Wednesday, 12 February 2020

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland

Bismillah..

Assalamualaikum..

Selepas dari percutian di Rumah Peranginan Persekutuan Tanjung Tuan, next destination Hanafi's clan adalah Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland pulak. Kami pergi 30-31 Disember 2019 yang lepas.

Kali ni 5 dari 6 beradik berkesempatan meluang masa join family trip. Family Abang No 2 tak dapat join atas tuntutan kerja.

Oh ya, sebelum kita layan gambar dan cerita, Cik Anie nak beritahu beberapa perkara yang Cik Anie lupa nak mention sebelumnya.

1 - Hanya PENAMA dan PASANGAN SAH yang berdaftar dalam Hrmis sahaja yang boleh check in. Selain dari tu, family members tak boleh. So kalau yang plan nak bercuti beramai² tu make sure tuan badannya yang sampai dulu.. Kalau idakk, keras kome nunggu sebab diorang memang tak akan bagi orang lain yang check in.

2 - Penginapan adalah mengikut gred masing² ya.. di ulang, mengikut gred masing². Kami booking menggunakan gred kakak yang sulung. Jadi dia dapat seketul rumah banglo/apartment yang besar dan selesa. Tapi kalau gred sokongan nak booking utk banglo/apartment, Cik Anie tak pasti boleh ke tidak. Sebab Cik Anie tak pernah lagi try macam mana..

Trip Cameron Highland ni kakak sulung booking awal.. 

Kami naik tu 5 kereta. Family Cik Anie, Family Mak Long, Family Mak Lang, Family Pak Andak dan Family Pak Su. Memang sampai ke tengah malam la riuh rendahnya rumah tu.. hihi..

Location nya atas bukit.


 

Berdepan dengan RPP tu ada strawberry farm. So kalau tak nak bersesak² masuk strawberry farm yang kat tepi² jalan kat bawah tu, boleh masuk yang kat depan RPP ni je. Kaktus pun ada di jual di situ. Nak makan Coklat Strawberry sambil minum teh sambil relax² tengok pemandangan pun ada tempat disediakan..


Cikgu Hanna tengah buat inspection from room to room.. Hihi.. Ni dekat tingkat atas. Ada 1 bilik master. Punya lah luas. Cik Anie share dengan Family Pak Su. Sebab anak-anak kami semua kenit-kenit.

Bila malam Pak Su laki bini pi tidur dalam sleeping bag kat beranda. Feeling-feeling pegi hiking gamaknya..


Ni dapur. Luas yakmat. Tapi malangnya tak disediakan peralatan untuk memasak. Cuma microwave tu je la seketul dengan peti ais. Since Mak Lang adalah hiker tegar, maka boleh la kami memasak dengan dapur mudah alihnya.


Kat bawah ada 2 bilik lagi. Bilik air ada dalam setiap bilik.


Bilik yang sebuah lagi. Besar dan selesa juga.


Ruang tamu dan ruang makan. Cukup luas lah untuk anak-anak buah yang lelaki bentang toto dan tidur.

 


Sudah tour rumah, kami tour pulak kawasan sekitar RPP tu.






Ada je yang nak masuk dalam gambar..






Sudah tour dalam kawasan, pi pulak strawberry farm depan tu.. Beli coklat strawberry makan.. Lepas dah kempunan.. Hihi..






Dah nama pun perempuan kan.. Memang bunga lah pun yang menarik perhatian..


Hat kecik ni pun sibuk laa suruh beli kaktus kat dia jugak..





Hai awakk.. Saya Cik Anie.. Hihi..
 



Pegi pulak jalan-jalan tengok rumah yang untuk Jusa pulak.. Kemain besor kome.. Tapi intai dari luar je lah mampunya.. Takat guard hambat pulak nanti..



Dinner sebelum keluar mengeteh..


Sesi mengeteh dengan adik-beradik dan pasangan masing-masing. Tq my other half sebab sudi tinggal di rumah menjaga anak-anak demi memberi ruang pada Cik Anie mengeteh malam-malam.. Hihihi..


Esoknya pagi-pagi lagi kami ke Taman Sedia. Makan scones sambil minum teh.. Beli jagung, beli strawberry dan aiskrim strawberry untuk anak-anak sebelum berangkat balik Ipoh. Kami je dulu yang bergerak awal sebab nak pecut balik ke Kulim pulak lepas tu. Anak-anak sekolah.


Tapi on the way, singgah Cactus Farm sat beli kaktus. Cita-citanya nak buat succulent garden gittew..


Pulun mek ni pun memilih pokok dia.. Bila anak dara dah semakin besar, dah seronok nak bawak berjalan teman shopping ke apa.. Sebab dah cerdik dan boleh layan sama memilih dan bagi pendapat.


So ni la yang Cik Anie beli. Tak tau la berapa lama hayatnya. Harap-harap lama lah ye..

Tamat sudah cerita vacation family Cikgu Napi dan Cikgu Leha untuk tahun 2019. Thank you pada Mak long yang sponsor tempat dan all family members yang meluangkan masa bersama..

Next entry nanti Cik Anie share pulak vacation family di RPP Pangkor pulak..

Till then, take care gaiss.. Banyakkan minum air masak dan makan Vitamin C, minyak ikan dan madu untuk boost immune system ya.. Boleh dapatkan dari Cik Anie..

- Cik Anie -
013-5818283

No comments:

Post a Comment