat nak ke ipoh, lumut, manjung semua tu.. Baru lah segar bijik mata tengok keliling..

Berpandukan direction yang diberikan oleh kawan kerja CM yang biasa ke situ, kami berhasil jumpa tempat yang di tuju.. Tempat rawatan nya adalah di Kampung Sitiawan. Nampak pintu gerbang kampung tu, masuk, patu ada kiri dan kanan.. Ambil kanan. Terus sikit, akan nampak tokong Cina di sebelah kanan. Tempat rawatan adalah di sebelah Tokong Cina tu. Bangunan warna hijau. Terlupa nak tangkap gambo signboard luar nya..

Masa kami sampai jam menunjukkan pukul 10 lebih. Ada lebih kurang 3 orang sebelum kami.

Pertama kali datang, boleh la ke kaunter pendaftaran. Kerani akan beri satu buku putih untuk seisi keluarga.. Tiada bayaran pendaftaran.




Setelah menunggu lebih kurang 30 minit lebih sikit, akhirnya tiba turn kami. Kami 6 beranak (termasuk ibu mertua) masuk ke bilik doktor. Doktor pun tanya sesi soal jawab dengan CM. Ujung-ujung dia kena ceramah dengan doktor balik. Sebab adalah rahsia. Kena tanya dia sendiri kalau nak tahu.. Kui3..




Dah alang mai dari jauh, MD pun buat-buat lah tanya masalah alergi sabun MD ni.. Masalah anak-anak yang batuk selsema tak baik-baik dekat sebulan dah kot.. Pada hal dah tau dah sebab apa yang tak baik-baik tu.. Mak pun ambil kesempatan tanya dia punya masalah saraf tangan nya tu..

Menurut doktor, awal-awal ni kena detox vaksin dan ubat-ubatan yang mempunyai side effect buruk untuk jangka panjang. Si Akram pun dia suruh detox sama vaksin BCG, cucuk sebulan dan dua bulan yang dah di ambil. Untuk 2 minggu ni doktor tak bagi makan suplemen lagi sebab nak bagi detox dulu kata nya..

Lebih kurang sejam, sesi kami tamat.. Baru lah MD teringat nak ambil gambar sikit nak letak dalam entry ni.. haha.. memang tak ada ciri blogger tegar langsung!

Kat situ ada jugak Dressing Room dan Fisioterapi Room.. Refer gambar bawah. Bilik Fisioterapi tu yang bawah nya. Besar juga. Tapi tak masuk la jenguk. Kang ape hal lak orang kata..




Overall, bayaran MD rasa still ok la.. 6 beranak punya ubat dia bagi caj yang dikenakan adalah RM160.00. MD dan mertua 2 botol sorang. Akram dan CM sebotol sorang, Angah dan Kakak kongsi sebotol.




Pagi ni MD google lah tengok tempat ni.. Rupanya ada juga yang pegi ke doktor ni untuk buat Fisioterapi anak-anak yang kurang upaya. Yang eksiden ke apa ke, pun pegi ke dia jugak..

Dengar ceritanya, yang jauh-jauh pun datang kat dia jugak. Must be bagus lah kot kan.. Treatment selalunya awal pagi.. Sebab awal pagi otot-otot kita kan masih lembut.. so tak sakit la kalau nak buat Fisioterapi ke apa pun..

So kalau ada reader yang nak mencari perubatan alternatif, mungkin boleh cuba pegi tempat doktor ni... Tapi kalau nak cari Suplemen Shaklee, boleh cari MD ya.. ihiks..

Ni alamat dia.. Oh ya, kalau nak datang tu sila calkl dulu untuk appointment. Sebab yang datang tu ramai.. Kang kalau main terjah je, tengok ramai, balik gitu je tak de hasil..

HOMEONE HEALTHCARE CENTER (HOMEOPATHY AND PHYSIOTHERAPY)
DR. WAN ZAINAL ABIDIN BIN WAN MUDA,
NO.87, LOT 2105, KG SITIAWAN,
32000 SITIAWAN,
PERAK.

HP: 019-4274332, 019-4713545, 019-3674120

EMAIL : dr.wanzainalabidin@yahoo.com

*By appointment

MD

Saturday, 14 December 2013

Toy Museum, Penang

Assalamualaikum..

Ni adalah entry bawak anak- anak berjalan-jalan di Toy Museum, Penang. Ingat nak pegi Taman Rama-rama, tapi cuaca x begitu mengizinkan. Di tambah pulak ayah kerja malam ni..

Lokasinya terletak di Batu Feringgi, hala nak ke Taman Rama-rama.. Tapi akan jumpa dia dulu.. Ada papan tanda, tapi mungkin akan terkompius sikit sebab kena masuk ke dalam lagi.. Depan jalan tu ada kompleks kraft ke batik ke tah x ingat..

Sekali masuk dewasa RM15.00 seorang. Nasywa dia caj RM10.00. Zahra free.. Pelik jugak rasa sebab baru 2 tahun kot Nasywa tu.. Dah la 'Ah So' yang jaga kaunter tu cam x friendly langsung..




Time gaduh.







Gambar-gambar kat atas ni masa kami makan dekat kedai depan Taman Herba. Budak-budak ni time ni bergaduh ape tak tau. Tak boleh dekat langsung.. Keje nak bercakar sesaja. Ish3... Pening ibu. Bila makanan sampai, x sempat snap gambaq terus ngap3 makan.. Lapaq sangat! Nak order room service macam x gamak je. Mahal dan bukan selera kami..


Ayah beli tiket.

Nasywa tengok kalajengking dengan ulat apa tah dalam tu..













Nasywa geram tengok toys banyak sangat.


Ni lah gelagat anak-anak dara MD.. Excited masuk dalam ni. Sebab banyak sangat koleksi mainan.

Pandangan MD, rasa agak bosan la sikit sebab MD expect mungkin patung besaq ka, or sumthing yang lain dari lain.. Rupanya hanyalah barisan rak-rak macam kat supermarket yang menempatkan koleksi mainan-mainan, miniature. Siap tag Jusco pun ada.. Hahaha.. Apekah?!

Terasa agak boring je. Tapi itu pendapat MD yang dah tua ni.. uhuk3.. Kalau MD besar-besar Nasywa & Zahra ni haruslah happy kot.. Hik3..

Tak lama sangat duduk dalam tu. Around setengah jam x sampai, dah keluar. Sebab CM nak balik rehat, dia kerja malam kan..
Hanni

Sunday, 30 June 2013

~ Cerita Hujung Minggu ~

Assalamualaikum..

Semalam saya bawak mak, anak2 dan 2 orang anak buah gi jalan-jalan.. Mula-mula saya gi COD vitamin pada customer. Dia baru nak cuba Set Diet Shaklee. Sebelum ni dia amik brand lain, tapi decide nak tukar brand sebab dah x boleh nak maintain ~ mahal sangat.. So nak cuba Shaklee.. =)

Lepas tu cadang nak ke Hospital Ipoh melawat  orang sakit. Tapi mujur call dulu, masa melawat dah suntuk sangat. Plus saya bawak anak-anak ramai. Tak boleh la nak masuk. Patient tu baru lepas kimo.. Tak bagus untuk pesakit, tak bagus jugak untuk budak2.. So cancel. Pegi petang lah kalau berkesempatan..

Saya bawak semua nya pegi kedai adik ipar saya - Fara (Kedai).. Tujuannya ibu nak carik jubah selepas terpengaruh dengan jubah si Farah ni pakai nampak canteks je.. Masuk kedai dia terus rambang mata weiii.. dari 1 jubah terus jadi 2.. nasib baik duit x cukup.. kalau tidak, jadi 3 jubah!! Hahaha.. N nasib baik lagi CM x ikut.. Kalu x, x tau la ape di kata nya saya ni.. Apa pun saya puas hati.. hadiah birthday untuk diri sendiri..

Meh cuci mata dengan gelagat anak4 saya.. Anak saudara pun anak saya juga..

Bila nak tangkap gambar, mula terenyih2.. menurun sapa la agaknya budak ni..

Haa.. tengok..

Renyih lagi..




Hehe.. dengan terkangkang nya.. ish3..

Dalam pic ni adik Zahra tak ada. Sebab dia sibuk memerap nak masuk perut balik! Saya doa kan anak4 saya ni jadi anak solehah dan bijak.. Sayang semuanya... 

Hanni


Friday, 28 June 2013

Restoran Hadramout Paradise, Ipoh


Assalamualaikum..

Hepiiii !!~

Begitu lah perasaan nya bila nak balik kampung ni.. Walaupun umahnya dekat Pekan (Pekan Razaki) kan.. Hahaha.. Jadi la.. Kampung jugak.. Rasa nya dah lama sangat tak balik Ipoh. Ekceli hari tu singgah dah Ipoh lepas National Conference. Singgah sekejap je la, makan-makan kemudian gerak balik semula Kulim. So ni bila CM ajak balik Ipoh, apa lagi kannn... 2 hari sebelum balik dah siap kemas kain baju.. kih..kih..kih...

Perjalanan rasa macam jauh sangat.. Nak cepat sampai je rasa nya.. Hehe..

Sampai-sampai je terus singgah ke Restoran Hadramout Paradise.. Ok, untuk pengetahuan kalian, ini adalah usahasama bapa saya dan partner nya Mr Moaath Almekhlafi.. Pelbagai juadah makanan Arab atau Yemeni ada dekat sini.. Memang sedap. Confirm.

Ini ada few picture yang saya ambil di FB Page Restoran (boleh klik di link di atas).. Saya tak pernah berkesempatan untuk tangkap gambar restoran ni sebab sibuk berlari-lari dengan anak-anak saya je..

Pandangan dari luar.
Pandangan dalam.
Nama Restoran
Antara Menu

Lagi menu.







Harga juga berpatutan.. Tu ada saya letakkan sekali menu.. Nasi nya memang banyak. Boleh kongsi 2 orang makan.

Untuk bulan Ramadhan ni ada buat Ramadhan Buffet. Saya nasihatkan if nak berbuka puasa, sila lah buat reservation dulu. Sebab tempat selalu nya FULL di bulan puasa. Nak buat reservation, boleh call Mr Mooath - 013-3833637 / Puan Hennie - 012-5832609.

Oh ya, lokasinya di Kinta Riverfront, berdekatan dengan SK St Michael, Kompleks Islam dan Hotel Riverfront tu.

Restoran ini juga telah membuka cawangannya di Hadramout Paradise Manjung pada tahun 2014 yang lepas. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Jadi warga Manjung dan sekitarnya, boleh lah berkunjung ke sana.

Jika FULL HOUSE, jangan bimbang.. Cawangan di Mecca Tower, Jelapang (berhampiran Mydin) masih ada lagi..

Kalau nak elakkan FULL HOUSE, cepat-cepat lah contact no yang tertera di atas tu.. Ok!~
Hanni