Showing posts with label Azam. Show all posts
Showing posts with label Azam. Show all posts

Thursday, 8 January 2015

Azam Tahun Baru 2015

Assalamualaikum..





Semua buat dah entry azam tahun baru 2015 masing-masing. MD je yang baru hegeh-hegeh nak buat. Alasan klise -- MD sangat sibuk tapi MD tak main golf.. Ooppsss.. *tutup mulut*

Untuk 2015 ni, macam-macam yang MD nak buat.. Meh MD list kan. 

1. Update blog 1 hari 1 entry.

Yang ni awal-awal lagi dah fail. Dah hari ke8 Januari, entry baru dok ada 3. Tapi tak pa, MD akan qadha' mana hari yang lompong. Setahun ni mesti ada 365 entry.. Nanti 31hb Disember kita kira. Berjaya tak update 365 entry. Kata nak jadi blogger tegar kan?! Bawah sikit dari taraf RedMummy pon kira baguih dah..kah3..

2. Buat awning dan pagar rumah.

Ni azam no 2. MD nak kumpul duit berniaga Shaklee untuk buat awning dan pagar rumah. Rumah kami beli ni standard. Tuan terdahulu tak ada buat apa pun. Tapi tak pe, sebab rumah depan padang mainan dan surau, ape kisah kan standard ke dah siap renovate ke.. Doakan MD ya..

3. Nak tanam bunga untuk deko halaman.

Selalu MD rasa MD ni tangan panas. Pokok Aloe Vera je yang mau hidup..haha.. tapi, beno nya, macam tak berapa rajin dulu nak deko tanam bunga bagai sebab dok rumah sewa. tapi la ni sejak dah duduk rumah sendiri ni, tergila pulak dengan Ros Jepun (RJ).. Menjadi-jadi lak rasa la ni menanam sikit-sikit pokok bunga.. Nanti MD up entry pasal hobi baru ni..

4. Nak dapatkan berat badan idaman.

MD sekarang tengah usaha nak diet. Tapi bukan ekstrem diet. Slow-slow la.. Bukan nak banyak pun, 55kg cukup lah.. Kalau kurus sampai 47kg macam sebelum kawen, kang nampak pipi cengkung jalan pun rasa melayang-layang..

5. Nak naik rank dalam Shaklee.

Azam yang ni mesti kena buat. Kena pulun smpai dapat. At least Disember 2015, MD dah rank Sr Coordinator dengan income 5 angka! Tak ada yang mustahil kan? Doakan MD. Doakan anak-anak bisnes MD sama. MD nak naik sama-sama diorang.

6. Penuhi Master Checlist.

Ya, tahun 2015, MD harap dapat penuhkan master checklist ni. Liat beno nak boleh kan penuh list tu. Penyakit M tu besaq sangat. Buat yang wajib je sudah kata nya.. Alasan je lebih. Pang sekali baru sedar diri agaknya..


Hm.. cukup la 6 dulu.. List berjela panjang pun belum tentu buat semua.. haha.. Ni 6 yang di listkan ni adalah perkara yang top priority yang MD nak sangat-sangat-sangat-sangat buat.

Kita tengok nanti 31hb Disember 2015.. Doakan MD.



MD

Tuesday, 26 March 2013

Alhamdulillah.. Rumah Pertama Kami.

Assalamualaikum..

Hari ni mood sangat2 hepi..sebab nya hari ni secara rasminya saya dah memiliki sebuah rumah.. Hahaha...poyo ek? X kisah lah.. Ini harta pertama saya dan CM... Rumah pertama kami.. Mr Tang tu dah serah kunci nya pagi tadi. Kami pun dah settle ke sana sini menguruskan hal-hal tukar nama di TNB,  PBT, Pejabat Tanah dan SADA..


Rumahnya macam dalam gambar.. Alhamdulillah.. Saya dapat rumah seperti yang saya idamkan.. Dekat dengan masjid/surau.. Dekat dengan padang, so saya boleh jogging (jogging?!) dan anak2 boleh main petang2.. Alhamdulillah.. Rumah tu betul2 depan surau dan padang mainan... Alhamdulillah.. X ada apa yang lebih menggembirakan saya..

Tapi dekat dengan Hospital Kulim (nak beranak sok senang.. kedek2 je pegi LR..ehehe), Bomba, Balai Polis dannnn......
Tempat kerja CM.


Buat masa sekarang mungkin akan masih menyewa lagi rumah di Jalan Junjung, since rumah yang saya beli ni di Kulim High-Tech, agak jauh nak sampai ke Jawi.. Mana tahu dalam tempoh 5 tahun lagi saya plan nak apply tukar ke Kulim pulak.. Ubah angin, ubah suasana kerja.. =) Rumah tu kami buat sewa dulu.. Lagi pun dah memang ada orang sewa pun..

Dalam kepala dok pk nak buat renovation n etc2.. Tapi, tunggu dulu lah kot.. La ni pon orang lain yang duduk lagi.. Esok tiba masa nak duduk, saya akan renovate lah.. Azam saya nak kumpul duit hasil bisnes Shaklee untuk renovation. Doa kan saya ya kawan2 semua.. Support azam saya ni.. So, moh membeli vitamin Shaklee dari saya! Eh! Ter-promote pulak.. Hahaha...

Kebetulan jiran saya tu sedang buat renovation bahagian dapur, so berpeluang intai rumah dia, tengok dia buat macam mana.. Siap ambik no fon kontraktor tu.. Pada hal lambat lagi kot nak dok rumah tu.. Hahaha...

Apa pun, tak ada perkataan lain yang lebih tepat untuk menyatakan keterujaan ni melainkan Alhamdulillah! Alhamdulillah! dan Alhamdulillah!!!!
Hanni

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Tarikh 01.01.2013 dtg lagi..menandakan bertambah setahun lagi umur Mak Dara.dah masuk angka 30 tahun.. umur bukan la rahsia... dan bertambah setahun lagi usia perkahwinan Mak Dara.. =) 2010 berdua. 2011 bertiga. 2012 berempat. 2013...??? Haha..

Banyak azam dan impian dah dilakarkan utk tahun baru ni. Tapi yg paling utama, saya nak cabar diri utk naik rank dlm bisnes Shaklee. Saya nak suburkan ladang epal saya! .target 2014 nak jadi JUTAWAN MUSLIMAH dgn income 6 angka! Sama seperti idola saya... Kalau org boleh buat saya pon boleh jgk kan??? Kalu ikutkan orang lain lg byk kesusahan dan kesulitan nak realisasikan tp derang boleh buat. So x de alasan utk saya ok!

Penghujung tahun 2012 agak sedih sbb apa yg di target utk Disember x tercapai..lebih kurang seminggu down..jadi start tahun ni saya nak didik hati supaya cekal.. cekal menepis perkara negatif yang datang.. cekal kan hati supaya positif selalu..

Saya dah terlalu lama duduk dlm zon selesa..so saya nak cabar diri utk lebihhhhh lagi! Tahun baru ni adalah tahun mencabar diri. Saya nak sifarkan diri dan keluarga sy dari hutang. Saya nak anak2 saya senang. X mau esok bila anak nak belajar saya x mampu nak sedia kan.. saya agak sensitif bab anak dan keluarga.. mereka segalanya buat saya..

Tinggal semua yang pahit tahun 2012.. saya mahu yang manis manissssss je tahun 2013....


Published with Blogger-droid v2.0.9