Kalian yang saya sayangi..
Apa saya nak bebelkan ya hari ni? Seminggu dua ni hidup saya macam agak huru-hara sikit..
Kenapa? Mula2 kakak Nasywa x sihat. Selsema, batuk dan sakit mata.. x tahu lah berjangkit dari siapa.. Kemudian bila kakak beransur baik, adik Zahra pulak berjangkit. Cukup pakej. Demam, batuk, selsema dan sakit mata. Oleh kerana si Zahra ni karektor dia agak manja, jadi boleh dikatakan selang sejam dia akan terjaga merengek menangis menyondoi kat ketiak ibu.. =.='
Dah la CM kerja malam bulan ni.. Time cuti pun dia pulun pegi OT jgk.. X pe lah.. boleh la bagi lebih lagi pada saya lepas ni.. Ooppss.. Hihi..
Kali ni saya x bagi ubat pada anak2 saya.. Kecuali ubat titik dalam mata sahaja. Ikhtiar lain saya cuma bagi secubit Nutriferon, omega dan vitamin C sahaja. Mungkin penyembuhan lambat tapi keadaan anak2 terkawal.. Alhamdulillah.. Mungkin adik nak boleh berjalan pulak kot lepas ni..
Sekarang tukang sepah dah jadi 3 orang |
Pandai nak isap kaki lak. Tunggu dulu la nak wei.. |
Cantik manis saya.. |
Bercakap pasal anak2, cantik manis saya yang nama Zahra ada hobi baru.. Main bawah meja makan dan nangis sambil menjerit dengan suara yang nyaring.. Kadang2 sebab geramkan kakak pun dia akan menangis sambil jerit.. Patu x masuk lagi bila menyepah barang mainan.. Dah pandai selongkar bakul mainan yang lagi beso dari dia tu.. Haish.. Macam2.. Habit dia masih lagi suka isap ibu jari tangan kanan.. Ade cara x yang boleh saya gunakan untuk mengelakkan dari dia isap jari? Ce bagi petua pada saya..
Si Nasywa pulak makin lasak. Semakin banyak akal. Semakin menggeramkan hati saya.. Nasib baik la comel, nak marah pun selalu x jadi dibuatnya. Cakap semakin banyak.. Macam hari tu masa kitorang nak keluar makan malam.. Nasywa dengan relax cakap, "ibu, kereta ayah sangat kecil lah".. saya macam what?!! Amboii.. yang CM dah tergelak2 ckp bukan kereta ayah la.. Ni kereta ibu.. Amboi Amboii.. bukan main dua beranak ni ngata kereta ibu ye..
tolong ibu bungkus brg kastemer |
lagak kalah org beso.. |
Tu x masuk lagi akai dia yang lain seperti curah underwear n cloth pad ibu yang berendam dalam bilik air tu ke dalam lubang jamban, tuang toner ibu atas lantai, panjat almari nak amik bedak dan tabur sampai habis atas lantai n etc etc etc.. Kadang2 saya rasa jiran saya mesti pk saya ni dera anak kut.. Anak baru dua tapi berleter pot pet pot pet macam anak ada 10 orang je.. Kadang2 stress sungguh la dengan perangai dia, tapi bila dok diam2 bertenang, saya akan ketawa.. Masa kecik depa ni x boleh nak diulang.. sok depa dah besaq, tinggal la ibu ngan ayah bercinta dua orang je.. Huk Huk Huk...
No comments:
Post a Comment