Selalunya bila tahu je mengandung, ibu-ibu ni mula lah huru-hara tak tenang tidur memikirkan set berpantang apa yang nak di gunakan bila bersalin nanti. Kelirukan nak memilih jamu tradisional atau suplemen moden untuk berpantang nanti. Yang itu ke... yang ini ke? Betul tak?
Korang tak tahu la macam mana. Tapi MD, walau anak dah masuk 3, kelirunya macam anak pertama jugak. Tiap-tiap bulan jenuh fikir nak cuba set bersalin apa..
Jemput baca entry perkongsian pengalaman MD sendiri dan tips antara jamu vs suplemen moden, khas untuk ibu-ibu yang dalam dilema dalam memilih set berpantang semasa bersalin. Bapa-bapa yang perihatin pun boleh juge.
Masa anak sulung, MD tak kenal lagi suplemen moden. Jadi dok pertimbang antara Jamu MD dan ST. Macam-macam yang dipertimbangkan. Contohnya adakah jamu akan membuatkan susu badan kering bila makan nanti? Huish.. ngeri kot nak bayang. Persoalan paling penting tu.. Siapa nak susu badan kering kan? Kesian anak nanti.
image google |
Oleh kerana tertarik dengan ikon ramping jamu MD tu, maka selaku ibu yang pertama kali excited nak timang anak ni pun beli la. Feeling-feeling boleh ramping pakai kebaya macam ibu Halimah..hehe.. Bila bersalin, MD start makan. Tapi, masyaAllah. Panasnya sampai jadi pening kepala! Sampai satu tahap rasa nak hentak-hentak kepala kat dinding. Macam migrain je. Tapi bila tak makan 3-4 hari baru rasa normal. So, tak habis tempoh pantang pun, tinggal macam tu je. Tak tahan. Panas.
Tapi, krim sapu dia memang best. Kepanasan nya tu tahan lama gila! Bau pun wangi.
image google |
Bila anak kedua, masih tak kenal lagi suplemen moden untuk berpantang ni. Pilih pulak antara NR atau Tanamera. Kali ni MD pilih Tanamera sebab tagline diorang kata 100% menggunakan bahan semulajadi. Dan semuanya di ambil untuk luaran. Satu je yang diambil untuk dalaman. Teh herba kunyit dan madu.
Yang ni memang best. Teh dia pun sedap. Rasa pun refreshing. Tapi hari kedua minum teh tu, keluar darah seketul besar tapak tangan! Dan insiden kepala sakit pun jadi semula. Kali ni ayahanda MD pon campur tangan. Terpaksa tadah telinga la dengar leteran nya. Dah tahu tak tahan makan jamu, pulun juga nak telan!
Tapi, MD tak kata Tanamera tak bagus. Untuk luaran memang MD bagi A. Terbaik! Tapi dalaman, mungkin tak sesuai dengan MD.
Bila anak ketiga ni, tergedik-gedik survey jamu tu tetap ada. Tapi tak serancak dulu sebab time ni dah kenal Shaklee. Dan memang nak continue set hamil ke set berpantang Shaklee je.
Kali ni cerdik sikit la, beli Jamu NR yang untuk luaran je dulu. Macam minyak Herbanika, Krim Barut Herbanika dan Barra Gel. Sebabnya tak mahu terkena macam yang sebelum ni. Membazir gitu je beli satu set tapi tak habis guna.
Kebetulan, masa di hospital bersalin no. 3, MD memang bawak vitamin-vitamin Shaklee. So bila lepas bersalin, memang terus je ambil. Alhamdulillah.. Rasa cergas je walaupun kali ketiga ni bersalin czer. Sangat berbeza rasa dengan bersalin yang sebelum-sebelum ni. Tapi kalau tanya CM, mesti dia kata macam teruk sebab MD memang suka buat teruk dengan dia.. kah3.. dengan Tok Laki la pun kan nak manja-manja. Tak sakit pun buat sakit..hee...
Boleh baca pengalaman MD menggunakan set berpantang Shaklee di sini. Tapi, Alhamdulillah tak beli set jamu. Sebab doktor pun pesan sebelum masuk bilik operation supaya jangan ambil jamu dalam tempoh sebulan pertama selepas bersalin. Gamat dan pati haruan juga tidak digalakkan sebab luaran nampak cantik elok, tapi dalaman mungkin tidak elok melekat-lekat dan sebagainya. Ngeri jugak dengar nya!
Ok lah, dah cerita panjang lebaq pengalaman MD, meh MD summarykan. Ini tidak bias walaupun MD memang nak korang beli set berpantang Shaklee dengan MD.. Kah3.. ayat mintak pang sedas. *tapi serius ni*.
Jamu
- Campuran ramuan herba tradisional.
- Mengambil masa yang lama untuk diuraikan samada cukup air atau tidak dalam badan.
- Kebanyakan jamu tidak diketahui ramuannya yang lebih lengkap. Dikhuatiri dicampur dengan bahan berbahaya supaya nampak kesan segera.
- Risiko mendapat jaundis yang lebih tinggi.
- Bersifat panas, bahaya untuk hati dan perkembangan bayi.
- Jika ibu melahirkan secara czer, jahitan mudah terbuka dan luka bernanah.
- Tidak membantu menstabilkan emosi ibu semasa berpantang, risiko meroyan!
- Kurang sesuai untuk ibu yang ingin menyusukan anak sepenuhnya.
Vitamin Shaklee
- Campuran ramuan tumbuh-tumbuhan (100% semulajadi).
- Memerlukan masa yang singkat untuk meresap ke dalam badan dengan pengambilan air yang mencukupi.
- Kandungan lengkap dengan khasiat asid folik, zat besi, zinc dan vitamin lain.
- Kandungan vitamin yang lengkap mampu mengatasi masalah bayi kuning atau jaundis.
- Vitamin bersifat semulajadi dan pelengkap nutrisi ibu berpantang dan menyusukan.
- Vitamin yang lengkap mampu memulihkan 100% luaran dan dalaman ibu yang bersalin normal mahupun pembedahan.
- Vitamin B dan C mampu mengawal sebarang bentuk tekanan dan mengelakkan risiko meroyan. Juga menaikkan seri wajah ibu yang baru lepas bersalin!
- Sangat sesuai untuk ibu yang ingin menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu.
- Mampu melawaskan pembuangan juga! Tiada risiko nyeri dan ngilu ketika mahu meneran kerana kalsiumnya bertindak melembutkan najis!!
- Memberikan tidur yang berkualiti buat si ibu walaupun bayi anda bangun dua jam sekali untuk menyusu di tengah malam.
So kepada ibu-ibu yang dah nak bersalin, jangan pening-pening kepala nak fikir set berpantang apa yang nak beli. MD dah berikan guideline antara set berpantang tradisional atau pun set berpantang moden.
Pastikan juga korang dah buat persiapan barang nak bersalin tau. Jangan last minit baru nak beli. Nanti double dos pening gelabah tak tahu nak beli apa.
Tapi yang penting sekali set bersalin wajib beli. Kalau korang nak tahu, SET BERSALIN SHAKLEE boleh di ambil seawal hari pertama korang bersalin. Dan yang paling best, tak perlu risau untuk berhenti ambil kalau bayi kena jaundis. Selamat dan sangat mesra kepada bayi comel korang.
MD berharap entry ini dapat membantu korang dalam proses persediaan nak berpantang kelak. MD ucapkan semoga berjaya dalam perjuangan melahirkan little caliph kelak. Banyakkan bertenang dan nikmati waktu berpantang sebaik mungkin.
Hubungi MD untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee yang super best ini! MD boleh katakan, insyaAllah korang akan dapat ketenangan fikiran semasa berpantang nanti. Harga 1 set cuma RM477.00. Sangat BERPATUTAN dan super JIMAT untuk penggunaan antara 4-6 bulan nanti. Whatsapp/Telegram MD sekarang ya..
COD AREA PARIT BUNTAR, JAWI, BUKIT TAMBUN, SIMPANG AMPAT, NIBONG TEBAL, BANDAR BHARU (OFFICE HOUR), DAN KULIM.PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN POS LAJU, CITYLINK DAN G-DEX.
No comments:
Post a Comment