Monday, 24 June 2013

Update Terkini

Assalamualaikum..

Rasa nya macam dah lama je Mak Dara ni x update blog. Selalunya karang2 ayat, tunggu ujung2 bile review, x dan. Save dalam draft.. So dalam draft tu ada dekat 30 kut yang belum di edit dan di publish.. Sabar ya.. Mak Dara akan cuba publish perlahan-lahan.. Supaya kalian x rindu.. Eh...?! Hahaha.. Ini adalah quick update. Terkini la setakat hari ni..

Anak2 sihat. Nasywa semakin lasak. Dan bijak. Ada saja celoteh nya yang mencuit hati. Ada saja akalnya mahu mengusik ibu dan ayah. Si Comel Zahra pula dalam fasa meniti dan cubaan berdiri lepas tangan.. Tak lama lagi tu berjalan lah agaknya.. Nanti dah berjalan letih pulak ibu nak ligan.. =D

Life seperti selalu.. sibuk. Multitasking. Bangun pagi bersiap pegi kerja, siap anak2. Sampai tempat kerja bersiap pulak untuk bersilat dengan fail-fail bertimbun. Kadang keluar siasat kes di rumah klien. Balik petang sampai rumah pukul 6.30 selalu nya.. Sampai rumah bersilat pulak dengan anak-anak.. Bersilat pulak packing order customer. 9.30-10.00 saya dah bawa anak2 tidur.. Macam tu lah life hari-hari.. Alhamdulillah ada ambil suplemen Shaklee. Tidak lah lesu melepek teruk sangat..

Eh.. quick update tapi nak cerita panjang2 pulak.. Ekceli semua tengah kalut dengan audit ISO bulan depan. Kalut juga dengan program perhimpunan bulanan JKMN Pulau Pinang.. So, nanti saya akan update dengan entry-entry yang lebih ilmiah dan bermanfaat..


Salam Sayang,
Mak Dara.
Hanni

No comments:

Post a Comment