Showing posts with label Zahra. Show all posts
Showing posts with label Zahra. Show all posts

Thursday, 30 October 2014

Meal Shakes membantu anak yang sembelit

Assalamualaikum..
Anak kalian ada yang menderita sembelit? Kesian kan? Dua orang anak dara MD memang sembelit. Menurun maknya la kompem. Bila tengok diorang menangis-nangis nak teran tu, Allah, runtun rasa jiwa.. Tak tahu macam mana nak di bantu. Tapi sejak ambil Meal Shakes, memang banyak sangat perubahan bila diorang ni yak-yak. Memang membantu melegakan anak yang menderita sembelit lah..
Bila diorang ni kena sembelit, memang tak keruan kami suami isteri. Rasa nak menitik air mata sama bila tengok diorang meraung-raung. Sebelum ambil Meal Shakes, selalu bawak pegi klinik. Doktor bagi la ubat air yang cucuk kot punggung tu. Rumah kami memang spare lah dulu kut-kut bila anak kena sembelit.

Doktor selalu pesan, bagi makan buah, banyakkan minum air n etc etc etc.. Semua kami buat, Alhamdulillah membantu juga tapi tak sepenuhnya. Kami beri Meal Shakes, makan buah-buahan, sayur dan bagi minum air masak lebih. Memang tak de dah la episod berendam ayaq mata nak melaboq..haha..

Moh tengok apa yang anak-anak MD dapat dari kebaikan Meal Shakes..

1 - Kakak & Adik sangat berselera makan. Pantang sungguh nampak makanan.. Laju je 2 beradik datang dekat.

2 - Sangat cerdik dan cergas.

3 - Tak ada lagi masalah sembelit sehingga luka berdarah2 bila nak buang air besar.

4 - Sangat jarang sakit.

5 - Tiada lagi masalah ekzema.


Alhamduillah.. hati ibu mana yang x gembira?

Kalian cuba lah sendiri. Dengan syarat, kena juga bagi makan real food dan minum banyak air sama. Kalau harapkan Meal Shakes saja, tak jadi jugak..


Promo Meal Shakes beli 3 PERCUMA 1 berakhir tengah malam ni saja lagi.. Cepat korang grab! Rugi tau tak grab sekarang..

Kalian tahu kan nak cari siapa... Contact MD tau..



Thursday, 13 June 2013

Cerita Anak-anak Dara Saya

Assalamualaikum..
Saja nak share cerita anak saya.. Dua orang anak dara saya.. =)
Anak2 saya yang mendapat kebaikan dari Meal Shakes..

1 - Kakak & Adik sangat berselera makan. Pantang sungguh nampak makanan.. Laju je 2 beradik datang dekat.

2 - Sangat cerdik dan cergas.

3 - Tak ada lagi masalah sembelit sehingga luka berdarah2 bila nak buang air besar.

4 - Sangat jarang sakit.

5 - Tiada lagi masalah ekzema.

Alhamduillah.. hati ibu mana yang x gembira?

Harga promosi tinggal 18 hari sahaja lagi. Dapat kan sebelum tsunami melanda..



Friday, 10 May 2013

Kisah Anak2..

Assalamualaikum..

Kalian yang saya sayangi..

Apa saya nak bebelkan ya hari ni? Seminggu dua ni hidup saya macam agak huru-hara sikit..

Kenapa? Mula2 kakak Nasywa x sihat. Selsema, batuk dan sakit mata.. x tahu lah berjangkit dari siapa.. Kemudian bila kakak beransur baik, adik Zahra pulak berjangkit. Cukup pakej. Demam, batuk, selsema dan sakit mata. Oleh kerana si Zahra ni karektor dia agak manja, jadi boleh dikatakan selang sejam dia akan terjaga merengek menangis menyondoi kat ketiak ibu.. =.='

Dah la CM kerja malam bulan ni.. Time cuti pun dia pulun pegi OT jgk.. X pe lah.. boleh la bagi lebih lagi pada saya lepas ni.. Ooppss.. Hihi..

Kali ni saya x bagi ubat pada anak2 saya.. Kecuali ubat titik dalam mata sahaja. Ikhtiar lain saya cuma bagi secubit Nutriferon, omega dan vitamin C sahaja. Mungkin penyembuhan lambat tapi keadaan anak2 terkawal.. Alhamdulillah.. Mungkin adik nak boleh berjalan pulak kot lepas ni..
Sekarang tukang sepah dah jadi 3 orang

Pandai nak isap kaki lak. Tunggu dulu la nak wei..

Cantik manis saya..

Bercakap pasal anak2, cantik manis saya yang nama Zahra ada hobi baru.. Main bawah meja makan dan nangis sambil menjerit dengan suara yang nyaring.. Kadang2 sebab geramkan kakak pun dia akan menangis sambil jerit.. Patu x masuk lagi bila menyepah barang mainan.. Dah pandai selongkar bakul mainan yang lagi beso dari dia tu.. Haish.. Macam2.. Habit dia masih lagi suka isap ibu jari tangan kanan.. Ade cara x yang boleh saya gunakan untuk mengelakkan dari dia isap jari? Ce bagi petua pada saya..

Si Nasywa pulak makin lasak. Semakin banyak akal. Semakin menggeramkan hati saya.. Nasib baik la comel, nak marah pun selalu x jadi dibuatnya. Cakap semakin banyak.. Macam hari tu masa kitorang nak keluar makan malam.. Nasywa dengan relax cakap, "ibu, kereta ayah sangat kecil lah".. saya macam what?!! Amboii.. yang CM dah tergelak2 ckp bukan kereta ayah la.. Ni kereta ibu.. Amboi Amboii.. bukan main dua beranak ni ngata kereta ibu ye..

tolong ibu bungkus brg kastemer
lagak kalah org beso..

Tu x masuk lagi akai dia yang lain seperti curah underwear n cloth pad ibu yang berendam dalam bilik air tu ke dalam lubang jamban, tuang toner ibu atas lantai, panjat almari nak amik bedak dan tabur sampai habis atas lantai n etc etc etc.. Kadang2 saya rasa jiran saya mesti pk saya ni dera anak kut.. Anak baru dua tapi berleter pot pet pot pet macam anak ada 10 orang je.. Kadang2 stress sungguh la dengan perangai dia, tapi bila dok diam2 bertenang, saya akan ketawa.. Masa kecik depa ni x boleh nak diulang.. sok depa dah besaq, tinggal la ibu ngan ayah bercinta dua orang je.. Huk Huk Huk...

Hanni

Wednesday, 27 March 2013

Diari harian saya

Assalamualaikum..

Ihsan google.

Lately ni rasa sibuk sangat.. Start dari awal tahun, sangat sibuk. Banyak nya lambakan kerja. Yang orang dulu2 x buat ulangkaji bantuan, yang mai mohon bantuan baru walaupun dah sahih kadang tu x layak.. Nak siasat kes, lawatan ke rumah.. Balik umah utama kan family dulu baru boleh nak biz lepas tu.. Letihhhhh sangat..

Saya bangun seawal 6.15 am.. Kadang lebih awal sebab alarm CM memekak kesunyian pagi.. Tuannya x juga sedar2..cess! So sementara anak2 still tido, saya dah ligat gosok baju, siap depa punya beg, susu, baju yang nak kena hantar ke rumah Mak Ngasuh nya, siap kan vitamin yang nak makan untuk hari tu, perah susu, gosok baju tudung, mandi dan minum ESP! Kemudian, kedek2 angkat 2 kanak2 manis masuk dalam kereta untuk d hantar ke rumah Mak Caq sebelum pecut (pecut la sangat..) pegi kerja. Bila time lori berjemaah keluar, maka makin gigih lah saya berzikir mengikut bontot lori.. Bila time tu ada pak long / mak long / apek / nyonya lak keluar mencari rezeki, saya pon dengan selamba potong-memotong sesuka hati.. Hahaha...

Sampai office dah pulun buat kerja. Fail bertimbun2.. Rumah nak kena pi melawat. Internet lak pakai line negeri. So, sangattttt 'laju'.. Sampai kadang2 tu rase nak hempok2 je PC ni.. Ok lah..bab kerja hakiki di ofis tu sendiri paham lah kesibukannya mcm ne..

Saya keluar ofis pukul 5.30pm.. Tempoh sesak dengan lori segala macam dekat Jalan Valdor nak sampai ke Junjung tu.. Paling awal selalunya akan sampai rumah Mak Caq pukul 6.10pm camtu.. Paling lewat pukul 7pm. Seboleh2 nya saya x mahu sampai lebih lewat dari tu sebab kesian kat Mak Caq dan kesian sama anak2 saya seharian dok rumah orang..

Sampai rumah, bawak masuk kanak2 comel dalam rumah, masuk kain baju kotor depa dalam mesin, letak botoi susu yang dah pakai dalam sinki, bukak tv untuk bagi kakak dan adik ralit sementara ibu jadi supermom dalam rumah. Tapi selalunya taktik bukak tv tu hanya menjadi pada kakak sahaja.. Bukak Disney Junior, nak2 ada cerita Jack The Pirate, Timmy Time, Pororo ngan Doc Mc Stuffin tu.. Adik pulak x berapa tertarik dengan tv. Mungkin pembawakan masa mengandung dulu kot. Mengandung Nasywa rajin tengok tv. Mengandung adik x sempat tengok tv. Kadang2 saya pakat dengan kakak untuk main dengan adik supaya saya sempat mandi sat.. Maka kakak main lah sat sebelum kemudiannya buat adik.. T.T

Sesudah maghrib, saya ligat pulak siap makan malam untuk CM dan anak2. Kadang2 saya beli je di luar sebab x sempat. At least saya boleh fokus pada lipat kain or buat benda lain.. Then bagi makan anak2. Basuh pinggan mangkuk yang guna time makan tu, siap semayang isya', gosok gigi dan etc.. Time ni selalunya pukul 9pm.. Zahra memang dah mengamok2 time ni nak merap tido.. So susukan dan bagi tido. Dulu saya masih boleh lagi bkk FB bila susukan dia.. Dah makin bijak ni, pantang tengok cahaya, terus bangkit duduk.. So kalu dia tidur dulu, ada lah masa saya berbisnes. Kalau dia lewat nak kena ngulit2 dulu, silap2 saya kot yang tido dulu! Selalunya gitu la.. hehehe... Anak2 saya ajar tidur awal sejak dari kecik. Paling lewat pukul 10. Mesti masuk tidur pukul 10.

Demikian lah saya punya aktiviti harian.. Tipikal ibu yang bekerjaya. Tambahan sikit buat side income dengan Shaklee.. Saya rasa kebanyakan ibu bekerja macam tu kot.. Ibu2 surirumah lain sikit gayanya namun saya pasti kesibukannya tetap sama jugak.. Hari anda macammana pulak?

Hanni

Tuesday, 19 February 2013

Aquaria KLCC

Assalamualaikum...

Saya dah lama nak bawak anak-anak berjalan ke Aquaria KLCC.. Tapi CM saya ni bukan rajin sangat nak bawak anak jalan2 jauh2 ni kan... Hahaha.. Setelah pujuk dan pujuk dan pujuk, maka CM pun bersetuju untuk bawak tapi bersyarat.. hehehe.. X kisah laa.. Janji boleh pi.. Alang2 dah nak hantar mak gi KL untuk tunggu K. Na berpantang nanti kann..

Saya pi semalam.. So x yah citer panjang2.. Meh tengok gambo.. Kualiti agak kurang sbb x pakai flash... Bukan apa, saya risau ikan terkejut..hahahaha.. boleh?!

Nasywa mesti tgh pk cat ke rat ke...

Tikuih ayaq besaq kemain.. cm boleh makan orang ja.. 






Nasywa takut tengok fish besaq sangat..


Ayah dan anak2.. I love u darling...

Gambar dgn ibu pulak..



Saya nampak pink. Nasywa nampak sangat sopan..hihi..






Antara menatang yg ada..




Lion dance dalam ayor.. Siksa beno nengok deme ni nak wat stunt..

Gambar 1 family.. Saya nampak Gems pakai T-shirt nih..huhu..



Waa..banyak nyer fish... kate Nasywa..








Time ni Nasywa dah meragam sikit pasal dah letih...

Teruja tengok menatang nih..

Babysitter anak2 selama di KL.. Hihi.. Sayang Dik Nor..



X sampai 10 min kereta jalan dia dah tertido.. Boleh tido gitu..?


Sampai rumah Kak Ya, terus semua tergolek tidur kepenatan.. Cadang nak bawak Nasywa main kat Pusat Sains Negara pun x jadi sebab petang tu hujan.

Malam tu pulak pegi rumah kakak ipar di Kelana Jaya.. Kami kalu mai KL mesti kena marathon pi tiap rumah kakak2 ipar.. Itu pun kalu berkesempatan la.. Kalu masa tu ada.. Mula2 saya x paham. Tapi lama2 saya rasa mebi sebab CM saya anak bongsu, satu2 nya lelaki lak tu.. Jadi perhatian tu lebih sikit la kut.. Saya RASA je.. La ni cam dah biasa...

Time pegi umah Kak Na ni x banyak gambar yang saya amik sebab kekenyangan makan bihun sup Kak Na masak.. Patu puding roti yang sangat shedappp... So 3 ni je la pon yang sempat dan ingat... Jadi laa sbb asik la gambar kakak dia je..




Hanni