Showing posts with label Gathering. Show all posts
Showing posts with label Gathering. Show all posts

Saturday, 17 August 2013

Magic Aura Jutawan Utara


Assalamualaikum..

Lama MD x update blog kan? Agak sibuk lately ni.. Banyak beno keje nya.. Maka dengan itu, MD berazam akan update blog hari2. Hehehe.. Doa kan MD ye.. Kalau MD x update blog, sila marah MD ok?

Alhamdulillah... Semalam MD berkesempatan hadir ke Magic Aura Jutawan Utara. Bertempat di Cinta Sayang Resort, Sg. Petani. Event start pukul 9.30 pagi. Tapi MD terlewat 10 min sebab tunggu CM balik keje dulu..

Event ni dihadiri oleh barisan Masters dan Leaders yang hebat. Sharing dari Masters & Leaders memang berapi-api.. Kalau MD x terbako tu x tau la nak kata.. Memang buta hati sungguh.. Hahaha...

MD syok nak join event2 anjuran group bisnes or even anjuran syarikat sendiri - Shaklee. Ada sape2 push ke? Jawapan nya x ada. Tak ada siapa pun yang paksa or bagi arahan. Tapi MD sendiri nak hadir ke event2 macam ni. Nak kenal dengan Jutawan Shaklee. Jutawan muslimah. Yang humble, berpakaian sopan dan simple namun punya aura yang hebat. Aset yang banyak.

Picture taken from Herny Yusnizar

Sebelum ni MD hanya jadi silent reader di group, di FB. Rasa macam cukup dah kot, tapi lama-lama MD rasa x puas hati.. Event besar yang pertama MD pegi adalah National Conference yang lalu. Sangat menyuntik semangat. Semangat untuk berjaya.. Semangat untuk naik pentas terima award.. Semangat utk jadi orang yang hebat.. Semangat untuk bantu keluarga dan macam2 semangat lagi..

MD dah berada dalam group yang betul. Di naungi oleh PM Shareeza dalam group Jutawan. Dan di bawah susur galur nya ada 17 masters yang hebat.. Leaders lak tok sah cakap lah.. berderet2.. Hebat2 belaka..

Ini susunan MD --> Chrysalis Nurul --> Master Hadhatina --> Master Lyna Noh --> PM Shareeza @ Cery..

Memang sangat bertuah sebab ke semua upline2 MD x kedekut ilmu. Sangat gigih mengajar dan melayan anak cucu cicit ni berbisnes.. Ajar asas blogging.. ajar FB Ads.. Ajar amalan2 rohani dan sebagainya...

So kalau korang nak join MD wat biz Shaklee, MD sangat alu2 kan. MD akan asuh dari korang baby, meniarap, merangkak, bangun bertatih kemudian berlari.. =)

Nota kaki :- Nasywa duduk di pangkuan Master Laila.. =) Semoga anak ibu pun turut menjejak langkah Masters yang lain..
Hanni

Sunday, 23 June 2013

Mini Gathering

Assalamualaikum..

Hari ni berkesempatan untuk attend gathering yang upline saya iaitu Mama Chrysalis anjurkan di rumah ibu mertuanya di Kulim. Berkebetulan beliau pulang ke kampung. Oleh kerana di Kulim, so bolehlah nak join sama. Bukan lah gathering besar-besaran sehingga naik khemah pulak. Just mini gathering aka kelas.. Yang dihadiri oleh ibu-ibu, bapa-bapa dan anak-anak..

Rumah memang berkecah.. Anak-anak lepas bebas main sesama mereka. Sementara ibu menimba ilmu, ayah tolong jaga anak. CM x ikut sama sebab dia baru lepas kerja malam. Mesti dia ngantuk. Anak-anak semua saya angkut sama. Biar kan mereka berkawan dan bermain. Bukan selalu kan jumpa kawan.. Asiknya bergaduh dengan ibu aje pun. Kat rumah Mak Caq pun bergaduh 2 beradik tu je..

Mama Chrysalis mengajar sambil mendukung baby Danial. Nampak x Si Cantik Zahra saya tengah buat apa?

Yang baju pink tu newbie.. Datang2, dengar penerangan terus berminat nak join. Hebat kan? Makcik Dila dengan heronya.

Masing-masing kelek anak.. Syok nya tengok.

Bergambar sebelum balik.

Banyak ilmu yang saya dapat hari tu. Biar pun orang kata dah lama buat (hampir setahun), tapi masih banyak yang saya belum tahu. Ilmu untuk mendidik anak-anak bisnes saya untuk berjaya. Rasa apa yang saya rasa. Income yang saya terima. Kepuasan yang saya dapat. =) x terungkap dengan kata-kata.

Makan tengahari di sponsor oleh Mama Chrysalis dan tuan rumah, Asilah Azmi. Memang sedap giler.. Nak bertambah tapi malu pulak.. Kang terkejut tuan rumah tengok Mak Dara buruk lantak..keh keh keh.. Nasib baik malu tu menebal jugak, kalau x nak mintak tapau balik.. Hahaha.. 

Seronok dan happy. Sebab ilmu dapat, ukhuwah rapat, perut padat. Memang santai dan sempoi.. Next time rumah saya pulak kot insyaAllah.. =) 

Nak jadi orang hebat, kena berguru selalu. Copy apa yang mentor buat. InsyaAllah berjaya! Anda mahukan side income yang fleksibel dengan masa anda bekerja, bersama anak dan sebagainya? Memang Shaklee adalah yang terbaik. Boleh SMS/Whatsapp 013-5818283 atau e-mail ke hanni.kamilla@yahoo.com. Saya akan guide anda sehingga berjaya.

Love,
Mak Dara.
Hanni