Hepiiii !!~
Begitu lah perasaan nya bila nak balik kampung ni.. Walaupun umahnya dekat Pekan (Pekan Razaki) kan.. Hahaha.. Jadi la.. Kampung jugak.. Rasa nya dah lama sangat tak balik Ipoh. Ekceli hari tu singgah dah Ipoh lepas National Conference. Singgah sekejap je la, makan-makan kemudian gerak balik semula Kulim. So ni bila CM ajak balik Ipoh, apa lagi kannn... 2 hari sebelum balik dah siap kemas kain baju.. kih..kih..kih...
Perjalanan rasa macam jauh sangat.. Nak cepat sampai je rasa nya.. Hehe..
Sampai-sampai je terus singgah ke Restoran Hadramout Paradise.. Ok, untuk pengetahuan kalian, ini adalah usahasama bapa saya dan partner nya Mr Moaath Almekhlafi.. Pelbagai juadah makanan Arab atau Yemeni ada dekat sini.. Memang sedap. Confirm.
Ini ada few picture yang saya ambil di FB Page Restoran (boleh klik di link di atas).. Saya tak pernah berkesempatan untuk tangkap gambar restoran ni sebab sibuk berlari-lari dengan anak-anak saya je..
Pandangan dari luar. |
Pandangan dalam. |
Nama Restoran |
Antara Menu |
Lagi menu. |
Harga juga berpatutan.. Tu ada saya letakkan sekali menu.. Nasi nya memang banyak. Boleh kongsi 2 orang makan.
Untuk bulan Ramadhan ni ada buat Ramadhan Buffet. Saya nasihatkan if nak berbuka puasa, sila lah buat reservation dulu. Sebab tempat selalu nya FULL di bulan puasa. Nak buat reservation, boleh call Mr Mooath - 013-3833637 / Puan Hennie - 012-5832609.
Oh ya, lokasinya di Kinta Riverfront, berdekatan dengan SK St Michael, Kompleks Islam dan Hotel Riverfront tu.
Restoran ini juga telah membuka cawangannya di Hadramout Paradise Manjung pada tahun 2014 yang lepas. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Jadi warga Manjung dan sekitarnya, boleh lah berkunjung ke sana.
Jika FULL HOUSE, jangan bimbang.. Cawangan di Mecca Tower, Jelapang (berhampiran Mydin) masih ada lagi..
Kalau nak elakkan FULL HOUSE, cepat-cepat lah contact no yang tertera di atas tu.. Ok!~
No comments:
Post a Comment