Assalamualaikum..
Cik Anie menulis malam ini, hari ke 29 Ramadhan, sekadar untuk catatan sendiri. Sebagai ingatan, dugaan tahun 2020.
Banyak yang berlaku sejak dari mula tahun 2020. Terlalu banyak. Sampai kan rasa tak sempat nak hadam yang lama, sudah datang yang baru..
Bermula dengan rezeki dapat balik ke Kulim dan bertugas di Pejabat lama semula, syukur Alhamdulillah. Anak-anak tidak lagi berjauhan dengan ayahnya.
Cik Anie sangka, akan happy-happy saja.. Rupa nya, datang dugaan dalam kerja. Sukar untuk di ceritakan, seolah membuka rahsia pejabat sendiri pulak..
Masih lagi cuba untuk positif. Go with the flow kata orang. Saya Yang Menurut Perintah gitu kaedah nya.. tak apa lah, anggap sebagai proses pembelajaran dan pemantapan diri juga kerjaya.
Awal bulan 3, bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tak boleh keluar rumah sesuka hati. Tak boleh rentas negeri. Tak boleh itu. Tak boleh ini. Semua kerana wabak Coronavirus.
Masa ni, Cik Anie dikejutkan dengan 1 berita yang tak disangka. Dalam gigil tangan, Cik Anie sambut berita tersebut dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmah/rezeki Allah nak beri bilamana Cik Anie redha. InsyaAllah, akan Cik Anie kongsikan secara terbuka nanti.. ❤️
Allah beri sesuatu, Allah tarik sesuatu. Berlapang dada. Mungkin ini yang terbaik untuk Cik Anie.
Tapi Hari ni, dari pagi, Cik Anie dah tak mampu nak bendung air mata. Murah sangat rasa sejak 2 menjak ni. Sampai bengkak-bengkak mata, sakit kepala sebab terlampau kerap menangis.. ðŸ˜ðŸ˜
Doa kan Cik Anie kuat. Doa kan wabak ni berakhir dengan cepat. Cik Anie rindu pada 'Keramat Hidup' Cik Anie ðŸ˜ðŸ˜
Tahun ni pertama kali berhari raya di tempat orang. Bukan di Selama. Bukan juga di Ipoh. Tak ada semangat untuk berhari raya. Tak ada apa persiapan langsung. Tak tahu nak gambarkan macam mana lagi rasa hati..
Entah lah..
Doa kan Cik Anie kuat.
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
No comments:
Post a Comment