Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Sunday, 30 June 2013

30th BIRTHDAY GIVEAWAY!!

Assalamualaikum Warahmatullah..


Ehehe...
Sticky post sehingga 30 JUN 2013(Scroll ke bawah untuk entry terbaru)




Excited sungguh Mak Dara nak umumkan, secara rasminya bermula hari ni hingga 30 JUN 2013, akan berlangsungnya Birthday Giveaway sempena hari lahir Mak Dara yang jelita yang ke 30 tahun pada 30 JUN ini... Ehehe.. Kemain lagi Mak Dara syok nak celebrate birthday yang ke 30!

Syarat-syaratnya memang tersangat la mudah! Tak kan la Mak Dara nak bagi korang bersusah payah lak kan..Cekidaut!! 

  • Follow Blog Mak Dara ---> www.hanihanafi.blogspot.com 



  • Copy banner Birthday Giveaway ini.

  • Buat entry ringkas bertajuk "KENAPA SAYA SUKA BACA BLOG MAK DARA..." (25 patah perkataan pun cukup. Banyak kalu, boleh pitam Mak Dara nak baca!)

  • Jangan lupa letakkan Link di bahagian komen ya..

  • Jika anda tiada blog, anda boleh klik SHARE Birthday Giveaway post di FB Page. Buat entry ringkas "KENAPA SAYA SUKA MEMBELI DARI MY BESTFRIEND SHOP.."

  • PM saya link entry tersebut.

  • Terbuka kepada SEMUA!!




Senang je kan nak join..! 

Ape hadiah? Hadiah sangat lumayan. Hadiah pertama bernilai RM300.00! Hadiah Kedua bernilai RM150.00! Cenderahati juga akan diberikan kepada 5 orang terawal


Hadiah akan diberikan kepada peserta yang berjaya membuat entry paling SYOK di alam semesta ini!

Haa.. Ape tunggu lagi.. Cepat buat entry!!



Jangan lupa ajak semua kawan2 lain untuk join tau..!! Semoga Berjaya!!


* Giveaway ini tidak ada kena mengena dengan Shaklee ya.. Hanya boleh didapati dari Mak Dara sahaja!


Hanni





Thursday, 13 December 2012

SMILE PHOTO CONTEST

SMILE PHOTO CONTEST 2012

Selamat datang ke My Bestfriend Shop kami ucapkan buat pelanggan tersayang..

Kami akan mengadakan "SMILE" PHOTO CONTEST.

Masa pertandingan:

Hantar Gambar : 8 Disember 2012 - 8 Januari 2013
Masa Undian : 9 Disember 2012 - 8 Februari 2013
Pengumuman Pemenang : 10 Februari 2013


Siapa yang boleh menyertai?

* Pertandingan ini terbuka kepada semua babies dan kanak-kanak yang berumur antara 0 - 4 tahun.
* Warganegara Malaysia

Bagaimana nak menyertai?

Hanya (1) gambar yang dibenarkan utk seorang anak.
E-mail gambar anak anda yang paling cute and cheeky (jpg or gif format only) to hanni.kamilla@yahoo.com bersama dengan maklumat berikut :
Nama anak:
Tarikh lahir anak:
Jantina anak:
Nama ibu/bapa:
Contact no: (akan dirahsiakan)
Alamat surat menyurat: (akan dirahsiakan)

Bagaimana untuk menang?

Pemenang akan dipilih berdasarkan paling banyak "LIKE" anak anda terima melalui photo yang akan disiarkan dalam fanpage My Bestfriend Shop.

So ajak family dan kawan2 untuk "LIKE" anak anda. Lebih banyak "LIKE" lebih tinggi peluang untuk anda memenangi pertandingan ini.

PERINGATAN: Sila LIKE page MBS dahulu sebelum LIKE gambar tersebut. Jika tidak, ianya tidak dikira.

Mesti nak tahu hadiahkan?

Hadiah Pertama : Barangan bernilai RM200

Hadiah Kedua : Barangan bernilai RM150

Hadiah Ketiga : Barangan bernilai RM100

Terma dan Syarat:

* Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
* Hadiah akan dihantar kepada ke alamat yang diberikan semasa pertandingan ini.
* Semua keputusan dari MBS adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat / e-mail / PM / SMS tidak akan dilayan.


Hanni