Friday, 9 January 2015

Merawat Kudis Dengan Cara Semulajadi

Assalamualaikum..

Terasa terpanggil-panggil nak buat entry ni.. sebabnya anak kedua MD kena kudis atas kepala. Dah hampir empat hari guna ubat doc, macam tak ada kesudahan pulak.. Jadi, MD nak cuba pulak merawat kudis dengan cara semulajadi.

Dah hampir 2 minggu jadi kudis tu. Asalnya, CM yang bagitahu. Atas kepala Zahra ada macam bijik berair.. Zahra dah garu, naik macam berkudis la tempat tu. Tapi, MD ingatkan itu cuma sekadar alahan biasa, mungkin panas dan naik ruam bila berpeluh.

Dua tiga hari lepas tu Cikgu pengasuh dia kat taska bagitahu, kepala Zahra naik kudis. MD dah rasa tak syok. Balik rumah belek betul-betul, Allah.. Dah merebak banyak tempat. Dah melekat-lekat air bisanya di rambut. Tapi sebab CM kerja malam, tak dapat nak bawa ke klinik.

Esoknya MD mintak CM bawak ke Klinik Kulim. Bukan doc yang biasa rawat kami tapi doc ganti. So doc tu cakap, tempat yang kena tu kena bagi kering. Sebab bila lembab dan berpeluh, kudis tu akan merebak dan susah nak baik. Doc cuma bagi krim dan ubat piriton saja untuk redakan kegatalan.

Kata doc tu lagi, cuci bagi bersih, sapu air garam untuk matikan kuman dan bg kering infected area dan sapu krim dia bagi. Lepas sapu krim dia suruh pulak letak bedak. Punya nak suruh kering elok-elok.

Maka, CM pun balik tu start operasi nak nipiskan rambut tempat berkudis. MD memang lari jauh la tak nak tengok. Kesian tengok kepala dia nak di gondolkan walaupun sikit.. Tapi lame beno lak rasa nya CM ni buat projek. Pi jengok, tu diaaa.. besar tempat yang dah terkena jangkitan tu.. Siap CM buang keruping-keruping lagi ha,, Alahai kesian anak ku...



Ambil sekejap tadi dalam gelap.. Merah-merah tu masih ada lagi..


Sudah potong, MD mandikan basuh kepala cuci bagi bersih, CM lumur air garam kat tempat yang kena tu, patu apply krim doc bagi. Bila dah kering sikit, letak pulak bedak Agnesia.. Tapi anak dara manja kami tu tetap tersengih-sengih senyum pandang kami. Ibu lak emosi tengok kepala dia dah botak kat tengah.

Selepas 3 hari, hari ni kami belek kepala dia lagi. Maklum lah, hari cuti la pun baru boleh nak belek betul-betul kepala dia nih. Alhamdulillah dah banyak dah kering tapi ada part yang masih berair dan ada part lain yang dah terjangkit. Meaning macam kena gondolkan kepalanya terus. Kening pun dah terjangkit kudis sama sebab dia tergaru-garu..

Ibu dah mula masuk panic mode bila pk kan nak botak macam ayah nya?! OMG! Kesian anak dara ku!! Ayah nya pun sebenarnya macam tak lalu hati juga. Tapi rasanya macam terpaksa je... Lagi pon tak lalu hati juga bila kami nak lumur air garam tu.. pedih kot..

Tiba-tiba MD teringat pada basic H. Eh, kan basic H ni boleh juga di gunakan untuk merawat kutu. Ekzema yang basah pun boleh juga guna untuk mengeringkan.. Maka MD google. Biasalah, walaupun jual produk Shaklee tapi typical mama yang concern dengan kesihatan anak nya kan.. macam pk tak kan nak cuci kudis anak aku dengan pencuci yang selalu dok buat mop lantai kut kan! Haha..

Dan MD pun ada open discussion dalam secret group whatsapp kami. Memang awesome semua nya! Bila cakap pada CM nak guna basic H sebagai ikhtiar untuk mengeringkan kudis, dia pon macam MD gak.. Tak bahaya ka dia tanya? Nak bahaya apa? Kandungan utama basic H ni adalah daripada bahan semulajadi iaitu minyak jagung dan minyak kelapa. Dah tentu lah ianya bebas bahan kimia dan toksin.

Maka MD kata operasi mem'basic H kan kepala Zahra bermula esok..

Nanti MD update lagi entry ni. Tunggukan kesudahannya ya..
MD

No comments:

Post a Comment