Assalamualaikum w.b.t..
Pagi ni, sebelum mula kan kerja, MD ambil kesempatan sekejap untuk scroll newsfeed FB. Tertarik dengan poster yang Kementerian Kesihatan (KK) buat tentang bahayanya kosmetik yang kita pakai.. Agak-agak selamat tak bahan kosmetik yang kita guna hari-hari tu?
MD ni kalau bab kosmetik, memang suka sangat. dan MD sangat pasti yang pembaca MD pun sama suka kan..? Siapa la yang tak nak kulit cantik berseri kan.. Produk kosmetik pon banyak sangat yang dijual sekarang.. Buat kan rasa keliru nak beli yang mana.. Tapi yang pasti semua berebut-rebut nak jadi putih..
Tapi ada perkara yang kita kena pastikan dahulu sebelum membeli apa sahaja barangan kosmetik ni.. Menurut KK, ada 3 benda utama kandungan aktif yang sangat bahaya yang kita kena bagi perhatian tau...
1. Hidrokuinon : Berpotensi karsinogenik jika digunakan secara berlebihan
2. Tretinoin : Sensitiviti terhadap cahaya matahari meningkat (boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan kulit dsb.
3. Merkuri : Boleh menyebabkan gatal, allergi dan 'neurotoxicity'.
MD ingat lagi, dulu masa zaman sekolah, hitam. Berlemoih kata orang utara.. Masa tu tak pandai lagi nak jaga muka bagai. Bila masuk Matrik UIA, dah pandai bergaul dengankawan-kawan, senior, dah mula prihatin sikit nak jaga muka bagai. Maklum la, time tu merenyam lebih.. hahaha..
Berkawan dengan seseorang, mak nya adalah penjual kosmetik. Mak nya bagi trial pack Annese ke Vannese ke ape tah tak ingat. Produk kecantikan local. Kali pertama pakai, muka mengelupas. Pedih nya Allah je yang tahu. Tak boleh kena panas sikit, rasa macam kulit muka terik (tegang) sangat. Nak makan sakit. Apa segala tak kena. Duk sapu kulit muka dengan minyak baby Johnson tu je. Time tu ko rasa la mama papa berleter panjang. Tak ada penyakit nak cari penyakit.
Kesan nya, sehingga kini setelah 12 tahun berlalu, kulit muka MD menjadi sangat sensitif. Pantang salah pakai produk mesti akan pedih, seksa menderita sungguh! Lepas dari tu, memang taubat dah tak nak pakai produk tempatan yang banyak jual kat pasaran. Biar la berlemoih pun tak pe, janji tak menyakitkan.
MD ada jugak try pakai Loreal, Safi Rania, dan yang paling lama bertahan adalah Neutrogena. Ada yang beli, pakai sekali pastu wakaf je pada siapa-siapa nak pakai sebab rasa sangat tak syok, cuci muka tapi tak rasa macam bersih je..
Sampai lah MD start join Shaklee Ogos 2012. Masa tu dah mula ambil suplemen penyusuan.. Alhamdulillah, perasan dengan perubahan kulit, perubahan berat badan, sehingga kawan-kawan pejabat tegur. wah!! #ShakleeEffect sungguh.
Awal tahun 2013, sengaja MD gatal-gatal tangan nak try skincare Shaklee. Nak beli set Nutriwhite, macam takut tak ngam kulit. So try dengan Set Enfuselle dulu..
Set ni adalah untuk Normal to Oily skin.
Credit to vitaminfresh.blogspot.com |
Purifying Cleansing Gel | |||||||||
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
|
Ada juga untuk Normal to Dry..
Hydrating Cleansing Lotion | |||||||||
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
|
Ada juga Eye Treatment yang sesuai untuk kedua jenis kulit..
Eye Treatment | |
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus. Terbukti secara klinikal:
|
Kulit MD jenis kombinasi. Berminyak di T-zon. So MD beli set Normal to Oily. Sekali dengan Eye Treatment nya.
Perasaan setelah pakai, memang kulit terasa lembut, muka pun tidak lah jadi berminyak. Tapi part kulit rasa lembut, fresh dan bernyawa tu memang sangat awesome!! Bintik hitam, putih, kelabu asap segala tu memang makin berkurangan.. Cuma time tu eyebag still ada sebab selalu terlupa nak oles Eye Treatment kat mata sebelum tidur.. hihi.. Tapi, memang awesome!
Harga bagi satu set Enfuselle ni tidak terlalu mahal. Lagi pun, set nya ringkas sahaja. Ada 4 benda sahaja yang nak di apply siang malam. So untuk orang-orang yang super busy macam MD ni memang sesuai benor laa... hihi... 3 langkah sahaja untuk memastikan kulit kekal sihat, dan terpelihara. Cleanse, Neutralize, & Moisturize.
Kalian,
Kalau nak cuba boleh contact MD ya.. Info dan konsultasi percuma. Rakan dari Indonesia juga bisa MD bantu.. =)
No comments:
Post a Comment