Selamat pagi Isnin korang.. MD harap tak ada yang monday blues ye.. Kena bersemangat! Cargas semua!!
MD baru nak buat tugasan yang diberikan oleh Team Fantastic Four hari tu.. Yang mana ikut FB personal MD, mungkin korang tahu, sabtu lepas MD hadirkan diri ke program yang di anjurkan oleh Team Fantastic Four di bawah naungan iReach dan Supermom. So semua diberikan tugasan oleh Fasilitator Ainul. Kena buat satu entry tentang sahabat - yang turut hadir bersama ke program tersebut..
Sangat menarik diorang punya Ice Breaking tau.. Lain dari kebiasaan.. Kami diminta tulis di atas sekeping kertas, 3C. Iaitu Car, Country dan Character kesukaan kita. Di akhir waktu, fasi akan collect dan tukarkan dengan orang lain. So setiap orang akan dapat orang lain punya. Kami di minta buat satu entry tentang 3C orang yang kami dapat tu..
So setelah random pick, MD dapat kertas kepunyaan Sahabat MD iaitu Asilah Azmi. Lega lah sikit hati, sebab geng Shaklee Kulim sama-sama.. Hihi..
MD mula kenal Asilah ni sejak join Shaklee under mama Chrysalis Nurul. Asilah ni adik ipar kepada Mama Nurul ni. Disebabkan baru join Shaklee dan kerap berjumpa (sebab baru lagi kan, terasa macam baru kami dua orang je join Shaklee kat Kulim tu) maka kami agak rapat dan saling SOS bila memerlukan bantuan..
Jom tengok apa 3C Asilah ni..
Car
Asilah sangat suka kan kereta Audi A4 warna merah. MD pun google la.. Ape le yang best beno..Hah.. Tudia.. patut la dia suka.. Sebab Audi ni reka bentuk kereta tu pun dah buat meleleh air liur... Tengok bahagian lampu dia.. Fuhhh.. Cantek gila, lain dari yang lain... Pastu kata Asilah lagi, Audi ni guna teknologi terkini. Kereta nya pun lajuuuuu.. Esok si Asilah ni berdesup je peginya dalam Kulim ni.. Hihi..
Country
1 - Paris
Asilah teringin sangat nak pergi Paris, ibu kota cinta kata orang.. Melawat Eiffel Tower.. Best nya.. MD rasa sangat sesuai dengan beliau suami isteri.. Hihi.. Sentiasa nampak comel dan loving.. Kalau MD dan CM, nampak macam tak kawan depan orang, tapi loving-loving gitu di rumah.. eh.. ape lak masuk cerita MD ni..
Lepas tu naik Seine River Cruise ni, sambil tengok pemandangan Eiffle Tower ni.. Romantik nyaa... Kata orang Sienna River ni sungai cinta yang popular kat Paris.. Yang pi sana tu tak tangkap gambar situ memang rugi rasanya.
2 - Mekah
Tempat kedua dia nak pergi adalah Mekah... Nak bawak bersama Mak, Abah, Suami dan anak-anaknya bersama dan yang paling penting menggunakan duit sendiri.. Hasil dari titik peluh berniaga Shaklee ni.
Sama macam MD, ini tempat pertama yang MD nak pegi sebelum around the world. Doakan kami ya kawan-kawan..
3 - United States
Tempat ketiga adalah US. Kalau tanya mana-mana SID yang serius buat Shaklee, sape je yang x nak pegi US ni.. Lebih spesifik lagi, headquarters Shaklee di Pleasanton, CA.
MD pun menyimpan hajat juga. Tapi nak pegi dengan trip Shaklee.. Orang kampung nak pegi obesi, chorr..
Selain tu, US ni banyak tempat-tempat yang best nak pegi.. Banyak jugak tempat-tempat best nak shopping.. Lagi-lagi handbag.. macam Coach.. dan macam-macam lagi.. Tengok SID yang ke US baru ni bergambor di situ, handbag coach ni dah macam jual lambak kat pasor je.. isk..
Character
Idola kami sama.. Kami berdua sangat kagum dengan PM Cery, mentor dalam Shaklee.
Ni dia mentor kami.. Comel kan.. main cak-cak dalam gambar ni ha.. hihi..
Kenapa kami adore dia sangat? Sebab dia lah orang pertama yang mencetuskan semangat kepada ribuan orang untuk buat Shaklee.. Dia sangat bersederhana. Dia sangat jarang bergambar dengan kereta mewah, rumah besar dan sebagainya. Tapi, yang terbit dari mulut (read : FB dan secret group) penuh dengan kata-kata inspirasi yang menaikkan semangat semua..
Tagline, 'Anyone can be a millionaire' umpama magik. Tapi, mau kena ada usaha gak la.. Takat berangan, mane nak jadi kenn..
So, siapa Asilah yang MD dok cerita sangat ni?
Dia lah orang nya. Di uji dengan kehilangan hp, namun dia tetap tenang.. MD kagum.. kalau MD, mengongoi 7 hari 7 malam agaknya..
Doakan sahabat MD ni (dan juga MD) berjaya.. berjaya naik Master Coordinator, berjaya dalam Shaklee, dan berjaya dalam apa saja yang kami sedang lakukan.. Oh ya, doakan Asilah selamat lahirkan baby girl ( read : spekulasi MD je.. jangan caya sangat) dia ek..
Muah ciked.. bye..
No comments:
Post a Comment