Assalamualaikum..
Agak lama MD tak menulis. Minggu lepas MD di serang sinus yang teruk sampai rasa macam nak hentak kepala kat dinding je tau! Sebelum ni kalau selsema, MD memang akan ada masalah utk keluarkan hingus/mukus sebab banyak sangat. Tapi tak de la teruk macam ni..
Asalnya balik kampung CM, tido malam pasang ekon, Udara kampung, sejuk nya lain macam sikit. Di sebabkan ekon tu tak ada remote, so pagi-pagi buta kena bangkit untuk tutup ekon tu. Tapi, yang MD ni pasal malas sama, bio je la ekon tu terpasang sampai subuh baru bangkit tutup.
Jadi nya padan la muka kena selsema. Bila dah selsema kompem la ada hingus kan.. Tapi, hingus ni x nak keluar.. Ko hembus la sampai perit idung pon, tak jadi apa. Degil sungguh! Dah la tak boleh nak bau, pastu bahagian atas dahi, mata, pipi, rasa macam sakit berdenyut-denyut. Bila nak ruku' dan sujud, Allahuakbar! Rasa macam nak tersembul bijik mata tu. Berdenyut-denyut sakit, serasa nak hantuk-hantuk kepala!
[Baca
apa itu resdung, alergi, sinus dan puncanya serta cara merawatnya]
MD memang ada fobia sikit la nak ambil ubat selsema dari farmasi. Sebab takut production susu ibu drop bila makan ubat selsema ni. Sian kat awang kenit MD tu.. Dok up kan pengambilan Vitamin C, dan Alfalfa sahaja.
Tapi....
.
.
.
Tak hilang jugak!!!! Sakit oii..
Mengalah akhir nya. Pegi jugak la ke farmasi cari ubat. Akak tu suggest amik ubat Adezio. Tak mengantuk, tak bagi drop susu kata nya. Beli la sepapan. Balik umah, malam nya makan. Tapi mengantuk, x yah cerita la.. Tak tau sebab ubat ni ka atau memang sinus ni buat kan jadi ngantuk..
Esok nya sepanjang hari MD macam weng sikit.. Dok khayal macam nak tidoq je.. isk.. tak leh jadi camni...
MD bukak FB, ternampak seorang sahabat yang juga doktor. So tanya dia, ada tak ubat yang boleh melegakan sinus ni? Memang serius rasa terdesak sangat! Susu drop pun tak pe lah. Nanti dah lega sinus, kita up kan semula production..
Tapi, sahabat ni, suggest tak perlu amik ubat, just continue dengan vitamin C, Alfalfa dan Garlic yang memang dok amik, tapi up kan dosage nya. Dalam masa yang sama, tambah OmegaGuard untuk melegakan keradangan akibat sinus.
MD macam.... demm.. apsal aku bleh lupa pada OmegaGuard ni?
Balik kerja tu (Khamis lepas), MD upkan dosage yang sedia ambil. Sebelum tidur, ambil 2 biji vitamin C, 7 biji Alfalfa, 2 biji Garlic Complex dan 1 biji OmegaGuard. Pagi esok pun sama. Tengahari after lunch dan malam sebelum tidur. itu dosage yang MD ambil.
Malam Sabtu, MD dah boleh hembus hingus/mukus yang bersarang-sarang dalam hidung ni. Memang boleh nampak pekat likat hijaunya tu.. Isk... So bila dah boleh hembus keluar tu, memang bahagia la sebab boleh buang dan clearkan hidung ni kan.
Sedar-sedar hari ni, MD terperasan sendiri, bila pulak hilang sakit kepala, mata nak tersembul keluaq dengan pipi macam berdenyut-denyut ni? Macam magic je pulak.. haha.. Tapi Alhamdulillah, dah lega. tinggal lagi selsema sikit-sikit.. Tu pun sebab degil tak nak berpantang ais.. kah3..
So jom tengok apa yang MD ambil dan fungsi nya..
Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi seperti Vitamin A, C, K, Niasin, Riboflavin, Asid folik, kalsium, magnesium, zat besi dan banyak lagi.
Alfalfa berfungsi untuk mencuci darah, hati dan usus. Dengan kata lain juga, ia boleh membuang toksin dalam badan, dan juga mencantikkan kulit juga. Ia sangat beralkali dan boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid.
Alfalfa juga sangat bagus dalam melawan alahan yang mana ia memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
Garlic adalah antibiotik yang selamat dan semulajadi.
Ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang bagi meningkatkan sistem imun badan, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman dan sebagainya.
Ianya juga selamat diambil oleh ibu yang hamil dan menyusukan yang mempunyai keraguan untuk mengambil ubat-ubatan yang dikhuatiri akan memberikan kesan kepada bayi yang dikandung atau disusui.
OmegaGuard sangat bagus dalam meningkatkan sistem imun tubuh. Ia juga dapat membaiki alahan kulit, psoriasis, penyakit lelah/athma dan sebagai nya.
OmegaGuard dapat membantu melegakan keradangan seperti rasa sakit akibat gout, sinus dan sebagainya. Oleh itu, emosi juga lebih stabil dan perkembangan kesihatan juga menjadi lebih baik. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan atau anxiety, autisma, hyperaktif dan skizofrenia.
Oh ya, OmegaGuard juga boleh mencegah insomnia tau.
- Sustained Release Vita-C Plus
Vitamin C ialah sejenis vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Untuk mendapatkan Vitamin C, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan yang ada.
Vitamin C membantu untuk meningkatkan sistem imun badan dan mengawal masalah alergi. Selalunya selsema, resdung atau sinus sangat berkait rapat dengan masalah seperti athma atau lelah, ekzema, dan alergi. Vitamin C ini secara tidak langsung membantu mengurangkan simptom sakit tersebut.
Vitamin C adalah antioksidan dan membantu sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dah membantu sel darah putih untuk menghalang serangan bakteria dan kuman yang boleh menjadi punca kepada penyakit.
Tengok macam akak dengan abang dalam video ni.. Ada Athma kata nya.. Ohooiii.. Athma, ekzema, alergi ni adik-beradik le.. Seksa weh.. Sampai bila nak berkawan baik dengan inhaler kan.. Abang ni, dah leh say babai pada inhaler tu dah.. wohoo...
Jaga kesihatan kalian ya.. Cuaca sangat tidak menentu. Ambil makanan yang berkhasiat, suplemen yang bagus untuk antibodi dan air masak secukup nya. ok? Bila badan sihat, baru lah produktiviti kerja meningkat!