Wednesday, 5 June 2013

Tips Ketika Hendak Bersalin

Assalamualaikum..



Ni saya nak share tips ketika bersalin.. Maklum lah ada ibu-ibu muda yang tak tahu cara macam mana nak bersalin.. Apa nak buat? Ada tips tak supaya boleh membantu serba sedikit memudahkan lagi proses bersalin anda..

  • Sebelum masuk ruang bersalin, minta maaf dulu dengan suami, mak, ayah dan mak, ayah mertua dulu. Penting tu. Restu mereka sangat penting. Minta mereka redha dan maaf kan segala salah salap kita juga minta mereka doakan agar semuanya selamat.

  • Kawal dan tenangkan minda. Set dan tetapkan fikiran kita untuk fikir yang baik-baik sahaja. Kosongkan fikiran, bayangkan berada di tempat yang aman, damai, nyaman, masukkan juga rasa bahagia. Cuba bayangkan anak yang bakal lahir itu comel dan bakal menjadi anak yang soleh, solehah. InsyaAllah, baying-bayangan ini akan membuatkan anda tenang dan lupa tentang kesakitan.

  • Kawal dan jaga pernafasan anda. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepas menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, tahan sedikit, kemudian lepas perlahan-lahan. Teknik ni anda boleh praktis bermula dari sebelum bersalin lagi.

  • Ketika meneran jangan mengeluarkan suara atau menjerit. Itu cara meneran yang salah. Cuba tahan suara dan teran.

  • Kalau tiada contraction, jangan meneran untuk mengelakkan kehabisan tenaga.
 
  • Sentiasa berzikir dan jangan putus-putus baca Doa Nabi Yunus.

Saya doakan anda baik-baik sahaja ketika proses kelahiran tersebut. Sesungguhnya proses kelahiran itu sangat manis. Dan selamat menerima orang baru.. =D

Hanni

No comments:

Post a Comment