Showing posts with label Set Diabetes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Diabetes Shaklee. Show all posts

Thursday, 24 July 2014

Panduan Pengambilan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum..

Pagi Jumaat yang nyaman ni, jenuh laaaa MD mikir apa la nak di tulis kat blog untuk tatapan pembaca (ada ke? hihi) .. tetibe dapat pulak idea untuk bagi panduan pengambilan Vitamin Shaklee pada kalian.. MD harap ianya bermanfaat untuk panduan bersama.

www.suplemenmakdara.com

Tapi, yang sebenarnya, pengambilan vitamin ni boleh di sesuaikan ikut individu. Yang mana bukan semua individu tu sama kan tubuh badan nya.. Haa.. part yang tu, kalau kalian customer MD, memang MD akan include consultation FREE. Ianya sebahagian dari servis yang MD berikan dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari MD. Kalau kalian beli dari SID lain, bukan MD x boleh tolong, tapi hanya SID itu yang tahu sejarah kesihatan kalian.. Setiap SID x sama tau..

Untuk pertanyaan, pesanan mahu pun pembelian, sila hubungi MD ya.. 
MD

Thursday, 16 May 2013

Set Diabetes Shaklee

Assalamualaikum..

Saya banyak kali d hujani dengan pertanyaan tentang Set Diabete Shaklee ni.. Shaklee x de untuk set untuk diabetes ke? Mak/ayah diabetes so nak bagi ape? Haaa.. meh ni saya nak stori-mori morning glory.. 

Sebelum tu jom kita kenali dulu apa itu diabetes nih..


APAKAH DIABETES??

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Sesuai statusnya sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, diabetes memerlukan kawalan serta pemantauan yang cermat dan berhati-hati.Tanpa pengurusan yang sewajarnya, ia boleh membawa kepada hiperglikemia yang berkait rapat dengan kerosakan berpanjangan tubuh badan serta kegagalan pelbagai organ dan tisu.

Komplikasi jangka panjang dan pendek termasuklah penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, penyakit saraf dan mata.
Kata mudah nya adalah kencing manis lah kan.. Oooo.. Kencing manissss.....
Lepas tu ada ke set Vitamin yang boleh control diabetes ni..? Eh.. Tentu la ada...
So ape pulak fungsi vitamin-vitamin ni untuk memerangi kencing manis?
ESP - ESP bukan lah ubat untuk Diabetes. Tapi ia mampu membantu tubuh pesakit mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi. Jadi, kenapa ia sesuai untuk pesakit DIABETES?? Kerana ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Adalah penting bagi pesakit Diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan. Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain. 
VITA-LEA - Juga dikenali dengan nama multivitamin.. Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk kita yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. 

B-COMPLEX Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

ZINC COMPLEXMembantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat

VITA-CMengukuhkan kapilari dan salur darah

Info : SINI

Dapatkan Set Diabetes anda sekarang. 

PM FB : Hanni Kamilla Hanafi
FB PAGE : My Bestfriend Shop
SMS/Whatsapp : 013-5818283
E-MAIL : hanni.kamilla@yahoo.com
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 

Hanni

Wednesday, 15 May 2013

Bagaimana Hendak Tahu Tanda-tanda Diabetes?

Assalamualaikum kalian..

Kadang2 kita terfikir kan macam mana nak tahu tanda-tanda diabetes ni? Ye lah, kalau kita tahu tanda-tanda diabetes ni mungkin kita dah boleh buat persediaan awal untuk kawal nya.. Jangan dah tunggu potong kaki segala baru nak kisah untuk berjaga-jaga.. betul tak? Kadang-kadang kita rasa diri kita sihat tak ada sakit apa-apa sedangkan sebenarnya macam-macam dah bersarang. Jadi elok lah kalau berjaga-jaga dari awal.

Saya amik contoh mak saya sendiri. Dia seorang yang menjaga pemakanan dari muda lagi. Sebab dia tahu dalam history family kami ada sakit darah tinggi, kencing manis, gout dan sebagainya. Jadi, dia ambil makanan yang sihat, ambil suplemen dan sebagainya. End up dia dapat kencing manis dalam umurnya 64 tahun, itu pun masih terkawal lagi. Sebab tu dia tekankan pada kami adik-beradik supaya jaga pemakanan, jaga kesihatan supaya kita boleh bersedia.. Bukan muda-muda lagi dah kena sakit macam-macam..


Ok, jom tengok sedikit sebanyak info tentang diabetes ni. Untuk makluman saya dan juga anda semua..

Tanda-Tanda Awal Diabetes:

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:


TANDA-TANDA DIABETES1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap 
     seperti:-
     - Kulit
     - Gusi
     - Jangkitan pundi kencing
2.  Penglihatan yang semakin kabur
3.  Luka lambat sembuh
5.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
4.  Rasa kebas di tangan atau kaki
5.  Tekanan darah tinggi mula hadir
6.  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan 
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Punca-Punca Diabetes Melitus

Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu: 

1.  Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan 
     insulin setiap hari.
2.  Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak 
     menggunakan insulin dengan betul seperti biasa


TANDA-TANDA DIABETES

Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes

 -  Adik beradik kepada pesakit diabetes
 -  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
 -  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
 -  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
 -  Individu yang tindak bersenam
 -  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus

Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT 
    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta 
    mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
    Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 
    20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah 
    menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN 
    Lakukan pemeriksaan doktor apabila 
    anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
    Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk 
    menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi 
    dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya 
    penyakit diabetes dalam tubuh.


Info : SINI
Hanni