Entry ni MD dah lama draft dalam kepala.. Kih kih kih.. Dalam kepala okay.. Nampak sangat dah lama tak bukak blog kan..? Maaf kan daku..
Raya hari tu, anak-anak buah MD bawak keluar album lama-lama MD punya. Depa dok gelak-gelak, MD pun tumpang tengok semula, teringat memory lama-lama la.. Hihi.. Zaman Sekolah rendah, Taekwondo, Silat Gayung Fatani, Sek Raja Perempuan Taayah, Sekolah Sri Ipoh, Matriks UIA bla... bla.. bla.. Sampai la terjumpa gambar Pen-Pall MD from Turkey..
Pen-Pall ni wujud zaman MD umur 16-17 tahun dulu kot lebih kurang. Tahun 2005 ke bawah camtu la kan.. Sangat glamer dengan Pen-Pal ni time tu. Ye la, mana nak ada Facebook masa tu. Nak pulak duduk di asrama kan... So, itu je lah cara nak menambah kenalan dan speaking omputih kann... haha..
Boleh kata semua kawan-kawan MD masa di Taayah dulu ada join isi borang bayar duit etc. MD pun gedik-gedik sama. Company tu akan match kan sahabat pena tu ikut pilihan negara yang kita mahu.
Kita akan di beri slip warna kuning berisi nama, alamat, umur dan gender kenalan baru kita tu. MD rasa ada simpan lagi slip tu di Ipoh. Tapi, nak korek-korek balik tu memang jenuh sikit la rakyat ramai ni.. Depa pun munggah sama sat lagi.. hihi.. Nanti kalau balik Ipoh, MD try punggah tengok ada lagi ke tak..
So, negara pilihan MD adalah Argentina dan Turkey. Turkey tu lelaki. Dan Argentina tu perempuan.
Yang Argentina tu MD ingat, nama nya ialah Maria Laura Aki-Iguchi. Ayah nya Jepun kalau tak silap. Lama jugak lost contact dengan dia. Sempat berbalas surat dalam setahun macam tu. Lepas tu dah sibuk macam-macam, diam macam tu je..
Yang Turkey pun MD ingat nama nya. Cuneyt Kursun. Di alamat dia ada nama --> Kuyucak Ayden. Tak tahu nama tempat ke nama jalan ke.. hihi.. Dengan dia ni sangat rajin berbalas surat. Dia pun rajin hantar gambar keluarga dan sebagainya. Ada dua beradik. Dia dan adik perempuan nya. Dah Tingkatan 5, masing-masing lost contact juga.
Selalu jugak MD ingat depa dua orang ni.. Tapi tak pernah pulak terfikir nak search di FB. Ada search di Google tapi tak pernah pulak jumpa..
Tapi baru-baru ni, MD saja test search di FB nama diorang. Yang Maria Laura tu entah sesapa tah keluar nya.. Tapi yang lelaki, tengok-tengok ada nama Cuneyt Kursun!
Tengok gambar, macam ada iras-iras. Tapi takut juga salah orang pulak nanti malu je kan.. Tapi, tawakal lah add dia..
Dah add, saja la PM dia di FB.. Takut juga salah orang kan.. huhu..
Haa.. tengok apa dia balas.. belum apa-apa dia dah dulu cakap long time no see.. Rasa macam syahdu, penpall kita still ingat kita kome wehh!! Terus typo sebab nervous.. Last contact tahun 1999 ke 2000 ke entah la tak ingat. 15 tahun selepas itu, he still remember me! Terharu OK!
Anyway, penpall MD tu baru kawen. Cantik isterinya. Dia sekarang kerja sebagai English Teacher.. Dan2 la MD rasa lagi gagap nak chatting dengan dia sebab English MD dah ke laut Cina Selatan.. Kah kah kah...
Nanti MD nak cari sorang lagi penpall MD yang duduk Argentina tu sampai dapat.. Doakan MD dapat jumpa ya..
By the way, MD tak cerita pada CM yang MD ada penpall sebab maluuuu.... Nanti dia kata poyo la sayang ni.. haha... Tapi, mama MD tahu sebab dulu Mama la tukang pos surat pada penpall tu.. hihi..
Korang ada penpall? Ingat lagi tak pada penpall korang? Cuba share sikit dengan MD. Hihi.. Yang pasti, zaman-zaman MD ja ada. Zaman la ni, tak de dah.. ke ada lagi?
No comments:
Post a Comment