Showing posts with label MD Family. Show all posts
Showing posts with label MD Family. Show all posts

Thursday, 28 May 2015

Pengedar Shaklee di Kulim, Kedah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Jumaat yang penuh berkat datang lagi. Pagi ni MD duty jaga kaunter JKM. Lengang je tak ramai orang. Jadi MD ambil kesempatan untuk tulis entry baru untuk hari ini. Nak cerita pasal pengedar Shaklee di Kulim, Kedah.

Siapa pengedar Shaklee itu?




Eh, tentu lah MD kan. Hihi..

MD adalah seorang pengedar Shaklee di daerah Kulim, Kedah.

Namun begitu, MD juga boleh COD dengan senang hati di daerah Seberang Perai Selatan dan juga Parit Buntar.

Eh.. mane satu MD ni? Kejap Kulim, kejap Seberang Perai Selatan, kejap Parit Buntar..

Hihi.. Macam ni. MD bermastautin di Kulim. Jadi, MD boleh COD di Kulim.

Seberang Perai Selatan pulak, MD bekerja di Jawi, Pulau Pinang. Dalam daerah Seberang Perai Selatan lah.. Antara lain, macam Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Sungai Bakap, Sungai Jawi, Nibong Tebal.. Haa.. Semua tu MD boleh hantar kan.

Parit Buntar? Ehehe.. Parit Buntar ni adalah daerah berjiran dengan Jawi. Memang selalu jugak buat-buat tersinggah ke Parit Buntar tu.. Maklum lah, bila siasat kes di kawasan sempadan, lajak-lajak la sampai sana..

Korang pernah breakfast di Perak, lunch di Pulau Pinang, dinner di Kedah? Tak pernah kannn..? Hihi..

Anyway, kalau negeri-negeri lain, MD akan buat penghantaran dengan menggunakan Pos Laju, Gdex atau CityLink. Tapi kalau ada request menggunakan courier lain, itu boleh di bincangkan.

Apa istimewa nya beli dari MD?


MD adalah SID PRO. Makna nya MD bukan sekadar jual tanpa tahu apa yang MD jual.

MD telah cuba dan amalkan hampir ke semua produk Shaklee. Ini adalah untuk lebih memudahkan MD memberikan konsultasi terbaik pada pelanggan tersayang..

MD sangat pakar dalam Set Kehamilan, Berpantang, Penyusuan, Kecantikan, Diet, Ekzema dan Anak Cerdas.. Dan yang terbaru adalah Set Keguguran Rambut.. Lepas bersalin kan rambut gugur banyak.. So MD dah cuba cara untuk elak rambut gugur dengan lebih banyak.

Bagaimana mahu hubungi MD?


Ohh.. itu soalan kacang je tu...

Boleh hubungi MD menerusi beberapa cara..

1. PM personal FB --> Hanni Kamilla Hanafi
2. PM FB Page --> Suplemen Mak Dara.com
3. E-mail --> hanni.kamilla@yahoo.com
4. Whatsapp sahaja ke --> 013.581.82.83



Daaa... MD nak masak tengahari pulak..

MD

Tuesday, 21 April 2015

Tayar Kereta Pecah Kome Weh!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. thumma Alhamdulillah.. Allah sayang kan kami sekeluarga. Allahuakbar..!! Tak tergambar rasa hati ni malam tadi bila kereta langgar pembahagi jalan dan berpusing 360°.

Kami semalam sampai ke KL dalam pukul satu pagi macam tu. Masa CM keluar tol Jalan Duta, MD tersedar. Dan kemudian terlena balik.. Tapi macam tidur-tidur ayam.. Telinga ni masih dapat menangkap mak bercakap dengan CM.

Kemudian MD macam tersedar. Bukak mata, tengok CM tengah masuk ke susur nak ke Bukit Damansara. Tiba-tiba terasa kereta macam tak bergerak ke depan tapi macam ke kanan nak tuju ke pembahagi jalan!

MD cepat-cepat tegur CM, kot la dia ngantuk ke kan. Tapi tak. Dia pun tak boleh kawal stereng kereta. Macam membuang ke kanan. Tiba-tiba langgar pembahagi dan kereta berpusing 360°! Berlaku dengan sangat pantas!

Allah! Memang pegang erat Akram dalam pelukan dan Azzahra yang tidur di riba MD. Nasywa pulak lena di belakang dengan mak. Alhamdulillah, tak ada kereta waktu tu. Dah pukul 1 lebih time tu.

CM berhenti tepi, turun tengok kereta. Bumper depan sikit je calar bergaris bawah tu je. Teruk lagi kesan hentam anjing yang nak bunuh diri setahun yang lalu..hihi.. Tapi tayar memang pecah! Tayar baru tukar sebulan kot..


Rasa menggigil. Dari jauh, hujung selekoh tu nampak satu anak muda berlari-lari ke arah kami. Muda lagi. Bawak walkie talkie pulak. MD dah pelik. Mai mana pulak mamat ni. Tiba-tiba ada..

Mamat tu tak tau la bercakap apa dengan CM di luar. Dengar CM call anak buah nya panggil datang. MD ni berani kan diri keluar kereta tengok tayar. Lutut ni berasa macam jelly. Lembik je rasa. Gigil nak berjalan. Buat-buat gagah je pusing tengok kereta.

CM decide nak tukar tayar spare. Mamat ni pun agak nya kesian kut kan tengok kami dengan family dan anak kecik, dia pun tolong la CM tukar kan tayar...

Bila dah sudah tengok dia pegi gitu je. CM pun agak nya terlupa nak bagi dia duit upah gamak nya. Terima kasih buat anak muda tu. Nak tangkap gambar dia tapi malu pulak.. hihi.. MD harap anak muda tu memang jujur orang nya.. Moga Allah membalas jasa nya. Anak buah CM kami suruh dia tunggu di rumah je. Mujur lah rumah dah tak jauh. Kami teruskan perjalanan, bawak lebih perlahan.

Rupanya Kak Ya (kakak CM) beritahu situ memang selalu eksiden. Orang tabur paku la minyak la batu kerikil la.. Nak cari duit dengan cara kotor macam tu.. Allah. Seriau dengar nya. Harap-harap tayar kami yang pecah tu bukan di sebabkan oleh kerja anak muda tersebut.

Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada kami. Allah masih lindungi kami..

Pagi ni CM pi beli tayar baru. Kata nya memang kesan paku. Tak pe lah.. Redha dengan apa yang dah jadi. Ada mesej yang Allah nak beri. Muhasabah diri semula..

Satu pengajaran pada kami, JANGAN BAWAK LAJU! Berhati-hati semasa memandu tu. Kita tak boleh jangka benda yang tiba-tiba jadi macam ni. So just imagine kalau kita bawak laju apa jadi pada kita agak-agaknya kan?!

Yang paling penting, SPARE DUIT UNTUK EMERGENCY begini. Alhamdulillah ada duit bonus Shaklee tengah bulan hari tu. Kalau tak menggagau jugak kot nak tunggu gaji 23hb.. ehhh.. sehari dua lagi punnnn, haa.. mau tau la kan.. Bukan paras idung dah tapi dah nak mati lemas kot kan.. haha..

Nak buat bisnes Shaklee? Whatsapp MD di 013-5818283. MD akan guide..

Till then, take care tau uolls.. bawak kereta jangan laju-laju. Ingat orang tersayang..


MD

Wednesday, 29 October 2014

Gegemasu Datang Menyerang!

Assalamualaikum semua..

Entry kali ni nak stori-mori pasal aktiviti Shaklee MD.. Dok teringat 'hutang' nak share cerita pasal kedatangan geng Gegemasu tempoh hari (18/10/2014) ritu. Tajuk entry tak boleh blah ye datang menyerang! Hihi... Sebenarnya entry ni dah banyak hari di karang dalam handphone tapi sebab banyak beno gambar yang nak di upload dan anak-anak yang banyak ragam (alasan), hari ni gigih bangun juga untuk menyiapkan entry ini..

Mama Shaklee MD (Mama Chrsalis) memang dah lama masuk kan nama MD dalam list gegemasu Supermom.. Saat tu tak tahu pun sebab rasa tak boleh nak di gegemasukan pun untuk cycle ni.. tapi bila di beritahu nama ada, automatik panik mode tu on. Sebab nya tak sangka begitu tinggi keyakinan orang pada MD tapi diri sendiri dok teragak-agak.. Baru la terasa tamparan wanita pang pang pang sana sini... haha...

Cerita sebelum kedatangan tu tak nak bagitau.. kang pengsan pulak orang baca betapa serabut perut nya MD risau kan cukup ke tidak makanan minuman, rumah ok ke tak berkemas, nanti apa la yang di tanya..bla bla bla....

So layan kan aje la gambar. Gambar di ambil dari FB Master MKB. Harap MD, henpon pun lupa caj..wakaka.. terima kasih Dedi MKB untuk gambar2 yang cantik.. tinggal lagi MD je yang tak berapa nak kurus.. hahaha.. CM tiada dalam gambar sebab dia kerja.

www.suplemenmakdara.com

Sesi menjamu selera dulu. Special air tangan opah - Mee Goreng Mamak, Cek Mek Molek, Ubi Kayu Rebus.. MD bancuh air je. Tapi dia punya gelabah, macam kan dia masak semua. kui kui kui...

www.suplemenmakdara.com
Sesi bermula..
www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com
Mak Shaklee MD yang cantik manis
www.suplemenmakdara.com

Tengah mikio jawapan bila Dedi MKB bagi soalan tak terduga dek akal. Simple tapi sebab tak pernah share dengan orang lain dan di tanya secara tiba-tiba, panik berpeluh-peluh juga nak menjawab!


www.suplemenmakdara.com

Mama Ainul berkongsi tips blogging

www.suplemenmakdara.com

Mama Miah berkongsi tips marketing

www.suplemenmakdara.com

Kak Ngah Zahra yang meragam sebab kena tinggal dek Pak Ngah nya pegi taman. 

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com


www.suplemenmakdara.com

Mendengar amanat Mami Hadha. Kagum sebab even dah jadi Master, income lebat tapi still merendah diri. Sepanjang program berjalan, dia menulis apa input-input masa perbincangan tersebut..

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Dedi MKB, Mami Hadha sekeluarga

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Gambar beramai-ramai.. Ini lah sebahagian dari team Supermom yang bersemangat membantu anak cucu. Even ada yang bukan group diorang pun, tapi turun sama membantu. Alhamdulillah, bersyukur sebab berada dalam group yang betul.

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Dengan keluarga upline MD. Kami selesa dengan anak-anak di sekeliling kami. Anak-anak adalah penguat semangat kami untuk berjaya. Kami buat Shaklee adalah sebab anak-anak.

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Kakak Nasywa baru balik dari padang. Buat muka ketat sebab terpinga-pinga bila balik orang suruh bergambar dan masing-masing semua tengok..haha.. kalau tak tu, dia la yang paling suka sangat bergambar ni...

Alhamdulillah.. banyak input yang MD terima sepanjang program santai petang tu. Tips marketing, tips blogging (lepas ni MD jadi blogger tegar tu kome jangan heran la...), tips memikat suami, tips menjadi leader yang berkualiti dan banyak lagi tips. InsyaAllh, akan MD apply semua tips-tips yang di beri dan di panjang-panjangkan kepada keluarga My Diamond.. Haa.. Meh jadi anak MD kalau nak tahu apa tips-tips tu.. hihi..
MD