Thursday, 15 January 2015

Tulang Hancur, Jari Tak Boleh Hidup.. Seorang Budak Bakal Mengalami Kecacatan Kekal!

Assalamualaikum..

Cuba kita bayangkan bila anak kita dok main pintu.. Sekali jari tersepit, darah memancut-mancut keluar! Bila bawak pergi ke hospital, doktor pulak kata, tulang hancur. Jari tu dah tak boleh hidup! Lagi sedih doktor cakap, akan mengalami kecacatan kekal! Adess.. Sadis..!!

Kisah benar ye.. Isk.. MD ni terbayang-bayang cerita kat atas.. Sebab anak-anak MD ni pun boleh tahan jugak nakal masing-masing! Ibu ayah boleh kena sakit jantung hari-hari. Bak kata atok Hanafi diorang, jenis nak bunuh diri semuanya! Haha..

MD tertarik hati nak share testimoni pengalaman anak Puan Zura Betty yang tersepit pintu ni.. MD copy dari wall FB beliau tanpa edit sedikit pun.




[JARI 11 HAMPIR TINGGAL 10]
Hari tu saya ada bagi tahu nak share satu REVIEW vivix kan..! Taraaaa... Inilah dia.. Masih ingat.. Wall FB saya digemparkan dengan jari Amsyar yang tersepit pintu suatu waktu dahulu.
Masa mula-mula tengok.. I pun scary.. tarik sikit je isi belakang kuku tu memang habis tanggal semua.. Ok dipendek kan cerita. Kejadian ni berlaku kurang lebih dalam pukul 11.00 tengahari dan Doctor memulakan operasi lebih kurang pukul 6.30 petang.
Sebelum itu, Doctor bagi tahu.. "Tengok pada keadaan jari, xray dan pengalaman saya.. Jari ni tak boleh hidup dah.. Memang dia akan ada kecacatan kekal. "
Erkk saya dah semakin bergetar jiwa raga. TULANG nya hancur.. dan kalau tengok pada isi daging tu memang menyeramkan. TAPI saya kata kat Doc, tak apa.. u just jahit dan buat je. Lain-lain kita tengok camne nanti.
Setelah bincang itu dan ini.. Doc agree nak buat pukul 3.00 petang.. Tunggu punya tunggu sampai ke pukul 6.00 baru di panggil. Time tu dagingnya dah hampir biru. Hati saya Allah sahaja tahu. Amsyar duduk menahan kesakitan.
Alhamdulilahh.. selepas dua minggu.. bila nak cuci luka.. Doc terperanjat tengok Perkembangan jari tersebut.. Dagingnya tercantum rapat dan yang paling best.. dengan izin Allah.. Jarinya hidup seperti sedia kala.. Taraaa dua gambar sebagai bukti.. Dan yang lagi best.. tiada kesan langsung.. Amazing..! Alhamdulillah..
Tulah antara satu dari beribu sebab kenapa saya yakin, sayang dan percaya pada Shaklee 100%. Kerana saya rasakan kesannya sendiri. Sedangkan dulu saya adalah orang yang paling ANTI MLM DAN SHAKLEE..! hahahaa.. tulaa siapa suruh benci sangat.. Kan dah.. Syukran Ya Allah.
Ngerikan. MD ni siap imagine macam mana la tulang tu hancur tersepit pintu.. Ngeri OK. Sedangkan anak kena demam, batuk, selsema, kudis pun ibu dah ghiyau, ni kan pulak teruk gini kan.

Alhamdulillah, Puan Zura menggunakan Vivix untuk membantu pemulihan tangan anaknya yang cedera teruk tu.

MD pun ambil Vivix masa bersalin secara pembedahan anak ketiga dulu. Hasilnya memang mengkagumkan. Oleh kerana Doktor tak benarkan ambil jamu, jadi MD ambil Vivix sebagai alternatif jamu, disamping nak sembuhkan luka pembedahan dengan cepat!

Vivix ni memang sangat istimewa sebab nya dia bertindak dengan melawan penuaan pada tahap selular. Ia mencegah kerosakan DNA, Mengawal genetik, dan sebagainya. Bacaan penuh di sini.

Sempena bulan promosi Vivix ni, elok lah kita grab sebotol seorang. Boleh makan sendiri atau pun hadiahkan pada yang tersayang. Harganya cuma RM475.00 berserta pos. Sebotol Vivix mengandungi 150ml. Tapi, kalau beli dua, ada harga istimewa tau! Terus dapat jadi ahli PERCUMA! Bulan depan siap dapat cash back lagi tu masuk dalam akaun..


MD

Tuesday, 13 January 2015

Persediaan Untuk Anak Yang Pertama Kali Masuk Tadika

Assalamualaikum..





Tahun 2015 ni kami pertama kali hantar anak masuk tadika. So, untuk first time parent macam kami ni, rasa macam teruja, cemas, blur dan segala macam lagi. Jadi, MD buat entry khas untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang nak buat persediaan untuk anak yang pertama kali masuk tadika. Tak kisah lah umur berapa sekali pun. Moga anduan ini memberi manfaat buat semua.

Ada dua kategori. 


Pertama persediaan anak-anak 

1. Persediaan mental anak.

Macam Nasywa ni dia teruja nak bersekolah sejak umur 3 tahun. Sebab rumah sewa kami dulu berjiran dengan tadika. Jadi bila pergi / balik kerja, dia akan teruja tengok kawan-kawan riuh rendah bermain. Sejak tu dia kerap 'menyanyi' di telinga kami untuk pergi sekolah.

Tapi ada jugak anak yang jenis 'nak masuk perut mak' balik. Hehe.. Makna nya agak manja la. Sikit-sikit nak mengobak orang Perak kata. Orang putih kata cry me a river. haha.. ok, merapu.

So, untuk anak-anak yang jenis macam ni, MD syorkan :




  • Banyakkan bercerita tentang tadika / sekolah. Contoh, cerita pasal betapa seronoknya pegi tadika. Cikgu baik. Kawan ramai. Belajar ABC, 123. Boleh main sama dengan kawan-kawan.. Boleh main Anna & Elsa (eh..) Gula-gulakan la sikit ceritanya.. hehe
    • Sekali-sekala rajin-rajinkan diri 'bersiar-siar' depan tadika. Nak-nak pulak tengok budak-budak tengah main tu kan.. Or mungkin boleh tunjukkan video klip aktiviti di tadika..

    2. Bawa anak melawat tadika pilihan hati ibu bapa



    image google

    Kami mula-mula nak hantar ke Tadika Kemas je. Sebab pada ayahnya, anak baru umur 4 tahun. Biar hantar tadika biasa-biasa je bagi dia belajar berkawan. Kami bawak Nasywa ke tadika tersebut. Time tu memang ada kelas pun. Tapi riak Nasywa macam tak senang dengan suasana kelas tu.

    Kami kemudian decide nak hantar ke tadika lain pulak sebab masalah pengasuh tak ada kalau nak hantar ke tadika kemas. Lagi pun, kami kira-kira, kos upah pengasuh untuk sekerat hari saja pun dah sama dengan harga yuran bulanan tadika baru dia yang full day.

    Untuk tadika baru, memang MD tak dapat nak bawak dia pi tengok sebab time tu cuti sekolah. Bukan ada budak pun kan..

    3. Persiapan fizikal anak.

       - Latih anak untuk diaperless. Or bahasa jawa nya toilet train lah anak tu. 

       - Latih anak untuk kurang bergantung pada 'candu' nya. Contoh bantal busuk
      
       - Latih anak minum susu dalam cawan supaya tidak ketagih botol susu

       - Latih anak supaya berkongsi permainan dengan orang lain

       - Latih jadual tidur anak. Tidur awal supaya anak tak meragam disebabkan kurang tidur.



    Kedua, persediaan ibubapa.

    1. Sediakan duit!!

    Serius, yuran tahunan tadika bukan murah dah sekarang weh! Dah macam hantar masuk universiti!! MD hantar ke tadika biasa je pun, yuran dah RM700 lebih. Gila kau! Terkujat! Belum lagi Little Caliph ke, Brainybunch ke or tadika glamer yang lain yang ada kat Kulim or Jawi nih.. Tapi, MD tak tahu la kalau tadika perpaduan ke, PASTI ke.. mungkin lebih murah kot.

    Yuran bulanan pulak, bergantung pada tadika lah. Tu pun MD rasa standard macam yuran bulanan Taska jugak.. Malah ada yang lebih mahal bulanannya.

    2. Sila berkenalan dengan cikgu tadika tersebut.

    Point yang ini MD memang amalkan dari zaman hantar anak ke Taska lagi. Berkenalan dengan pengasuh/cikgu anak. Sebab yang jaga or ajar anak kita bukan cikgu besar tadika tu.

    Macam dalam kes Nasywa ni, MD awal-awal lagi cerita pada cikgu kata Nasywa ni macam mana orangnya. MD beritahu kebimbangan MD pada dia, contohnya, dia ni kalau dah suka sesuatu benda, dia anggap benda tu dia punya dah. Dia akan rampas benda tu dari tangan orang lain.

    Ni bila dah start sekolah, MD dah start ambil tahu siapa pulak cikgu kelasnya, dan ambil no fon cikgu kelas Nasywa supaya senang.. Ni pun dok whatsapp selalu.. hahah.. Mesti cikgu dia kata Ibu Nasywa ni rajin beno whatsapp.. haha

    Mungkin korang boleh cerita masalah kesihatan anak ke, or cara macam mana nak berkomunikasi dengan anak korang ke.. Atau pun apa yang anak korang takutkan. Macam petir ke, hantu ke, ape ke..

    Cara ni sangat membantu cikgu-cikgu nak bina bonding depa dengan anak korang.

    3. Jangan ambil lewat



    Budak sengih-sengih pegi dan balik sekolah

    Ok, yang ni korang kena alert. Jangan sekali-kali ambil anak-anak lewat. Terutama yang hantar anak kat tadika sampai petang tu. Sebab nya, anak-anak time tu dah menggelisah dah. Kang tak pasal esok tak mau pegi sekolah dah sebab korang ambil lambat. 

    Tapi, jika dah lambat dengan alasan kukuh dan tak boleh nak elak, maklumkan pada cikgu.

    4. Jangan tunggu anak-anak di tadika

    Yang ni adalah teori peribadi MD sendiri. Dari anak-anak hantar taska sampai lah Nasywa masuk tadika dah. Memang tak pernah tunggu. Hantar masuk sampai pintu kelas cuma hari pertama saja. Tu pun lepas tu cepat-cepat balik. Esok sampai ke sudah, sampai pagar je. Hang teriak pi la cemana pun, bolayan. 

    Sebab, MD nak anak bina keyakinan diri. Bina hubungan berkawan dengan budak lain. Kalau dah mak pak bertunggu tangga kat depan mata dia, memang dia pun mengada-ngada la nak melekat dengan kita. Sampai tak nak join aktiviti kelas. Anak-anak kita ni, depan kita je merengek-rengek.. Belakang kita elok je boleh berdikari.. =)

    5. Rajin-rajin tanya feedback anak-anak.

    MD terkesan dengan cerita bonda MD. Dia enjoy ambil cucu-cucunya balik dari sekolah sebab bila masuk kereta tu, diorang punya mulut tu becok cerita itu ini.

    So, MD dah ambil feeling yang sama. Sangat enjoy bila ambil Nasywa dari tadika. Tanya dia hari ni belajar apa? Cikgu bagi makan apa? Main apa dengan kawan-kawan?

    Tapiii, alert bila anak mengadu kawan pukul ke, or nampak sign dia tak happy pergi sekolah.. Try korek dan keep in touch dengan cikgu untuk troubleshoot masalah tu.

    6. Sediakan suplemen yang terbaik untuk anak

    Kenapa? Sebabnya, bila anak-anak dah bercampur ramai-ramai tu memang sangat mudah dapat penyakit. Demam la, selsema la, batuk la, kutu la, kudis la, HFMD la.. Tu common penyakit anak-anak bila dah start bergaul beramai-ramai ni.

    Nasywa memang MD bagi full Set Anak Cerdas pada dia. Dalam set tu terkandung Mealshakes, Vitamin C Chewable, Vitalea Chewable, dan OmegaGuard. Ia merupakan satu set lengkap yang dapat boost immune system anak-anak serta mencegah diorang dari cepat dijangkiti penyakit macam batuk, demam, selsema, kutu, kudis dan sebagainya.





    Tambahan pulak, bulan ni Vitalea for Children dah memunculkan diri selepas lama menyepi. Sekarang dah ada penambahbaikan! Rasa pun sedap. Rasa anggur. Anak-anak pasti suka.





    Harga ialah RM111 with postage. Ada 60 biji 1 botol. Berbaloi..





    Kisah 2 ibu yang dirundum sedih kerana anak2 mereka terlalu kurus & selalu sakit. Kini tidak lagi...



    Semoga tips persediaan ni dapat membantu ibu bapa yang baru first time nak hantar anak ke tadika. MD doakan moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang cemerlang akhlak, cemerlang akademik, dan cemerlang akhirat.
    MD

    Friday, 9 January 2015

    Merawat Kudis Dengan Cara Semulajadi

    Assalamualaikum..

    Terasa terpanggil-panggil nak buat entry ni.. sebabnya anak kedua MD kena kudis atas kepala. Dah hampir empat hari guna ubat doc, macam tak ada kesudahan pulak.. Jadi, MD nak cuba pulak merawat kudis dengan cara semulajadi.

    Dah hampir 2 minggu jadi kudis tu. Asalnya, CM yang bagitahu. Atas kepala Zahra ada macam bijik berair.. Zahra dah garu, naik macam berkudis la tempat tu. Tapi, MD ingatkan itu cuma sekadar alahan biasa, mungkin panas dan naik ruam bila berpeluh.

    Dua tiga hari lepas tu Cikgu pengasuh dia kat taska bagitahu, kepala Zahra naik kudis. MD dah rasa tak syok. Balik rumah belek betul-betul, Allah.. Dah merebak banyak tempat. Dah melekat-lekat air bisanya di rambut. Tapi sebab CM kerja malam, tak dapat nak bawa ke klinik.

    Esoknya MD mintak CM bawak ke Klinik Kulim. Bukan doc yang biasa rawat kami tapi doc ganti. So doc tu cakap, tempat yang kena tu kena bagi kering. Sebab bila lembab dan berpeluh, kudis tu akan merebak dan susah nak baik. Doc cuma bagi krim dan ubat piriton saja untuk redakan kegatalan.

    Kata doc tu lagi, cuci bagi bersih, sapu air garam untuk matikan kuman dan bg kering infected area dan sapu krim dia bagi. Lepas sapu krim dia suruh pulak letak bedak. Punya nak suruh kering elok-elok.

    Maka, CM pun balik tu start operasi nak nipiskan rambut tempat berkudis. MD memang lari jauh la tak nak tengok. Kesian tengok kepala dia nak di gondolkan walaupun sikit.. Tapi lame beno lak rasa nya CM ni buat projek. Pi jengok, tu diaaa.. besar tempat yang dah terkena jangkitan tu.. Siap CM buang keruping-keruping lagi ha,, Alahai kesian anak ku...



    Ambil sekejap tadi dalam gelap.. Merah-merah tu masih ada lagi..


    Sudah potong, MD mandikan basuh kepala cuci bagi bersih, CM lumur air garam kat tempat yang kena tu, patu apply krim doc bagi. Bila dah kering sikit, letak pulak bedak Agnesia.. Tapi anak dara manja kami tu tetap tersengih-sengih senyum pandang kami. Ibu lak emosi tengok kepala dia dah botak kat tengah.

    Selepas 3 hari, hari ni kami belek kepala dia lagi. Maklum lah, hari cuti la pun baru boleh nak belek betul-betul kepala dia nih. Alhamdulillah dah banyak dah kering tapi ada part yang masih berair dan ada part lain yang dah terjangkit. Meaning macam kena gondolkan kepalanya terus. Kening pun dah terjangkit kudis sama sebab dia tergaru-garu..

    Ibu dah mula masuk panic mode bila pk kan nak botak macam ayah nya?! OMG! Kesian anak dara ku!! Ayah nya pun sebenarnya macam tak lalu hati juga. Tapi rasanya macam terpaksa je... Lagi pon tak lalu hati juga bila kami nak lumur air garam tu.. pedih kot..

    Tiba-tiba MD teringat pada basic H. Eh, kan basic H ni boleh juga di gunakan untuk merawat kutu. Ekzema yang basah pun boleh juga guna untuk mengeringkan.. Maka MD google. Biasalah, walaupun jual produk Shaklee tapi typical mama yang concern dengan kesihatan anak nya kan.. macam pk tak kan nak cuci kudis anak aku dengan pencuci yang selalu dok buat mop lantai kut kan! Haha..

    Dan MD pun ada open discussion dalam secret group whatsapp kami. Memang awesome semua nya! Bila cakap pada CM nak guna basic H sebagai ikhtiar untuk mengeringkan kudis, dia pon macam MD gak.. Tak bahaya ka dia tanya? Nak bahaya apa? Kandungan utama basic H ni adalah daripada bahan semulajadi iaitu minyak jagung dan minyak kelapa. Dah tentu lah ianya bebas bahan kimia dan toksin.

    Maka MD kata operasi mem'basic H kan kepala Zahra bermula esok..

    Nanti MD update lagi entry ni. Tunggukan kesudahannya ya..
    MD

    Keliru Memilih Jamu Tradisonal Atau Suplemen Moden Untuk Berpantang

    Assalamualaikum..

    Selalunya bila tahu je mengandung, ibu-ibu ni mula lah huru-hara tak tenang tidur memikirkan set berpantang apa yang nak di gunakan bila bersalin nanti. Kelirukan nak memilih jamu tradisional atau suplemen moden untuk berpantang nanti. Yang itu ke... yang ini ke? Betul tak?



    Keliru Memilih Jamu Tradisonal Atau Suplemen Moden Untuk Berpantang


    Korang tak tahu la macam mana. Tapi MD, walau anak dah masuk 3, kelirunya macam anak pertama jugak. Tiap-tiap bulan jenuh fikir nak cuba set bersalin apa..

    Jemput baca entry perkongsian pengalaman MD sendiri dan tips antara jamu vs suplemen moden, khas untuk ibu-ibu yang dalam dilema dalam memilih set berpantang semasa bersalin. Bapa-bapa yang perihatin pun boleh juge.

    Masa anak sulung, MD tak kenal lagi suplemen moden. Jadi dok pertimbang antara Jamu MD dan ST. Macam-macam yang dipertimbangkan. Contohnya adakah jamu akan membuatkan susu badan kering bila makan nanti? Huish.. ngeri kot nak bayang. Persoalan paling penting tu.. Siapa nak susu badan kering kan? Kesian anak nanti.



    Keliru Memilih Jamu Tradisonal Atau Suplemen Moden Untuk Berpantang
    image google

    Oleh kerana tertarik dengan ikon ramping jamu MD tu, maka selaku ibu yang pertama kali excited nak timang anak ni pun beli la. Feeling-feeling boleh ramping pakai kebaya macam ibu Halimah..hehe.. Bila bersalin, MD start makan. Tapi, masyaAllah. Panasnya sampai jadi pening kepala! Sampai satu tahap rasa nak hentak-hentak kepala kat dinding. Macam migrain je. Tapi bila tak makan 3-4 hari baru rasa normal. So, tak habis tempoh pantang pun, tinggal macam tu je. Tak tahan. Panas.

    Tapi, krim sapu dia memang best. Kepanasan nya tu tahan lama gila! Bau pun wangi.



    Keliru Memilih Jamu Tradisonal Atau Suplemen Moden Untuk Berpantang
    image google

    Bila anak kedua, masih tak kenal lagi suplemen moden untuk berpantang ni. Pilih pulak antara NR atau Tanamera. Kali ni MD pilih Tanamera sebab tagline diorang kata 100% menggunakan bahan semulajadi. Dan semuanya di ambil untuk luaran. Satu je yang diambil untuk dalaman. Teh herba kunyit dan madu. 

    Yang ni memang best. Teh dia pun sedap. Rasa pun refreshing. Tapi hari kedua minum teh tu, keluar darah seketul besar tapak tangan! Dan insiden kepala sakit pun jadi semula. Kali ni ayahanda MD pon campur tangan. Terpaksa tadah telinga la dengar leteran nya. Dah tahu tak tahan makan jamu, pulun juga nak telan!

    Tapi, MD tak kata Tanamera tak bagus. Untuk luaran memang MD bagi A. Terbaik! Tapi dalaman, mungkin tak sesuai dengan MD. 

    Bila anak ketiga ni, tergedik-gedik survey jamu tu tetap ada. Tapi tak serancak dulu sebab time ni dah kenal Shaklee. Dan memang nak continue set hamil ke set berpantang Shaklee je. 

    Kali ni cerdik sikit la, beli Jamu NR yang untuk luaran je dulu. Macam minyak Herbanika, Krim Barut Herbanika dan Barra Gel. Sebabnya tak mahu terkena macam yang sebelum ni. Membazir gitu je beli satu set tapi tak habis guna.



    Keliru Memilih Jamu Tradisonal Atau Suplemen Moden Untuk Berpantang


    Kebetulan, masa di hospital bersalin no. 3, MD memang bawak vitamin-vitamin Shaklee. So bila lepas bersalin, memang terus je ambil. Alhamdulillah.. Rasa cergas je walaupun kali ketiga ni bersalin czer. Sangat berbeza rasa dengan bersalin yang sebelum-sebelum ni. Tapi kalau tanya CM, mesti dia kata macam teruk sebab MD memang suka buat teruk dengan dia.. kah3.. dengan Tok Laki la pun kan nak manja-manja. Tak sakit pun buat sakit..hee...

    Boleh baca pengalaman MD menggunakan set berpantang Shaklee di sini. Tapi, Alhamdulillah tak beli set jamu. Sebab doktor pun pesan sebelum masuk bilik operation supaya jangan ambil jamu dalam tempoh sebulan pertama selepas bersalin. Gamat dan pati haruan juga tidak digalakkan sebab luaran nampak cantik elok, tapi dalaman mungkin tidak elok melekat-lekat dan sebagainya. Ngeri jugak dengar nya!

    Ok lah, dah cerita panjang lebaq pengalaman MD, meh MD summarykan. Ini tidak bias walaupun MD memang nak korang beli set berpantang Shaklee dengan MD.. Kah3.. ayat mintak pang sedas. *tapi serius ni*.



    Jamu

    1. Campuran ramuan herba tradisional.
    2. Mengambil masa yang lama untuk diuraikan samada cukup air atau tidak dalam badan.
    3. Kebanyakan jamu tidak diketahui ramuannya yang lebih lengkap. Dikhuatiri dicampur dengan bahan berbahaya supaya nampak kesan segera.
    4. Risiko mendapat jaundis yang lebih tinggi.
    5. Bersifat panas, bahaya untuk hati dan perkembangan bayi.
    6. Jika ibu melahirkan secara czer, jahitan mudah terbuka dan luka bernanah.
    7. Tidak membantu menstabilkan emosi ibu semasa berpantang, risiko meroyan!
    8. Kurang sesuai untuk ibu yang ingin menyusukan anak sepenuhnya.

    Vitamin Shaklee

    1. Campuran ramuan tumbuh-tumbuhan (100% semulajadi).
    2. Memerlukan masa yang singkat untuk meresap ke dalam badan dengan pengambilan air yang mencukupi.
    3. Kandungan lengkap dengan khasiat asid folik, zat besi, zinc dan vitamin lain.
    4. Kandungan vitamin yang lengkap mampu mengatasi masalah bayi kuning atau jaundis.
    5. Vitamin bersifat semulajadi dan pelengkap nutrisi ibu berpantang dan menyusukan.
    6. Vitamin yang lengkap mampu memulihkan 100% luaran dan dalaman ibu yang bersalin normal mahupun pembedahan.
    7. Vitamin B dan C mampu mengawal sebarang bentuk tekanan dan mengelakkan risiko meroyan. Juga menaikkan seri wajah ibu yang baru lepas bersalin!
    8. Sangat sesuai untuk ibu yang ingin menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu.
    9. Mampu melawaskan pembuangan juga! Tiada risiko nyeri dan ngilu ketika mahu meneran kerana kalsiumnya bertindak melembutkan najis!!
    10. Memberikan tidur yang berkualiti buat si ibu walaupun bayi anda bangun dua jam sekali untuk menyusu di tengah malam.



    So kepada ibu-ibu yang dah nak bersalin, jangan pening-pening kepala nak fikir set berpantang apa yang nak beli. MD dah berikan guideline antara set berpantang tradisional atau pun set berpantang moden.

    Pastikan juga korang dah buat persiapan barang nak bersalin tau. Jangan last minit baru nak beli. Nanti double dos pening gelabah tak tahu nak beli apa.

    Tapi yang penting sekali set bersalin wajib beli. Kalau korang nak tahu, SET BERSALIN SHAKLEE boleh di ambil seawal hari pertama korang bersalin. Dan yang paling best, tak perlu risau untuk berhenti ambil kalau bayi kena jaundis. Selamat dan sangat mesra kepada bayi comel korang.

    MD berharap entry ini dapat membantu korang dalam proses persediaan nak berpantang kelak. MD ucapkan semoga berjaya dalam perjuangan melahirkan little caliph kelak. Banyakkan bertenang dan nikmati waktu berpantang sebaik mungkin.



    Hubungi MD untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee yang super best ini! MD boleh katakan, insyaAllah korang akan dapat ketenangan fikiran semasa berpantang nanti. Harga 1 set cuma RM477.00. Sangat BERPATUTAN dan super JIMAT untuk penggunaan antara 4-6 bulan nanti. Whatsapp/Telegram MD sekarang ya..
    MD

    COD AREA PARIT BUNTAR, JAWI, BUKIT TAMBUN, SIMPANG AMPAT, NIBONG TEBAL, BANDAR BHARU (OFFICE HOUR), DAN KULIM.PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN POS LAJU, CITYLINK DAN G-DEX.

    Thursday, 8 January 2015

    Azam Tahun Baru 2015

    Assalamualaikum..





    Semua buat dah entry azam tahun baru 2015 masing-masing. MD je yang baru hegeh-hegeh nak buat. Alasan klise -- MD sangat sibuk tapi MD tak main golf.. Ooppsss.. *tutup mulut*

    Untuk 2015 ni, macam-macam yang MD nak buat.. Meh MD list kan. 

    1. Update blog 1 hari 1 entry.

    Yang ni awal-awal lagi dah fail. Dah hari ke8 Januari, entry baru dok ada 3. Tapi tak pa, MD akan qadha' mana hari yang lompong. Setahun ni mesti ada 365 entry.. Nanti 31hb Disember kita kira. Berjaya tak update 365 entry. Kata nak jadi blogger tegar kan?! Bawah sikit dari taraf RedMummy pon kira baguih dah..kah3..

    2. Buat awning dan pagar rumah.

    Ni azam no 2. MD nak kumpul duit berniaga Shaklee untuk buat awning dan pagar rumah. Rumah kami beli ni standard. Tuan terdahulu tak ada buat apa pun. Tapi tak pe, sebab rumah depan padang mainan dan surau, ape kisah kan standard ke dah siap renovate ke.. Doakan MD ya..

    3. Nak tanam bunga untuk deko halaman.

    Selalu MD rasa MD ni tangan panas. Pokok Aloe Vera je yang mau hidup..haha.. tapi, beno nya, macam tak berapa rajin dulu nak deko tanam bunga bagai sebab dok rumah sewa. tapi la ni sejak dah duduk rumah sendiri ni, tergila pulak dengan Ros Jepun (RJ).. Menjadi-jadi lak rasa la ni menanam sikit-sikit pokok bunga.. Nanti MD up entry pasal hobi baru ni..

    4. Nak dapatkan berat badan idaman.

    MD sekarang tengah usaha nak diet. Tapi bukan ekstrem diet. Slow-slow la.. Bukan nak banyak pun, 55kg cukup lah.. Kalau kurus sampai 47kg macam sebelum kawen, kang nampak pipi cengkung jalan pun rasa melayang-layang..

    5. Nak naik rank dalam Shaklee.

    Azam yang ni mesti kena buat. Kena pulun smpai dapat. At least Disember 2015, MD dah rank Sr Coordinator dengan income 5 angka! Tak ada yang mustahil kan? Doakan MD. Doakan anak-anak bisnes MD sama. MD nak naik sama-sama diorang.

    6. Penuhi Master Checlist.

    Ya, tahun 2015, MD harap dapat penuhkan master checklist ni. Liat beno nak boleh kan penuh list tu. Penyakit M tu besaq sangat. Buat yang wajib je sudah kata nya.. Alasan je lebih. Pang sekali baru sedar diri agaknya..


    Hm.. cukup la 6 dulu.. List berjela panjang pun belum tentu buat semua.. haha.. Ni 6 yang di listkan ni adalah perkara yang top priority yang MD nak sangat-sangat-sangat-sangat buat.

    Kita tengok nanti 31hb Disember 2015.. Doakan MD.



    MD

    Thursday, 1 January 2015

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?

    Assalamualaikum..

    Basic H ni pernah kontroversi satu ketika dulu. Ke masih kontroversi lagi sekarang? Haha.. Shaklee ni ape je la yang tak kontroversi ye dok? Fokus pada Basic H. Bila orang kata Basic H adalah pencuci lantai, tapi boleh segarkan sayur, kita kata gila ke ape? So mari kita kupaskan. Betul ke Basic H sangat bahaya?

    Yang mula jadi kontroversi adalah bila ada penyebaran gambar-gambar sebegini.




    Mahu pun begini..




    Sana-sini dok hentam. Haish... Apa kata berkenalan dulu dengan pencuci serbaguna ni dulu.. Lepas tu kita pk balik nak hentam jugak ke nak start guna Basic H.


    Apa itu Basic H?



    Basic H adalah pencuci serbaguna yang mempunyai 1001 kegunaan. Jika di lihat pada label di belakang botol Basic H, atau pun di website Shaklee, hanya di tulis 3 sahaja sahaja kegunaan nya iaitu cuci lantai, tingkap dan perkakas dapur. 

    Lagi 997 kegunaan adalah hasil eksperimen lebih 700 000 ahli di seluruh dunia.

    Kandungan utama Basic H2 adalah minyak jagung dan minyak kelapa.





    Betul kah bahaya?


    Sebenarnya begini.. MD berikan perumapamaan yang kita mudah fahami. Kita ni cepat sangat nak melatah. Tapi kita sedar tak yang kadang-kadang kita cuci puting atau botol susu anak kita dengan pencuci pinggan mangkuk biasa yang memang dah tentunya ada bahan kimia. Tak ada pulak kita rasa benda tu bahaya untuk anak kita..

    Nak lagi sadis, rendam dalam clorox untuk buang daki susu di puting atau botol susu!!

    Gamaknya selamat ke idak? yang itu dah confirm bahan kimia nya SUPER DUPER TINGGI!

    Pihak Shaklee tak mahu overclaim yang Basic H ni ada 997 lagi kegunaan nya. Semuanya adalah inisiatif orang yang dah pernah cuba dan berkongsi kebaikan lagi 997 kegunaan tu.

    Berkenalan dengan Basic H


    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?


    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?


    • Ianya sangat organik
    • Tidak bertoksin
    • Boleh terurai
    • Tiada bahan kimia
    • Sangat pekat
    • Harga RM47 bersamaan dengan 181 liter produk lain

    Antara 1001 kegunaan Basic H


    1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.  

    Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

    2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet. 

    Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

    3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet. 

    Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

    4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.

    Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.

    5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.

    Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.

    6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.

    Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.

    7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.

    Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.

    8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.

    Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.

    9. Mengasah Pisau

    Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau  dan asah pisau seperti biasa.

    10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya

    Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian  di bilas.


    Antara kegunaan Basic H di waktu kecemasan.

    1. Menghapuskan kutu di atas kepala. 

    Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.

    2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

    Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.

    3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.

    Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.

    4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)

    Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

    5. Sakit Gigi

    Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur.  Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

    6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)

    Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.

    7. Ulser dan mulut berbau

    Caranya: Tuangkan  4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)

    8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah

    Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram  pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.

    9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.

    Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

    Testimoni Basic H


    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
    Lantai pun berkilat

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
    Nak redakan kepanasan demam.

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
    Baju putih tukar kaler? Pun boleh.

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
    Cuci rumah

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
    Masalah kudis? Luka kencing manis?

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
    Masalah kutu? Haa.. ini ada penyelesaiannya.

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
    credit beautyblondie.com

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
    Sayur pun jadi segar

    Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
    Ketumbit pun bolehhhh..

    Berapa harga?


    Sebotol cuma RM47.00 sahaja. Pos MD amik flat rate RM10.00 sahaja. Sangat jimat sebab MD dah pakai dekat 2 tahun tak habis lagi.. Rasa macam dah guna selalu dah.. 

    SMS/Whatsapp/Telegram MD untuk dapatkan pencuci serbaguna ni.

    MD

    COD AREA PARIT BUNTAR, JAWI, BUKIT TAMBUN, SIMPANG AMPAT, NIBONG TEBAL, BANDAR BHARU (OFFICE HOUR), DAN KULIM.PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN POS LAJU, CITYLINK DAN G-DEX.

    Dilema Ibu Yang Malas Basuh Botol EBM Sebab Alahan Sabun

    Assalamualaikum..

    Hari pertama tahun baru 2015, MD dah buat entry pasal dilema ibu yang malas basuh botol EBM sebab alahan sabun. Ibu mana? MD le tu.. Konon-konon azam 2015 ni nak bagi rajin sikit la basuh botol-botol EBM dan pinggan mangkuk.. 

    Yang rapat dengan MD mengetahui yang MD mempunyai ekzema atau alahan dengan sabun. Sebarang sabun pun. Tak boleh silap guna sabun, mula lah tangan yang sedia kasar dan kering ni bertambah kering sehingga merekah berdarah. Sakit! Lepas tu mogok tak nak basuh pinggan berhari-hari.

    Tapi sekarang tidak lagi! MD dah dapat solusi macam mana nak kembali rajin membasuh pinggan, tanpa perlu bermain dengan sabun dalam tempoh yang lama. Sangat berguna, lebih-lebih lagi untuk ibu bekerja yang kena pam susu hari-hari untuk bekalan anakanda di Taska. Balik kerja dah penat, rasa letih nak basuh corong pam dan botol-botol ebm tu kan..?

    Huh! Panjang sungguh intro nya.. Ok, tanpa membuang masa, jemput baca perkongsian MD.




    Ok, mula-mula korang ambil Hand Dish Wash Shaklee ni. Dish Wash ni concentrate tau. So korang tak payah picit selagi mau untuk menghasilkan buih yang banyak. Cukup sekadar 4-5 titik. 




    Haa.. korang nampak tak dia tulis kat botoi tu? Tak nampak tu, sila klik untuk image yang lebih besar. Bau nya harum dan segar. Tidak bertoksik dan ianya natural serta biodegradable. Ada orang siap buat jirus pokok lagi tau sebab ianya berasaskan bahan semulajadi.




    We believe home should be the safest place in the whole world. So kenapa kita nak gunakan bahan-bahan yang tak selamat untuk seisi rumah kita? Betul tak?




    Ok, nampak tak malas nya di situ? Ambik besen besar, isi air, titik kan 7-8 drop Dish Wash ni, patu kocak air untuk hasilkan buih. Lepas tu, rendam sat semua botoi susu, botoi ebm, gajet menyusu.. Korang leh buat kerja lain sat seperti masuk kain baju anak-anak yang dah pakai ke dalam mesin basuh.




    Lepas tu, bila time nak cuci, korang kocak-kocak bilas dengan air sabun tu je. Minyak-minyak dari lemak susu tu memang hilang sepenuhnya. MD tak de nya tonyoh dengan berus. Dasar tak berapa nak rajin gitu la.. haha




    Agak-agak dah puas hati, korang bilas dengan air bersih. Nampak tak tak ada kesan minyak langsung..? Memang best dan puas hati sebab tak payah nak main sabun lama sangat. Tangan pun tidak merengsa. Sangat lembut pada kulit. Lebihan air sabun tu, MD buat bilas pinggan mangkuk cawan yang dah guna dalam singki tu. 


    Best kan? Mudah je. Menjimatkan masa korang dan memelihara tangan korang dari kekeringan dan mengelupas serta berdarah. Korang boleh baca info lanjut mengenai Dish Wash Concentrate ni di sini.

    Harga pun tak mahal. Hanya RM28.00 untuk 16oz. Setiap kali penggunaan pun cuma perlukan beberapa titik sahaja. Itu pun dah menghasilkan buih yang banyak dan mampu menanggalkan kotoran serta minyak.

    MD memang sangat syorkan ibu-ibu hebat di luar sana, lebih-lebih lagi yang mempunyai alahan sabun macam MD supaya beli Dish Wash Concentrate ni dan guna. Rasai sendiri perbezaan nya berbanding pencuci pinggan/botol susu yang biasa korang guna..

    MD