Showing posts with label Set Enfuselle. Show all posts
Showing posts with label Set Enfuselle. Show all posts

Wednesday, 8 April 2015

Masalah Kulit Berminyak Sehingga Malu dan Tiada Keyakinan Diri

Assalamualaikum..

Baru-baru ni pencuci muka MD dah habis. Oh ya, MD pakai NutriWhite. Sebab feeling 'white' gitu kan.. hihi.. Rasa macam ada la seminggu dua tiga jugak MD bertangguh-tangguh nak beli yang baru. MD punya kulit pulak jenis berminyak. Terutamanya T zone. Rasa macam rimas dan sungguh 'heavy' muka ku..


So, setelah agak lama jugak gigih dok picit-picit saki baki yang ada dalam tiub tu, maka MD pun beli lah pencuci muka baru..

Tapi bukan NutriWhite. Kali ni beli Enfuselle masa closing Mac baru ni. Sengaja pilih Enfuselle.. lama tak pakai kan.. MD kenal skincare Shaklee ni dengan Set Enfuselle dulu. Saja nak try asal nya.. Lagi pun takut NW tak serasi dengan kulit.

Dan kebetulan ada customer tanya pasal Enfuselle, MD pun ingat-ingat lupa apa perasaan nya bila pakai Enfuselle ni..


So nak refresh memory tu la konon nya.. pilih Purifying Cleansing Gel ni. Sebab kulit MD kan jenis normal to oily. Kalau kulit korang jenis normal to dry, boleh ambil Hydrating Cleansing Lotion.

Setelah hampir seminggu, ini yang MD rasa.. Kurang buih berbanding NW. Gel nya menghasilkan busa yang halus dan lembut. Mempunyai bau yang fresh.

Usai membersihkan muka, kulit tidak terasa seperti terik (tegang). Malah wajah terasa sangat lembut apabila disentuh dn ditekan. Ohh.. skema sungguh MD describe kan.. hihi.. Tapi sungguh, memang best.
Penggunaan pun sangat jimat sebab pakai hanya sedikit sahaja. Umpama sebesar syiling 5 sen sahaja di tapak tangan namun, buih yang halus dan lembut itu berupaya membersihkan keseluruhan wajah dan membuang minyak-minyak di wajah. Malah wajah lesu pun boleh hilang! Hihi..

Seingat MD dulu, MD pakai tak sampai 3 bulan, terpaksa upgrade ke NW. Sebab nya Nasywa telah tonggengkan botol pencuci muka ni buat air buih. Masa tu baru dok guna separuh botol tak sampai.. Menangis mak. Geram punya pasal, angkat NW terus. Haha..

Tapi, nasihat MD, kalau korang baru nak try skincare Shaklee tapi was-was  ngam ke tak ngam ke kan, cuba dengan Enfuselle dulu. Cuma syarat nya korang kena lah tahu jenis kulit korang tu kan..





Satu set ni botolnya besar tau. Bukan nya mahal pun.. Satu set termasuk Eye Treatment tu cuma RM322 sahaja. Tapi, kalau beli dengan harga ahli, lagi la dapat murahkan.. dengan tempoh penggunaan antara 6-9 bulan, memang sangat menguntungkan weh! Berbaloi-baloi!! Nak lagi best, pakai satu set. Memang korang akan puas hati punya lah..

Oh.. ini bukan propa sebab nak menjual atau pun overclaim.. tapi seronok nak share apa yang MD rasa bila menggunakan Enfuselle tau.. Haa.. Orang lain pun puas hati guna Enfuselle tau.. Tak caya?





Eh.. memang rugi lah kalau tak cuba. Yang penting tak ada peeling, tak ada seksa diri kulit menegang, tapi kulit sehalus kulit bayi! Tak mau ke? Rayo nak dekat dah ni..

Contact MD ya.. untuk respon lebih cepat, whatsapp MD 013-5818283.

MD

Wednesday, 18 March 2015

Selamatkah Bahan Kosmetik Yang Kita Guna?

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi ni, sebelum mula kan kerja, MD ambil kesempatan sekejap untuk scroll newsfeed FB. Tertarik dengan poster yang Kementerian Kesihatan (KK) buat tentang bahayanya kosmetik yang kita pakai.. Agak-agak selamat tak bahan kosmetik yang kita guna hari-hari tu?


MD ni kalau bab kosmetik, memang suka sangat. dan MD sangat pasti yang pembaca MD pun sama suka kan..? Siapa la yang tak nak kulit cantik berseri kan.. Produk kosmetik pon banyak sangat yang dijual sekarang.. Buat kan rasa keliru nak beli yang mana.. Tapi yang pasti semua berebut-rebut nak jadi putih..

Tapi ada perkara yang kita kena pastikan dahulu sebelum membeli apa sahaja barangan kosmetik ni.. Menurut KK, ada 3 benda utama kandungan aktif yang sangat bahaya yang kita kena bagi perhatian tau...

1. Hidrokuinon : Berpotensi karsinogenik jika digunakan secara berlebihan

2. Tretinoin : Sensitiviti terhadap cahaya matahari meningkat (boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan kulit dsb.

3. Merkuri : Boleh menyebabkan gatal, allergi dan 'neurotoxicity'.



MD ingat lagi, dulu masa zaman sekolah, hitam. Berlemoih kata orang utara.. Masa tu tak pandai lagi nak jaga muka bagai. Bila masuk Matrik UIA, dah pandai bergaul dengankawan-kawan, senior, dah mula prihatin sikit nak jaga muka bagai. Maklum la, time tu merenyam lebih.. hahaha..

Berkawan dengan seseorang, mak nya adalah penjual kosmetik. Mak nya bagi trial pack Annese ke Vannese ke ape tah tak ingat. Produk kecantikan local. Kali pertama pakai, muka mengelupas. Pedih nya Allah je yang tahu. Tak boleh kena panas sikit, rasa macam kulit muka terik (tegang) sangat. Nak makan sakit. Apa segala tak kena. Duk sapu kulit muka dengan minyak baby Johnson tu je. Time tu ko rasa la mama papa berleter panjang. Tak ada penyakit nak cari penyakit.

Kesan nya, sehingga kini setelah 12 tahun berlalu, kulit muka MD menjadi sangat sensitif. Pantang salah pakai produk mesti akan pedih, seksa menderita sungguh! Lepas dari tu, memang taubat dah tak nak pakai produk tempatan yang banyak jual kat pasaran. Biar la berlemoih pun tak pe, janji tak menyakitkan. 

MD ada jugak try pakai Loreal, Safi Rania, dan yang paling lama bertahan adalah Neutrogena. Ada yang beli, pakai sekali pastu wakaf je pada siapa-siapa nak pakai sebab rasa sangat tak syok, cuci muka tapi tak rasa macam bersih je..

Sampai lah MD start join Shaklee Ogos 2012. Masa tu dah mula ambil suplemen penyusuan.. Alhamdulillah, perasan dengan perubahan kulit, perubahan berat badan, sehingga kawan-kawan pejabat tegur. wah!! #ShakleeEffect sungguh.

Awal tahun 2013, sengaja MD gatal-gatal tangan nak try skincare Shaklee. Nak beli set Nutriwhite, macam takut tak ngam kulit. So try dengan Set Enfuselle dulu..

Set ni adalah untuk Normal to Oily skin. 


Credit to vitaminfresh.blogspot.com


Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

Purifying Toner

Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
Balancing Moisturizer

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik

Ada juga untuk Normal to Dry..



Hydrating Cleansing Lotion

Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
Hydrating Toner

Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
Hydrating Moisturizer

Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

Ada juga Eye Treatment yang sesuai untuk kedua jenis kulit..


Eye Treatment

Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap

Kulit MD jenis kombinasi. Berminyak di T-zon. So MD beli set Normal to Oily. Sekali dengan Eye Treatment nya. 

Perasaan setelah pakai, memang kulit terasa lembut, muka pun tidak lah jadi berminyak. Tapi part kulit rasa lembut, fresh dan bernyawa tu memang sangat awesome!! Bintik hitam, putih, kelabu asap segala tu memang makin berkurangan.. Cuma time tu eyebag still ada sebab selalu terlupa nak oles Eye Treatment kat mata sebelum tidur.. hihi.. Tapi, memang awesome!


Harga bagi satu set Enfuselle ni tidak terlalu mahal. Lagi pun, set nya ringkas sahaja. Ada 4 benda sahaja yang nak di apply siang malam. So untuk orang-orang yang super busy macam MD ni memang sesuai benor laa... hihi... 3 langkah sahaja untuk memastikan kulit kekal sihat, dan terpelihara. Cleanse, Neutralize, & Moisturize.

Kalian, 

Kalau nak cuba boleh contact MD ya.. Info dan konsultasi percuma. Rakan dari Indonesia juga bisa MD bantu.. =)

MD