Lama MD tak update catatan di sini.. Maklum lah, baru tukar tempat kerja baru, baru tukar unit baru, segalanya baru, jadi agak kejutan budaya di situ.. Kerja tu macam tak sudah-sudah je rasa nya. Mampu ber'huhuhu' je la...
Kalau yang mana ada friend dengan FB MD, mesti perasan MD up status meroyan kat atas yang bunga kesayangan - Desert Rose - kena rembat.. Ala, orang melayu panggil bunga kemboja ek? Entah.. MD bukan reti nama melayu sangat =p
Tapi bunga ni special sebab Siam mari. Kelopak banyak. Dah la anak pokok ni beli murah je kat nursery di Bukit Tambun. Kalau pi nurseri biasa harga dalam doploh tigaploh jugak la anak dia. Tak kira pasu lagi tanah lagi. MD beli ritu siap pasu tanah bagai, doploh lebih ja.
Sedih nya.. Lama MD bela.. Letak atas tembok pagar rumah buat hiasan rumah kami yang kosong tak de renovate, tak de bercat tak ada apa. Tetiba pagi jumaat keluar nak siram pokok tengok, 'eh, ape hal kosong atas tembok ni?!'
Jenguk kat longkang, kat tepi jalan, kut-kut ribut sampai terjatuh ke kan.. Tapi clean and clear je jalan. Tak ada pulak tanah ke apa ke.. Dalam hati, CM buang ka? Haha.. Ampun kan isterimu abang.. =D CM tak minat sangat bunga. Orang laki kan, jarang nak jumpa lelaki yang minat bunga.
MD serius tak terfikir pokok tu di curi orang sebab nya pokok je pun kan. Amende ko dapat kalau curi pokok bunga? kan? kan?
Rupanya bila MD share dalam group whatsapp ibu-ibu KTC3, memang ada makhluk-makhluk penyamun pokok bunga.. Samada peminat bunga jugak atau memang jenis penyamun asal apa boleh buat duit, sapu ja semua.. Grrr..
Ibu-ibu KTC kata depa pun selalu jugak pokok kena curi. Especially orkid.. dan pokok-pokok yang mahal ni..
Mama cakap, tu senang-senang orang tu boleh buat duit jual RM100 sepasu. Aduhhh.. Geram sungguh hati. Kalau tahu, memang MD letak kat tempat lain, makna nya bukan dok atas tembok rumah.. Biar pokok hat biasa-biasa je dok atas tembok.. tu pon kalau rembat jugak memang mangkuk tingkat sungguh la penyangak ni..
Bila whatsapp CM gitau pokok hilang, dia reply tanya boh mana ja. Lepas tu senyap malas nak layan bini dia merepek merempan agak nya.. haha...
Sebab pokok kena curi, MD mencemar kaki semula pi nursery semalam.. Muahaha.. Nanti MD share dalam entry lain pokok apa MD beli..
No comments:
Post a Comment