Monday, 15 August 2016
Demi Kerana Cinta, Cucuk Epidural Sanggup Ku Tempuh Jua
Friday, 9 January 2015
Keliru Memilih Jamu Tradisonal Atau Suplemen Moden Untuk Berpantang
Selalunya bila tahu je mengandung, ibu-ibu ni mula lah huru-hara tak tenang tidur memikirkan set berpantang apa yang nak di gunakan bila bersalin nanti. Kelirukan nak memilih jamu tradisional atau suplemen moden untuk berpantang nanti. Yang itu ke... yang ini ke? Betul tak?
Korang tak tahu la macam mana. Tapi MD, walau anak dah masuk 3, kelirunya macam anak pertama jugak. Tiap-tiap bulan jenuh fikir nak cuba set bersalin apa..
Jemput baca entry perkongsian pengalaman MD sendiri dan tips antara jamu vs suplemen moden, khas untuk ibu-ibu yang dalam dilema dalam memilih set berpantang semasa bersalin. Bapa-bapa yang perihatin pun boleh juge.
Masa anak sulung, MD tak kenal lagi suplemen moden. Jadi dok pertimbang antara Jamu MD dan ST. Macam-macam yang dipertimbangkan. Contohnya adakah jamu akan membuatkan susu badan kering bila makan nanti? Huish.. ngeri kot nak bayang. Persoalan paling penting tu.. Siapa nak susu badan kering kan? Kesian anak nanti.
![]() |
| image google |
Oleh kerana tertarik dengan ikon ramping jamu MD tu, maka selaku ibu yang pertama kali excited nak timang anak ni pun beli la. Feeling-feeling boleh ramping pakai kebaya macam ibu Halimah..hehe.. Bila bersalin, MD start makan. Tapi, masyaAllah. Panasnya sampai jadi pening kepala! Sampai satu tahap rasa nak hentak-hentak kepala kat dinding. Macam migrain je. Tapi bila tak makan 3-4 hari baru rasa normal. So, tak habis tempoh pantang pun, tinggal macam tu je. Tak tahan. Panas.
Tapi, krim sapu dia memang best. Kepanasan nya tu tahan lama gila! Bau pun wangi.
![]() |
| image google |
Bila anak kedua, masih tak kenal lagi suplemen moden untuk berpantang ni. Pilih pulak antara NR atau Tanamera. Kali ni MD pilih Tanamera sebab tagline diorang kata 100% menggunakan bahan semulajadi. Dan semuanya di ambil untuk luaran. Satu je yang diambil untuk dalaman. Teh herba kunyit dan madu.
Yang ni memang best. Teh dia pun sedap. Rasa pun refreshing. Tapi hari kedua minum teh tu, keluar darah seketul besar tapak tangan! Dan insiden kepala sakit pun jadi semula. Kali ni ayahanda MD pon campur tangan. Terpaksa tadah telinga la dengar leteran nya. Dah tahu tak tahan makan jamu, pulun juga nak telan!
Tapi, MD tak kata Tanamera tak bagus. Untuk luaran memang MD bagi A. Terbaik! Tapi dalaman, mungkin tak sesuai dengan MD.
Bila anak ketiga ni, tergedik-gedik survey jamu tu tetap ada. Tapi tak serancak dulu sebab time ni dah kenal Shaklee. Dan memang nak continue set hamil ke set berpantang Shaklee je.
Kali ni cerdik sikit la, beli Jamu NR yang untuk luaran je dulu. Macam minyak Herbanika, Krim Barut Herbanika dan Barra Gel. Sebabnya tak mahu terkena macam yang sebelum ni. Membazir gitu je beli satu set tapi tak habis guna.
Kebetulan, masa di hospital bersalin no. 3, MD memang bawak vitamin-vitamin Shaklee. So bila lepas bersalin, memang terus je ambil. Alhamdulillah.. Rasa cergas je walaupun kali ketiga ni bersalin czer. Sangat berbeza rasa dengan bersalin yang sebelum-sebelum ni. Tapi kalau tanya CM, mesti dia kata macam teruk sebab MD memang suka buat teruk dengan dia.. kah3.. dengan Tok Laki la pun kan nak manja-manja. Tak sakit pun buat sakit..hee...
Boleh baca pengalaman MD menggunakan set berpantang Shaklee di sini. Tapi, Alhamdulillah tak beli set jamu. Sebab doktor pun pesan sebelum masuk bilik operation supaya jangan ambil jamu dalam tempoh sebulan pertama selepas bersalin. Gamat dan pati haruan juga tidak digalakkan sebab luaran nampak cantik elok, tapi dalaman mungkin tidak elok melekat-lekat dan sebagainya. Ngeri jugak dengar nya!
Ok lah, dah cerita panjang lebaq pengalaman MD, meh MD summarykan. Ini tidak bias walaupun MD memang nak korang beli set berpantang Shaklee dengan MD.. Kah3.. ayat mintak pang sedas. *tapi serius ni*.
Jamu
- Campuran ramuan herba tradisional.
- Mengambil masa yang lama untuk diuraikan samada cukup air atau tidak dalam badan.
- Kebanyakan jamu tidak diketahui ramuannya yang lebih lengkap. Dikhuatiri dicampur dengan bahan berbahaya supaya nampak kesan segera.
- Risiko mendapat jaundis yang lebih tinggi.
- Bersifat panas, bahaya untuk hati dan perkembangan bayi.
- Jika ibu melahirkan secara czer, jahitan mudah terbuka dan luka bernanah.
- Tidak membantu menstabilkan emosi ibu semasa berpantang, risiko meroyan!
- Kurang sesuai untuk ibu yang ingin menyusukan anak sepenuhnya.
Vitamin Shaklee
- Campuran ramuan tumbuh-tumbuhan (100% semulajadi).
- Memerlukan masa yang singkat untuk meresap ke dalam badan dengan pengambilan air yang mencukupi.
- Kandungan lengkap dengan khasiat asid folik, zat besi, zinc dan vitamin lain.
- Kandungan vitamin yang lengkap mampu mengatasi masalah bayi kuning atau jaundis.
- Vitamin bersifat semulajadi dan pelengkap nutrisi ibu berpantang dan menyusukan.
- Vitamin yang lengkap mampu memulihkan 100% luaran dan dalaman ibu yang bersalin normal mahupun pembedahan.
- Vitamin B dan C mampu mengawal sebarang bentuk tekanan dan mengelakkan risiko meroyan. Juga menaikkan seri wajah ibu yang baru lepas bersalin!
- Sangat sesuai untuk ibu yang ingin menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu.
- Mampu melawaskan pembuangan juga! Tiada risiko nyeri dan ngilu ketika mahu meneran kerana kalsiumnya bertindak melembutkan najis!!
- Memberikan tidur yang berkualiti buat si ibu walaupun bayi anda bangun dua jam sekali untuk menyusu di tengah malam.
So kepada ibu-ibu yang dah nak bersalin, jangan pening-pening kepala nak fikir set berpantang apa yang nak beli. MD dah berikan guideline antara set berpantang tradisional atau pun set berpantang moden.
Pastikan juga korang dah buat persiapan barang nak bersalin tau. Jangan last minit baru nak beli. Nanti double dos pening gelabah tak tahu nak beli apa.
Tapi yang penting sekali set bersalin wajib beli. Kalau korang nak tahu, SET BERSALIN SHAKLEE boleh di ambil seawal hari pertama korang bersalin. Dan yang paling best, tak perlu risau untuk berhenti ambil kalau bayi kena jaundis. Selamat dan sangat mesra kepada bayi comel korang.
MD berharap entry ini dapat membantu korang dalam proses persediaan nak berpantang kelak. MD ucapkan semoga berjaya dalam perjuangan melahirkan little caliph kelak. Banyakkan bertenang dan nikmati waktu berpantang sebaik mungkin.
Hubungi MD untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee yang super best ini! MD boleh katakan, insyaAllah korang akan dapat ketenangan fikiran semasa berpantang nanti. Harga 1 set cuma RM477.00. Sangat BERPATUTAN dan super JIMAT untuk penggunaan antara 4-6 bulan nanti. Whatsapp/Telegram MD sekarang ya..

COD AREA PARIT BUNTAR, JAWI, BUKIT TAMBUN, SIMPANG AMPAT, NIBONG TEBAL, BANDAR BHARU (OFFICE HOUR), DAN KULIM.PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN POS LAJU, CITYLINK DAN G-DEX.
Tuesday, 9 September 2014
Tanda-tanda Awal Bersalin
Hari ni saja nak share tanda-tanda awal bersalin yang MD google di internet.. Ada 8 tanda-tanda awal bersalin.. Jom kita tengok..
8 Tanda-tanda Awal Bersalin
-------------------------------------
1. Sakit Belakang - Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil.Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran.Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat.Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.
Sementara itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri anda seperti merangkak, kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas. Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali.Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan.Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.
~ isk.. ni sejak 8 bulan lagi MD dah rasa sakit kat belakang ni.. terutamanya di bahagian bawah tulang punggung tu.. Ada juga pegi ngurut, tapi lega sekejap je la. Lepas tu sakit lagi. Alternatif nya MD telan la Ostematrix before tidur.. Rasa lega sebab lepas bangun tu sakit pinggang tu hilang..
2. Kontraksi rahim - Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.
Sekiranya sudah mengalami kontraksi, cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya. Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak masa yang konsisten.
Jika kontraksi yang dialami berlaku setiap lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan semakin kerap, segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan. Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.
~ Hmm.. yang ni MD tak tahu mcam mana nak kata sebab selalu juga rasa contraction ni. Tak tahu tu Brixton Hicks ke memang contraction nak bersalin ke. Tapi bawah perut rasa tegang sangat. Ari-ari pun sakit. T.T
3. Bloody show - Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.
Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks. Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi. Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital. Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
~ yang ni tak pernah alami selama dah beranak 2 orang ni. Diorang dua orang ni tanda nya contraction. Lepas tu doktor yang pecahkan ketuban.
4. Pecah Ketuban - Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan.
Ramai wanita hamil yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing. Untuk pengetahuan, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil. Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.
Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
~ hm.... pun tak ada pengalaman pecah ketuban sendiri..
5. Serviks terbuka - Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan. Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.
~ Setakat yang admit hari tu belum lagi ada bukaan..
6. Perut memulas - Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan, ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas umpamanya.
~ hehe.. yang ni selalu nya memang akan membuang pun.. hihi...
7. Perut "turun" - Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.
~ yang ni memang dah turun.... Kepala pun dah duduk di dalam laluan dah.. tunggu time jer... huhu
8. Kerap membuang air kecil - Apabila bayi sudah bergerak ke bawah, sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah, anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil.
~ Ni tak tau la nak cakap.. Rasa nak bertapa dalam toilet je. haha..
Moh la kita amalkan doa ni.. Moga-moga di permudahkan bersalin nanti.. InsyaAllah..

Wednesday, 13 August 2014
Terapi Untuk Bersalin
Usia kandungan sekarang meniti 35 minggu 5 hari.. Ikut kiraan dalam application Pregnancy tu la.. Kalau kira sendiri tu rasa macam cukup bulan dah.. haha.. Lately ni MD banyak bukak youtube.. Tengok video-video orang bersalin. Mencari terapi untuk bersalin lah konon nya.. Entry kali ni sekadar catatan harian MD sepanjang kehamilan.. Blog personal www.hanihanafi.blogspot.com tu mungkin akan di tutup.. Tak larat nak jaga sampai 2 blog. Hihi..
Waktu ni, makin kerap Brixton Hicks.. Macam malam tadi, pukul 3.00 pagi mata terkebil-kebil serba tak kena sebab Brixton Hicks.. Haish.. Harap nya adik baby boleh tunggu sampai 37 minggu ke atas.. Bagi ibu, ayah dan kakak-kakak selesai pindah ke rumah baru kita dulu.. Rasa macam dah tak sabar sangat-sangat!!
Pagi ni MD tengok video orang bersalin.. yang ni memang mengundang air mata.. Rasa sangat sweet!! Korang tengok lah sendiri..
Sweet sebab mak nya sweet..
Sweet sebab cara diorang introduce akan ada adik baby bakal lahir..
Sweet sebab anak-anak diorang lebih kurang anak-anak MD je besarnya..
Sweet sebab anak kecil memang manis macam gula.. hihi..
Ok, MD kena start bersedia mental dan fizikal untuk kelahiran yang ketiga ni.. Doa kan MD ya semua.. Moga selamat dan di permudahkan oleh Allah..

Sunday, 20 July 2014
Dilema Ibu Yang Terpaksa Berpantang Sendiri Nak Makan Apa?
Lately ni MD banyak terima berita, lepas sorang-sorang selamat melahirkan baby masing-masing.. MD masih bertabah menunggu lagi 2 bulan.. Dalam pada tu, ada juga ibu yang dalam dilema sebab terpaksa berpantang sendiri, tak tahu nak makan apa... So jom cekidaut apa la yang ibu-ibu dalam pantang nak makan nanti... Moga bermanfaat untuk semua..
1. Ikan
2. Ulam-ulaman
3. Sayyur-sayuran dan Buah-buahan
4. Ayam dan Burung

Thursday, 20 June 2013
Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan keletihan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.
Untuk lagi best, belikan SET BERSALIN SHAKLEE supaya isteri cepat sembuh, pulih selepas bersalin malah cergas bertenaga lagi tu.. Tapi, jangan ngelat pulak. Dah isteri cergas, korang buat-buat tak ingat pulak isteri baru lepas bersalin.. =D
Friday, 10 August 2012
New member in the family!
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.....
adik nasywa dh selamat d lahirkan pada 6-8-12, jam 4.54 am, dgn berat 3.10..n ia nya adalah bayi perempuan yg cantik n sihat..alhamdulillah...
mengingat kembali detik-detik tu..
5-8-12..
10am-doc bg discaj..sbb dh bape hari masih lagi 3cm..n x de tnda2 sakit apa pun..
11am-balik umah,tdo dgn kakak..
4pm-cik mat ajak g spital tgk azwa bersalin..time ni dh sakit2 kuat tp ibu anggap adik main2 lg..
5pm-g jj..cik mat nk beli belt..usaha jgk pgg nasywa dlm lautan manusia tu..huhu..
6pm-g pasar ramadhan beli mkn..
7.30pm-berbuka puasa dgn air mata menitik2..
9pm-masih sempat mandi n baring..time kan cntraction...mak long soh g spital segera...mommies kat scfm pon soh g spital jgk..
6-8-12
12am-smpai spital..masih leh memain dgn misi..gelak2..haha..dgn MO pon ibu ckp nak check jln je dulu..klu masih 3cm,ibu nk balik aje..haha..MO tu kata ibu dh nk bersalin..n bila check bukaan dh 5cm..
2am-tolak labour room 7..ibu dh nebes sgt..lg lk patient sblh dok bkeluh kesah..so air ketuban d pecah kan..n mesin ctg d pasang..misi kata lps review result ctg akn d bg pain killer..
3am-sakit dh smakin kuat tp masih leh thn..cik mat pon dh teman..pain killer lk x knjung tibe..
4am-ibu dh nk ngamuk rse ny..mana sekor misi pon xde ni..pain killer mane..??!!cik mat pon keluar la mcari..br tkedek2 dtg misi..time ni dh x leh beza nk kencing ke nak teran ke cnyraction sj ke..huhu..so pas dia cucuk pain killer,dia pon kua kn kencing nya..baru check jln..time ni ayah kata nk kua jap nk sahur..rupa ny elok je ayah kua,misi check jln dh rasa kpala adik..ibu lk x leh nk pk dh nk pggl ayah smula ke apa..tp misi kata x yah lah..bg ayah sahur.. :'( ayah terlepas moment adik kua..teran bape kali n adik pon kua koi 4.54am..
berbaloi menunggu cnta hati kedua ini..sbb kelahirannya lgsg x menangis..malah tersenyum pd ibu..bahagia nya dgn kurniaan Allah ini...
for the time being,dia kami pggl bby zahra..nama penuh masih lg dlm perbincangan..hehe..
nanti sambung lg bebel..kakak sudah datang....
Tuesday, 17 January 2012
Alya Annasywa Bt Mohamad
terasa cm baru smlm beranakkan nya.masih ingat lg detik2 tu..
24.12.2010 - Nasywa bg false alarm pd ibu ngan ayah..merasa la ibu dok Hospital Kulim.tp Nasywa masih blom lg nk kua dr dlm perot ibu..ati ni dh rse x sabar2 sgt nk tgk rupa buah ati ibu & ayah ni..
16.1.2011 - 3 mggu lps tu Nasywa mule tnjukkn tnda.tp ibu mls nk g hospital.takut Nasywa main2 lg..tp ptg tu ibu mmg g hospital pon sbb nk melawat tok cik yg admit wad sbb kncing manis.atas desakan, ibu pegi labour room pastu utk check ctg sbb ibu rse cm Nasywa x byk gerak je..
nurse yg layan ibu pon baik2..doktor kata nasywa gerak ok.tp dia soh ibu dok kat wad.sbb ibu ngadu ade rse contraction sket2.ibu ckp klu blom nk branak lg,ibu nk balik dlu.so doktor td pggil sorang doktor pompuan utk check bukaan..sakit sgt..rupa ny dh 2cm.ibu trase panik kejap..
mlm tu dlm koi 10 lbih ibu d tolak kt wad..trase mcm nightmare je.mmg sgt x best.nurse pon cm sombong2 je. mlm tu asik trase nk tkencing n bila cntraction dtg ibu nangis sorang2. sedih psl ayah x de kat tepi ibu.
17.1.2011 - kul 3 lbih ibu trase cm sumthg kua..cm air.ibu gtau nurse.dia check bukaan masih 2cm.dia soh ibu tido.ibu nk mrh sgt kat dia sbb ibu sakit tp dia soh tido..
esok pg bile doktor round,ibu ckp ibu sakit.tp doktor tu still ngantuk lagi.dia x tulis pon kt file ape yg ibu ckp kt dia. x lama pas tu sister round. ibu ngadu sakit. dia tkejut sbb doktor tu x tulis. so dia inform pd doktor yg tggi sket pgkat ny..n bile doktor tu check bukaan rupa ny dh 4cm.terus dia marah kenapa x take action bila ibu ngadu sakit.huhu..terus depa tolak ibu g labour room koi 10..
dlm labour room punya la sejuk..blapis2 selimut ibu pakai.tetibe dtg 1 nurse ni promote ibu amik epidural..geram ny ibu kat dia..kita tgh sakit dok mrepek tahape tah ibu pon x paham.tp sbb mls nk layan,ibu angguk je la..kmudian dtg nurse bkumpul bsembang dlm bilik ibu tu..x lama patu dtg doktor pakar utk cucuk epidural kat ibu.patu rse lega giler..x de dh rse cntraction.ibu leh sembang,gelak,sengih lg..tym ni ayah dh teman ibu dlm labour room.borak2 dgn ayah n nurse pelatih pebidanan tu..hehe..cm bukan nk beranak je..nurse x bg minum air selusuh.tp ayah curi2 bg ibu minum sbb dahaga sgt.n lapar.
koi 4 lbih ayah dh bkira2 nk kua jap nk mkn n solat.mase tu ibu dh trase sakit sket tp ibu diam.ibu mntak ayah tggu jp..tggu smpai doc ckp apa..dlm koi 5lbih doc round.check bukaan br 7.5cm.tp ibu dh trase cm nk tberak.sakit giler nk teran sgt2.ibu teran je wpon nurse soh tggu.sakit sgt smpai nangis2 ibu..bila bidan nk check ibu marah x bg seluk dh sbb sakit n nk teran.ayah pujuk2 ibu,last2 ibu pon ok.bidan seluk kata ny dh rse rambut baby.dia ajar ibu teran dgn betoi tp mana la ibu tau.yg ibu tau cm nk kua kn cepat.sakit sgt..ayah pon bg perangsang pd ibu.hm..ibu still leh ingat detik tu.so sweet..dlm sakit2 nk teran tu bidan tu gunting.trase guntingan ny tp x sakit.then bila kepala Nasywa dh kua,rse lega sket.teran yg kedua nk kua kn badan Nasywa ibu wat sekuat ati.sbb gembira kepala Nasywa dh kua.x sabar nk tgk..
6.14pm Nasywa lahir.ayah ngan ibu nangis.bidan angkat baby tnya jantina apa.ibu ckp girl.dia letak atas bdn ibu.gembira sgt ibu rse.ayah apetah lg..ibu x percaya anak yang ibu kandung 9bln dh ade dpn mata..then depa bwk nasywa pegi utk cuci..n bidan pon mula la proses kua kn uri,kua kn drh kotor,n jahit bawah..masa jahit ibu mntak bius byk sbb ibu sakit sgt.hehe..dia bg la tp bila tang kulit tu,mjerit2 ibu sbb sakit sangat.ade plak doktor pelatih dtg nk tgk cmane depa jahit.n bidan td dgn baik ati tnjuk kn pelan2.cm nk sepak2 je ibu rse..hehe..
depa tolak ibu masuk wad smula koi 10 mlm lbih.ayh azan dan iqamat kn nasywa.ibu nangis tgk.syahdu sgt..buah hati cinta ayah & ibu.bahagia ny detik tu..
kalu 1 hari nnti Nasywa baca blog ibu ni,ibu nk Nasywa tau yg kami sayang kn Nasywa.bukan mudah nk ngandungkan n lahir kn Nasywa.byk dugaan Tuhan uji ibu..tp penantian tu berbaloi..ibu ngan ayah syg sgt pd Nasywa..













