Sunday, 24 May 2015

Suami Isteri Saling Melengkapi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Mencuri masa untuk update blog kesayangan MD ni. Lately MD agak sibuk. Uruskan anak-anak. Handle jiwa yang kekacauan lagi.. hehe.. Eh, MD sokmo jiwa kacau ek?

Bukan jiwa kacau. Cuma, bila anak dah masuk 3, ibu yang cantik agak kelam kelibut untuk handle semua perkara yang berlaku secara serentak. Contoh, sewaktu ibu menyusukan Akram, Zahra datang merengek nak air dan dalam masa yang sama Nasywa kalut nak yak-yak. Sedangkan ayah tiada di rumah kerana bekerja.. hihi.. Kadang-kala boleh nak berlemah lembut, tapi sokmo juga ibu marah-marah manja... kui kui kui...




Teringat insiden pagi tadi.. Kisah MD suami isteri..

Alkisahnya semalam kami balik kampung. So macam biasa sebelum keluar, kami pastikan suis lampu kipas heater apa bagai semua ditutup. Termasuk lah modem streamyx. Walaupun tak tidur di kampung, tapi mana nak tahu kan kalau hujan petir ke apa, sambar modem.. Dah sepasal pulak kan..

Lepas Maghrib kami gerak balik semula ke Kulim. CM drop kami, dan terus pergi kerja. MD pun ambil kemas barang-barang yang bawak balik dari kampung, lipat kain, siap beg baju nak hantar ke taska esok.. Teringat nak on modem tu..

Bila on je, tengok tak nyala pulak lampu banyak-banyak atas modem tu.. Dengan juruih nya, MD whatsapp CM tanya pasal apa..

Penat CM suruh reset la apa la.. Tapi selaku manusia yang 'pandai' sangat bab gini, maka MD awal-awal lagi dah give up. Tambahan pulak bila CM kata streamyx tak de line la tu macam biasa, lagi la merudum semangat nak menggodek benda alah tu. Terbantut segala hasrat nak update blog la, buat transaction online and etc.. Alasan tak leh blah.. haha...

Rupa nya bila dia balik pagi ni, dia kata memang la tak boleh guna. MD tak cucuk wayar line telefon tu dekat modem.. hahaha.. Malu gila kat CM. Tapi buat-buat cool je cakap mana nak tau, tak reti. Pada hal dah tersengih-sengih gelakkan diri sendiri.

Pengajaran yang MD dapat adalah, kalau tak tahu tu tanya. Dan yang penting ambil tahu. Sebab si dia bukan selama-lamanya Allah pinjamkan pada kita.

Insiden pagi tadi juga buatkan MD muhasabah diri seketika. Betapa aturan Allah itu cantik. Dia menjadikan setiap ciptaan Nya berpasang-pasangan dan saling lengkap-melengkapi.

CM orang nya tak banyak mulut. MD pulak macam mulut murai.
CM pandai bab-bab teknikal. MD pandai arahkan je supaya perbetul itu, godek ini.. haha
CM sentiasa ada di masa-masa MD memerlukan, sentiasa mencukupkan apa kekurangan MD.
Walaupun kadang-kadang bila MD cerita dia macam tak ambil kisah, dengar tak dengar, tapi, MD tahu dia dengar.




Manusia ni memang selalu merungut macam-macam. Mahu kan yang sempurna umpama hero dalam drama Melayu atau Korea. Tak kurang juga Hindustan. Hakikatnya, itu dalam cerita sahaja. Jangan nak berangan lebih-lebih sampai membawak ke alam realiti..

Apa pun, bersyukur. Walaupun si dia tidak sempurna, kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang buat kita geram, kadang-kadang macam bercakap dengan dinding, kadang-kadang berlawan tengkar, tapi, dia tetap pasangan kita yang terbaik Allah dah aturkan untuk kita.. =')

Lagi pun, kita sendiri pun bukan nya sempurna sangat kan?

MD

No comments:

Post a Comment