Monday, 4 May 2020

Mana Menghilang..?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hampir sebulan tidak menulis di sini.. Sebelum ni ada juga berselang hari.. Mana Cik Anie menghilang..?

Cik Anie ada je. Tak ke mana pun..

Cuma di uji dengan kesihatan yang tidak begitu memuaskan sebulan dua ni..

Doakan Cik Anie cepat sihat, bertenaga dan beroleh selera makan semula (eh, kenapa tidak juga kurus? 😆)

Sebenarnya, tak ada idea dalam kepala ni, tak tahu nak menulis tentang apa. Sekadar mahu beritahu, Cik Anie ada. Business on sentiasa. Whatsapp saja Cik Anie pada bila-bila masa. 




Cuma nak berkongsi. Pagi tadi, Cik Anie ambil masa, scroll twitter, ternampak tweet di atas.

Memaafkan dan melupakan? Hmm..

Cik Anie orangnya simple. Malas nak pening-pening kepala nak fikir benda yang remeh. Most of the time, Cik Anie akan mengalah untuk elak pertelingkahan.

Tapi, Cik Anie orangnya simpan dalam hati. Mengumpul segala benda yang menyakitkan. 

Cik Anie boleh memaafkan tapi tak pernah melupakan. Cik Anie tak pernah lupa apa orang buat pada Cik Anie.

Berdendam? Tidak.

Sekadar ingatan untuk diri sendiri supaya sentiasa ingat, jangan ada episod baru selepas ini.

Cik Anie tidak sempurna. Banyak kekurangan, lompong di sana sini. But, hey! Tak ada manusia yang sempurna pun sebenarnya. Kita semua melengkapi antara satu sama lain. Kurang di sini, lebih di sana. Mudah kan sifir nya?  

Eh, apa pula kaitan? 

Begini..

Apa yang Cik Anie pegang selama ini adalah, tak ada manusia yang sempurna. Terpulang pada individu tu nak bawak diri bagaimana. 

As for me, yang tak sempurna ni, sekali dua tiga disakiti, boleh lagi maaf. Tapi tak lupa. Boleh saja mengalah sebab malas nak bermasam muka. Cuma Cik Anie tak pernah lupa apa orang buat. Cukup time, petik ja suis.. papp! That's it. Cukup sampai sini. Bila dah begitu keadaannya, maaf. No more. 

🙂

Entry kali ini langsung tak berilmiah. Tak beri manfaat.

Sekadar merepek 😆 Dan sekadar nak beritahu. Cik Anie ada je. Tak menghilang mana. Tapi melalut entah apa-apa. 

Doa kan tau Cik Anie cepat sihat dan berselera seperti sedia kala.. Seksa sungguh rasa 😭😭

No comments:

Post a Comment