Showing posts with label Shape Up Set. Show all posts
Showing posts with label Shape Up Set. Show all posts

Monday, 8 June 2015

Program YES! Senangnya Buat Duit!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Diberi keizinan menghirup udara lagi pagi ini.. Entry pagi ni special sikit. Nak cerita pasal program YES! Ohoii.. Senangnya buat duit sekarang ni.. Tinggal lagi nak dengan tak nak je lagi..



Program YES ni adalah singkatan dari Young Entrepreneur System. Program ni telah dilancar kan oleh Shaklee dan sangat bagus untuk korang yang sedang mencari pekerjaan atau ingin menambahkan pendapatan di zaman serba GST ni..

Ianya bermula dari bulan lepas (Mei 2015) lagi. Dan berlangsung sehingga Oktober 2015. Maknanya kalau korang join YES program selepas Oktober 2015, dah tak valid dah la untuk join lagi..

Tapi, trick nya begini, game ini akan berjalan selama 13 bulan sahaja dari bulan pertama korang join.. Dan dalam masa 13 bulan ni, korang berpeluang menjadi JUTAWAN jika korang ikut teknik FOLLOW dan DUPLICATE ni. Haa.. Senang je sebenarnya. Teruskan pembacaan..

Yang lebih menarik, program YES ni hanya terbuka kepada ahli baru sahaja. Ahli lama? Oh, Menjadi ahli lama, ada keistimewaan lain pula. Haa.. susur galur MD, boleh refer pada MD terus. Tapi kalau SID bukan susur galur MD, boleh lah bertanya upline masing-masing.. Lebih afdhol kata orang.. hihi.. So jangan jelly ya sebab Shaklee sediakan insentif yang menarik untuk ahli lama dan baru. Keyword nya adalah FOLLOW dan DUPLICATE sahaja.

Apa Yang Bakal Diterima?


1 - Multivitamin PERCUMA



Ok, yang pertama, dengan setiap pendaftaran sebagai ahli, korang secara automatik terus layak untuk menerima VitaLea secara PERCUMA. MD ada tulis mengenai VitaLea percuma di dalam entry ini.

Memang sangat berbaloi ok, sebab korang dapat multivitamin tertua di dunia ini secara PERCUMA dengan hanya menjadi ahli dan membeli sebarang produk Shaklee.

2 - YES Super Jimat Pack


Pihak syarikat ada menyediakan 4 super jimat pack ni.. Hii.. Pandai MD je tukar nama dia.. kui kui kui.. Tapi, memang betul. Korang memang sangat bijak apabila membeli mana-mana antara salah satu daripada 4 set ni.


Set Kehamilan Shaklee


Set Berpantang Shaklee 


Set Diet Shaklee


Set Awet Muda Shaklee


Kenapa MD kata sangat jimat? Sebab dengan setiap pembelian, Shaklee bagi 5% diskaun tau. Dah jimat lagi di situ. Lepas tu UV nya pulak Shaklee bagi lebih. Eh eh.. dah la bagi harga kurang. Tapi UV pulak tambah.. Tak ke best tu? Bulan depan terus layak terima bonus dari Shaklee.

3 - YES bonus berganda


Haa.. part ni yang paling teruja. Siapa je yang tak teruja pasal duit kan. Nak pulak sekarang serba mahal. Ada anak buah MD kata, nak dapat kan RM500 je extra tiap bulan. Lepas duit pampers dan susu anak je cukup lah katanya.

Ok, ni MD nak bagi tahu..

Shaklee nak bagi insentif bonus tambahan antara 10% - 50% tau daripada bonus yang diterima. Dengan syarat bonus yang diterima adalah serendah RM500.

So, just imagine..

10% daripada RM500 = total RM550.
30% daripada RM800 = total RM1040
50% daripada RM1000 = total layak terima untuk bulan itu RM1500!!

Wohoo.. Banyak kot!

4 - Hadiah Tunai Berganda 100%


Shaklee ni memang pemurah. Dah la bonus peribadi pun dia nak bagi lebih. Ni dia nak bagi lagi hadiah tunai berganda 100% untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*.

Contohnya melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM800, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM800 + 100% iaitu bersamaan RM1600 pada bulan ini.

Tak terbukak lagi mata? Tak pe, MD bagi lagi...

5 - YES Recognition and Cash Reward


Shaklee nak bagi hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE sistem ini dengan cemerlang.

Banyak tuuu.. Yang pasti SID lama memang tak dapat. Korang tak nak ke? Shaklee bagi dah peluang buat duit ni..


MD dengar pun seriously rasa sangat excited tau. Sebab masa MD join tahun 2012 dulu, tak ada pun Shaklee nak bagi VitaLea free, tak de pun nak bagi insentif duit banyak-banyak ni.. Jelly sungguh. So kalau korang yang masih belum join, memang sangat rugi.

Walaupun MD tak dapat nak grab peluang ni, tapi MD sangat teruja untuk guide seramai-ramainya rakyat Malaysia untuk menyertai projek YES ini..
 
Jika anda sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan tambahan atau pun sedang mencari kerja, atau pun sedang dalam proses untuk menjadi surirumah yang bekerjaya, MD ingin mengajak anda menyertai program YES ini dan menjadikan MD sebagai mentor kejayaan anda. MD sedia membantu anda.

Mentor, ilmu dan tindakan yang betul akan membantu anda mencapai impian anda!

Langkah pertama untuk menjadi Jutawan dalam masa 13 bulan adalah bermula daripada hari ini. Hubungi MD di 013-5818283 untuk maklumat lanjut.

MD

Wednesday, 25 March 2015

Tips Diet Yang Paling Mudah Dan Berkesan. Khas Untuk Yang Suka Makan!

Assalamualaikum..

Tajuk itu sebenarnya perli diri sendiri.. Haha... MD memang sangat suka makan! Lagi-lagi menyusukan anak ni lagi cepat lapar. So, MD nak share dengan kalian, tips diet yang paling mudah dan berkesan. Khas untuk yang suka makan macam MD jugak!

Kalau kalian amalkan, insyaAllah akan berhasil. Tapi dengan syarat tak boleh mengelat lah! Perli diri sendiri lagi.. 




Tips diet

(1)   Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.

(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari.. Letak target jangka pendek 3 BULAN.

(3)   Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.

(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari yea.

(5)   JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”

(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.

(7)   AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.

(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi + 1/4 Sayur + 1/4 lauk.. Kalau lapar, tambah lauk dan sayur.. Bukan tambah nasi ya..

(9)  Snack between meal tu boleh TAPI ambillah buah-buahan / dried fruits.. senang cakap benda berkhasiat la

(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..


Sila dapatkan jadual pengambilan dan konsultasi dengan pengedar anda untuk kesan yang lebih baik. MD hanya akan memberikan konsultasi dan jadual pengambilan KHAS untuk pelanggan MD sahaja.


* Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”. Itu sebenarnya diet paling tak berjaya. Saya boleh jamin yang orang tu akan rebound balik. *




Set Diet Bajet yang HOT!!

** LECITHIN - Sebagai agen pemecah lemak dan menguraikan lemak. Pengambilan Lecithin dapat mengurangkan obesiti, menghalang lemak-lemak dari menempel di dalam saluran darah, kolestrol dan sebagainya.

** ALFALFA - Dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol serta toksin keluar dari badan.



* Dapatkan Set Diet Shaklee anda dengan harga yang tidak mampu untuk anda berkata TIDAK sekarang! SMS/Whatsapp MD (013-5818283 sekarang juga! *

MD

Friday, 20 February 2015

Dilema Ibu Menyusu Yang Stress Mengakibatkan Kekurangan Susu Badan

Assalamualaikum..

Pagi ni MD nak share perkongsian dari hati.. Dilema ibu menyusu yang kekurangan susu akibat stress. Sebab apa MD nak share? Sebab perkara ni terjadi pada diri MD sendiri selain kerap menerima soalan bgaimana MD maintain menyusukan anak-anak dengan susu badan..




MD tak nafikan, being a mother, tak kira lah anak baru sorang ke atau dah berderet rakyat jelata macam MD ni, stress atau tekanan memang tak boleh nak lari. Anak sorang tu cara anak sorang.. Yang anak ramai pulak, mujur rumah dari batu. Kalau kayu, gamaknya boleh roboh dek kelasakan diorang.. haha.. Rumah MD la.. bukan rumah korang..

2 minggu yang lepas, MD memang stress yang teramat sangat. Fikir banyak sangat. Especially nak pegi ke KL ni. memang dok berbelah bahagi, kerja lagi nak siapkan fail sebelum berkursus.. Kurang tidur sebab anak meragam malam nak naik gigi.. dan bla bla bla... memang buat kan sangat stress. Tersangat-sangat stress..

Mula-mula production susu ok. Makna kata bila perah masih boleh dapat 25-30oz sehari. Tapi, kemudian slowly nampak makin susu merudum. Fuhh.. Dasyat penangan stress ni kawan-kawan..! Nak dapatkan 15oz sehari pun susah. Time ni la susu EBM dalam Freezer sangat-sangat membantu!

Tapi, bukan boleh relax sangat, stok EBM mula menyusut. MD dah mula panik. Sehingga ke satu tahap, MD pesan pada pengasuh Akram di Taska supaya jimat-jimat susu nya.. MD sangat stress.. Makin berganda stress bila susu kurang dari selalu. Adik Akram pun mula mengamuk tak puas menyusu.

So MD tak nak situasi yang sama terjadi pada korang.. Frust ok bila terpaksa bagi anak FM sedangkan susu badan masih ada. Teruskan pembacaan korang sehingga habis, tips-tips yang MD nak kongsikan..

Punca Susu Merudum


Penyusuan susu ibu ni berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira.

Dalam suasana yang tenang dan ibu rasa gembira serta tenang (tidak stress) hormon oksitosin ni dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin. Hormon prolaktin ni pula dihantar ke kelenjar susu. Hasilnya secara semulajadi badan akan keluarkan susu. Jadi jika ibu stress dan letih, hormon oksitosin pun kurang dirembes dan secara tidak lagsung hormon prolaktin juga akan berkurang dan akan menyebabkan susu kurang..


Tips Untuk Membanyakkan Semula Susu Ibu


1. Cari punca susu merudum dan atasi masalah tersebut.


Ibu,
Tengok balik. Renung semula apa punca susu merudum. Jadual pam macam mana? Konsisten tak ikut jadual pam susu? Badan dan emosi, ada stress dan letih tak? Pemakanan pulak macam mana? Seimbang ke tidak ke? Water intake atau pengambilan air pulak macam mana?

Bilamana ibu tahu apa punca susu merudum, baru lah senang nak betulkan semula.

2. Lakukan power pumping dan tanderm nursing


Teknik power pumping adalah cara yang paling bagus dan berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Ini kerana teknik ini serupa dengan mimik hisapan bayi.

Caranya pam 10 minit secara bergilir sehingga 1 jam bagi yg menggunakan single pam. Bagi yg menggunakan double pam, pam sepuluh minit, rehat. 10 minit kemudian ulang semula pam dan rehat. Buat berterusan  sehingga 1 jam..

Lakukan setiap hari selama 1-2 minggu.. Keluar angin je pun tak pe. Teruskan juga pam, jika ibu konsisten hasilnya akan nampak..

Ibu juga boleh cuba kaedah tanderm nursing. Sebelah payudara anak hisap, yang sebelah lagi pulak pam..

3. Sentiasa fikir positif dan yakin


Ibu, tahu tak yang bila kita sentiasa fikir positif dan yakin selalu, susu akan bertambah banyak..?
Bila susu banyak ibu pun akan happy. Bila susu merudum, jangan bertambah panik dan runsing.. Relax.. Buat tips yang MD bagi ni.. InsyaAllah akan berhasil.

Jangan sekali-kali ibu tengok hasil perahan susu ibu lain sebab tiap ibu tak sama produksinya. Demand setiap anak juga berbeza. Allah dah jadikan mengikut aturan yang cantik. Yakinkan diri bahawa susu anda akan kembali banyak dan anda mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya. OK?

4. Pengambilan Air Kosong Yang Mencukupi.


Yang ini pun penting. Kalau air pun kurang, macam mana susu nak terhasil.. Betul tak? Pastikan pengambilan air kosong cukup sekurang kurangnya 3L sehari.

5. Penuhi konsep penyusuan "demand dan supply"


Rata-rata ibu gagal memberikan rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam.

Jadual pengepaman yang tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh juga memberi kesan kepada pengurangan penghasilan susu badan. Sebab apa? Sebab otak dapat signal yang bayi anda minum susu sikit atau tidak perlukan banyak susu. Automatik badan akan menghasilkan susu yang sedikit, sesuai dengan 'demand' bayi.

Ibu digalakkan untuk mengosongkan payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar signal pada otak untuk terus menghasilkan susu. Kurang rangsangan maka kurangla supply. Buat jadual pengepaman yang konsisten dan jangan lupa ikut jadual tersebut. Supaya badan akan terlatih dan tahu bila susu di perlukan.

6. Bertenang. Bertenang dan bertenang!


Kawal emosi ibu. Banyakkan bertenang dan sentiasa fikir positif dan baik-baik.

7. Pastikan diet harian seimbang


Seperti yang sedia maklum susu ibu adalah apa yang yang ibu makan. Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu. Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien, ia akan berfungsi dengan baik. Dengan itu proses penghasilan juga semakin baik.. Jadi ibu-ibu disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.

8. Memilih pam yang sesuai dan selesa.


Ramai ibu-ibu yang mengaduh bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit je. Punca utama ialah penggunaan pam yang tidak sesuai. Bila menggunakan pam yang tidak sesuai, suction menjadi seuatu yang menyakitkan Maka proses pumping menjadi tak optimum dan hasil perahan juga sedikit.

Jika ada bajet lebih, beli lah yang double pump. Ini kerana masa 'let down' kedua dua breast akan keluarkan susu. Jadi jika kedua dua belah breast di rangsang serentak, hasilnya pun akan menjadi banyak.

9. Mengambil 'Milk Booster' yang bersesuaian.


Cara ini juga boleh membantu merangsang susu supaya lebih banyak. Banyak milk booster yang boleh di dapati. Samada secara semulajadi seperti kurma, halba, mahu pun yang boleh di beli seperti suplemen.

Pilihan MD tentu lah Set Penyusuan 3M.




Dalam satu set ni mengandungi :

  • Multivitamin
  • B-complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • kalsium
  • ESP

Apa yang istimewanya dengan set ini ialah, ianya membekalkan nutrisi secukupnya yang diperlukan oleh badan kita. So, kita jadi kurang stress, lebih tenang dan gembira. Hasilnya, susu meningkat, kulit dan wajah juga lebih cantik dan flawless! Miss V pun semakin mantap tau! Silap hari bulan berat badan pun semakin berkurangan!




Jadi ibu-ibu diluar sana kena pandai kawal emosi dan cuba berfikiran positif jangan stress sebab stress akan menyebabkan susu semakin merudum. Jemput tengok video yang MD tepek kan, Dilema ibu PANIK bila susu merudum!!


Contact MD ya.. Share jika bermanfaat..
MD

Thursday, 24 July 2014

Panduan Pengambilan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum..

Pagi Jumaat yang nyaman ni, jenuh laaaa MD mikir apa la nak di tulis kat blog untuk tatapan pembaca (ada ke? hihi) .. tetibe dapat pulak idea untuk bagi panduan pengambilan Vitamin Shaklee pada kalian.. MD harap ianya bermanfaat untuk panduan bersama.

www.suplemenmakdara.com

Tapi, yang sebenarnya, pengambilan vitamin ni boleh di sesuaikan ikut individu. Yang mana bukan semua individu tu sama kan tubuh badan nya.. Haa.. part yang tu, kalau kalian customer MD, memang MD akan include consultation FREE. Ianya sebahagian dari servis yang MD berikan dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari MD. Kalau kalian beli dari SID lain, bukan MD x boleh tolong, tapi hanya SID itu yang tahu sejarah kesihatan kalian.. Setiap SID x sama tau..

Untuk pertanyaan, pesanan mahu pun pembelian, sila hubungi MD ya.. 
MD

Saturday, 15 June 2013

Petua Untuk Mengurangkan Selera Makan

Assalamualaikum..

Pic : Google
Hari ni saya nak berkongsi pulak petua untuk mengurangkan selera makan. 


1. Makan secara perlahan.

2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.

3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.

4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.

5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.

6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.

7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.

8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.

9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan anda berselera untuk makan.


10. Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal ataupun minumlah air suam diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan selera makan.


Nak lebih mudah? Boleh amik SET SHAPE UP dari Shaklee..