Thursday, 30 October 2014

Meal Shakes membantu anak yang sembelit

Assalamualaikum..
Anak kalian ada yang menderita sembelit? Kesian kan? Dua orang anak dara MD memang sembelit. Menurun maknya la kompem. Bila tengok diorang menangis-nangis nak teran tu, Allah, runtun rasa jiwa.. Tak tahu macam mana nak di bantu. Tapi sejak ambil Meal Shakes, memang banyak sangat perubahan bila diorang ni yak-yak. Memang membantu melegakan anak yang menderita sembelit lah..
Bila diorang ni kena sembelit, memang tak keruan kami suami isteri. Rasa nak menitik air mata sama bila tengok diorang meraung-raung. Sebelum ambil Meal Shakes, selalu bawak pegi klinik. Doktor bagi la ubat air yang cucuk kot punggung tu. Rumah kami memang spare lah dulu kut-kut bila anak kena sembelit.

Doktor selalu pesan, bagi makan buah, banyakkan minum air n etc etc etc.. Semua kami buat, Alhamdulillah membantu juga tapi tak sepenuhnya. Kami beri Meal Shakes, makan buah-buahan, sayur dan bagi minum air masak lebih. Memang tak de dah la episod berendam ayaq mata nak melaboq..haha..

Moh tengok apa yang anak-anak MD dapat dari kebaikan Meal Shakes..

1 - Kakak & Adik sangat berselera makan. Pantang sungguh nampak makanan.. Laju je 2 beradik datang dekat.

2 - Sangat cerdik dan cergas.

3 - Tak ada lagi masalah sembelit sehingga luka berdarah2 bila nak buang air besar.

4 - Sangat jarang sakit.

5 - Tiada lagi masalah ekzema.


Alhamduillah.. hati ibu mana yang x gembira?

Kalian cuba lah sendiri. Dengan syarat, kena juga bagi makan real food dan minum banyak air sama. Kalau harapkan Meal Shakes saja, tak jadi jugak..


Promo Meal Shakes beli 3 PERCUMA 1 berakhir tengah malam ni saja lagi.. Cepat korang grab! Rugi tau tak grab sekarang..

Kalian tahu kan nak cari siapa... Contact MD tau..



Wednesday, 29 October 2014

Gegemasu Datang Menyerang!

Assalamualaikum semua..

Entry kali ni nak stori-mori pasal aktiviti Shaklee MD.. Dok teringat 'hutang' nak share cerita pasal kedatangan geng Gegemasu tempoh hari (18/10/2014) ritu. Tajuk entry tak boleh blah ye datang menyerang! Hihi... Sebenarnya entry ni dah banyak hari di karang dalam handphone tapi sebab banyak beno gambar yang nak di upload dan anak-anak yang banyak ragam (alasan), hari ni gigih bangun juga untuk menyiapkan entry ini..

Mama Shaklee MD (Mama Chrsalis) memang dah lama masuk kan nama MD dalam list gegemasu Supermom.. Saat tu tak tahu pun sebab rasa tak boleh nak di gegemasukan pun untuk cycle ni.. tapi bila di beritahu nama ada, automatik panik mode tu on. Sebab nya tak sangka begitu tinggi keyakinan orang pada MD tapi diri sendiri dok teragak-agak.. Baru la terasa tamparan wanita pang pang pang sana sini... haha...

Cerita sebelum kedatangan tu tak nak bagitau.. kang pengsan pulak orang baca betapa serabut perut nya MD risau kan cukup ke tidak makanan minuman, rumah ok ke tak berkemas, nanti apa la yang di tanya..bla bla bla....

So layan kan aje la gambar. Gambar di ambil dari FB Master MKB. Harap MD, henpon pun lupa caj..wakaka.. terima kasih Dedi MKB untuk gambar2 yang cantik.. tinggal lagi MD je yang tak berapa nak kurus.. hahaha.. CM tiada dalam gambar sebab dia kerja.

www.suplemenmakdara.com

Sesi menjamu selera dulu. Special air tangan opah - Mee Goreng Mamak, Cek Mek Molek, Ubi Kayu Rebus.. MD bancuh air je. Tapi dia punya gelabah, macam kan dia masak semua. kui kui kui...

www.suplemenmakdara.com
Sesi bermula..
www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com
Mak Shaklee MD yang cantik manis
www.suplemenmakdara.com

Tengah mikio jawapan bila Dedi MKB bagi soalan tak terduga dek akal. Simple tapi sebab tak pernah share dengan orang lain dan di tanya secara tiba-tiba, panik berpeluh-peluh juga nak menjawab!


www.suplemenmakdara.com

Mama Ainul berkongsi tips blogging

www.suplemenmakdara.com

Mama Miah berkongsi tips marketing

www.suplemenmakdara.com

Kak Ngah Zahra yang meragam sebab kena tinggal dek Pak Ngah nya pegi taman. 

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com


www.suplemenmakdara.com

Mendengar amanat Mami Hadha. Kagum sebab even dah jadi Master, income lebat tapi still merendah diri. Sepanjang program berjalan, dia menulis apa input-input masa perbincangan tersebut..

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Dedi MKB, Mami Hadha sekeluarga

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Gambar beramai-ramai.. Ini lah sebahagian dari team Supermom yang bersemangat membantu anak cucu. Even ada yang bukan group diorang pun, tapi turun sama membantu. Alhamdulillah, bersyukur sebab berada dalam group yang betul.

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Dengan keluarga upline MD. Kami selesa dengan anak-anak di sekeliling kami. Anak-anak adalah penguat semangat kami untuk berjaya. Kami buat Shaklee adalah sebab anak-anak.

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Kakak Nasywa baru balik dari padang. Buat muka ketat sebab terpinga-pinga bila balik orang suruh bergambar dan masing-masing semua tengok..haha.. kalau tak tu, dia la yang paling suka sangat bergambar ni...

Alhamdulillah.. banyak input yang MD terima sepanjang program santai petang tu. Tips marketing, tips blogging (lepas ni MD jadi blogger tegar tu kome jangan heran la...), tips memikat suami, tips menjadi leader yang berkualiti dan banyak lagi tips. InsyaAllh, akan MD apply semua tips-tips yang di beri dan di panjang-panjangkan kepada keluarga My Diamond.. Haa.. Meh jadi anak MD kalau nak tahu apa tips-tips tu.. hihi..
MD

Babywearing

Assalamualaikum..

Semalam MD bejalan dengan Mak Mertua pegi Kedai Kain Lim dekat sebelah Caltex Lunas. Orang-orang Kulim tau la kot kan sebab kedai ni memang pemes giler dek kerana murah. Bawak 2 orang anak dara yang sedang aktif berlari sana sini tak duduk diam, maka ibu dah siap-siap pakai Ring Sing nak babywearing je si Aus Akram. **Cerita kelahiran Aus Akram di SINI** 


So nak jadi cerita, MD perasan ada sorang misi ni dok tengok-tengok MD. Semua dalam kedai tu pun dok tengok jugak (perasan!), mebi pelik kot tengok makcik cantik anak 3 ni gendong anak pakai Ring Sling. Tapi misi tu memang obvious sebab tangan dok pilih kain tapi mata dok renung lama.. Tapi sebab dah biasa dengan renungan-renungan macam tu, MD buat tak tahu je lah. Sibuk kejar anak-anak yang berlari 1 kedai. Last-last tak larat nak kejar, MD bawak budak-budak masuk kereta. korang bergomoi la dalam kereta. Time tu la misi tu berselisih nak keluar kedai. Kemudian patah balik untuk bertanya, 'selesa ke pakai tu?' MD pun apa lagi, mula la terlebih ramah nak bercerita benda best kan.. memang best la pakai benda ni. Siap tunjuk la si Aus Akram yang tidur lena dalam tu.. Bahu pun tak sakit. Pinggang pun tak sakit. Lenguh kalu, contact MD tau beli Ostematrix Shaklee.. hehe


Senang kalau babywearing ni sebab nya tak ada lenguh tangan nak berdukung je kan. Nak pulak tengah lembut lagi baby tu, bukan boleh nak di dukung sebelah tangan.. Dah kalau dua-dua tangan pegang baby, kekdahnya nak kejor kakak-kakaknya kan.. Lagi satu senang sebab kedua-dua tangan free. boleh pilih barang. boleh buat benda lain sama. Baby pun suka duduk dalam tu, lena je tido dalam dakapan ibu.




Ni gambar selfie ibu pakai RS yang di upload di FB.. Ramai yang komen, pm dan whatsapp bertanya pasal RS ni. RS ni kalau newborn memang the best la. sebab boleh buat posisi baringkan baby. Macam dalam pic bawah. 


sumber google.
Senang nak breastfeed baby pun. Orang pun tak nampak, tutup la dengan kain nya tu, jangan la pulak buat macam orang putih tu pulak..


sumber mamapatch.com
Untuk soalan beli kat mana dan berapa harga.. Ni jawapan nya.. Ring Sling yang MD beli adalah dari mamapatch.com.. Harga RM168.00.. Beli dari tahun 2011. Masih elok sampai sekarang... ada macam-macam corak pilihan korang boleh pilih..

Nanti MD buat entry tutorial pulak macam mana nak gendong anak dalam RS ni.. Aus Akram dah nangis nak susu.. Pantang kalau ibu hilang lama sikit..isk..


Psst.. ibu mencari gambar Nasywa masa baby dalam RS dan posisi nya sedang di baring kan dan sedang di susukan.. tapi tak jumpa pulak gambar tu.. nanti dah jumpa MD update lain ya..

Hanni

Sunday, 28 September 2014

Rahsia Berpantang Dengan Cergas!

Assalamualaikum semua..

Hari ni dah masuk hari ke sepuluh MD berpantang. Makin hari makin fresh rasa nya. Kadang-kadang sampai terlupa pulak yang tengah berpantang. Operate pulak tu! Mujur la 'dia' bagi signal suruh slow down sikit jgn laju-laju sangat.. hihi.. Rasa hati MD menggebu-gebu dalam nak share dengan kalian apa rahsia berpantang dengan cergas kali ni walau pun bersalin operation!

Oh ya.. pagi tadi ke klinik kesihatan untuk rutin cek kuning baby Aus. Doktor pun puji sebab kuningnya turun dengan cepat! Tali pusat jatuh hari ke 4 dan luka nya kering elok dan cantik. Pada hal secara jujurnya, ibu bagi mandi sehari sekali je sebab sejuk dan nak kurangkan banyak bergerak aktif sangat.. Doktor pun siap tanya apa yang ibu ambil? Hihi...



Haa.. rahsia yang bukan lagi rahsia.. hihi... Ni MD kongsikan dengan kalian.. Ini lah set berpantang MD kali ni.

Masa bersalinkan Azzahra dulu, selepas sebulan baru ambil. Tu pun ambil Set Menyusu sebenarnya. Sebab nak kan kecergasan. Bukan kisah kan tentang susu banyak pun time tu..

Tapi kali ni MD ambil seawal hari kedua bersalin. Sebab hari pertama tu duduk di high risk ward lagi. Hari kedua baru misi tolak ke katil asal.. So, hari kedua je terus ambil bancuhan ESP dulu untuk lapik perut yang lapar.. breakfast roti dengan segelas milo je kot depa bagi. Orang dah kebuluran seharian tak dapat makan. Dah macam kemaruk apa je menunggu waktu lunch di bagi nasik.. hihi... Boleh baca pengalaman MD bersalin hari tu.

After lunch, dapat nasik, baru rasa bertenaga sikit, ambil Vitalea, B-Complex dan SR Vita C. Baru lah terasa cergas sikit.. Nak kata luka tak berasa kang overclaim pulak kan.. nampak beno nipunya! Tapi rasa cergas. Cergas maksud MD tu tak de la rasa nak baring melepek sangat. Melainkan bila pihak hospital bagi ubat tahan sakit dan ubat tahan gatal, mula lah mata seperti di gam-gam..

Bila dah boleh discaj dari Hospital, MD teruskan rutin pengambilan suplemen Shaklee seperti biasa. Cuma dosage tu up sikit. Maknanya kalau selalu ambil sebiji, MD upkan jadi 2 biji untuk tempoh seminggu.. yelah kan, badan kita dalam tempoh pemulihan. Jadi perlukan lebih nutrisi.. Dah kehilangan banyak darah, dah kehabisan tenaga nak melayan contraction, dah keletihan dan sebagainya, so kena top up kan mana yang berkurang..

Sebelum discaj tu, MD sempat bertanya pada doktor, macam mana penjagaan untuk bersalin operate ni. Berapa lama sembuh? Apa yang bagus untuk bantu sembuhkan luka? Dan etc etc..

Doktor nasihatkan supaya ambil multivitamin with iron. Sebab tubuh dah kehilangn darah yang banyak. Jadi perlu untuk topup darah yang baru.. Ok, bunyi nya match dengn Vitalea with iron fomula Shaklee. Lepas tu doktor bagitau, ambil B-Complex dengan asid folik, Vitamin C untuk bantu sembuhkan luka, Vitamin E, Vitamin A, Protein untuk pembentukan sel-sel baru. Oooookkkkk, macam ada semua dekat Vitamin Shaklee kan..

So, ini rutin MD..

Bangun pagi, ambil 2 biji Zinc Complex semasa perut kosong untuk penyembuhan luka. Kemudian lepas sarapan, MD ambil Vita-Lea 1 biji, B-Complex 1 biji dan SR Vita C 1 biji. Lepas tu, minum petang ambil lagi 1 biji SR Vita C. Vita C sangat bagus untuk penyembuhan luka. Begitu juga Zinc Complex tau. Malam selepas makan, ambil 1 sudu kecil Vivix campur dengan ESP. Vivix ni untuk pemulihan dalaman.. Umpama macam makan jamu gitu
 Sebelum tidur, ambil 4 biji Ostematrix untuk tidur yang lebih berkualiti.

Ini cara MD.. yg basic adalah Vita-Lea, B-Complex, Vita C dan Zinc. Tapi MD add on Ostematrix, ESP dan Vivix.. Kalau uolls tak nak ambil yang add on tu pun tak jadi masalah. MD ni dah nama tokey Shaklee, ecewahhh.... harus la ada semua vitamin kan....

Tapi MD ambil juga buah-buahan macam oren, anggur, epal.. Sayur-sayuran, ayam, ikan pun ambil sama.. cuma bila dah bersalin, agak kurang sikit selera nk melantak tu.. hihi..

Eh, baby Aus dah bunyi-bunyi nak susu.. nanti MD sambung lagi ya... tunggu tau..
MD

Wednesday, 24 September 2014

Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan

Assalamualaikum semua..

Seperti yang MD janjikan, ni nak cerita pengalaman bersalin anak ketiga MD, secara PEMBEDAHAN! Ehehe.. tajuk macam yo yo oo je ek.. tapi sungguh, MD sendiri sangat confident boleh bersalin secara normal sebenar nya. Memang nak bersalin normal pun kalau boleh.. tapi percaturan Allah tu maha hebat!! Dia berikan pengalaman yang berbeza untuk kelahiran kali ini...

19hb September 2014, doktor round pagi-pagi. Tanya macam mana condition ibu. Ibu cakap ada contraction macam biasa cuma pergerakan baby pasif. Kalau tak tu baby gerak or menguit mesti terasa, ni sedu dia je yang rasa. Nak cukup kan 10 kicks pun sampai pukul 8-9 malam.. So doktor tolong buka kan jalan lagi.. Sakit nya masyaAllah, memang menangis! Doktor kata bukan 4cm tapi 3cm je bukaannya. Tu pun dia dah cuba bantu buka kan jalan..

Doktor decide, bagi tempoh sampai esok pagi, kalau tak ada progress, CTG pun tak berapa cantik, doctor nak induce. Ibu pun masa tu pasrah. Induce lah tak pe. Asal anak dalam kandungan sihat selamat keluarnya.. So sepanjang hari tu memang banyakkan zikir dan doa, berjalan-jalan sekitar wad, sembang-sembang dengan patient lain.. misi pulak setiap waktu round ambik bp, cek jantung baby, cek suhu ibu.



CTG result sebenar nya tak berapa cantik. Jenuh misi suruh ibu golek kiri, pusing kanan, usap-usap perut nak suruh baby bangun respon.. orang lain 20 minit je buat, ibu sampai sejam terkedang atas katil tu cek CTG.

20hb September 2014.. Seawal 3 pagi misi kejut nak cek CTG lagi sekali.. kemudian misi suruh mandi siap. Kalau LR ada kosong, depa akan panggil dalam pukul 6.30 pagi macam tu. Tengok ada kosong ke tak dulu.

So dalam hati dah mula berdebar-debar.. Nak lena pun tak boleh.. Pukul 5, mandi, siap breakfast milo dengan roti 4-5 keping. Usai Subuh, terlena sekejap, tetiba 6.15 di kejutkan oleh misi, cakap LR dah panggil. Ibu bawak beg baby, lenggang-lenggang kangkung jalan pegi LR yang sebelah wad tu. Diorang tempat kan dalam bilik no 2. Datang doktor yang sama cek semalam.. cek jalan 3cm lagi.. Allah.. lemah segala sendi.. doktor tolong bukak jalan lagi, Allahuakbar! Sakit! Lepas tu dia tolong pecahkan ketuban.. lepas doctor dah siap, dia pun bagi time sampai pukul 11 am. Misi kemudian continue masukkan drip induce. Habis satu, di tambah lagi satu.. sakit contraction menjadi-jadi. Mintak dengan misi nak kencing. Nak turun katil, tapi misi malas nak bukak drip segala bagai, dia guna bowl tu je. Ok la kan dari guna tiub tu..



Pukul 11, doctor pulak datang cek bukaan. Masih 3cm! Ibu memang dah resah gelisah dah.. Anak, keluar lah... doktor buat lagi proses bukak jalan! Memang menangis sakit! Dah tak boleh tahan dah. Sudah selesai, doktor kata tunggu sampai pukul 3.



Ibu dah tak henti-henti doa, usap perut, mintak anak bagi kerjasama.. sakit contraction memang dah tak terkata.. CM pun ada meneman dalam LR tu.. bagi moral support, walaupun dia pun tak tahu nak buat apa sebenar nya kan.. hihi..

Pukul 2 macam tu, CM mintak nak keluar pegi solat dan makan. Dengan berat hati, ibu bagi.. Ibu amik kesempatan untuk tidur. Itu pun setelah mintak cucuk pethidine dari misi sebab dah tak tahan sakit sangat.

Pukul 3 petang, doktor datang lagi kali ni 3-4 orang.. cek jalan masih lagi 3cm! Kepala anak masih tinggi kata doktor.. Sudah masuk laluan tapi tak nak turun langsung.. Doktor kata, tak boleh tunggu. Kita operate! Macam di hempap batu atas kepala.. Ibu tanya ada option lain tak? Doktor kata tak ada, "kalau u nak ambil risiko anak u lemas, kita tunggu tapi kami tak nak ambil risiko jadi apa-apa pada ibu dan baby.. Air ketuban sudah pecah lama dah.. panggil husband. Kita explain sama husband."

Bila doktor cakap macam tu, menitik air mata. Tak tahu nak fikir apa. Takut. Takut sangat. Rasa nak turun katil lari balik rumah. Call CM. Dia pulak ada di stadium, makan. Dalam setengah jam dia sampai kata nya. Ibu dah tak ketahuan dah nak fikir apa. Doktor suruh baca 1 kertas risiko pembedahan. Tapi dah tak boleh nak fikir dan kaitkan dengan apa-apa dah.

Rasanya tak sampai setengah jam, CM sampai. Doktor explain pada CM. Ibu dah tak boleh fikir apa dah. Doktor kata kna tunggu Q nak masuk OT. Sekarang patient ke 3. Ibu patient ke 5. Lebih kurang pukul 6 kata doktor.. CM kata tak pe. Bukan sakit. Nanti dia bius n bla bla bla... Tapi tak terungkap dengan kata-kata yang ibu rasa seperti berjuang antara hidup dan mati. Sungguh, fobia rasa nya nak kena operate..

Pukul 6, misi semua pakat tolak katil masuk OT. Diorang panggil CM.. suruh salam-salam. Ibu dah rasa tak de air mata dah padahal rasa nak menangis mengongoi-ngongoi nak peluk CM. Tapi malu dengan doc dan misi-misi..

Pakar bius datang.. explain dalam bahasa yang lembut, mudah faham dan comfort me dengan kata-kata yang tenang. Buat lawak. Terubat sikit rasa. Seelok di tolak dalam OT, misi-misi pun sibuk buat kerja itu ini. Tolak naik atas katil, pasang drip. Pasang tirai, pasang pelapik pemanas, pasang segala tok nenek.. baju di bukak, ganti dengan tahapa tah.. bila di bius, suddenly kaki rasa kebas-kebas.. kemudian depa sambung prepare peralatan, n etc2..

Ibu still rasa macam orang sentuh-sentuh perut, tekan-tekan, tarik-tarik kulit perut bagi besar gamaknya, keluarkan baby sampai bergoyang-goyang badan bagai.. sampai ibu cakap "adoi!".. doktor yang bius tadi pun terkejut, tanya sakit ke tak. Ibu macam nak ketawa, tapi bagitau tak sakit, cuma rasa macam perut di geledah je.. ibu leh bayang sebijik macam dalam video clip pasal pembedahan time bersalin yang pernah tengok sebelum-sebelum ni.

The moment baby dikeluarkan, memang terasa perut tetiba kosong. Dengar bunyi macam air disedut la.. tiba-tiba dengar baby menangis.. ibu tanya anak apa? Nak tengok baby. Mula2 misi nak bersihkan dulu. Tapi doktor yang keluarkan tu, arahkan misi tunjuk baby pada ibu dulu.. misi tunjuk, dekatkan di muka, bagi cium, Allah, syahdu perasaan nya bila pertama kali cium baby.. rasa syukur, baby selamat. Kalau lah CM boleh tengok sama. Misi kemudian tunjuk jantina, Alhamdulillah, seperti dalam scan sebelum-sebelum ni, LELAKI! Alhamdulillah.. doktor bius sempat melawak, lepas ni ibu boleh rest lah ya, sudah cukup dapat lelaki dah.. hihi.. macam tahu sahaja yang kami memang planning nak rehat lama sikit lepas ni..

Dalam masa yang sama, doktor sibuk menjahit perut ibu. Sekejap je.. macam sap sap soi terus siap.. haha.. yang tahu 6.30 baby keluar. Dalam 6.45 macam tu dh siap jahit segala.

Bila dah siap, diorang tolak keluar dari OT. Ke bahagian recovery. Time ni memang gigil-gigil badan. Ada jugak di pasang alat pemanas tapi macam tak jadi apa je. Memang gigil-gigil sejuk. Doktor suruh panggil CM. Bawak baby sama. So bila baby di tolak sama ibu, CM pun ada, doctor pun datang explain.. terpaksa guna forcep untuk keluarkan baby sebab kepala nya tinggi. Tak faham jugak nya ibu. Tapi doktor just nak bagitahu, nothing to worry, tanda forcep tu akan hilang dengan sendirinya.



CM pun amik kesempatan azan di telinga baby.. sementara tunggu misi datang untuk tolak ke wad semula, misi di OT tadi, tolong letakkan baby atas dada ibu, bagi baby menyusu.. Alhamdulillah, pandai nya dia, pandai isap susu..

Dalam 7 lebih, misi datang ambil untuk tolak ke high risk ward. Sampai katil, ibu makan kurma 2 biji dan minum seteguk air zam-zam. Tapi kena marah dengan misi pulak. Diorang kata nanti muntah. Diorang kata lepas 6 jam baru diorang bagi makan dan minum. Dalam pukul 2 camtu kata nya, diorang akan tolong angkat bangun dan bagi makan minum, kemudian baru tolak ke katil asal.. CM pun, bila tengok ibu dah elok terkedang atas katil, dia pun balik rumah.

Pukul 11 lebih, datang misi bagi air, patu angkat kepala katil. Tapi dibuat dengan agak kasar, so ibu macam pening-pening. Baru nak adjust mata, minum air suam segelas, diorang dah suruh bangun nak tolak ke bawah. Dengan pening-pening lalat, ibu bangun pelan-pelan duduk atas kerusi roda. Ditolak dengan agak kasar, ibu memang dah tak dapat tahan rasa, terus muntah keluar air.. mujur la muntah nya rasa manis kurma tadi. Ada la 3-4 kali muntah, kemudian depa tolak masuk lift. Nak jadi cerita, lift rosak pulakkkkkk.... Tolak pulak pegi balik katil.. Lagi sekali muntah.. Allah.. pedih nya perut.. pedih sangat-sangat kawasan operate tu..

Bila dah naik katil, ibu cuba tidur semula.. tapi seluruh muka dengan badan rasa gatal merenyam-renyam. Kesan bius kata nya.. Haish... macam-macam..

Malam tu tidur dengan rasa letih dan lapar.. Esok, baru diorang tolak balik ke katil asal...

Itu cerita macam mana boleh kena operate.. hihi.. nanti nak cerita kesan selepas operate tu pulak.. gambar baby akan menyusul kemudian.. update ni pun dengan hp je.. Tapi muka nya fotostet macam kakak-kakak nya masa keluar dari 'oven' dulu.. =)

Tapi Alhamdulillah, selepas 5 hari, rasa makin sihat, lebih-lebih lagi dengan mengamalkan Set Berpantang Shaklee.. Cuma tak berani nak melasak lagi.. Apa pun terima kasih atas doa dan ucapan tahniah dari semua..

Nanti sambung ya...
MD

Thursday, 18 September 2014

Perjalanan melahirkan

Assalamualaikum semua..

Hari ni MD warded lagi.. Hospital Ipoh ni dah umpama hotel la pulak. Hihi.. ni quick update.. Update perjalanan melahirkan baby ke 3. Semoga jadi ingatan dan kenangan yang manis akan datang..

Sebenarnya MD dah rasa sakit kuat dari malam semalam. Tangkap pinggang.. Paksa diri tidur jugak dengan harapan esok hilang kut sakitnya. Tapi tidur pulak tak lena sebab sakit tu tangkap pinggang.. lenguh, sakit dan tak selesa..

Pukul 5.15 pagi bangun, solat subuh. Nak jalan ke bilik air yang x sampai 30 tapak tu pun rasa seksa.. Nak sudah kan 2 rakaat tu rasa sakit sangat. Allah..

Lepas subuh, baring sebelah anak-anak sambil layan sakit di pinggang.. Tau-tau saja terlena.. terjaga pukul 7.30 pagi sebab contraction kuat dan rasa nak buang air besar. Kakak Nasywa pun dah bangun.. So teringat ada appointment dengan klinik kesihatan Hillcity, Ipoh, so kalut-kalut mandi. Tapi feeling tak sedap hati tu buat MD lambat-lambat bersiap.. Sudah nya rasa macam tak boleh jadi.. Kalau ke KK pun mesti diorang suruh ke Hospital sebab dah lebih hari pun kan..

Kejut papa. Ajak papa teman ke Dewan Bersalin. Cek je dulu.. Bukan apa.. risau la jugak. Separuh hati rasa fobia. Separuh hati lagi rasa macam kena pergi jugak. Anak-anak hantar sekejap rumah Mak Ngah diorang.. Zahra melalak-lalak jugak nak ikut. Tapi Mak Ngah terus dukung bawak dia masuk rumah. Jumpa kakak sepupu nya nanti tu, diam la tu..

So sampai kaunter triage dalam pukul 9 pagi, cek bp ok cantik. Baring pulak atas katil cek CTG dan contraction. Graf CTG mendatar. Baby tidur kata nya. Jenuh misi tu uli-uli perut nak ngejut nya. Tapi graf contraction lak mncanak-canak turun naik..

Lama lepas tu ada sorang misi suruh masuk air.. Dia suruh sorang doktor houseman lelaki yang buat.. kebetulan doktor tu yang ambil kes MD. Nak jadi cerita, masa doktor tu cucuk jarum kat tangan untuk masukkan apa tah panggil tu, entah macam mana silap gaya nya, memancut-mancut darah keluar. Doktor ni pulak pakai glove sebelah tangan je. Meleleh-leleh darah kat tangan dia.. eh.. confuse nya la dengan doktor ni.. tak amalkan keselamatan ke pun? Dia pun nampak panik. Lap-lap dengan tisu yang ada alkohol kecik tu, mana la nak mau, darah nya mancut-mancut keluar.. mujur dia tutup cepat tempat nak masuk air tu.. Datang sorang misi nak tengok patient sebelah katil, dia pun terkejut apasal doktor ni leh tinggalkan patient.. MD tak tau la time tu nak ketawa ke apa.. tapi sebab sakit di perut, sakit rasa nak membuang, sakit lak di tangan di kerjakan dek doktor bertuah tu, meleleh jugak la ayor mata ni..

Tiba part nak cek bukaan, doktor berkenaan mintak izin bagai.. muka dia memang rasa bersalah dan risau dan panik.. Kesian jugak la. Entah apa la yang di koreknya, mak oiii.. sakit... pastu sebab tak reti, dok main agak-agak.. eh.. rasa 3cm.. tapi macam besar dah macam 4cm.. Hempuk jugak kang dia ni.. kalut.. Dia mintak kawan dia pulak cek. Yang kawan dia ni doktor perempuan, teman sepanjang masa cek jalan tu.. so doktor perempuan tu pulak.. lembut lah sikit buat kerja.. tak rasa sakit. Hasil nya 4cm. Tapi tak habis azab kat situ. Kena tunggu MO pulak..

Berjanggut nunggu, MO pun sampai.. chinese lady, sangat sweet dan soft spoken. Dia scan, dia review, dia cek jalan bagai, semua nya best. Dia buat keputusan tolak wad dulu sebab bilik bersalin penuh. Wad pun sebenarnya penuh jugak. Kena tunggu lamaaaaaaa baru tolak masuk wad..

sebelum tu, MD mintak di bukak kan jarum ke apa tah yang masuk air tu. Doktor lelaki tadi tanya MO, MO ok, tapi kena amik darah dulu. So doktor lelaki tadi, mulakan la proses nak cabut bendalah tu.. everything nampak bagus.. dan teratur. Dia suruh tekan, MD tekan.. dia dah buh plaster, dia kata boleh lepas. MD ikuttt je la apa dia kata. Mata tak berhenti pandang gelagat doktor ni. Tiba-tiba patient sebelah kerusi seakan menjerit, 'eh, tekan tempat tadi.. berdarah!' MD tengok, darah dah penuh kapas. Doktor lelaki tadi terus terpa, dan spontan tekan kapas tu. Darah pulak dah banyak keluar, merecik menitik-nitik kat lantai... isk.. awat la doc ni wat keja gini.. kering darah MD habis kat dia ni ja.. haha.. so dia dah start panik.. dia pulun usaha menekan tempat tu..

Dah abis cerita buang benda tu, cerita nak ambil darah pulak. Ambil darah dekat lengan kiri.. dia ikat la lengan MD dengan glove. Sudah amik darah, sepatutnya glove di bukak dulu barulah cabut jarum.. Ni dia tak. Cabut jarum letak kapas, suruh kita tekan. Mujur lah ada doc belakang dia perasan, bukak kan glove tu sambil merungut-rungut dengan sikap cuai doktor lelaki tu..

Haish.. macam-macam.. sekarang dalam wad.. sambil tunggu sakit selang 5 minit, MD update cerita sementara masih fresh lagi ni..

Doakan MD ya semua..


MD

Wednesday, 17 September 2014

Nak pergi atau tak?

Assalamualaikum semua..



Korang sihat? Hm... MD sehari dua tiga empat ni dalam dilema.. Dilema nak pergi ke atau tak nak pergi? Keputusannya memang pengaruhi hidup.. hihi...

Sebenarnya dari hari Ahad malam, rasa contraction on off dan kerap-kerap.. Sampaikan tak boleh tidur satu malam.. Dengan rasa nak membuang tapi tak keluar apa semua ada.. Rasa hati tu berbelah bahagi nak pegi ke tak hospital.. CM pun baru sampai dari Kulim lepas Isyak.. Tengok dia tidur sampai berdengkur-dengkur tu rasa kesian pulak nak kejut.. Last-last try jugak paksa diri tidur.. Time tu dah 5.00 pagi.

Esok pagi nya bangun, hilang lak rasa.. Tapi kemudian datang semula rasa.. Mild contraction dan on off.. seharian rasa tak selesa.. =(  tapi tak tahu nak pegi ke tak ke hospital..

Petang pukul 5, kami laki bini dengan anak-anak keluar jap ke Shaklee.. Beli stok untuk CM. Orang tu baru berjinak-jinak nak konsisten ambil suplemen sebab dah rasa Shaklee Effect.. hihi...

Sebabkan branch dengan Hospital Ipoh tu dekat je, maka MD ajak la boipren dengan anak-anak singgah sekejap untuk cek.. Terus ke dewan bersalin.. dekat kaunter tu misi-misi sambut elok. Orang pun tak ramai.. 

Mula-mula ambil bp, 146! MD pun terkejut.. Kali kedua 169! Misi dah susah hati. Suruh cek CTG dulu.. baring-baring relax dulu.. tapi kali ketiga cek pun 140! Ok, panik semua orang.. MD still boleh gelak-gelak lagi.. hihi.. lama lepas tu baru la stabil 110.. baru semua orang lega.. 

Dah lepas cek CTG, kena doc review.. MD dengar perbualan depa.. dan kes MD di attend oleh senior houseman kot.. sebab yang lain semua nya houseman. Jadi semua pakat bertanya kat doktor senior tu. Nama dia Izati. Ada jugak doktor pelatih kot agaknya dari Masterskill. Dua orang laki perempuan.. Doktor Izati tu sambil buat kerja sambil sembang sambil makan.. isk.. Lapor kut. Bersangka baik..

Bila time kena cek bukaan, doktor Izati suruh naik atas katil. Ok, MD pun dah siap-siap selak baju kangkang kaki.. Tetiba boleh lak doktor pelatih Masterskill yang lelaki tu masuk dalam ruangan bertirai tu. What the fish?! Terkejut ok. Dia pun perkenal diri nama Hanif apa tah lagi bla bla bla nak mintak izin tengok prosedur. Doktor Izati tu pun terkejut terkedu.. MD memang berubah muka n cakap mintak maaf saya tak selesa.. haish... ko dah apehal? Apasal tadi kat luar ko tak mintak izin siap-siap? Kalau ko MO tu boleh lagi terima. Ni dah la baru nak belajar, eiii... geram.. so lepas tu dia keluar dan masuk lak doktor houseman perempuan bangsa India kut.. Nama Kerveen ke ape tah..

Dia kemudian mintak izin nak try cek bukaan. MD pun time tu rasa macam, tak pe la.. Doc ni nak belajar.. Bagi la dia belajar.. Tapi MD silap bagi dia try sebab dia sendiri tak konfiden dan tolak-tolak jari dia ke dalam kiri kanan.. adoiii.. pedih dan sakit nya... Ada la dalam 2 minit. Mujur ada doc lain panggil dia. So doc Izati ni nak verify pulak betui ke tak. 

Tapiiiiiiiiii, doktor Izati ni kecik molek je orang nya. Jarinya pendek. Jenuh dia nak gayakan. Dia suruh lipat kaki la, kangkang luas lagi la.. korang nampak tak azab nya di situ? Ya ampun, rasa macam nak sepak-sepak je depa ni..

Bila dia dah selesai cek, baru bukak 2cm. Tapi still tak boleh balik. Kena tunggu MO lak verified. Ohoii.. banyak nya prosedur..

Dalam setengah jam macam tu, MO datang. Doc lelaki Cina.. kemain serius muka.. habis semua houseman kena marah. Yang pelatih Masterskill langsung tak nampak batang idung.. mujur lah bila dia cakap dengan patient, muka dia turn 360°.. Senyum lembut manis je.. So dia pulak cek jalan. Nampak sungguh professional. Sampai tak pandang pun private part patient.. Tak sakit langsung paling penting nya. Sekejap dah setel.

Doc tu tanya nak duduk wad or nak balik? Maka MD laju je jawab nak balik. Hehe.. ape ke benda nak di buat duduk hospital lelama kalau belum nak bersalin lagi kan..

Esoknya hari Selasa, cuti hari Malaysia, MD gigih pusing 1 round padang Polo, Ipoh. Petang tu pulak round 2 Mydin Meru. Sudah Mydin, singgah pulak Ipoh Parade. Sampai dekat rumah, memang kaki rasa sakit jangan cakap la.. Ari-ari sakit, pangkal peha nyilu, belakang pinggang ke bawah tu pun sakit, aduhaiii... rasa macam nak lekang dua badan. Sakitnya Allah je yang tahu..

Malam tu still contraction datang dan pergi. Tak kuat. Hari Rabu (hari ni) seharian pun sama. Contraction on off. Kadang rasa mild, kadang rasa macam kuat macam nak membuang je .. Tapi rasa dilema nak pegi Hospital ke tak sebab still rasa fobia kena seluk tu.. Pedih oii.. Nak kencing pun sakit.. ='(

Hari ni nk berjalan pun rasa macam tak larat sangat-sangat. Nak mengarang entry ni pun rasa macam tak tau nak di cakap kan apa sebab idea tu datang dan pergi bersama contraction.. hihi...

Sekian la dulu catatan ibu 40w 3d ni.. Esok kalau anak ibu baca ni, biar dia tahu, lama nya dia dalam perut ibu. Kalah kak Ngah Zahra nya.. Overdue 2 hari je..

Doakan MD ya.. hari ni try makan kurma dengan air zam-zam. Esok try Milo dengan marjerin pulak. Opah suruh minum kopi dengan telur.. Tapi MD tak minum kopi. Macam mana ya?

MD