Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Thursday, 29 October 2015

CC Cream Farmasi Cosmetic Yang Super Ohsem!

Assalamualaikum..

Alkisahnya, dua tiga menjak ni MD termeroyan nak beli lipstick yang calit pagi tahan sampai petang.. Kih kih kih.. MD ni dah kenapa buang tebiat pulak kan?

Rata-rata yang kenal MD memang tahu, MD bukan jenis yang bermekap. Minat tu ada, tapi penyakit M tu besar sangat. Tambah pulak CM bukan suka sangat MD mekap. Mengada-ngada dia kata. Huh! Dulu zaman anak dara, memang make up jugak. Awal kawen pun masih lagi rajin. Tapi bila start preggy Nasywa, mula jadi malas nya nak mekap...

Lepas anak sorang, jadi anak dua, kemudian tiga.. MD memang tepek apa yang sempat saja. Pakai moisturizer NutriWhite, lepas tu kalau sempat bedak baby, maka bedak baby lah MD sapu. Haha.. Beli bedak compact tahan setahun kot gamaknya.. Haha.. Bini sape la hai..




Ni je la ha 3 benda yang MD usung selalu. Bedak Compact Maybelline, Lipstick Maybelline WaterShine tu dengan lipstick Ana Edar, yang ikut kaler darah tu. Tapi lepas bekpes pagi, MD dah nampak macam pompuan mati laki. Pucat tak berseri je rasa. Dua ketul Maybelline tu beli masa bulan 8 baru ni.. Sebab lipstick watershine yang lama dah habis. Bedak compact Loreal pun tah ke mana-mana anak-anak campak.

So, kebetulan semalam ke Tesco Kulim, maka MD pun menyinggah la ke booth FCC atau Farmasi Cosmetic ni. Kepunyaan Puan Adah Ramly. Dulu MD ingat dia ada bukak dekat Giant Kulim. Lepas tu tutup.

Hajat hati nak beli lipstick baru yang tahan lama. Dah la mulut tak seksi macam Angelina Jolie, sekurangnya, jangan lah sampai macam mati laki kannn.. Hihi..

So pilih punya pilih, MD ambil True Colour Lipstick. Kod 07. Harga RM27.00 camtu la. Warna nak ke oren gitu. Adik tu suruh ambil Rouge Lipstick. Tapi warna macam tak ada yang berkenan sangat. So pilih yang itu..


Lepas tu tengok-tengok lagi, amik pulak Lip Pencil.


Harganya dalam RM18.00 kut. Tak ingat sangat. Tapi belas-belas je.

Dah bayar dua ketul tu, sembang dengan Puan Adah Ramly tu. Sukanya tengok mekap nipis je tapi macam fresh sangat. Pekerja dia tu pun sama. Simple je mekap.. MD pun apa lagi, mula la mereka macam-macam dalam kepala ni..

Puan Adah pakai CC Cream tu je. Nampak simple. Pekerja dia pakai High Performance Foundation. Nampak menarik sangat. MD pun try test la CC Cream dia kat tangan.. Aduh laaa, lembut nya.. Wangi lak tu. Apa lagi, terrrbeli pulak... Jahanam duit aku..!! Harga RM47.00.



So pagi ni MD pun tepek la CC Cream ni kat muka. Walaweh!! Memang syiok oii.. Ringan je muka. Tak de rasa berminyak. Cepat meresap. Tak la rasa macam sekandaq dok atas muka... Memang syok gila lah.. Ish.. Tak tau nak cakap camna syok nya..

Eh.. Korang kena try sendiri lah.. hehe.. Memang syok. Dah hampir pukul 2.30 petang ni, tengok muka still masih nampak macam ada pakai bedak lagi.. Mulut pun dok merah lagi. Hihi.. Best. Gambar nanti MD tangkap lain. Tudung tak lawo pulak rini.. haha..

Nanti akan datang MD nak try High Performance Foundation FCC ni. Baca review macam best giler.. Tunggu bulan depan pulak lah. Semua nak beli bulan ni, kang CM kata makan je segala tok nek mekap tu..

Daaa...
MD

Monday, 12 October 2015

Bunga Kesayangan Kena Rembat Orang!

Assalamualaikum..

Lama MD tak update catatan di sini.. Maklum lah, baru tukar tempat kerja baru, baru tukar unit baru, segalanya baru, jadi agak kejutan budaya di situ.. Kerja tu macam tak sudah-sudah je rasa nya. Mampu ber'huhuhu' je la...



Kalau yang mana ada friend dengan FB MD, mesti perasan MD up status meroyan kat atas yang bunga kesayangan - Desert Rose - kena rembat.. Ala, orang melayu panggil bunga kemboja ek? Entah.. MD bukan reti nama melayu sangat =p

Tapi bunga ni special sebab Siam mari. Kelopak banyak. Dah la anak pokok ni beli murah je kat nursery di Bukit Tambun. Kalau pi nurseri biasa harga dalam doploh tigaploh jugak la anak dia. Tak kira pasu lagi tanah lagi. MD beli ritu siap pasu tanah bagai, doploh lebih ja.

Sedih nya.. Lama MD bela.. Letak atas tembok pagar rumah buat hiasan rumah kami yang kosong tak de renovate, tak de bercat tak ada apa. Tetiba pagi jumaat keluar nak siram pokok tengok, 'eh, ape hal kosong atas tembok ni?!'

Jenguk kat longkang, kat tepi jalan, kut-kut ribut sampai terjatuh ke kan.. Tapi clean and clear je jalan. Tak ada pulak tanah ke apa ke.. Dalam hati, CM buang ka? Haha.. Ampun kan isterimu abang.. =D CM tak minat sangat bunga. Orang laki kan, jarang nak jumpa lelaki yang minat bunga.

MD serius tak terfikir pokok tu di curi orang sebab nya pokok je pun kan. Amende ko dapat kalau curi pokok bunga? kan? kan?

Rupanya bila MD share dalam group whatsapp ibu-ibu KTC3, memang ada makhluk-makhluk penyamun pokok bunga.. Samada peminat bunga jugak atau memang jenis penyamun asal apa boleh buat duit, sapu ja semua.. Grrr..

Ibu-ibu KTC kata depa pun selalu jugak pokok kena curi. Especially orkid.. dan pokok-pokok yang mahal ni..

Mama cakap, tu senang-senang orang tu boleh buat duit jual RM100 sepasu. Aduhhh.. Geram sungguh hati. Kalau tahu, memang MD letak kat tempat lain, makna nya bukan dok atas tembok rumah.. Biar pokok hat biasa-biasa je dok atas tembok.. tu pon kalau rembat jugak memang mangkuk tingkat sungguh la penyangak ni..

Bila whatsapp CM gitau pokok hilang, dia reply tanya boh mana ja. Lepas tu senyap malas nak layan bini dia merepek merempan agak nya.. haha...

Sebab pokok kena curi, MD mencemar kaki semula pi nursery semalam.. Muahaha.. Nanti MD share dalam entry lain pokok apa MD beli..
MD

Sunday, 16 August 2015

Korang Pernah Ada PenPall?

Assalamualaikum..

Entry ni MD dah lama draft dalam kepala.. Kih kih kih.. Dalam kepala okay.. Nampak sangat dah lama tak bukak blog kan..? Maaf kan daku..

Raya hari tu, anak-anak buah MD bawak keluar album lama-lama MD punya. Depa dok gelak-gelak, MD pun tumpang tengok semula, teringat memory lama-lama la.. Hihi.. Zaman Sekolah rendah, Taekwondo, Silat Gayung Fatani, Sek Raja Perempuan Taayah, Sekolah Sri Ipoh, Matriks UIA bla... bla.. bla.. Sampai la terjumpa gambar Pen-Pall MD from Turkey..


Pen-Pall ni wujud zaman MD umur 16-17 tahun dulu kot lebih kurang. Tahun 2005 ke bawah camtu la kan.. Sangat glamer dengan Pen-Pal ni time tu. Ye la, mana nak ada Facebook masa tu. Nak pulak duduk di asrama kan... So, itu je lah cara nak menambah kenalan dan speaking omputih kann... haha..

Boleh kata semua kawan-kawan MD masa di Taayah dulu ada join isi borang bayar duit etc. MD pun gedik-gedik sama. Company tu akan match kan sahabat pena tu ikut pilihan negara yang kita mahu.

Kita akan di beri slip warna kuning berisi nama, alamat, umur dan gender kenalan baru kita tu. MD rasa ada simpan lagi slip tu di Ipoh. Tapi, nak korek-korek balik tu memang jenuh sikit la rakyat ramai ni.. Depa pun munggah sama sat lagi.. hihi.. Nanti kalau balik Ipoh, MD try punggah tengok ada lagi ke tak..

So, negara pilihan MD adalah Argentina dan Turkey. Turkey tu lelaki. Dan Argentina tu perempuan.

Yang Argentina tu MD ingat, nama nya ialah Maria Laura Aki-Iguchi. Ayah nya Jepun kalau tak silap. Lama jugak lost contact dengan dia. Sempat berbalas surat dalam setahun macam tu. Lepas tu dah sibuk macam-macam, diam macam tu je..

Yang Turkey pun MD ingat nama nya. Cuneyt Kursun. Di alamat dia ada nama --> Kuyucak Ayden. Tak tahu nama tempat ke nama jalan ke.. hihi.. Dengan dia ni sangat rajin berbalas surat. Dia pun rajin hantar gambar keluarga dan sebagainya. Ada dua beradik. Dia dan adik perempuan nya. Dah Tingkatan 5, masing-masing lost contact juga.

Selalu jugak MD ingat depa dua orang ni.. Tapi tak pernah pulak terfikir nak search di FB. Ada search di Google tapi tak pernah pulak jumpa..

Tapi baru-baru ni, MD saja test search di FB nama diorang. Yang Maria Laura tu entah sesapa tah keluar nya.. Tapi yang lelaki, tengok-tengok ada nama Cuneyt Kursun!



Tengok gambar, macam ada iras-iras. Tapi takut juga salah orang pulak nanti malu je kan.. Tapi, tawakal lah add dia..

Dah add, saja la PM dia di FB.. Takut juga salah orang kan.. huhu..


Haa.. tengok apa dia balas.. belum apa-apa dia dah dulu cakap long time no see.. Rasa macam syahdu, penpall kita still ingat kita kome wehh!! Terus typo sebab nervous.. Last contact tahun 1999 ke 2000 ke entah la tak ingat. 15 tahun selepas itu, he still remember me! Terharu OK!

Anyway, penpall MD tu baru kawen. Cantik isterinya. Dia sekarang kerja sebagai English Teacher.. Dan2 la MD rasa lagi gagap nak chatting dengan dia sebab English MD dah ke laut Cina Selatan.. Kah kah kah...

Nanti MD nak cari sorang lagi penpall MD yang duduk Argentina tu sampai dapat.. Doakan MD dapat jumpa ya..

By the way, MD tak cerita pada CM yang MD ada penpall sebab maluuuu.... Nanti dia kata poyo la sayang ni.. haha... Tapi, mama MD tahu sebab dulu Mama la tukang pos surat pada penpall tu.. hihi..

Korang ada penpall? Ingat lagi tak pada penpall korang? Cuba share sikit dengan MD. Hihi.. Yang pasti, zaman-zaman MD ja ada. Zaman la ni, tak de dah.. ke ada lagi?

MD

Sunday, 24 May 2015

Suami Isteri Saling Melengkapi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Mencuri masa untuk update blog kesayangan MD ni. Lately MD agak sibuk. Uruskan anak-anak. Handle jiwa yang kekacauan lagi.. hehe.. Eh, MD sokmo jiwa kacau ek?

Bukan jiwa kacau. Cuma, bila anak dah masuk 3, ibu yang cantik agak kelam kelibut untuk handle semua perkara yang berlaku secara serentak. Contoh, sewaktu ibu menyusukan Akram, Zahra datang merengek nak air dan dalam masa yang sama Nasywa kalut nak yak-yak. Sedangkan ayah tiada di rumah kerana bekerja.. hihi.. Kadang-kala boleh nak berlemah lembut, tapi sokmo juga ibu marah-marah manja... kui kui kui...




Teringat insiden pagi tadi.. Kisah MD suami isteri..

Alkisahnya semalam kami balik kampung. So macam biasa sebelum keluar, kami pastikan suis lampu kipas heater apa bagai semua ditutup. Termasuk lah modem streamyx. Walaupun tak tidur di kampung, tapi mana nak tahu kan kalau hujan petir ke apa, sambar modem.. Dah sepasal pulak kan..

Lepas Maghrib kami gerak balik semula ke Kulim. CM drop kami, dan terus pergi kerja. MD pun ambil kemas barang-barang yang bawak balik dari kampung, lipat kain, siap beg baju nak hantar ke taska esok.. Teringat nak on modem tu..

Bila on je, tengok tak nyala pulak lampu banyak-banyak atas modem tu.. Dengan juruih nya, MD whatsapp CM tanya pasal apa..

Penat CM suruh reset la apa la.. Tapi selaku manusia yang 'pandai' sangat bab gini, maka MD awal-awal lagi dah give up. Tambahan pulak bila CM kata streamyx tak de line la tu macam biasa, lagi la merudum semangat nak menggodek benda alah tu. Terbantut segala hasrat nak update blog la, buat transaction online and etc.. Alasan tak leh blah.. haha...

Rupa nya bila dia balik pagi ni, dia kata memang la tak boleh guna. MD tak cucuk wayar line telefon tu dekat modem.. hahaha.. Malu gila kat CM. Tapi buat-buat cool je cakap mana nak tau, tak reti. Pada hal dah tersengih-sengih gelakkan diri sendiri.

Pengajaran yang MD dapat adalah, kalau tak tahu tu tanya. Dan yang penting ambil tahu. Sebab si dia bukan selama-lamanya Allah pinjamkan pada kita.

Insiden pagi tadi juga buatkan MD muhasabah diri seketika. Betapa aturan Allah itu cantik. Dia menjadikan setiap ciptaan Nya berpasang-pasangan dan saling lengkap-melengkapi.

CM orang nya tak banyak mulut. MD pulak macam mulut murai.
CM pandai bab-bab teknikal. MD pandai arahkan je supaya perbetul itu, godek ini.. haha
CM sentiasa ada di masa-masa MD memerlukan, sentiasa mencukupkan apa kekurangan MD.
Walaupun kadang-kadang bila MD cerita dia macam tak ambil kisah, dengar tak dengar, tapi, MD tahu dia dengar.




Manusia ni memang selalu merungut macam-macam. Mahu kan yang sempurna umpama hero dalam drama Melayu atau Korea. Tak kurang juga Hindustan. Hakikatnya, itu dalam cerita sahaja. Jangan nak berangan lebih-lebih sampai membawak ke alam realiti..

Apa pun, bersyukur. Walaupun si dia tidak sempurna, kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang buat kita geram, kadang-kadang macam bercakap dengan dinding, kadang-kadang berlawan tengkar, tapi, dia tetap pasangan kita yang terbaik Allah dah aturkan untuk kita.. =')

Lagi pun, kita sendiri pun bukan nya sempurna sangat kan?

MD

Thursday, 19 February 2015

Macam mana cara nak atasi masalah badan letih lesu setiap kali travel

Assalamualaikum..

Lame MD tak menulis. Tak berapa nak ada masa lately ni. Pulun nak siapkan fail kajisemula sebelum ke kursus hari tu di Institut Sosial Malaysia, KL.

MD sebenarnya berbelah hati nak pergi tapi fikirkan yang penjawat awam ni kena cukupkan 7 hari kursus setahun untuk tujuan SKT, maka gagah jugak la pi.. Boleh 3 hari dah.. Nanti kita cari lagi 4 hari area Penang pulak..

Perjalanan jadi tak berapa nak fun sebab adik Akram demam nak naik gigi.. Meragam.. Ikutkan hati nak gerak sabtu petang, supaya Ahad boleh attend kelas di Faizworld. Tapi, apakan daya, mak mertua yang akan menemani sampai Kulim tengahari Sabtu. Akram pulak agak panas badan nya.. Mungkin lain kali ke Faizworld training tu..

Ahad kami gerak pagi-pagi. Sampai di Bukit Damansara rumah Kak Ya, dalam pukul 4 gitu. Rehat-rehat. Tak tahu nak ke mana berjalan.. Rindu pada si dia yang di tinggalkan di Kulim..

Dari Isnin sampai Rabu ulang alik dari Bukit Damansara ke ISM. Tak betah meninggalkan anak-anak sehingga tiga hari tak berjumpa. Sebab tu sanggup berulang alik walaupun selalu terkeliru dengan direction Uncle Waze.. hihi..

Anak-anak tak sihat.. Bermula dari Akram demam selsema batuk, melarat kepada Angah.. Kemudian kakak. Last sekali ibu pun tumbang jugak. Tapi kuatkan semangat demi anak-anak.

Alhamdulillah, belajar dari pengalaman yang lepas, kali ni MD tak ambil langsung apa-apa ubat dari klinik. Baik ubat selsema, batuk mahu pon demam. Semua pun natural. Hanya ambil suplemen Shaklee.

Dosage pun di 'up' kan dari kebiasaan.. Vitamin C dua biji 3x sehari, Garlic Compex pun 2 biji 2x sehari. Vitamin C untuk selsema.. Garlic Complex pulak adalah untuk boost antibodi MD. Sambil-sambil tu boleh salurkan pada Aus Akram melalui susu badan.. Malam ambil 4 biji Ostematrix. Sangat bagus untuk melegakan letih lesu dan sakit badan akibat kurang berehat.

Hari ni, demam sudah kebah. Selsema dalam keadaan terkawal. Batuk pun beransur baik.. Anak-anak masih selsema. Tu pun MD berikan pada Angah dan Kakak Vitamin C Chewable dan VitaLea chewable.. No more ubat yang ada drugs..

Sebelum MD undur diri, jemput tengok video ni.. Macam mana cara nak atasi masalah badan letih lesu setiap kali travel.. MD yang jarang kali travel jauh-jauh pun terasa sengal-sengal badan.. Nasib baik hari ni memang Public Holiday.. hihi..

Jemput tengok ya..








MD

Wednesday, 28 August 2013

Yeay!

Bismillah..

Saja nak share dengan korang.. Pagi ni MD whatsapp dengan CM, boleh ke nak jadi WAHM kalau bonus Shaklee MD dah mencecah sekian2 & MD masih x dapat transfer Kulim... Syukur, jawapan CM sangat melehakan hati dan menaikkan semangat untuk bekerja keras dalam bisnes Shaklee..

MD memang bercita2 nak jadi surirumah.. Nak duduk rumah dengan anak2, jaga anak2.. Tapi bukan duduk saja.. Duduk dan bekerja dari rumah.. Jana income dari rumah..

Memang sayang nak berhenti..(Ececeh..macam kompem je dah ye nak benti..) Bukan senang nak dapat kerja gomen. Ada pencen. Senang itu. Mudah ini.. Tapi hati saya di rumah. Dengan suami. Dengan anak-anak. Tak syok bila ingat-ingat anak2 hanya ada berapa jam je dengan mak.. Selebihnya dengan pengasuh. Hmm...

Lagi pun, MD berharap MD mempunyai masa yang flexible. Boleh ke mana2 bercuti or berjalan dengan keluarga. Tidak terikat nak kena mintak cuti. Tak serabut nak pk fail berlambak-lambak atas meja. Tak kecut perut ingat boss jegil bijik mata!..Hahaha.. Ampun ye boss!!

Anyway, korang doakan MD ye.. Doa kan bisnes MD berjalan lancar. Doa kan impian MD menjadi realiti..

Sayang u oll..

Hanni

Sunday, 9 June 2013

Jana pendapatan dengan Shaklee

Assalamualaikum..




Hari ni saya bukak newsfeed FB, banyak sungguh orang share psl ni.. Shaklee tawar pendapatan lumayan.. Ya, memang betul. Sangat berbeza Shaklee dengan MLM lain. Banyak sangat beza. Ramai orang tanya saya, apa yang Shaklee boleh bagi? Banyak.. Bukan setakat menjana pendapatan tapi lebih lagi dari itu.

Zaman sekarang ni semua pakai duit.. Kalau bawak duit RM50 pegi pasar tu boleh 2-3 barang je kot.. Beza dengan dulu.. Boleh bawak balik mcm2 kalau dulu. Mana nak cukup dgn duit gaji.. Duit mengasuh anak lagi, duit minyak kereta.. Ikat perut la bila sampai tengah bulan..

Saya selalu tengok leader2 hebat dari mana2 MLM lain. Saya pasang angan2 utk jadi seperti mereka. Tapi sebagai seorang yang bekerja makan gaji, mahu pun yang x bergaji (surirumah), saya rasa ketiadaan modal memang menjadi satu masalah besar. Jadi ahli memang murah. Seratus x sampai. Tapi utk perform, kena labur puluh2 ribu.. Wahh.. Sape ada duit banyak tu? But saya x nafikan, memang ada yang melabur. Dengan harapan berjaya.. Tapi turn out x ke mana. Lambakan stok bawah katil.. Nak jual pada siapa?

Tapi saya tengok Shaklee berbeza. Hanya bermodalkan RM75 sahaja seumur hidup. Tak percaya? Percayalah.. Sebab itu sahaja modal saya..

Mula2 saya bagitahu saya x pandai nak jual. Saya x ada basic tentang vitamin, suplemen n etc.. Macam mana kalau salah consult org..? Kalau bagus, Alhamdulillah.. Kalau x? Makan sumpah seranah orang sampai mati. Tapi saya x hidup dalam negatif. Saya cabar diri untuk belajar. Alhamdulillah saya boleh.. Bukan kata sekarang sudah hebat. Saya masih lagi belajar. Proses belajar saya x akan habis sampai bila2.. Boleh maksud saya ialah saya dah dapat rentaknya.. Saya ada support group yang boleh saya rujuk jika ada masalah.. Malah saya boleh google untuk beroleh lebih pengetahuan..

Sekarang saya boleh tarik nafas lega.. Di tengah2 bulan, waktu orang tengah kering ikat perut, tapi duit bonus saya masuk. Hari2 ada duit masuk jugak.. Alhamdulillah.. Mula dengan bonus 2 angka. Kemudian naik 3 angka.. Sekarang 4 angka.. Alhamdulillah.. Sangat2 membantu saya. Saya dah x perlu harap duit suami, malah saya boleh tolong dia lagi.. Rezeki yang Allah bagi. Bagi orang yang tiada masalah kewangan, mungkin fikir RM1000++ bonus tu kecik. Tapi bagi orang lain, Sudah besar sangat nilai nya..  Ni benda pertama yang saya nampak. Shaklee bagi duit. Financial freedom. Semakin kuat usaha u, semakin banyak hasil u. Tinggal nak dengan x nak lagi..

Kemudian Shaklee bagi kereta. Tapi bukan kereta sedebuk sebijik. Shaklee bagi dalam bentuk cash. Terpulang pada kita nak beli kereta apa pun. Nilai car bonus tu makin lama makin beranak. Dari 4 angka ke 5 angka.. X seronok lagi? Boleh suka hati nak guna duit tu utk apa. Nak beli umah? Nak simpan tabung haji? Nak beli emas utk simpanan? Semua boleh..

Dah bagi duit, Shaklee taja pulak pakej jalan2. Dalam negara? Luar negara? 5 star beb! Siapa x nak? Kita nak p bercuti anak beranak g tido hotel bajet pun jenuh berkira2 bajet duit.. Ni Shaklee sponsor semua.. Heaven betul.. Esok tetiba keluar yang no 3.. Eh...?

Shaklee juga banyak ajar saya utk lebih positif. Bukan duduk diam mengharap keajaiban tanpa usaha apa2.. Shaklee ajar erti persahabatan. Team work. Rasa dihargai. Menghargai. Sangat best..

So buat anda di luar sana, yang mahu menjana pendapatan bersama Shaklee, nak rasa manis nya Shaklee ni, jom join saya.. Saya akan tunjuk ajar anda. Group kami dinaungi oleh Master2 yang hebat. Malah leader2 yang hebat juga.. Mereka x pernah lokek untuk berkongsi ilmu, berkongsi kejayaan dengan anda.. Just PM saya di FB --> Hanni Kamilla Hanafi. E-mail --> hanni.kamilla@yahoo.com. SMS/whatsapp --> 013-5818283. Hanya RM75 sahaja.

Hanni

Sunday, 19 May 2013

Cerita Malam minggu..

Assalamualaikum..

Malam semalam, saya ajar anak dara saya yang sulung.... Sambil2 tengok TV..



Ibu : Kakak, nama ibu Hanni.
Kakak : Nama ibu Ani...
Ibu : Nama ayah Mohamad.
Kakak : Nama ayah Moamad..
Ibu : Bagus, pandai anak ibu...
Kakak : Yeay!!

Ibu : Kakak anak ibu tau.. Ibu sayaaangggg kakak.. (sambil peluk2 cium dia..)
Kakak : (ketawa)

Setelah beberapa sesi ulangan soalan dan jawapan yang sama seperti di atas...

Ibu : Nama ibu siapa?
Kakak : Anie!
Ibu : Pandai! Nama ayah siapa?
Kakak : Moamad!
Ibu : bijak nya anak ibu ni...!! Ok, Nasywa anak Hanni ke Mohamad?
Kakak : Anak Moamad!
Ibu : ( T.T ) anak ayah ke anak ibu?
Kakak : Anak ayah!
Ibu : (nanges lagi!!!)

Setelah mencuba beberapa kali dengan pusing2 soalan yang sama..

Kakak : ishh.. ibu ni.. kakak anak moamad la!

Ok, Sekian...

Hehehe....

Hanni

Friday, 10 May 2013

Kisah Anak2..

Assalamualaikum..

Kalian yang saya sayangi..

Apa saya nak bebelkan ya hari ni? Seminggu dua ni hidup saya macam agak huru-hara sikit..

Kenapa? Mula2 kakak Nasywa x sihat. Selsema, batuk dan sakit mata.. x tahu lah berjangkit dari siapa.. Kemudian bila kakak beransur baik, adik Zahra pulak berjangkit. Cukup pakej. Demam, batuk, selsema dan sakit mata. Oleh kerana si Zahra ni karektor dia agak manja, jadi boleh dikatakan selang sejam dia akan terjaga merengek menangis menyondoi kat ketiak ibu.. =.='

Dah la CM kerja malam bulan ni.. Time cuti pun dia pulun pegi OT jgk.. X pe lah.. boleh la bagi lebih lagi pada saya lepas ni.. Ooppss.. Hihi..

Kali ni saya x bagi ubat pada anak2 saya.. Kecuali ubat titik dalam mata sahaja. Ikhtiar lain saya cuma bagi secubit Nutriferon, omega dan vitamin C sahaja. Mungkin penyembuhan lambat tapi keadaan anak2 terkawal.. Alhamdulillah.. Mungkin adik nak boleh berjalan pulak kot lepas ni..
Sekarang tukang sepah dah jadi 3 orang

Pandai nak isap kaki lak. Tunggu dulu la nak wei..

Cantik manis saya..

Bercakap pasal anak2, cantik manis saya yang nama Zahra ada hobi baru.. Main bawah meja makan dan nangis sambil menjerit dengan suara yang nyaring.. Kadang2 sebab geramkan kakak pun dia akan menangis sambil jerit.. Patu x masuk lagi bila menyepah barang mainan.. Dah pandai selongkar bakul mainan yang lagi beso dari dia tu.. Haish.. Macam2.. Habit dia masih lagi suka isap ibu jari tangan kanan.. Ade cara x yang boleh saya gunakan untuk mengelakkan dari dia isap jari? Ce bagi petua pada saya..

Si Nasywa pulak makin lasak. Semakin banyak akal. Semakin menggeramkan hati saya.. Nasib baik la comel, nak marah pun selalu x jadi dibuatnya. Cakap semakin banyak.. Macam hari tu masa kitorang nak keluar makan malam.. Nasywa dengan relax cakap, "ibu, kereta ayah sangat kecil lah".. saya macam what?!! Amboii.. yang CM dah tergelak2 ckp bukan kereta ayah la.. Ni kereta ibu.. Amboi Amboii.. bukan main dua beranak ni ngata kereta ibu ye..

tolong ibu bungkus brg kastemer
lagak kalah org beso..

Tu x masuk lagi akai dia yang lain seperti curah underwear n cloth pad ibu yang berendam dalam bilik air tu ke dalam lubang jamban, tuang toner ibu atas lantai, panjat almari nak amik bedak dan tabur sampai habis atas lantai n etc etc etc.. Kadang2 saya rasa jiran saya mesti pk saya ni dera anak kut.. Anak baru dua tapi berleter pot pet pot pet macam anak ada 10 orang je.. Kadang2 stress sungguh la dengan perangai dia, tapi bila dok diam2 bertenang, saya akan ketawa.. Masa kecik depa ni x boleh nak diulang.. sok depa dah besaq, tinggal la ibu ngan ayah bercinta dua orang je.. Huk Huk Huk...

Hanni

Sunday, 14 April 2013

Kisah Malam Jumaat.

Assalamualaikum.


Tajuk cam hampeh aje ye kome? Haa.. Jangan koner2 ek.. Entry ni adalah minggu lepas punya kejadian tapi dok dalam draft sebab mencari waktu dan peluang tu sangat lah susah.. Kena ada feel sikit.. Hihi..


Haa.. Gini ceritanya.. Hari selasa lepas, time nak mandi tu tergerak hati nak buka cincin 2 bentuk letak atas almari solek. Bila keluar bilik air tu nampak la Nasywa dok pegang main dengan cincin saya. Anak perempuan kan.. Mana tak tumpah kuah kalau bukan kat nasik kannn... Ok, saya suruh dia simpan balik.. Nampak la dia bubuh kat mana saya letak mula2..


Tengah2 nak sikat rambut baru perasan.. Ada 1 bentuk je tinggal. Eh.. Mana lagi satu? Panik ok cincin kawen hilang! Jenuh saya tunggeng terbalik mencari.. Cari merata dalam bilik. Terutamanya bawah katil.. Tapi x jumpa.. Panik sangat.. Sampai ke sudah tak jumpa. Tension sungguh malam tu.. Rasa nak marah Nasywa sebab hilangkan.. Bila tanya dia jawab dengan relax je cincin ibu dah ilang.. Aaarrrggghhhhhh!!!! Tapi what do u expect? Budak2 memang camtu lah kan.. Suka nak explore..


Hari Rabu tu balik kerja saya cari lagi.. Tempat yang sama jugak.. Tapi masih lagi x jumpa.. Saya dah berputus asa.. Nak menangis semua ada.. ok, masih cuba bertenang & buat x tau..


Hari Khamis, balik kerja saya call K. Ilah.. Dia ni petugas di PDK.. Saya pun tak tau apasal call dia.. Just nak mintak dia tolong tengok kan saja.. Kata dia, dia nampak cincin tu jatuh. Tapi jatuh kat area katil. Lepas tu dia x nampak.. Kata dia lagi cincin aku tu ada benda yang berkenan.. Hah?! Sape? Alaa.. Bunian pun hidup same kite jugak.. Dia berkenan dengan cincin mike kate kak Ilah tu.. Huh! Naik bulu roma aku. Dah la time nak maghrib K. Ilah cakap.. K. Ilah kata malam ni malam jumaat.. Baca yasin. Mohon dengan Allah, jika rezeki cincin tu saya punya, jumpa lah.. Kalau x, redha saja lah.. So itu yang saya buat.. Tapi bukan niat itu semata.. Saya sedekah kan pada keluarga saya sama.. So malam tu saya bagi tempoh bertenang pada diri saya.. Bukan lah nak percaya sangat benda2 mistik ni tapi sekadar ikhtiar.. Selebihnya saya berserah pada Allah..


Pagi2 esok nya saya cari secara sambil2 bersiap nak gi kerja. X jumpa di kabinet semua.. Saya try jenguk bawah katil.. Hah!! Ada!!!!! Alhamdulillah!! Tapi yang hairannya, saya dah jenguk tempat yang sama cincin tu duduk berpuluh kali tapi x jumpa..


Terdiam saya sekejap.. Lama saya pandang cincin yang duduk bawah katil tu.. Saya yakin sangat, dah banyak kali tengok tempat yang sama tapi x jumpa.. Mistik sungguh la pagi tu.. Meremang2 bulu roma d buat nya..


Anda pernah kena macam saya?


Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 27 March 2013

Diari harian saya

Assalamualaikum..

Ihsan google.

Lately ni rasa sibuk sangat.. Start dari awal tahun, sangat sibuk. Banyak nya lambakan kerja. Yang orang dulu2 x buat ulangkaji bantuan, yang mai mohon bantuan baru walaupun dah sahih kadang tu x layak.. Nak siasat kes, lawatan ke rumah.. Balik umah utama kan family dulu baru boleh nak biz lepas tu.. Letihhhhh sangat..

Saya bangun seawal 6.15 am.. Kadang lebih awal sebab alarm CM memekak kesunyian pagi.. Tuannya x juga sedar2..cess! So sementara anak2 still tido, saya dah ligat gosok baju, siap depa punya beg, susu, baju yang nak kena hantar ke rumah Mak Ngasuh nya, siap kan vitamin yang nak makan untuk hari tu, perah susu, gosok baju tudung, mandi dan minum ESP! Kemudian, kedek2 angkat 2 kanak2 manis masuk dalam kereta untuk d hantar ke rumah Mak Caq sebelum pecut (pecut la sangat..) pegi kerja. Bila time lori berjemaah keluar, maka makin gigih lah saya berzikir mengikut bontot lori.. Bila time tu ada pak long / mak long / apek / nyonya lak keluar mencari rezeki, saya pon dengan selamba potong-memotong sesuka hati.. Hahaha...

Sampai office dah pulun buat kerja. Fail bertimbun2.. Rumah nak kena pi melawat. Internet lak pakai line negeri. So, sangattttt 'laju'.. Sampai kadang2 tu rase nak hempok2 je PC ni.. Ok lah..bab kerja hakiki di ofis tu sendiri paham lah kesibukannya mcm ne..

Saya keluar ofis pukul 5.30pm.. Tempoh sesak dengan lori segala macam dekat Jalan Valdor nak sampai ke Junjung tu.. Paling awal selalunya akan sampai rumah Mak Caq pukul 6.10pm camtu.. Paling lewat pukul 7pm. Seboleh2 nya saya x mahu sampai lebih lewat dari tu sebab kesian kat Mak Caq dan kesian sama anak2 saya seharian dok rumah orang..

Sampai rumah, bawak masuk kanak2 comel dalam rumah, masuk kain baju kotor depa dalam mesin, letak botoi susu yang dah pakai dalam sinki, bukak tv untuk bagi kakak dan adik ralit sementara ibu jadi supermom dalam rumah. Tapi selalunya taktik bukak tv tu hanya menjadi pada kakak sahaja.. Bukak Disney Junior, nak2 ada cerita Jack The Pirate, Timmy Time, Pororo ngan Doc Mc Stuffin tu.. Adik pulak x berapa tertarik dengan tv. Mungkin pembawakan masa mengandung dulu kot. Mengandung Nasywa rajin tengok tv. Mengandung adik x sempat tengok tv. Kadang2 saya pakat dengan kakak untuk main dengan adik supaya saya sempat mandi sat.. Maka kakak main lah sat sebelum kemudiannya buat adik.. T.T

Sesudah maghrib, saya ligat pulak siap makan malam untuk CM dan anak2. Kadang2 saya beli je di luar sebab x sempat. At least saya boleh fokus pada lipat kain or buat benda lain.. Then bagi makan anak2. Basuh pinggan mangkuk yang guna time makan tu, siap semayang isya', gosok gigi dan etc.. Time ni selalunya pukul 9pm.. Zahra memang dah mengamok2 time ni nak merap tido.. So susukan dan bagi tido. Dulu saya masih boleh lagi bkk FB bila susukan dia.. Dah makin bijak ni, pantang tengok cahaya, terus bangkit duduk.. So kalu dia tidur dulu, ada lah masa saya berbisnes. Kalau dia lewat nak kena ngulit2 dulu, silap2 saya kot yang tido dulu! Selalunya gitu la.. hehehe... Anak2 saya ajar tidur awal sejak dari kecik. Paling lewat pukul 10. Mesti masuk tidur pukul 10.

Demikian lah saya punya aktiviti harian.. Tipikal ibu yang bekerjaya. Tambahan sikit buat side income dengan Shaklee.. Saya rasa kebanyakan ibu bekerja macam tu kot.. Ibu2 surirumah lain sikit gayanya namun saya pasti kesibukannya tetap sama jugak.. Hari anda macammana pulak?

Hanni