Sunday, 23 June 2013

Mini Gathering

Assalamualaikum..

Hari ni berkesempatan untuk attend gathering yang upline saya iaitu Mama Chrysalis anjurkan di rumah ibu mertuanya di Kulim. Berkebetulan beliau pulang ke kampung. Oleh kerana di Kulim, so bolehlah nak join sama. Bukan lah gathering besar-besaran sehingga naik khemah pulak. Just mini gathering aka kelas.. Yang dihadiri oleh ibu-ibu, bapa-bapa dan anak-anak..

Rumah memang berkecah.. Anak-anak lepas bebas main sesama mereka. Sementara ibu menimba ilmu, ayah tolong jaga anak. CM x ikut sama sebab dia baru lepas kerja malam. Mesti dia ngantuk. Anak-anak semua saya angkut sama. Biar kan mereka berkawan dan bermain. Bukan selalu kan jumpa kawan.. Asiknya bergaduh dengan ibu aje pun. Kat rumah Mak Caq pun bergaduh 2 beradik tu je..

Mama Chrysalis mengajar sambil mendukung baby Danial. Nampak x Si Cantik Zahra saya tengah buat apa?

Yang baju pink tu newbie.. Datang2, dengar penerangan terus berminat nak join. Hebat kan? Makcik Dila dengan heronya.

Masing-masing kelek anak.. Syok nya tengok.

Bergambar sebelum balik.

Banyak ilmu yang saya dapat hari tu. Biar pun orang kata dah lama buat (hampir setahun), tapi masih banyak yang saya belum tahu. Ilmu untuk mendidik anak-anak bisnes saya untuk berjaya. Rasa apa yang saya rasa. Income yang saya terima. Kepuasan yang saya dapat. =) x terungkap dengan kata-kata.

Makan tengahari di sponsor oleh Mama Chrysalis dan tuan rumah, Asilah Azmi. Memang sedap giler.. Nak bertambah tapi malu pulak.. Kang terkejut tuan rumah tengok Mak Dara buruk lantak..keh keh keh.. Nasib baik malu tu menebal jugak, kalau x nak mintak tapau balik.. Hahaha.. 

Seronok dan happy. Sebab ilmu dapat, ukhuwah rapat, perut padat. Memang santai dan sempoi.. Next time rumah saya pulak kot insyaAllah.. =) 

Nak jadi orang hebat, kena berguru selalu. Copy apa yang mentor buat. InsyaAllah berjaya! Anda mahukan side income yang fleksibel dengan masa anda bekerja, bersama anak dan sebagainya? Memang Shaklee adalah yang terbaik. Boleh SMS/Whatsapp 013-5818283 atau e-mail ke hanni.kamilla@yahoo.com. Saya akan guide anda sehingga berjaya.

Love,
Mak Dara.
Hanni

No comments:

Post a Comment