Sunday, 30 June 2013

~ Cerita Hujung Minggu ~

Assalamualaikum..

Semalam saya bawak mak, anak2 dan 2 orang anak buah gi jalan-jalan.. Mula-mula saya gi COD vitamin pada customer. Dia baru nak cuba Set Diet Shaklee. Sebelum ni dia amik brand lain, tapi decide nak tukar brand sebab dah x boleh nak maintain ~ mahal sangat.. So nak cuba Shaklee.. =)

Lepas tu cadang nak ke Hospital Ipoh melawat  orang sakit. Tapi mujur call dulu, masa melawat dah suntuk sangat. Plus saya bawak anak-anak ramai. Tak boleh la nak masuk. Patient tu baru lepas kimo.. Tak bagus untuk pesakit, tak bagus jugak untuk budak2.. So cancel. Pegi petang lah kalau berkesempatan..

Saya bawak semua nya pegi kedai adik ipar saya - Fara (Kedai).. Tujuannya ibu nak carik jubah selepas terpengaruh dengan jubah si Farah ni pakai nampak canteks je.. Masuk kedai dia terus rambang mata weiii.. dari 1 jubah terus jadi 2.. nasib baik duit x cukup.. kalau tidak, jadi 3 jubah!! Hahaha.. N nasib baik lagi CM x ikut.. Kalu x, x tau la ape di kata nya saya ni.. Apa pun saya puas hati.. hadiah birthday untuk diri sendiri..

Meh cuci mata dengan gelagat anak4 saya.. Anak saudara pun anak saya juga..

Bila nak tangkap gambar, mula terenyih2.. menurun sapa la agaknya budak ni..

Haa.. tengok..

Renyih lagi..




Hehe.. dengan terkangkang nya.. ish3..

Dalam pic ni adik Zahra tak ada. Sebab dia sibuk memerap nak masuk perut balik! Saya doa kan anak4 saya ni jadi anak solehah dan bijak.. Sayang semuanya... 

Hanni


No comments:

Post a Comment