Friday, 7 February 2020

Rumah Peranginan Persekutuan Tanjung Tuan

Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry ni adalah sejenis throwback.. hihi.. sepatutnya di update pada hari kejadian tapi atas beberapa faktor, Cik Anie baru berkesempatan untuk update sekarang..

Actually, kami sekeluarga baru berjinak² dengan Rumah Peranginan Persekutuan ni.. Itu pun atas usaha kakak yang sulung dan abang ipar yang gigih booking kan.

Ramai yang tanya pada Cik Anie. Macam mana nak booking. Yang pertamanya, korang mestilah pekerja kerajaan. Kalau swasta, Cik Anie tak berapa pasti bagaimana..

Yang kedua, korang kena ada account lah dengan Bahagian Pengurusan Hartanah <---- kalau tak ada account lagi, boleh klik di pautan yang Cik Anie beri ni ya..

Once da sign up, dia akan auto detect terus gred, gaji, tempat bertugas etc sebab dia link dengan hrmis ya.. so akan auto appear bilik/rumah yang korang boleh booking dengan gred korang.. Sukacita di maklumkan, bilik/rumah penginapan adalah mengikut gred ya.. Kalau gred sokongan nak booking untuk gred Jusa, MUNGKIN (read : tak pasti) boleh. Apa pun kena ringan tangan dan mulut untuk contact BPH untuk tanya ya.. refer gambar Cik Anie attach di bawah.





Macam kami 1 family ni, guna gred kakak sulung, DG48. Jadi dapat lah rumah apartment 3 bilik dan 2 bilik air. Tersangatlah selesa kome weh.. Boleh masak yang pentingnya dan peralatan memasak serta pinggan mangkuk semua lengkap. Tapi kami bawak juga extra sebab rakyat ramai kan. Towel dan peralatan mandi tak disedia ye.. Tapi small matter sebab Cik Anie memang amalkan bawak towel dan peralatan mandi sendiri kalau ke mana²..

Rumah nya tepi pantai betul². Tme mandi pool ke pantai ke, boleh nampak kapal terbang baru nak naik dan turun.. Setiap minit ada. Adik Cik Anie siap tengok jadual laluan kapal terbang lagi nak tau kapal terbang apa lintas dan dari mana perjalanannya.. hihi

Jom layan gambar²..



Sampai² tengok laut.. Allah.. Damainya dalam hati.. Nak pulak masa tu baru start cuti panjang. So umpama Cik Anie berehat mengosongkan otak dari perkara² negatif.. Nak start fresh di tempat kerja baru..


Ni bangunan hotel di sebelah kanan kalau mengadap laut. RP ni sebelah kiri..


Buah hati sulung. Anak jantan di belakang tu dah tak sabar nak terjun laut..


Bila dapat pool, apa lagi.. Mak bapak anak semua pakat terjun..




Kakak sulung yang di sayangi.. Anak² kata muka ibu macam mak long. Suara ibu macam mak long. Ibu suka bising macam mak long..










Kapal terbang dok lalu lalang atas tu.. Puas la tunjuk kat anak² kapal terbang.. Ni pakej bercuti unik. Layan pool, layan laut, layan kapal terbang.. haha


Pak sedara ngan anak sedara pakat dok jakun.. haha.. Tapi syok juga.. Ingat kecik² dulu bila nampak kapal terbang kat atas, siap lambai² tangan. Macam la orang atas tu nampak kita kat bawah kan...


Apartment nya di sebelah kiri kalau kita mengadap laut. Tingkat 2 kalau tak silap..


Layan sunset dari balkoni apartment. Best nya..


Ni kisahnya layan sunrise sesudah subuh..


Bergambar kenangan anak² sebelum balik. Masing² udah hitam legam. Entah anak siapa la ni..


Sebelum berangkat pulang.. gigih la layan hajat maklong nak tengok Rumah Api Tanjung Tuan. Layankan saja.. Cik Anie tak ikut naik. Teman mama di kafe berhampiran entrance Rumah Api tu..

Ada lagi destinasi selepas tu.. Makan² di satu restoran kambing bakar yang sangat sedap di Port Dickson. Terlupa pula nak ambil gambar. Terkenang² Cik Anie pada Nasi Kambing Bakar dan Mango float nya.. Tersandar kekenyangan lepas tu weh..

So till then, tunggu Cik Anie update cuti² Bagan Datoh, Cuti² RPP Cameron Highland, dan cuti² RPP Pangkor pulak ya..

Take care gaiss. Boost immune system  dengan mengambil Aloe Vera Gel, Arctic Sea dan Vitain C ya..

XoXo,
Cik Anie
013-5818283

No comments:

Post a Comment