Wednesday, 29 October 2014

Gegemasu Datang Menyerang!

Assalamualaikum semua..

Entry kali ni nak stori-mori pasal aktiviti Shaklee MD.. Dok teringat 'hutang' nak share cerita pasal kedatangan geng Gegemasu tempoh hari (18/10/2014) ritu. Tajuk entry tak boleh blah ye datang menyerang! Hihi... Sebenarnya entry ni dah banyak hari di karang dalam handphone tapi sebab banyak beno gambar yang nak di upload dan anak-anak yang banyak ragam (alasan), hari ni gigih bangun juga untuk menyiapkan entry ini..

Mama Shaklee MD (Mama Chrsalis) memang dah lama masuk kan nama MD dalam list gegemasu Supermom.. Saat tu tak tahu pun sebab rasa tak boleh nak di gegemasukan pun untuk cycle ni.. tapi bila di beritahu nama ada, automatik panik mode tu on. Sebab nya tak sangka begitu tinggi keyakinan orang pada MD tapi diri sendiri dok teragak-agak.. Baru la terasa tamparan wanita pang pang pang sana sini... haha...

Cerita sebelum kedatangan tu tak nak bagitau.. kang pengsan pulak orang baca betapa serabut perut nya MD risau kan cukup ke tidak makanan minuman, rumah ok ke tak berkemas, nanti apa la yang di tanya..bla bla bla....

So layan kan aje la gambar. Gambar di ambil dari FB Master MKB. Harap MD, henpon pun lupa caj..wakaka.. terima kasih Dedi MKB untuk gambar2 yang cantik.. tinggal lagi MD je yang tak berapa nak kurus.. hahaha.. CM tiada dalam gambar sebab dia kerja.

www.suplemenmakdara.com

Sesi menjamu selera dulu. Special air tangan opah - Mee Goreng Mamak, Cek Mek Molek, Ubi Kayu Rebus.. MD bancuh air je. Tapi dia punya gelabah, macam kan dia masak semua. kui kui kui...

www.suplemenmakdara.com
Sesi bermula..
www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com
Mak Shaklee MD yang cantik manis
www.suplemenmakdara.com

Tengah mikio jawapan bila Dedi MKB bagi soalan tak terduga dek akal. Simple tapi sebab tak pernah share dengan orang lain dan di tanya secara tiba-tiba, panik berpeluh-peluh juga nak menjawab!


www.suplemenmakdara.com

Mama Ainul berkongsi tips blogging

www.suplemenmakdara.com

Mama Miah berkongsi tips marketing

www.suplemenmakdara.com

Kak Ngah Zahra yang meragam sebab kena tinggal dek Pak Ngah nya pegi taman. 

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com


www.suplemenmakdara.com

Mendengar amanat Mami Hadha. Kagum sebab even dah jadi Master, income lebat tapi still merendah diri. Sepanjang program berjalan, dia menulis apa input-input masa perbincangan tersebut..

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Dedi MKB, Mami Hadha sekeluarga

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Gambar beramai-ramai.. Ini lah sebahagian dari team Supermom yang bersemangat membantu anak cucu. Even ada yang bukan group diorang pun, tapi turun sama membantu. Alhamdulillah, bersyukur sebab berada dalam group yang betul.

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Dengan keluarga upline MD. Kami selesa dengan anak-anak di sekeliling kami. Anak-anak adalah penguat semangat kami untuk berjaya. Kami buat Shaklee adalah sebab anak-anak.

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Kakak Nasywa baru balik dari padang. Buat muka ketat sebab terpinga-pinga bila balik orang suruh bergambar dan masing-masing semua tengok..haha.. kalau tak tu, dia la yang paling suka sangat bergambar ni...

Alhamdulillah.. banyak input yang MD terima sepanjang program santai petang tu. Tips marketing, tips blogging (lepas ni MD jadi blogger tegar tu kome jangan heran la...), tips memikat suami, tips menjadi leader yang berkualiti dan banyak lagi tips. InsyaAllh, akan MD apply semua tips-tips yang di beri dan di panjang-panjangkan kepada keluarga My Diamond.. Haa.. Meh jadi anak MD kalau nak tahu apa tips-tips tu.. hihi..
MD

No comments:

Post a Comment