Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, 10 June 2015

Cara Solat Dhuha Yang Mudah!

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Dah solat Dhuha? Solat sunat Dhuha ini adalah merupakan solat sunat yang dikerjakan di waktu Dhuha. Waktu Dhuha pula adalah di antara pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Mudah je nak lakukan solat Dhuha ni. 2 rakaat je.



Solat Dhuha ini adalah kunci untuk kita murah rezeki sepanjang hari tau. Jadi, apa kata sebelum kita mulakan urusan seharian kita dalam mencari rezeki, kita dahului dengan mengerjakan solat sunat Dhuha.. Sebagai rasa terima kasih kita kepada Allah.. =)

Meh MD kongsikan cara solat sunat Dhuha yang mudah dan ringkas.. =)

 Cara Mengerjakan Solat Dhuha


i - Niat

Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah ta'ala.

ii - Bacaan dalam solat


Rakaat pertama boleh baca surah as-Syams


Rakaat kedua baca surah ad-Dhuha

iii - Doa solat Dhuha


Haa.. Mudah je kan. Ringkas je. Sesuai untuk yang bekerja di pejabat. Kang hilang lama-lama nanti boss cari pulak. Jadi boleh buat yang ringkas ni.

Tapi kalau masa kita panjang, contoh nya kalau kita surirumah ke, anak-anak ke sekolah, jadi tak ada gangguan, maka boleh lah kita sambung sikit..

iv - Semasa sujud akhir


Dalam sujud akhir tu baca sebanyak 40x

v - Selepas salam


Sesudah memberi salam, bertasbihlah 10x. Kemudian boleh la berzikir dan berdoa..

Amalan tambahan untuk murah rezeki yang bapak MD kongsikan pada kami adik-beradik, sesudah solat Dhuha, baca surah al-Waqi'ah. InsyaAllah. =)


Moga ilmu ini bermanfaat buat korang.. Mana yang baik kita kongsi-kongsikan. Yang buruk kita jadikan sempadan dan tauladan. Wallahua'lam..
MD

Tuesday, 2 June 2015

Kelebihan B-Complex Yang Kita Tak Tahu

Assalamualaikum..

Seronok pulak rasa nak kongsikan tentang kelebihan B-Complex. MD rasa ramai yang ingat B-Complex ni hanya untuk naikkan berat badan je kan? Tak pun untuk orang preggy je.. Kan? Tapi, ada lagi kelebihan B-Complex yang kita tak tahu..

Sebenarnya untuk memilih Vitamin B yang baik, kita mesti memastikan yang ianya dilengkapi dengan 8 jenis vitamin kesemuanya. Sebab apa? Sebabbb... Vitamin-vitamin B ni bekerjasama antara satu sama lain utk membantu kita mengekalkan kesihatan. Kalau tak lengkap 8 jenis ni, umpama kita makan nasik tak minum ayor.. Haa.. Boleh gitu perumpamaan MD? Haha..


Apa dia 8 jenis Vitamin B tu? 


Ok, MD list kan...



Vitamin B1 - Thiamin (as Thiamine Mononitrate)


Vitamin B2 - Riboflavin


Vitamin B3 - Niacin (as Niacinamide)


Vitamin B6 - (as Pyridoxine Hydrochloride)


Vitamin B9 - Folate (as Folic Acid)


Vitamin B12 - (as Cyanocobalamin)


Vitamin B7 - Biotin (as d-Biotin)


Vitamin B5 - Pantothenic Acid (as d-Calcium Panthothenate)


Apa faedahnya Vitamin B?


MD ni beria je suruh korang makan Vitamin B ni kan. Tak cukup la preggy dulu je makan Vitamin B yang klinik bagi kan.. Itu pun sebab misi kata nanti anak tak kena spina bifida. Dah ape lak spina bifida tu? Spina bifida tu adalah kecacatan tulang belakang. =) Kalau misi tak cakap macam tu, alamat memang lagi la tak makan. Risau jarum penimbang tak berenti berputar kata nya.. haha.. Tak kata kat orang la.. 

Meh MD nak share sikit dengan korang, faedah Vitamin B ni..

1) Mengurangkan risiko katarak. Katarak ni bila terjadi selaput dalam mata dan mengganggu penglihatan.
2) Untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut
3) Menguatkan imuniti tubuh dengan membantu menjaga sel darah putih.
4) Vitamin anti stress
5) Membantu metabolisma badan terutama hemosystin dan mengurangkan risiko sakit jantung.
6) Menjaga kesihatan tiroid

Cara Penyimpanan?


Ok, perlu jugak tahu yang B Complex adalah vitamin yang agak 'panas' jadi memang kena minum air banyak2 (2-3L sehari). 

Tapi, hakikatnya, makan vitamin apa pun sebenarnya memang kena minum banyak. kalau tak minum air nanti kita akan rasa lapar sebab otak kita terima isyarat "lapar" bila sel badan kita perlukan air. Itu punca yang asyik nak makan je. Jadi, kena MINUM AIR! Jangan pulak gi makan banyak-banyak ye.

Nak jaga Vitamin B-Complex ni pun ada cara tau. Kalau tak kena, nanti dia jadi busuk, dan kita kata dah tak elok, pi buang.. Caranya mudah. Simpan di tempat yang teduh, kering dan sejuk. Contoh almari tertutup ke, peti sejuk ke.. Pastikan juga penutup botol di tutup dengan ketat. Dan jangan sekali-kali diletakkan di tempat yang panas dan terbuka.. nanti ia akan berbau busssssuuuuukkkk.


Vitamin B-Complex Terbaik?


Wahh..! Tanya MD, sudah tentulah B-Complex Shaklee. Sebab ianya dilengkapi dengan kesemua Vitamin B!



Haa.. Tengok dalam gambar yang MD attach kan. Mengapa Shaklee berbeza dengan jenama yang lain.

Lagi pun, 1 botol mengandungi 120 biji yang mana ianya tahan sehingga 4 bulan! Harganya pula sangat murah iaitu RM56.98 sahaja. Berbaloi kan? 

Boleh dapatkan B-Complex ini dari MD. Hubungi MD melalui whatsapp 013.581.82.83. MD boleh COD di daerah Kulim, Seberang Perai Selatan dan juga Parit Buntar. =)
MD

Friday, 1 May 2015

InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?

Assalamualaikum..

MD baru perasan, sejak Phytocol-ST ni di lancarkan pada Jun 2014 yang lepas, MD tak pernah lagi tulis tentang info produk ni. Bila belek-belek blog kesayangan ni, baru lah perasaan.. Ish.. ish.. ish...

Tak apa lah, better late dari tak payah langsung kan..? Hihi.. MD akan cuba tulis dalam bahasa yang mudah di fahami dan tak buatkan korang nguap-nguap nak memahamkan.. Biasa lah, MD pun macam tu. Kalau serius sangat cakap tentang fakta ni, start la tak boleh nak fokus.. haha..


InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?

MD perkenalkan PHYTOCOL-ST ni pada korang. Macam ni lah rupa produknya..

Phytocol-ST dilancarkan khusus untuk membantu orang-orang yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi. Ia berfungsi untuk melawan kolestrol jahat dalam badan kita. Tapi, bagaimana dia berfungsi..?

Haa.. Kena teruskan bacaan sampai habis..

Phytocol-ST ini adalah makanan tambahan yang berasakan sterols dan stenol. Dan ia adalah bertujuan bagi mengurangkan kolesterol jahat dalam badan secara semulajadi. Tidak menggunakan sebarang bahan kimia.


Apa pulak Phytosterol, Sterols dan Stenoils ni?


Phytosterol ni adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam plant cell membranes. Ia menyerupai kolesterol dalam badan manusia. 

Dan apabila kolesterol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan kita. 

InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?


Plant sterols dan stenols ni akan menghalang kolesterol jahat (LDL kolesterol) dan akan merendahkan kolesterol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang mana ianya boleh menyumbatkan salur darah.

Lihat gambar di atas, bagaimana Phytosterol ni bertindak.

Most experts say yes. "Eating sterol and stanol-containing foods is an easy way to lower your LDL cholesterol, which helps reduce the risk of heart disease," says Ruth Frechman, RD, a spokeswoman for the American Dietetic Association (ADA).
 The Food and Drug Administration (FDA) has even approved a health claim on phytosterols, which states:“Foods containing at least 0.65 gram per serving of vegetable oil plant sterol esters, eaten twice a day with meals for a daily total intake of at least 1.3 grams, as part of a diet low in saturated fat and cholesterol, may reduce the risk of heart disease.” 

Saya Dah Kurus, Tak Kan Ada Kolesterol Juga?


Aipp.. Orang kurus pun, kalau makan tak jaga, malas nak bersenam pulak tu, suplemen tak nak amik, agak-agak kolesterol tu boleh hilang sendiri ke?

InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?

Malaysia ni kaya makanan yang sedap-sedap. Orang Malaysia pun suka makan. Betul kan? Sebab tu Malaysia adalah antara negara obesiti tinggi..

Tengok dari corak pemakanan rakyat Malaysia ni, memang WAJIB dah kena makan Phytocol-ST ni. Sebab sehari punya makan pun dah melebihi suggestion pengambilan kolesterol yang di cadangkan. Pulak tu jenis malas bersenam macam MD ni, keje makan tidur, makan tidur je kan..


InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?


Jadi untuk mengurangkan koleterol jahat tu, pengambilan phytosterol dalam pemakan sangat disarankan. 

Kalau tak nak makan Phytocol-ST? Bolehhh.. No problem.. Plant sterol and stenoil ada dalam makanan seharian kita.. Tapi, larat ke nak makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato SETIAP HARI. Jenuh weh! Telan Phytocol-ST je senang!

InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?


Sebab itu lah PHYTOCOL-ST ni diperlukan oleh sesiapa yang mengalami masalah kolesterol. Orang yang sihat pun boleh makan jugak untuk prevent masalah kolesterol dari terjadi  di masa hadapan. 

FAQ tentang Phytocol-ST


Ni antara soalan-soalan yang selalu MD terima mengenai Phytocol-ST ni.

  • BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MENGAMBILNYA ?

Untuk hasil yang terbaik 2 tablets sehari 30 minit sebelum/selepas makan

  • BOLEHKAH D IAMBIL BERSAMA OMEGA PADA MASA YANG SAMA ?

Ya. Tiada sebab tidak boleh diambil bersama. Untuk kesan terbaik boleh ambil dengan Coq-helath Plus

  • ADAKAH PRODUK INI ESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI PARAS KOLESTEROL YANG TINGI SAHAJA ?

Ianya dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian ia disarankan kepada sesiapa saje yang ingin menjaga kesihatan mereka.

  • ADAKAH PHYTOCOL-ST SHAKLEE BEBAS GLUTEN ?

Ya, bebas gluten


Jadi, PILIHAN DI TANGAN ANDA. Untuk biarkan saja atau nak cegah sebelum parah.

Harga nya RM208.00 dan mempunyai 120 biji tablet.

Untuk penjimatan antara 15% - 20%, boleh lah menjadi ahli Shaklee dengan yuran RM69 sepanjang hidup dan nikmati keistimewaan yang Shaklee sediakan..

Hubungi MD ya.. whatsapp 013.581.82.83..
MD

Wednesday, 29 April 2015

7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

Assalamualaikum..

Impian MD adalah hendak berhenti makan gaji dan bekerja dari rumah.


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


Hm.. MD rasa, bukan MD seorang, boleh kata semua ibu-ibu berkerjaya impikan begitu. Seperti satu kepuasan dapat bekerja di rumah sambil membesarkan anak-anak di depan mata sendiri.. Betul tak?


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


MD sering rasa tekanan bila pagi-pagi kadangkala lambat masuk pejabat, atau ada yang perli berniaga di pejabat, politik pejabat, kerja luar yang memenatkan, anak sakit tapi ibu susah nak cuti atau ambil mc, esok anak sekolah nak di atur macam mana, siapa nak hantar, siapa nak ambil, nak transit mana, duit upah mengasuh lagi dan segala macam masalah. *Tarik nafas panjanggg, hembusssss...* Penat sangat rasa. Tu tak dikira lagi, seharian di pejabat, balik rumah tak sempat nak letak beg kemas barang, si kecik nomey dah jerit-jerit mintak 'candu' dia..

MD yakin, korang yang bercita-cita nak bekerja di rumah pun, mesti ada sebab musabab tersendiri untuk membuat keputusan tersebut. Betul tak? Tak de nya saja-saja nak berhenti kerja tak bersebab.

Tapi sebelum nak berhenti kerja tu, adakah korang dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhenti? Sudah buat perancangan jangka pendek dan panjang?

Haa... Meh tengok dulu tips dan persediaan yang MD dah listkan yang korang WAJIB kena ambil kira..

1. Langsaikan Hutang!


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

Tanya lah mana-mana ibu bekerjaya, halangan utama untuk berhenti kerja adalah HUTANG! Betul kan?


  • Senaraikan hutang.

Jadi, perkara ni memang sangat utama.. Listkan hutang-hutang yang anda ada. Dari sebesar-besar beban hutang seperti contoh rumah, kereta, pinjaman peribadi, PTPTipu, kad kredit, Courts Mammoth, Aeon Credit, ah long (ada ke?jangan buat pasai oii) sehingga ke sekecik-kecik hutang seperti hutang buku 555 di kedai runcit Siva.. haha..

Bila dah listkan, susun ikut priority mana yang nak di selesaikan dahulu. So, buat pulak perancangan. Peruntukkan sejumlah wang dari duit gaji atau business sampingan korang setiap bulan untuk membayar hutang. Makna kata, bayar double lah tiap bulan. Kalau selalu korang bayar RM100, doublekan jadi RM200 atau lebih. Lebih cepat hutang-hutang anda habis, lebih kurang anda kena menyapu rambut-rambut yang bertabur berguguran.. kih kih kih..

Tapi, bila dah habis tu, jangan la pulak gi gatai tangan buat pulak lagi hutang. Sebat tangan tu nanti.. haipp!!

  • Rendahkan komitmen kewangan.

Macam MD, memang dah listkan siap-siap. So planning nya, by the time nak hantar surat berhenti kerja tu, MD hanya tinggal 1-2 sahaja hutang contoh nya rumah ke kereta ke..

Supaya tiap bulan, MD tak de pening kepala nak bayar hutang ribu-riban. Buat business, hanya sebahagian kecil sahaja untuk bayar hutang. Selebihnya MD masih boleh buat saving kecemasan dan masa depan dan pusing balik modal business.

2. Sediakan Payung Sebelum Hujan.


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

Haa.. gittew..

Korang... ni MD nak bagi nasihat. Dan juga pendapat. 

Kalau nak berhenti kerja, jangan terus berhenti membuta tuli. Jangan ikut hati. sediakan payung sebelum hujan. Cari back up plan kewangan korang awal-awal.

Di zaman yang serba mencabar dan berduit ni, kalau bergantung pada seorang sahaja, tak mencukupi. Bantu suami untuk bantu diri sendiri. 

MD bagi contoh diri sendiri, MD sangat pulun buat business Shaklee ni. Kuatkan base, luaskan jaringan network dan sebagainya. Supaya bila berhenti esok, MD masih boleh menikmati gaji seperti sebelum berhenti. Sangat bahaya kalau dah hujan baru terhegeh-hegeh nak cari payung. Sebab kemungkinan besar anda akan lost.

Nasihat ini juga applicable bukan sahaja pada yang nak berhenti kerja, tapi juga kepada yang memang tak berniat nak berhenti kerja dan surirumah juga khas nya.

Kita tak tahu perancangan Allah. Mungkin sekarang, pasangan kita masih menjadi milik kita. Akan datang, kita tak tahu. Mungkin pasangan kita sakit (yang tak lagi boleh bekerja), atau si dia diintai orang lain, atau juga si dia di jemput oleh Nya. Ini adalah pemerhatian MD sepanjang bekerja dengan JKM. Kesian. Bantuan kerajaan tak banyak mana, tapi tanggungan nya banyak.. Macam mana? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Sekarang ni ada macam-macam business yang boleh dilakukan. Start now. Jangan tungu-tunggu. Kalau nak tahu cara berniaga dengan modal ciput, boleh whatsapp MD. Tapi pengerasnya tinggi.. Haha.. Pengerasnya adalah hati yang kental dan usaha tanpa jemu untuk berjaya! Haa... Jika anda ada ciri-ciri berikut, maka anda adalah Ramli yang kami cariiii... (ok, tak kelakar)

3. Buat Simpanan


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


Korang kena start buat saving sekarang. Saving kecemasan. Jumlahnya adalah setahun pendapatan korang. Lebih banyak lebih bagus.

Lagi bagus kalau korang ada insurans. Bukan kata hospital kerajaan tak bagus. Bagus jugak. Tiga-tiga anak MD lahir di hospital kerajaan. Layanan 5 bintang MD terima. Terkurang sikit-sikit tu biasa. Mereka bukan robot. Alangkan mesin pun boleh jam, apa lagi manusia.. ye dokk?

Tapi, penyakit sekarang ni pelik-pelik. Dengan pencemaran, pemakanan tak seimbang, gaya hidup tak sihat dan segala macam tok nek, tau-tau penyakit yang dapat semua dasyat-dasyat. Yang kos rawatan tinggi. Kalau ada insurans tu, boleh la insurans cover. Boleh selesa sikit duduk di hospital swasta ada aircond tak bersesak-sesak satu wad.

Lagi fantastic dan masanya juga sangat sesuai berhenti kerja adalah apabila pendapatan business anda sudah melebihi gaji bulanan yang diterima. Dan juga STABIL. Kalau masih ada naik dan turun, itu belum stabil.. 

4. Rancang Perjalanan Business


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

  • Back up plan
Kena sentiasa ada back up plan. 

Kalau ikutkan pengalaman setahun jagung MD ni, business ni ada seninya. Bukan boleh main hentam semberono, pasang stall susun barang atas meja pasang speaker, laung kuat-kuat --> Shaklee.. shaklee.. shaklee.. GLA buy 6 Free 1. Mai.. mai.. mai.. Harga terlajak murah.....

Pelbagaikan teknik jualan. Bukak booth. Buat perniagaan atas talian (online). Buat FB, FB page, blog, ig, dan segala macam bentuk promosi. Plan A tak menjadik, ada plan B. Jangan tunggu tak jadik baru nak hegeh-hegeh rangka plan B. Lambat cik kak oii...

  • Bina rangkaian/network
Luaskan jaringan atau network anda. Kenapa kena ada network? Abis kalau tak ada network, siapa nak beli dari korang? Ye dok? 

Sebab tu network tu penting. Macam mana nak luaskan network? Haa.. yang tu kena jadi anak business MD. Semua tips-tips RAHSIA akan MD kongsikan di group RAHSIA. Malah, upline-upline di atas MD iaitu Mama Chrysalis Nurul (Butterfly) --> Master Hadhatina (Your Supermom) --> Master Lyna Noh (iReach) --> Master Cery (Jutawan) adalah sangat TIDAK LOKEK untuk membantu anda, memberikan tips dan menyebarkan aura-aura dan caj positif. Kalau aura tu tak sampai pada korang, kena audit semula diri tu..

5. Tanya Diri Sendiri.


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


Tanya kepada diri anda sendiri. Tapi, kalau rasa tanya tanya diri sendiri tu tak cukup meyakinkan, tanya orang lain jugak samada anda mempunyai tokoh sebagai seorang pemilik perniagaan atau pun tak. 

Kena tahu, Anda sudah berhenti kerja. Tiada lagi pendapatan. Bila anda memilih untuk bekerja sendiri dari rumah, anda harus lah menetapkan matlamat, disiplin diri, keyakinan yang tinggi untuk menghadapi sebarang bentuk risiko tertentu, sanggup untuk ‘memasarkan’ diri dan perniagaan anda, dan etc etc etc.. Ini adalah ciri penting seorang usahawan.

Dalam masa yang sama juga, kaut peluang untuk menghadiri seminar perniagaan dari mentor-mentor macam Irfan Khairi ke, Puan Ainon Ahmad ke.. Or rasa tak cukup motivasi diri, pegi seminar Dr Azizan Osman. Ini adalah sangat penting. Dan sebagai manusia biasa yang selalu terlalai dan tersasar, motivasi dan ilmu-ilmu begini WAJIB di recharge selalu. Supaya harapan anda nak jadi Jutawan Muslim itu tidak lah tinggal harapan. Kata orang putih, hot-hot chicken shit. hihi..

6. Dapatkan Restu Keluarga




Ini memang sangat penting. Bincang dengan pasangan dan keluarga berkenaan dengan impak berhenti kerja dan bekerja sendiri (memulakan perniagaan). Sebabnya, korang bukan hidup sorang-sorang. Masih ada pasangan dan keluarga. Ada suami/isteri yang hendak dibantu/atau di sara. Ada anak-anak. Ada mak ayah yang hendak di hulurkan duit setiap bulan.

So dapatkan restu dan sokongan dari mereka. Kalau boleh suami isteri bersama-sama bergandingan bahu, hasilnya adalah lebih manis. 

Korang akan sentiasa memerlukan apa sahaja jenis sokongan yang ada sehingga perniagaan yang korang jalankan dapat berdiri sendiri dengan stabil.

Suami-suami sado, kalau isteri nak buat business tu, jangan lah tunjuk langsi sangat. Isteri ngadap handphone tu bukan sebab ada skandal pulak. Tapi diorang tengah cari duit. Diorang tu nak tolong korang jugak.. Boleh lepas pampers susu anak pun dah lega kan? Betul tak? Susu pampers pun mahal oii.. 

Jangan lupa, mintak pasangan dan mak ayah (termasuk mak ayah mertua) untuk sokong, dan DOA kan kejayaan korang.

7. Manfaatkan Insentif Syarikat


Tips yang ini MD tengok di www.ehomemakers.net. Ni benda baru juga pada MD sebab MD tak tahu. Macam MD, pekerja sektor kerajaan. Kena tahu mengenai prosedur untuk berhenti kerja. Dan apa insentif yang kerajaan beri kan. 

Tapi kalau bekerja swasta, ada setengah syarikat ada syarat-syarat tertentu sebelum berhenti. Entah lah. MD kurang pasti tentang ni.. Ni MD ambil dari artikel tersebut. 

Jika terdapat pelan kebajikan syarikat, kaji samada nilainya akan bertambah dan samada anda mungkin akan menerima imbuhan darinya dan bilakah waktunya.

Jadualkan rutin pemeriksaan fizikal, pergigian atau mata yang lazimnya ditanggung oleh insuran kesihatan syarikat tempat anda bekerja. Tentukan jumlah kos pemeriksaan kesihatan tersebut sekiranya anda perlu membayarnya sendiri.

Kemaskini rekod rujukan anda. Sekiranya majikan anda pernah memuji anda kerana telah melakukan kerja-kerja pejabat dengan baik, tanyakan kepadanya samada beliau boleh meletakkannya dalam bentuk tulisan supaya anda boleh meletakkannya didalam fail anda (jika ingin bekerja semula di masa akan datang).

Hadirilah mana-mana kursus, sesi latihan dan sebagainya lagi yang dibayar oleh majikan anda yang mana boleh digunakan didalam perniagaan anda dimasa hadapan.


Haa.. tu dia 7 tips yang MD rasa sangat penting dan sangat membantu korang untuk berhenti kerja. MD dah mula. Dah letak target. Tulis dalam diary besar-besar. Hari-hari bukak untuk ingatkan diri, kenapa MD KENA BUAT BUSINESS SUNGGUH-SUNGGUH!

Jangan lupa, doa pada Allah setiap waktu supaya Allah mudah kan urusan korang untuk berhenti kerja. InsyaAllah, niat yang baik tu Allah akan mudahkan..

............................................

NotaKaki : Tercari-cari business apa yang mahu di buat untuk menampung kehidupan? Hubungi MD sekarang.. Whatsapp 013-5818283..


MD

Sunday, 26 April 2015

Benarkah Suplemen SHAKLEE adalah suplemen 'Sampah'?

Assalamualaikum..

Amboii.. Terperanjat mak minggu lepas bila terbaca satu status pengguna FB ni. Tak tenteram nak bercuti.. Kata nya Suplemen yang berlambak di Malaysia ni termasuk Shaklee adalah suplemen 'sampah'. Persoalannya, benarkah suplemen Shaklee adalah suplemen 'sampah'?

Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena antara hidup atau pun mati. Kredit to kedaivitamin.com

Hihi.. dah macam pembaca berita TV3 pulak ek..

Ahkak, ni Mak Dara nak tanya sikit.. Mane ahkak tahu Shaklee tu suplemen sampah? Yakin sangat ahkak ye yang produk Shaklee ni di buat di kilang yang sama dengan produk yang ahkak makan sampai kena buang ovari tu? ish.. ish.. Tak baik camtu kak.. Dah jadi fitnah tu. Berdosa tau..



Untuk pengetahuan semua, Shaklee bukanlah suplemen murahan yang baru semalam di pasaran. Shaklee juga bukanlah produk pasar malam. Distributor jual di pasar malam mungkin ada tapi yang pastinya, bukan yang tiba-tiba muncul lepas hujan semalam.

Shaklee membelanjakan 250 juta USD tau setiap tahun untuk penyelidikan. 250 JUTA USD!! Bukan nya sikit jumlah tu tau. Ia adalah untuk memastikan suplemen itu memang benar-benar menepati kriteria yang ditetapkan.

Shaklee juga mempunyai saintisnya sendiri.


Gambar ini di ambil semasa lawatan business leader Shaklee di US tahun lepas, 2014.



Ini adalah barisan saintis Shaklee. Ramai kan? Setiap seorang dari mereka adalah pakar dalam bidang masing-masing tau. Lab nya pun bukan belakang rumah!

Kenapa kena ada saintis? Sebabnya, Shaklee telah menjamin yang produknya adalah SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

Kalau tak mencapai kriteria yang ditetapkan, maka sesuatu produk tu tak akan dilepaskan di pasaran.


Shaklee menjalankan R&D untuk menjamin keberkesanan satu-satu produknya. Banyak tapisan yang perlu dilalui dan sangat ketat. So bukan semudah untuk ke kilang atau pembekal, botolkan dan pasarkan.

Tidak ada pencemaran, keracunan, kulat dan sebagainya. Jadi kenapa kita nak risiko kan diri kita dan orang-orang yang kita sayang dengan memilih untuk membeli suplemen yang entah apa-apa tak tahu selamat ke tak.



Tengok sendiri, Shaklee dah nak masuk 60 tahun di tubuhkan di US nun.. Di Malaysia saja dah 27 tahun. Lama kan? Kalau produknya sampah, tak kan lah selama itu boleh bertahan di peringkat antarabangsa, dan Malaysia sendiri khususnya. Betul tak?


MD sendiri sejak amalkan Shaklee, jadi takut nak try produk-produk yang banyak di jual di pasaran sekarang. Sebab tak tahu ada kajian terperinci tak? Setakat bukti PUTIH segera, KURUS segera dan apa-apa sahaja yang segera ni, tidak kah berbau mencurigakan? Aiyoo...


Dengan Shaklee, memang Shaklee dah jamin tiga perkara ni. Sentiasa selamat. Sentiasa Berkesan dan sentiasa mesra alam..

Kalau ada pengguna yang makan suplemen Shaklee dan claim kata ovari rosak, rahim bengkak dan sebagainya, jangan takut untuk laporkan pada pihak Shaklee. Diorang akan kaji dan tengok adakah salah produk mereka atau pun salah pengguna yang makan macam-macam produk? hihi.. Jangan risau, kalau terbukti salah suplemen diorang, korang boleh saman syarikat..

Pihak shaklee mempunya peguamnya sendiri dan mereka bersedia menerima aduan dan akan menjalankan siasatan jika ada laporan yang di buat tetapi kalau setakat viral atau cakap-cakap mulut je, makna nya ianya hanya KHABAR ANGIN SEMATA-MATA..

Research yang di buat oleh Shaklee pun banyak.


Lebih dari 100 penerbitan saintifik. Haa.. Cuba check suplemen korang makan tu ada tak kajian saintifik?

Ada lebih dari 60 published manuscripts dan 54 scientific publications yang lain. Dalam jumlah ni, belum lagi masuk proof of the products yg dibuktikan di makmal

Anda boleh rujuk link untuk research shaklee  di SINI dan di SINI juga.

Korang...

Jangan risau, produk Shaklee ni dah lama di pasaran. Jika betul Shaklee mendatangkan bahaya, tak kan lah selama ini Shaklee mampu bertahan. kan?

Sepanjang hampir 60 tahun berpijak di muka bumi ni, tak pernah sekali ada kes yang dilaporkan terjadi atas salah produk Shaklee. Kalau ada pun, ianya hanya sekadar cakap-cakap dan telah di viralkan. Itu saja.

Kalau korang ada masalah lepas mengambil apa-apa produk Shaklee, boleh rujuk distributor masing-masing dahulu. Kami bersedia membantu.

Tetapi, jika jawapan kami masih tidak memuaskan hati, maka korang boleh terus melaporkan kepada pihak syarikat. Boleh walk in ke mana-mana branch Shaklee atau e-mailkan aduan tersebut ke inquiry@shaklee.com.my. Ini adalah supaya siasatan boleh dilakukan terhadap aduan tersebut sekaligus boleh menambah-baik mutu perkhidmatan yang di berikan. OK?

Sayangi diri anda. Kesihatan anda. Nak pakai lamaaaa niii...

Anda mahu dapatkan produk Shaklee? Jika anda berada di sekitar Kulim, atau daerah Seberang Perai Selatan atau Parit Buntar, anda boleh lah dapatkan produk Shaklee secara COD terus. Penghantaran secara poslaju, Citylink dan G-Dex ke seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Untuk pertanyaan, pesanan atau tempahan mahu pun temujanji, boleh lah sms atau whatsapp MD terus di talian :- 013-5818283 ya..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
MD

Tuesday, 13 January 2015

Persediaan Untuk Anak Yang Pertama Kali Masuk Tadika

Assalamualaikum..





Tahun 2015 ni kami pertama kali hantar anak masuk tadika. So, untuk first time parent macam kami ni, rasa macam teruja, cemas, blur dan segala macam lagi. Jadi, MD buat entry khas untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang nak buat persediaan untuk anak yang pertama kali masuk tadika. Tak kisah lah umur berapa sekali pun. Moga anduan ini memberi manfaat buat semua.

Ada dua kategori. 


Pertama persediaan anak-anak 

1. Persediaan mental anak.

Macam Nasywa ni dia teruja nak bersekolah sejak umur 3 tahun. Sebab rumah sewa kami dulu berjiran dengan tadika. Jadi bila pergi / balik kerja, dia akan teruja tengok kawan-kawan riuh rendah bermain. Sejak tu dia kerap 'menyanyi' di telinga kami untuk pergi sekolah.

Tapi ada jugak anak yang jenis 'nak masuk perut mak' balik. Hehe.. Makna nya agak manja la. Sikit-sikit nak mengobak orang Perak kata. Orang putih kata cry me a river. haha.. ok, merapu.

So, untuk anak-anak yang jenis macam ni, MD syorkan :




  • Banyakkan bercerita tentang tadika / sekolah. Contoh, cerita pasal betapa seronoknya pegi tadika. Cikgu baik. Kawan ramai. Belajar ABC, 123. Boleh main sama dengan kawan-kawan.. Boleh main Anna & Elsa (eh..) Gula-gulakan la sikit ceritanya.. hehe
    • Sekali-sekala rajin-rajinkan diri 'bersiar-siar' depan tadika. Nak-nak pulak tengok budak-budak tengah main tu kan.. Or mungkin boleh tunjukkan video klip aktiviti di tadika..

    2. Bawa anak melawat tadika pilihan hati ibu bapa



    image google

    Kami mula-mula nak hantar ke Tadika Kemas je. Sebab pada ayahnya, anak baru umur 4 tahun. Biar hantar tadika biasa-biasa je bagi dia belajar berkawan. Kami bawak Nasywa ke tadika tersebut. Time tu memang ada kelas pun. Tapi riak Nasywa macam tak senang dengan suasana kelas tu.

    Kami kemudian decide nak hantar ke tadika lain pulak sebab masalah pengasuh tak ada kalau nak hantar ke tadika kemas. Lagi pun, kami kira-kira, kos upah pengasuh untuk sekerat hari saja pun dah sama dengan harga yuran bulanan tadika baru dia yang full day.

    Untuk tadika baru, memang MD tak dapat nak bawak dia pi tengok sebab time tu cuti sekolah. Bukan ada budak pun kan..

    3. Persiapan fizikal anak.

       - Latih anak untuk diaperless. Or bahasa jawa nya toilet train lah anak tu. 

       - Latih anak untuk kurang bergantung pada 'candu' nya. Contoh bantal busuk
      
       - Latih anak minum susu dalam cawan supaya tidak ketagih botol susu

       - Latih anak supaya berkongsi permainan dengan orang lain

       - Latih jadual tidur anak. Tidur awal supaya anak tak meragam disebabkan kurang tidur.



    Kedua, persediaan ibubapa.

    1. Sediakan duit!!

    Serius, yuran tahunan tadika bukan murah dah sekarang weh! Dah macam hantar masuk universiti!! MD hantar ke tadika biasa je pun, yuran dah RM700 lebih. Gila kau! Terkujat! Belum lagi Little Caliph ke, Brainybunch ke or tadika glamer yang lain yang ada kat Kulim or Jawi nih.. Tapi, MD tak tahu la kalau tadika perpaduan ke, PASTI ke.. mungkin lebih murah kot.

    Yuran bulanan pulak, bergantung pada tadika lah. Tu pun MD rasa standard macam yuran bulanan Taska jugak.. Malah ada yang lebih mahal bulanannya.

    2. Sila berkenalan dengan cikgu tadika tersebut.

    Point yang ini MD memang amalkan dari zaman hantar anak ke Taska lagi. Berkenalan dengan pengasuh/cikgu anak. Sebab yang jaga or ajar anak kita bukan cikgu besar tadika tu.

    Macam dalam kes Nasywa ni, MD awal-awal lagi cerita pada cikgu kata Nasywa ni macam mana orangnya. MD beritahu kebimbangan MD pada dia, contohnya, dia ni kalau dah suka sesuatu benda, dia anggap benda tu dia punya dah. Dia akan rampas benda tu dari tangan orang lain.

    Ni bila dah start sekolah, MD dah start ambil tahu siapa pulak cikgu kelasnya, dan ambil no fon cikgu kelas Nasywa supaya senang.. Ni pun dok whatsapp selalu.. hahah.. Mesti cikgu dia kata Ibu Nasywa ni rajin beno whatsapp.. haha

    Mungkin korang boleh cerita masalah kesihatan anak ke, or cara macam mana nak berkomunikasi dengan anak korang ke.. Atau pun apa yang anak korang takutkan. Macam petir ke, hantu ke, ape ke..

    Cara ni sangat membantu cikgu-cikgu nak bina bonding depa dengan anak korang.

    3. Jangan ambil lewat



    Budak sengih-sengih pegi dan balik sekolah

    Ok, yang ni korang kena alert. Jangan sekali-kali ambil anak-anak lewat. Terutama yang hantar anak kat tadika sampai petang tu. Sebab nya, anak-anak time tu dah menggelisah dah. Kang tak pasal esok tak mau pegi sekolah dah sebab korang ambil lambat. 

    Tapi, jika dah lambat dengan alasan kukuh dan tak boleh nak elak, maklumkan pada cikgu.

    4. Jangan tunggu anak-anak di tadika

    Yang ni adalah teori peribadi MD sendiri. Dari anak-anak hantar taska sampai lah Nasywa masuk tadika dah. Memang tak pernah tunggu. Hantar masuk sampai pintu kelas cuma hari pertama saja. Tu pun lepas tu cepat-cepat balik. Esok sampai ke sudah, sampai pagar je. Hang teriak pi la cemana pun, bolayan. 

    Sebab, MD nak anak bina keyakinan diri. Bina hubungan berkawan dengan budak lain. Kalau dah mak pak bertunggu tangga kat depan mata dia, memang dia pun mengada-ngada la nak melekat dengan kita. Sampai tak nak join aktiviti kelas. Anak-anak kita ni, depan kita je merengek-rengek.. Belakang kita elok je boleh berdikari.. =)

    5. Rajin-rajin tanya feedback anak-anak.

    MD terkesan dengan cerita bonda MD. Dia enjoy ambil cucu-cucunya balik dari sekolah sebab bila masuk kereta tu, diorang punya mulut tu becok cerita itu ini.

    So, MD dah ambil feeling yang sama. Sangat enjoy bila ambil Nasywa dari tadika. Tanya dia hari ni belajar apa? Cikgu bagi makan apa? Main apa dengan kawan-kawan?

    Tapiii, alert bila anak mengadu kawan pukul ke, or nampak sign dia tak happy pergi sekolah.. Try korek dan keep in touch dengan cikgu untuk troubleshoot masalah tu.

    6. Sediakan suplemen yang terbaik untuk anak

    Kenapa? Sebabnya, bila anak-anak dah bercampur ramai-ramai tu memang sangat mudah dapat penyakit. Demam la, selsema la, batuk la, kutu la, kudis la, HFMD la.. Tu common penyakit anak-anak bila dah start bergaul beramai-ramai ni.

    Nasywa memang MD bagi full Set Anak Cerdas pada dia. Dalam set tu terkandung Mealshakes, Vitamin C Chewable, Vitalea Chewable, dan OmegaGuard. Ia merupakan satu set lengkap yang dapat boost immune system anak-anak serta mencegah diorang dari cepat dijangkiti penyakit macam batuk, demam, selsema, kutu, kudis dan sebagainya.





    Tambahan pulak, bulan ni Vitalea for Children dah memunculkan diri selepas lama menyepi. Sekarang dah ada penambahbaikan! Rasa pun sedap. Rasa anggur. Anak-anak pasti suka.





    Harga ialah RM111 with postage. Ada 60 biji 1 botol. Berbaloi..





    Kisah 2 ibu yang dirundum sedih kerana anak2 mereka terlalu kurus & selalu sakit. Kini tidak lagi...



    Semoga tips persediaan ni dapat membantu ibu bapa yang baru first time nak hantar anak ke tadika. MD doakan moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang cemerlang akhlak, cemerlang akademik, dan cemerlang akhirat.
    MD