Showing posts with label Basic H. Show all posts
Showing posts with label Basic H. Show all posts

Sunday, 22 February 2015

Review Spray Mop Yang Sangat Best

Assalamualaikum..

Apa khabar hari ni semua..? Ada yang Monday blues? MD hari ni agak Monday Blues.. Keluaq umah punya awai, bawak kereta seboleh-bolehnya potong sana cilok sini.. ujung-ujung sampai pejabat lambat jugak.. MD syak thumbprint tu saja sabotaj MD la... haha...

MD sebenar nak tulis entry ni semalam.. tapi dok rangka dalam kepala je.. Kalau lah boleh terus masuk online guna telepati ke, syok gak kan.. keh3.. Start dah merapu ni..

MD nak review 1 benda best ni ---> Spray Mop!!! .. Actually, MD nampak pasal mop ni dekat dalam group deko di FB.. Deko Rumahku Syurgaku namanya. Macam syok gila.



MD pun pujuk la CM, ajak pi berjalan ke Jusco Alma cari.. Sebelum ni penah gak nampak di situ, tapi kesilapan teknikal time pi tu tak bawak beg duit. So malas nak mintak CM tolong beli kan. Konon nya nak berdikari gittew isterinya.. Kah3..


Sampai di Jusco Alma tu, ada 2 jenis spray mop. Satu jenama Rubber apa tah tak ingat. Nampak macam tegap la rupa paras nya. Harga pun boleh tahan jugak. RM70-80 lebih satu. Satu lagi brand Liao macam picture atas tu. Murah sikit. Dalam RM30 lebih. Exact amount tak ingat..

Maka tersenyum gembira sampai ke telinga la MD, berazam nak mop hari-hari kata nya..

Tapi, azam tinggal azam, sebulan lebih dah kot beli rasa nya, semalam baru koyak kertas yang balutnya. Nampak tak malas di situ? Kui3.. Tu pun sabitkan anak dara 2 orang main bubble gun dalam umah, habis melekit-lekit lantai.. Kalau tak, agak nya setahun lepas tu kot baru pakai.. Gigih dok guna cara susah..


Hehe.. Perasaan nya? Sangat lah syiok! Tak payah usung-usung baldi, gigih bilas mop bagai.. Cess.. Sakit pinggang gue..


Spray mop ni sangat senang.. Korang isi Basic H dengan air dalam botoi putih tu. Bila time nak mop, korang press je  handle nya untuk semburkan air di tempat yang nak di mop... Mop tu pon boleh pusing 360 degrees.. So kalau korang plan nak mop sambil aerobik lagu Sakitnya Tuh Di Sini pun x de hal..


Macam picture atas. Air akan di sembur keluar dekat bawah botol nya tu. Nampak kan macam dalam picture. So korang adjust lah batang mop tu ke atas ke bawah ke kiri ke kanan ke untuk semburkan air tu di mana? Eh, paham ke macam tak paham? Maksud nya kalau nak spray air tu jauh sikit tempatnya, korang rendah kan batang mop tu n press handle. So air akan terpancut jauh..  Paham? Tak paham jugak? Pi beli dulu test sendiri, baru paham..


Kain yang lap bawah nya tu adalah dari material microfibre. So serapan dan tonyohan nya pun memang sangat best. Korang dah tak perlu nak tonyoh sampai sakit pinggang terbongkok-bongkok dah..

Lagi satu yang best laginya, kain ni memang trap dust kat lantai. Beza dengan mop yang jurai-jurai tu, mop tu kira dah macam bersih dah rasa..kan? tapi guna ni, memang nampak, banyak dust walaupun dah di sapu..

Kotor kalu, korang leh tanggalkan dah basuh dan boleh di lekatkan semula.. 

Air dalam botoi tu kalau ada lebihan, x perlu buang. Bila nak guna next time, boleh terus grab n mop on the spot. Haa.. untuk mak-mak yang tak berapa nak rajin dan claim dirinya super busy macam MD, benda ni memang tersangat lah best! Jimat masa weh.. 

Nasywa memang melihat gadjet baru ibu dengan penuh minat! Kagum kot.. haha.. Yang ni kalau anak-anak main pon korang tak la naik hantu sangat sebab senang.. Tak de la satgi ayor tumpah berselerak atas lantai.. Paling-paling depa main picit handle tu spray merata.. Nanti korang ajar la anak mop sekali meniru gaya kita. kira ok la tu kan.. Senang keje ibu.

MD sangat rekemen korang guna kan mop yang sangat best ini dengan Basic H. Sebab nya mop ni dah best, so kena la gunakan dengan pencuci yang SUPER BEST jugak! MD mula-mula try mop ni guna air serai wangi. Sebab Basic H dah habis, anak-anak dara ni buat main buih time mandi.

Tapi, resultnya tak best. Melekit-lekit rasa lantai.. Rasa geli dan tak syok nak pijak. So gigih la beli Basic H yang baru untuk mop kali kedua.. Ala.. Guna mop best kan, so tak teruk sangat la kerja mengemop nya... Dah la kotoran mudah tanggal.. Selamat lak tu untuk baby yang baru nak belajar menjulur macam Aus Akram..



MD belanja video satu. Akak ni kata dia ada masalah rambut gugur yang kronik. Rambut gugur banyak ni pon buatkan jadi tensi jugak. Letih nak menyapu dan mengemop weh.. Haa.. ape yang akak ni buat? kena klik dan tengok..

Korang try la beli spray mop ni.. dan rasakan ke'best'an nya. Tapi, lagi best bila di gunakan dengan Basic H.. Hihi...

Daaa.....
MD

Friday, 9 January 2015

Merawat Kudis Dengan Cara Semulajadi

Assalamualaikum..

Terasa terpanggil-panggil nak buat entry ni.. sebabnya anak kedua MD kena kudis atas kepala. Dah hampir empat hari guna ubat doc, macam tak ada kesudahan pulak.. Jadi, MD nak cuba pulak merawat kudis dengan cara semulajadi.

Dah hampir 2 minggu jadi kudis tu. Asalnya, CM yang bagitahu. Atas kepala Zahra ada macam bijik berair.. Zahra dah garu, naik macam berkudis la tempat tu. Tapi, MD ingatkan itu cuma sekadar alahan biasa, mungkin panas dan naik ruam bila berpeluh.

Dua tiga hari lepas tu Cikgu pengasuh dia kat taska bagitahu, kepala Zahra naik kudis. MD dah rasa tak syok. Balik rumah belek betul-betul, Allah.. Dah merebak banyak tempat. Dah melekat-lekat air bisanya di rambut. Tapi sebab CM kerja malam, tak dapat nak bawa ke klinik.

Esoknya MD mintak CM bawak ke Klinik Kulim. Bukan doc yang biasa rawat kami tapi doc ganti. So doc tu cakap, tempat yang kena tu kena bagi kering. Sebab bila lembab dan berpeluh, kudis tu akan merebak dan susah nak baik. Doc cuma bagi krim dan ubat piriton saja untuk redakan kegatalan.

Kata doc tu lagi, cuci bagi bersih, sapu air garam untuk matikan kuman dan bg kering infected area dan sapu krim dia bagi. Lepas sapu krim dia suruh pulak letak bedak. Punya nak suruh kering elok-elok.

Maka, CM pun balik tu start operasi nak nipiskan rambut tempat berkudis. MD memang lari jauh la tak nak tengok. Kesian tengok kepala dia nak di gondolkan walaupun sikit.. Tapi lame beno lak rasa nya CM ni buat projek. Pi jengok, tu diaaa.. besar tempat yang dah terkena jangkitan tu.. Siap CM buang keruping-keruping lagi ha,, Alahai kesian anak ku...



Ambil sekejap tadi dalam gelap.. Merah-merah tu masih ada lagi..


Sudah potong, MD mandikan basuh kepala cuci bagi bersih, CM lumur air garam kat tempat yang kena tu, patu apply krim doc bagi. Bila dah kering sikit, letak pulak bedak Agnesia.. Tapi anak dara manja kami tu tetap tersengih-sengih senyum pandang kami. Ibu lak emosi tengok kepala dia dah botak kat tengah.

Selepas 3 hari, hari ni kami belek kepala dia lagi. Maklum lah, hari cuti la pun baru boleh nak belek betul-betul kepala dia nih. Alhamdulillah dah banyak dah kering tapi ada part yang masih berair dan ada part lain yang dah terjangkit. Meaning macam kena gondolkan kepalanya terus. Kening pun dah terjangkit kudis sama sebab dia tergaru-garu..

Ibu dah mula masuk panic mode bila pk kan nak botak macam ayah nya?! OMG! Kesian anak dara ku!! Ayah nya pun sebenarnya macam tak lalu hati juga. Tapi rasanya macam terpaksa je... Lagi pon tak lalu hati juga bila kami nak lumur air garam tu.. pedih kot..

Tiba-tiba MD teringat pada basic H. Eh, kan basic H ni boleh juga di gunakan untuk merawat kutu. Ekzema yang basah pun boleh juga guna untuk mengeringkan.. Maka MD google. Biasalah, walaupun jual produk Shaklee tapi typical mama yang concern dengan kesihatan anak nya kan.. macam pk tak kan nak cuci kudis anak aku dengan pencuci yang selalu dok buat mop lantai kut kan! Haha..

Dan MD pun ada open discussion dalam secret group whatsapp kami. Memang awesome semua nya! Bila cakap pada CM nak guna basic H sebagai ikhtiar untuk mengeringkan kudis, dia pon macam MD gak.. Tak bahaya ka dia tanya? Nak bahaya apa? Kandungan utama basic H ni adalah daripada bahan semulajadi iaitu minyak jagung dan minyak kelapa. Dah tentu lah ianya bebas bahan kimia dan toksin.

Maka MD kata operasi mem'basic H kan kepala Zahra bermula esok..

Nanti MD update lagi entry ni. Tunggukan kesudahannya ya..
MD

Thursday, 1 January 2015

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?

Assalamualaikum..

Basic H ni pernah kontroversi satu ketika dulu. Ke masih kontroversi lagi sekarang? Haha.. Shaklee ni ape je la yang tak kontroversi ye dok? Fokus pada Basic H. Bila orang kata Basic H adalah pencuci lantai, tapi boleh segarkan sayur, kita kata gila ke ape? So mari kita kupaskan. Betul ke Basic H sangat bahaya?

Yang mula jadi kontroversi adalah bila ada penyebaran gambar-gambar sebegini.




Mahu pun begini..




Sana-sini dok hentam. Haish... Apa kata berkenalan dulu dengan pencuci serbaguna ni dulu.. Lepas tu kita pk balik nak hentam jugak ke nak start guna Basic H.


Apa itu Basic H?



Basic H adalah pencuci serbaguna yang mempunyai 1001 kegunaan. Jika di lihat pada label di belakang botol Basic H, atau pun di website Shaklee, hanya di tulis 3 sahaja sahaja kegunaan nya iaitu cuci lantai, tingkap dan perkakas dapur. 

Lagi 997 kegunaan adalah hasil eksperimen lebih 700 000 ahli di seluruh dunia.

Kandungan utama Basic H2 adalah minyak jagung dan minyak kelapa.





Betul kah bahaya?


Sebenarnya begini.. MD berikan perumapamaan yang kita mudah fahami. Kita ni cepat sangat nak melatah. Tapi kita sedar tak yang kadang-kadang kita cuci puting atau botol susu anak kita dengan pencuci pinggan mangkuk biasa yang memang dah tentunya ada bahan kimia. Tak ada pulak kita rasa benda tu bahaya untuk anak kita..

Nak lagi sadis, rendam dalam clorox untuk buang daki susu di puting atau botol susu!!

Gamaknya selamat ke idak? yang itu dah confirm bahan kimia nya SUPER DUPER TINGGI!

Pihak Shaklee tak mahu overclaim yang Basic H ni ada 997 lagi kegunaan nya. Semuanya adalah inisiatif orang yang dah pernah cuba dan berkongsi kebaikan lagi 997 kegunaan tu.

Berkenalan dengan Basic H


Betul ke Basic H Sangat Bahaya?


Betul ke Basic H Sangat Bahaya?


  • Ianya sangat organik
  • Tidak bertoksin
  • Boleh terurai
  • Tiada bahan kimia
  • Sangat pekat
  • Harga RM47 bersamaan dengan 181 liter produk lain

Antara 1001 kegunaan Basic H


1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.  

Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet. 

Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet. 

Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.

Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.

Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.

6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.

Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.

Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.

Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.

9. Mengasah Pisau

Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau  dan asah pisau seperti biasa.

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya

Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian  di bilas.


Antara kegunaan Basic H di waktu kecemasan.

1. Menghapuskan kutu di atas kepala. 

Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.

3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.

Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.

4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)

Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit Gigi

Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur.  Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)

Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.

7. Ulser dan mulut berbau

Caranya: Tuangkan  4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah

Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram  pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.

Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Testimoni Basic H


Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Lantai pun berkilat

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Nak redakan kepanasan demam.

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Baju putih tukar kaler? Pun boleh.

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Cuci rumah

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Masalah kudis? Luka kencing manis?

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Masalah kutu? Haa.. ini ada penyelesaiannya.

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
credit beautyblondie.com

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Sayur pun jadi segar

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Ketumbit pun bolehhhh..

Berapa harga?


Sebotol cuma RM47.00 sahaja. Pos MD amik flat rate RM10.00 sahaja. Sangat jimat sebab MD dah pakai dekat 2 tahun tak habis lagi.. Rasa macam dah guna selalu dah.. 

SMS/Whatsapp/Telegram MD untuk dapatkan pencuci serbaguna ni.

MD

COD AREA PARIT BUNTAR, JAWI, BUKIT TAMBUN, SIMPANG AMPAT, NIBONG TEBAL, BANDAR BHARU (OFFICE HOUR), DAN KULIM.PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN POS LAJU, CITYLINK DAN G-DEX.

Tuesday, 2 April 2013

INFO PRODUK : Basic H

Basic H



Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

  • Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan. Ianya dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah. Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah. Ia juga dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
  • Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  1. Dinding
  2. Permukaan dapur, jubin dan lantai
  3. Peralatan
  4. Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  5. Tingkap dan cermin
  6. Perkakas
  7. Benda-benda diperbuat daripada kayu
  8. Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)   

Perbezaan Shaklee

* Selamat
* Tidak bertoksik
* Tanpa gas beracun
* Tanpa bahan kimia berbahaya
* Tanpa bahan pewangi
* Lembut pada tangan
* pH seimbang
* Tanpa klorin
* Berkesan
* Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
* Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
* Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
* Mesra alam
* Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
* Biorosot
* Tanpa fosfat
* Bungkusan yang boleh kitar semula
* Tanpa bahan pewarna
* Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
 

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Untuk lantai, Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Retail Price : RM46.00

Berminat PM saya Hanni Kamilla Hanafi / 013-5818283



Hanni