Assalamualaikum semua..
Seperti yang MD janjikan, ni nak cerita pengalaman bersalin anak ketiga MD, secara PEMBEDAHAN! Ehehe.. tajuk macam yo yo oo je ek.. tapi sungguh, MD sendiri sangat confident boleh bersalin secara normal sebenar nya. Memang nak bersalin normal pun kalau boleh.. tapi percaturan Allah tu maha hebat!! Dia berikan pengalaman yang berbeza untuk kelahiran kali ini...
19hb September 2014, doktor round pagi-pagi. Tanya macam mana condition ibu. Ibu cakap ada contraction macam biasa cuma pergerakan baby pasif. Kalau tak tu baby gerak or menguit mesti terasa, ni sedu dia je yang rasa. Nak cukup kan 10 kicks pun sampai pukul 8-9 malam.. So doktor tolong buka kan jalan lagi.. Sakit nya masyaAllah, memang menangis! Doktor kata bukan 4cm tapi 3cm je bukaannya. Tu pun dia dah cuba bantu buka kan jalan..
Doktor decide, bagi tempoh sampai esok pagi, kalau tak ada progress, CTG pun tak berapa cantik, doctor nak induce. Ibu pun masa tu pasrah. Induce lah tak pe. Asal anak dalam kandungan sihat selamat keluarnya.. So sepanjang hari tu memang banyakkan zikir dan doa, berjalan-jalan sekitar wad, sembang-sembang dengan patient lain.. misi pulak setiap waktu round ambik bp, cek jantung baby, cek suhu ibu.
CTG result sebenar nya tak berapa cantik. Jenuh misi suruh ibu golek kiri, pusing kanan, usap-usap perut nak suruh baby bangun respon.. orang lain 20 minit je buat, ibu sampai sejam terkedang atas katil tu cek CTG.
20hb September 2014.. Seawal 3 pagi misi kejut nak cek CTG lagi sekali.. kemudian misi suruh mandi siap. Kalau LR ada kosong, depa akan panggil dalam pukul 6.30 pagi macam tu. Tengok ada kosong ke tak dulu.
So dalam hati dah mula berdebar-debar.. Nak lena pun tak boleh.. Pukul 5, mandi, siap breakfast milo dengan roti 4-5 keping. Usai Subuh, terlena sekejap, tetiba 6.15 di kejutkan oleh misi, cakap LR dah panggil. Ibu bawak beg baby, lenggang-lenggang kangkung jalan pegi LR yang sebelah wad tu. Diorang tempat kan dalam bilik no 2. Datang doktor yang sama cek semalam.. cek jalan 3cm lagi.. Allah.. lemah segala sendi.. doktor tolong bukak jalan lagi, Allahuakbar! Sakit! Lepas tu dia tolong pecahkan ketuban.. lepas doctor dah siap, dia pun bagi time sampai pukul 11 am. Misi kemudian continue masukkan drip induce. Habis satu, di tambah lagi satu.. sakit contraction menjadi-jadi. Mintak dengan misi nak kencing. Nak turun katil, tapi misi malas nak bukak drip segala bagai, dia guna bowl tu je. Ok la kan dari guna tiub tu..
Pukul 11, doctor pulak datang cek bukaan. Masih 3cm! Ibu memang dah resah gelisah dah.. Anak, keluar lah... doktor buat lagi proses bukak jalan! Memang menangis sakit! Dah tak boleh tahan dah. Sudah selesai, doktor kata tunggu sampai pukul 3.
Ibu dah tak henti-henti doa, usap perut, mintak anak bagi kerjasama.. sakit contraction memang dah tak terkata.. CM pun ada meneman dalam LR tu.. bagi moral support, walaupun dia pun tak tahu nak buat apa sebenar nya kan.. hihi..
Pukul 2 macam tu, CM mintak nak keluar pegi solat dan makan. Dengan berat hati, ibu bagi.. Ibu amik kesempatan untuk tidur. Itu pun setelah mintak cucuk pethidine dari misi sebab dah tak tahan sakit sangat.
Pukul 3 petang, doktor datang lagi kali ni 3-4 orang.. cek jalan masih lagi 3cm! Kepala anak masih tinggi kata doktor.. Sudah masuk laluan tapi tak nak turun langsung.. Doktor kata, tak boleh tunggu. Kita operate! Macam di hempap batu atas kepala.. Ibu tanya ada option lain tak? Doktor kata tak ada, "kalau u nak ambil risiko anak u lemas, kita tunggu tapi kami tak nak ambil risiko jadi apa-apa pada ibu dan baby.. Air ketuban sudah pecah lama dah.. panggil husband. Kita explain sama husband."
Bila doktor cakap macam tu, menitik air mata. Tak tahu nak fikir apa. Takut. Takut sangat. Rasa nak turun katil lari balik rumah. Call CM. Dia pulak ada di stadium, makan. Dalam setengah jam dia sampai kata nya. Ibu dah tak ketahuan dah nak fikir apa. Doktor suruh baca 1 kertas risiko pembedahan. Tapi dah tak boleh nak fikir dan kaitkan dengan apa-apa dah.
Rasanya tak sampai setengah jam, CM sampai. Doktor explain pada CM. Ibu dah tak boleh fikir apa dah. Doktor kata kna tunggu Q nak masuk OT. Sekarang patient ke 3. Ibu patient ke 5. Lebih kurang pukul 6 kata doktor.. CM kata tak pe. Bukan sakit. Nanti dia bius n bla bla bla... Tapi tak terungkap dengan kata-kata yang ibu rasa seperti berjuang antara hidup dan mati. Sungguh, fobia rasa nya nak kena operate..
Pukul 6, misi semua pakat tolak katil masuk OT. Diorang panggil CM.. suruh salam-salam. Ibu dah rasa tak de air mata dah padahal rasa nak menangis mengongoi-ngongoi nak peluk CM. Tapi malu dengan doc dan misi-misi..
Pakar bius datang.. explain dalam bahasa yang lembut, mudah faham dan comfort me dengan kata-kata yang tenang. Buat lawak. Terubat sikit rasa. Seelok di tolak dalam OT, misi-misi pun sibuk buat kerja itu ini. Tolak naik atas katil, pasang drip. Pasang tirai, pasang pelapik pemanas, pasang segala tok nenek.. baju di bukak, ganti dengan tahapa tah.. bila di bius, suddenly kaki rasa kebas-kebas.. kemudian depa sambung prepare peralatan, n etc2..
Ibu still rasa macam orang sentuh-sentuh perut, tekan-tekan, tarik-tarik kulit perut bagi besar gamaknya, keluarkan baby sampai bergoyang-goyang badan bagai.. sampai ibu cakap "adoi!".. doktor yang bius tadi pun terkejut, tanya sakit ke tak. Ibu macam nak ketawa, tapi bagitau tak sakit, cuma rasa macam perut di geledah je.. ibu leh bayang sebijik macam dalam video clip pasal pembedahan time bersalin yang pernah tengok sebelum-sebelum ni.
The moment baby dikeluarkan, memang terasa perut tetiba kosong. Dengar bunyi macam air disedut la.. tiba-tiba dengar baby menangis.. ibu tanya anak apa? Nak tengok baby. Mula2 misi nak bersihkan dulu. Tapi doktor yang keluarkan tu, arahkan misi tunjuk baby pada ibu dulu.. misi tunjuk, dekatkan di muka, bagi cium, Allah, syahdu perasaan nya bila pertama kali cium baby.. rasa syukur, baby selamat. Kalau lah CM boleh tengok sama. Misi kemudian tunjuk jantina, Alhamdulillah, seperti dalam scan sebelum-sebelum ni, LELAKI! Alhamdulillah.. doktor bius sempat melawak, lepas ni ibu boleh rest lah ya, sudah cukup dapat lelaki dah.. hihi.. macam tahu sahaja yang kami memang planning nak rehat lama sikit lepas ni..
Dalam masa yang sama, doktor sibuk menjahit perut ibu. Sekejap je.. macam sap sap soi terus siap.. haha.. yang tahu 6.30 baby keluar. Dalam 6.45 macam tu dh siap jahit segala.
Bila dah siap, diorang tolak keluar dari OT. Ke bahagian recovery. Time ni memang gigil-gigil badan. Ada jugak di pasang alat pemanas tapi macam tak jadi apa je. Memang gigil-gigil sejuk. Doktor suruh panggil CM. Bawak baby sama. So bila baby di tolak sama ibu, CM pun ada, doctor pun datang explain.. terpaksa guna forcep untuk keluarkan baby sebab kepala nya tinggi. Tak faham jugak nya ibu. Tapi doktor just nak bagitahu, nothing to worry, tanda forcep tu akan hilang dengan sendirinya.
CM pun amik kesempatan azan di telinga baby.. sementara tunggu misi datang untuk tolak ke wad semula, misi di OT tadi, tolong letakkan baby atas dada ibu, bagi baby menyusu.. Alhamdulillah, pandai nya dia, pandai isap susu..
Dalam 7 lebih, misi datang ambil untuk tolak ke high risk ward. Sampai katil, ibu makan kurma 2 biji dan minum seteguk air zam-zam. Tapi kena marah dengan misi pulak. Diorang kata nanti muntah. Diorang kata lepas 6 jam baru diorang bagi makan dan minum. Dalam pukul 2 camtu kata nya, diorang akan tolong angkat bangun dan bagi makan minum, kemudian baru tolak ke katil asal.. CM pun, bila tengok ibu dah elok terkedang atas katil, dia pun balik rumah.
Pukul 11 lebih, datang misi bagi air, patu angkat kepala katil. Tapi dibuat dengan agak kasar, so ibu macam pening-pening. Baru nak adjust mata, minum air suam segelas, diorang dah suruh bangun nak tolak ke bawah. Dengan pening-pening lalat, ibu bangun pelan-pelan duduk atas kerusi roda. Ditolak dengan agak kasar, ibu memang dah tak dapat tahan rasa, terus muntah keluar air.. mujur la muntah nya rasa manis kurma tadi. Ada la 3-4 kali muntah, kemudian depa tolak masuk lift. Nak jadi cerita, lift rosak pulakkkkkk.... Tolak pulak pegi balik katil.. Lagi sekali muntah.. Allah.. pedih nya perut.. pedih sangat-sangat kawasan operate tu..
Bila dah naik katil, ibu cuba tidur semula.. tapi seluruh muka dengan badan rasa gatal merenyam-renyam. Kesan bius kata nya.. Haish... macam-macam..
Malam tu tidur dengan rasa letih dan lapar.. Esok, baru diorang tolak balik ke katil asal...
Itu cerita macam mana boleh kena operate.. hihi.. nanti nak cerita kesan selepas operate tu pulak.. gambar baby akan menyusul kemudian.. update ni pun dengan hp je.. Tapi muka nya fotostet macam kakak-kakak nya masa keluar dari 'oven' dulu.. =)
Tapi Alhamdulillah, selepas 5 hari, rasa makin sihat, lebih-lebih lagi dengan mengamalkan Set Berpantang Shaklee.. Cuma tak berani nak melasak lagi.. Apa pun terima kasih atas doa dan ucapan tahniah dari semua..
Nanti sambung ya...
No comments:
Post a Comment