Thursday, 1 January 2015

Dilema Ibu Yang Malas Basuh Botol EBM Sebab Alahan Sabun

Assalamualaikum..

Hari pertama tahun baru 2015, MD dah buat entry pasal dilema ibu yang malas basuh botol EBM sebab alahan sabun. Ibu mana? MD le tu.. Konon-konon azam 2015 ni nak bagi rajin sikit la basuh botol-botol EBM dan pinggan mangkuk.. 

Yang rapat dengan MD mengetahui yang MD mempunyai ekzema atau alahan dengan sabun. Sebarang sabun pun. Tak boleh silap guna sabun, mula lah tangan yang sedia kasar dan kering ni bertambah kering sehingga merekah berdarah. Sakit! Lepas tu mogok tak nak basuh pinggan berhari-hari.

Tapi sekarang tidak lagi! MD dah dapat solusi macam mana nak kembali rajin membasuh pinggan, tanpa perlu bermain dengan sabun dalam tempoh yang lama. Sangat berguna, lebih-lebih lagi untuk ibu bekerja yang kena pam susu hari-hari untuk bekalan anakanda di Taska. Balik kerja dah penat, rasa letih nak basuh corong pam dan botol-botol ebm tu kan..?

Huh! Panjang sungguh intro nya.. Ok, tanpa membuang masa, jemput baca perkongsian MD.




Ok, mula-mula korang ambil Hand Dish Wash Shaklee ni. Dish Wash ni concentrate tau. So korang tak payah picit selagi mau untuk menghasilkan buih yang banyak. Cukup sekadar 4-5 titik. 




Haa.. korang nampak tak dia tulis kat botoi tu? Tak nampak tu, sila klik untuk image yang lebih besar. Bau nya harum dan segar. Tidak bertoksik dan ianya natural serta biodegradable. Ada orang siap buat jirus pokok lagi tau sebab ianya berasaskan bahan semulajadi.




We believe home should be the safest place in the whole world. So kenapa kita nak gunakan bahan-bahan yang tak selamat untuk seisi rumah kita? Betul tak?




Ok, nampak tak malas nya di situ? Ambik besen besar, isi air, titik kan 7-8 drop Dish Wash ni, patu kocak air untuk hasilkan buih. Lepas tu, rendam sat semua botoi susu, botoi ebm, gajet menyusu.. Korang leh buat kerja lain sat seperti masuk kain baju anak-anak yang dah pakai ke dalam mesin basuh.




Lepas tu, bila time nak cuci, korang kocak-kocak bilas dengan air sabun tu je. Minyak-minyak dari lemak susu tu memang hilang sepenuhnya. MD tak de nya tonyoh dengan berus. Dasar tak berapa nak rajin gitu la.. haha




Agak-agak dah puas hati, korang bilas dengan air bersih. Nampak tak tak ada kesan minyak langsung..? Memang best dan puas hati sebab tak payah nak main sabun lama sangat. Tangan pun tidak merengsa. Sangat lembut pada kulit. Lebihan air sabun tu, MD buat bilas pinggan mangkuk cawan yang dah guna dalam singki tu. 


Best kan? Mudah je. Menjimatkan masa korang dan memelihara tangan korang dari kekeringan dan mengelupas serta berdarah. Korang boleh baca info lanjut mengenai Dish Wash Concentrate ni di sini.

Harga pun tak mahal. Hanya RM28.00 untuk 16oz. Setiap kali penggunaan pun cuma perlukan beberapa titik sahaja. Itu pun dah menghasilkan buih yang banyak dan mampu menanggalkan kotoran serta minyak.

MD memang sangat syorkan ibu-ibu hebat di luar sana, lebih-lebih lagi yang mempunyai alahan sabun macam MD supaya beli Dish Wash Concentrate ni dan guna. Rasai sendiri perbezaan nya berbanding pencuci pinggan/botol susu yang biasa korang guna..

MD

No comments:

Post a Comment