Thursday, 8 January 2015

Azam Tahun Baru 2015

Assalamualaikum..





Semua buat dah entry azam tahun baru 2015 masing-masing. MD je yang baru hegeh-hegeh nak buat. Alasan klise -- MD sangat sibuk tapi MD tak main golf.. Ooppsss.. *tutup mulut*

Untuk 2015 ni, macam-macam yang MD nak buat.. Meh MD list kan. 

1. Update blog 1 hari 1 entry.

Yang ni awal-awal lagi dah fail. Dah hari ke8 Januari, entry baru dok ada 3. Tapi tak pa, MD akan qadha' mana hari yang lompong. Setahun ni mesti ada 365 entry.. Nanti 31hb Disember kita kira. Berjaya tak update 365 entry. Kata nak jadi blogger tegar kan?! Bawah sikit dari taraf RedMummy pon kira baguih dah..kah3..

2. Buat awning dan pagar rumah.

Ni azam no 2. MD nak kumpul duit berniaga Shaklee untuk buat awning dan pagar rumah. Rumah kami beli ni standard. Tuan terdahulu tak ada buat apa pun. Tapi tak pe, sebab rumah depan padang mainan dan surau, ape kisah kan standard ke dah siap renovate ke.. Doakan MD ya..

3. Nak tanam bunga untuk deko halaman.

Selalu MD rasa MD ni tangan panas. Pokok Aloe Vera je yang mau hidup..haha.. tapi, beno nya, macam tak berapa rajin dulu nak deko tanam bunga bagai sebab dok rumah sewa. tapi la ni sejak dah duduk rumah sendiri ni, tergila pulak dengan Ros Jepun (RJ).. Menjadi-jadi lak rasa la ni menanam sikit-sikit pokok bunga.. Nanti MD up entry pasal hobi baru ni..

4. Nak dapatkan berat badan idaman.

MD sekarang tengah usaha nak diet. Tapi bukan ekstrem diet. Slow-slow la.. Bukan nak banyak pun, 55kg cukup lah.. Kalau kurus sampai 47kg macam sebelum kawen, kang nampak pipi cengkung jalan pun rasa melayang-layang..

5. Nak naik rank dalam Shaklee.

Azam yang ni mesti kena buat. Kena pulun smpai dapat. At least Disember 2015, MD dah rank Sr Coordinator dengan income 5 angka! Tak ada yang mustahil kan? Doakan MD. Doakan anak-anak bisnes MD sama. MD nak naik sama-sama diorang.

6. Penuhi Master Checlist.

Ya, tahun 2015, MD harap dapat penuhkan master checklist ni. Liat beno nak boleh kan penuh list tu. Penyakit M tu besaq sangat. Buat yang wajib je sudah kata nya.. Alasan je lebih. Pang sekali baru sedar diri agaknya..


Hm.. cukup la 6 dulu.. List berjela panjang pun belum tentu buat semua.. haha.. Ni 6 yang di listkan ni adalah perkara yang top priority yang MD nak sangat-sangat-sangat-sangat buat.

Kita tengok nanti 31hb Disember 2015.. Doakan MD.



MD

No comments:

Post a Comment