Showing posts with label Chewable Vita C. Show all posts
Showing posts with label Chewable Vita C. Show all posts

Monday, 26 January 2015

Update Family, Kerja dan Bisnes Siri 1

Assalamualaikum..

Banyak hari juga tidak update blog ni. Last update adalah masa harijadi Nasywa. Reason lama tak update? Klise ---> Sibuk.. Hahaha..

Kenapa ya..? Sejak beranak tiga ni, semakin bertambah kekangan masa untuk diri sendiri.. Seluruh masa di habiskan untuk kerja, dan keluarga. Tapi idea tu banyak.. Bukti nya ada banyak draft tapi mencari masa yang sesuai untuk di touch up dan di publish kan.. 

Update family..


Anak-anak tidak begitu sihat. Batuk kahak, selsema, kudis. Biasa lah, dulu Mak Caq mengasuh depa je. Paling teruk pun setakat demam, batuk, selsema.. Nasywa lak bela cikenit.. haha..



Gambar selingan sebab ibu malas nak open bluetooth.


Sekarang ni depa dah start bercampur dengan budak lain. Zahra dengan Akram hantar ke Taska Al-Raihah, Kulim Utama. Nasywa pulak ke Tadika Menara Gading, Sungai Bakap. Bila bercampur tu paham saja lah. Baca tentang persediaan nak hantar anak ke Taska/Tadika.

MD ambil dari sudut positif. Memang susah hati asik demam, selsema, batuk je kan. Tapi ini masa diorang bina antibodi diorang sendiri. Lambat laun diorang kena juga bergaul bila masuk sekolah nanti.

Ubat klinik MD amik sekadar mencukup kan syarat. Jangan kan tidak. Alahhh, panel keje ayah nya lagi pun. Bukan kena bayo pun kan.. haha.. Tapi kalau dah sampai 3-4 minggu asik batuk, selsema nya, tak kan lah selama tu nak bagi ubat klinik ye dok..? 

So, MD banyakkan beri suplemen pada diorang.. apa yang MD bagi..?




Tadaa.... ini le yang MD bagi. Set lengkap makanan tambahan untuk anak-anak. Budak-budak ni pun suka kemain! Dah bagi pagi, tengahari nak lagi.. Petang kang sua lagi botol suruh bukak.. Sampai terpaksa sorok pulak diorang buat macam makan gula-gula.. 

Ada orang prefer ubat doctor. cepat sembuh kata nya. Tapi, MD prefer natural heal. Semulajadi. Without drugs. Kecik-kecik dah di bagi drugs kemain banyak pun tak bagus kan..

Walaupun diorang lambat baik nya, tapi tak apa lah. Boleh bina antibodi diorang secara semulajadi.. ye dok? Siapa yang tak sayang anak kann..?

Update Kerja..


Sekarang ni opis MD ada pertambahan dan pengurangan staff. So yang mana dok ada tu kena reshuffle skim bantuan yang dipegang supaya balance. MD still pegang skim Bantuan Pesakit Terlantar dan Elaun Pekerja Cacat.

Agak pening jugak nak atur semula benda yang luar dari kebiasaan kita. Azam 2015 pun nak buat file cantik-cantik. Minit kan segala dokumen etc..

Tapi, insyaAllah boleh buat.

Update Bisnes..


Lately MD jarang-jarang update promo di FB mahu pun FB page. Alasan klise lagi ---> busy. keh keh keh..

Tapi, alhamdulillah.. Ramai return customer yang PM/Whatsapp MD. Sebab tak nak lepaskan peluang grab promo HOTTTT bulan ni..




Apa yang HOTTT sangat?

BUY 6 FREE 1
1. Vivix 
2. Alfafa (L & S)

TWIN PACK 5% OFF
1. Vivix
2. Alfafa (L & S)

BUY 3 FREE 1
1. Vitalea for Children


Yang paling banyak orang grab adalah Set Anak Cerdas dan Cergas macam kat atas tu.. Siap beli 1 set VitaLea for children ni. Maklum laa.. Bulan April nanti GST start, maka semua ada perubahan harga. Lagi pulak, anak-anak suka. Sekejap je tu habis nya.

So grab now dari MD. Boleh PM di FB atau whatsapp 013-5818283. Cepat ya sebelum harga GST..


NotaKakiMD : Dah prepare untuk GST? Kalau belum, jom jadi sebahagian dari keluarga Shaklee MD. MD akan guide dari A-Z. Dari anda bertatih sehingga anda boleh berlari laju!!

MD

Tuesday, 13 January 2015

Persediaan Untuk Anak Yang Pertama Kali Masuk Tadika

Assalamualaikum..





Tahun 2015 ni kami pertama kali hantar anak masuk tadika. So, untuk first time parent macam kami ni, rasa macam teruja, cemas, blur dan segala macam lagi. Jadi, MD buat entry khas untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang nak buat persediaan untuk anak yang pertama kali masuk tadika. Tak kisah lah umur berapa sekali pun. Moga anduan ini memberi manfaat buat semua.

Ada dua kategori. 


Pertama persediaan anak-anak 

1. Persediaan mental anak.

Macam Nasywa ni dia teruja nak bersekolah sejak umur 3 tahun. Sebab rumah sewa kami dulu berjiran dengan tadika. Jadi bila pergi / balik kerja, dia akan teruja tengok kawan-kawan riuh rendah bermain. Sejak tu dia kerap 'menyanyi' di telinga kami untuk pergi sekolah.

Tapi ada jugak anak yang jenis 'nak masuk perut mak' balik. Hehe.. Makna nya agak manja la. Sikit-sikit nak mengobak orang Perak kata. Orang putih kata cry me a river. haha.. ok, merapu.

So, untuk anak-anak yang jenis macam ni, MD syorkan :




  • Banyakkan bercerita tentang tadika / sekolah. Contoh, cerita pasal betapa seronoknya pegi tadika. Cikgu baik. Kawan ramai. Belajar ABC, 123. Boleh main sama dengan kawan-kawan.. Boleh main Anna & Elsa (eh..) Gula-gulakan la sikit ceritanya.. hehe
    • Sekali-sekala rajin-rajinkan diri 'bersiar-siar' depan tadika. Nak-nak pulak tengok budak-budak tengah main tu kan.. Or mungkin boleh tunjukkan video klip aktiviti di tadika..

    2. Bawa anak melawat tadika pilihan hati ibu bapa



    image google

    Kami mula-mula nak hantar ke Tadika Kemas je. Sebab pada ayahnya, anak baru umur 4 tahun. Biar hantar tadika biasa-biasa je bagi dia belajar berkawan. Kami bawak Nasywa ke tadika tersebut. Time tu memang ada kelas pun. Tapi riak Nasywa macam tak senang dengan suasana kelas tu.

    Kami kemudian decide nak hantar ke tadika lain pulak sebab masalah pengasuh tak ada kalau nak hantar ke tadika kemas. Lagi pun, kami kira-kira, kos upah pengasuh untuk sekerat hari saja pun dah sama dengan harga yuran bulanan tadika baru dia yang full day.

    Untuk tadika baru, memang MD tak dapat nak bawak dia pi tengok sebab time tu cuti sekolah. Bukan ada budak pun kan..

    3. Persiapan fizikal anak.

       - Latih anak untuk diaperless. Or bahasa jawa nya toilet train lah anak tu. 

       - Latih anak untuk kurang bergantung pada 'candu' nya. Contoh bantal busuk
      
       - Latih anak minum susu dalam cawan supaya tidak ketagih botol susu

       - Latih anak supaya berkongsi permainan dengan orang lain

       - Latih jadual tidur anak. Tidur awal supaya anak tak meragam disebabkan kurang tidur.



    Kedua, persediaan ibubapa.

    1. Sediakan duit!!

    Serius, yuran tahunan tadika bukan murah dah sekarang weh! Dah macam hantar masuk universiti!! MD hantar ke tadika biasa je pun, yuran dah RM700 lebih. Gila kau! Terkujat! Belum lagi Little Caliph ke, Brainybunch ke or tadika glamer yang lain yang ada kat Kulim or Jawi nih.. Tapi, MD tak tahu la kalau tadika perpaduan ke, PASTI ke.. mungkin lebih murah kot.

    Yuran bulanan pulak, bergantung pada tadika lah. Tu pun MD rasa standard macam yuran bulanan Taska jugak.. Malah ada yang lebih mahal bulanannya.

    2. Sila berkenalan dengan cikgu tadika tersebut.

    Point yang ini MD memang amalkan dari zaman hantar anak ke Taska lagi. Berkenalan dengan pengasuh/cikgu anak. Sebab yang jaga or ajar anak kita bukan cikgu besar tadika tu.

    Macam dalam kes Nasywa ni, MD awal-awal lagi cerita pada cikgu kata Nasywa ni macam mana orangnya. MD beritahu kebimbangan MD pada dia, contohnya, dia ni kalau dah suka sesuatu benda, dia anggap benda tu dia punya dah. Dia akan rampas benda tu dari tangan orang lain.

    Ni bila dah start sekolah, MD dah start ambil tahu siapa pulak cikgu kelasnya, dan ambil no fon cikgu kelas Nasywa supaya senang.. Ni pun dok whatsapp selalu.. hahah.. Mesti cikgu dia kata Ibu Nasywa ni rajin beno whatsapp.. haha

    Mungkin korang boleh cerita masalah kesihatan anak ke, or cara macam mana nak berkomunikasi dengan anak korang ke.. Atau pun apa yang anak korang takutkan. Macam petir ke, hantu ke, ape ke..

    Cara ni sangat membantu cikgu-cikgu nak bina bonding depa dengan anak korang.

    3. Jangan ambil lewat



    Budak sengih-sengih pegi dan balik sekolah

    Ok, yang ni korang kena alert. Jangan sekali-kali ambil anak-anak lewat. Terutama yang hantar anak kat tadika sampai petang tu. Sebab nya, anak-anak time tu dah menggelisah dah. Kang tak pasal esok tak mau pegi sekolah dah sebab korang ambil lambat. 

    Tapi, jika dah lambat dengan alasan kukuh dan tak boleh nak elak, maklumkan pada cikgu.

    4. Jangan tunggu anak-anak di tadika

    Yang ni adalah teori peribadi MD sendiri. Dari anak-anak hantar taska sampai lah Nasywa masuk tadika dah. Memang tak pernah tunggu. Hantar masuk sampai pintu kelas cuma hari pertama saja. Tu pun lepas tu cepat-cepat balik. Esok sampai ke sudah, sampai pagar je. Hang teriak pi la cemana pun, bolayan. 

    Sebab, MD nak anak bina keyakinan diri. Bina hubungan berkawan dengan budak lain. Kalau dah mak pak bertunggu tangga kat depan mata dia, memang dia pun mengada-ngada la nak melekat dengan kita. Sampai tak nak join aktiviti kelas. Anak-anak kita ni, depan kita je merengek-rengek.. Belakang kita elok je boleh berdikari.. =)

    5. Rajin-rajin tanya feedback anak-anak.

    MD terkesan dengan cerita bonda MD. Dia enjoy ambil cucu-cucunya balik dari sekolah sebab bila masuk kereta tu, diorang punya mulut tu becok cerita itu ini.

    So, MD dah ambil feeling yang sama. Sangat enjoy bila ambil Nasywa dari tadika. Tanya dia hari ni belajar apa? Cikgu bagi makan apa? Main apa dengan kawan-kawan?

    Tapiii, alert bila anak mengadu kawan pukul ke, or nampak sign dia tak happy pergi sekolah.. Try korek dan keep in touch dengan cikgu untuk troubleshoot masalah tu.

    6. Sediakan suplemen yang terbaik untuk anak

    Kenapa? Sebabnya, bila anak-anak dah bercampur ramai-ramai tu memang sangat mudah dapat penyakit. Demam la, selsema la, batuk la, kutu la, kudis la, HFMD la.. Tu common penyakit anak-anak bila dah start bergaul beramai-ramai ni.

    Nasywa memang MD bagi full Set Anak Cerdas pada dia. Dalam set tu terkandung Mealshakes, Vitamin C Chewable, Vitalea Chewable, dan OmegaGuard. Ia merupakan satu set lengkap yang dapat boost immune system anak-anak serta mencegah diorang dari cepat dijangkiti penyakit macam batuk, demam, selsema, kutu, kudis dan sebagainya.





    Tambahan pulak, bulan ni Vitalea for Children dah memunculkan diri selepas lama menyepi. Sekarang dah ada penambahbaikan! Rasa pun sedap. Rasa anggur. Anak-anak pasti suka.





    Harga ialah RM111 with postage. Ada 60 biji 1 botol. Berbaloi..





    Kisah 2 ibu yang dirundum sedih kerana anak2 mereka terlalu kurus & selalu sakit. Kini tidak lagi...



    Semoga tips persediaan ni dapat membantu ibu bapa yang baru first time nak hantar anak ke tadika. MD doakan moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang cemerlang akhlak, cemerlang akademik, dan cemerlang akhirat.
    MD