Sunday, 28 September 2014

Rahsia Berpantang Dengan Cergas!

Assalamualaikum semua..

Hari ni dah masuk hari ke sepuluh MD berpantang. Makin hari makin fresh rasa nya. Kadang-kadang sampai terlupa pulak yang tengah berpantang. Operate pulak tu! Mujur la 'dia' bagi signal suruh slow down sikit jgn laju-laju sangat.. hihi.. Rasa hati MD menggebu-gebu dalam nak share dengan kalian apa rahsia berpantang dengan cergas kali ni walau pun bersalin operation!

Oh ya.. pagi tadi ke klinik kesihatan untuk rutin cek kuning baby Aus. Doktor pun puji sebab kuningnya turun dengan cepat! Tali pusat jatuh hari ke 4 dan luka nya kering elok dan cantik. Pada hal secara jujurnya, ibu bagi mandi sehari sekali je sebab sejuk dan nak kurangkan banyak bergerak aktif sangat.. Doktor pun siap tanya apa yang ibu ambil? Hihi...



Haa.. rahsia yang bukan lagi rahsia.. hihi... Ni MD kongsikan dengan kalian.. Ini lah set berpantang MD kali ni.

Masa bersalinkan Azzahra dulu, selepas sebulan baru ambil. Tu pun ambil Set Menyusu sebenarnya. Sebab nak kan kecergasan. Bukan kisah kan tentang susu banyak pun time tu..

Tapi kali ni MD ambil seawal hari kedua bersalin. Sebab hari pertama tu duduk di high risk ward lagi. Hari kedua baru misi tolak ke katil asal.. So, hari kedua je terus ambil bancuhan ESP dulu untuk lapik perut yang lapar.. breakfast roti dengan segelas milo je kot depa bagi. Orang dah kebuluran seharian tak dapat makan. Dah macam kemaruk apa je menunggu waktu lunch di bagi nasik.. hihi... Boleh baca pengalaman MD bersalin hari tu.

After lunch, dapat nasik, baru rasa bertenaga sikit, ambil Vitalea, B-Complex dan SR Vita C. Baru lah terasa cergas sikit.. Nak kata luka tak berasa kang overclaim pulak kan.. nampak beno nipunya! Tapi rasa cergas. Cergas maksud MD tu tak de la rasa nak baring melepek sangat. Melainkan bila pihak hospital bagi ubat tahan sakit dan ubat tahan gatal, mula lah mata seperti di gam-gam..

Bila dah boleh discaj dari Hospital, MD teruskan rutin pengambilan suplemen Shaklee seperti biasa. Cuma dosage tu up sikit. Maknanya kalau selalu ambil sebiji, MD upkan jadi 2 biji untuk tempoh seminggu.. yelah kan, badan kita dalam tempoh pemulihan. Jadi perlukan lebih nutrisi.. Dah kehilangan banyak darah, dah kehabisan tenaga nak melayan contraction, dah keletihan dan sebagainya, so kena top up kan mana yang berkurang..

Sebelum discaj tu, MD sempat bertanya pada doktor, macam mana penjagaan untuk bersalin operate ni. Berapa lama sembuh? Apa yang bagus untuk bantu sembuhkan luka? Dan etc etc..

Doktor nasihatkan supaya ambil multivitamin with iron. Sebab tubuh dah kehilangn darah yang banyak. Jadi perlu untuk topup darah yang baru.. Ok, bunyi nya match dengn Vitalea with iron fomula Shaklee. Lepas tu doktor bagitau, ambil B-Complex dengan asid folik, Vitamin C untuk bantu sembuhkan luka, Vitamin E, Vitamin A, Protein untuk pembentukan sel-sel baru. Oooookkkkk, macam ada semua dekat Vitamin Shaklee kan..

So, ini rutin MD..

Bangun pagi, ambil 2 biji Zinc Complex semasa perut kosong untuk penyembuhan luka. Kemudian lepas sarapan, MD ambil Vita-Lea 1 biji, B-Complex 1 biji dan SR Vita C 1 biji. Lepas tu, minum petang ambil lagi 1 biji SR Vita C. Vita C sangat bagus untuk penyembuhan luka. Begitu juga Zinc Complex tau. Malam selepas makan, ambil 1 sudu kecil Vivix campur dengan ESP. Vivix ni untuk pemulihan dalaman.. Umpama macam makan jamu gitu
 Sebelum tidur, ambil 4 biji Ostematrix untuk tidur yang lebih berkualiti.

Ini cara MD.. yg basic adalah Vita-Lea, B-Complex, Vita C dan Zinc. Tapi MD add on Ostematrix, ESP dan Vivix.. Kalau uolls tak nak ambil yang add on tu pun tak jadi masalah. MD ni dah nama tokey Shaklee, ecewahhh.... harus la ada semua vitamin kan....

Tapi MD ambil juga buah-buahan macam oren, anggur, epal.. Sayur-sayuran, ayam, ikan pun ambil sama.. cuma bila dah bersalin, agak kurang sikit selera nk melantak tu.. hihi..

Eh, baby Aus dah bunyi-bunyi nak susu.. nanti MD sambung lagi ya... tunggu tau..
MD

No comments:

Post a Comment