Tuesday, 9 September 2014

Tanda-tanda Awal Bersalin

Assalamualaikum..

Hari ni saja nak share tanda-tanda awal bersalin yang MD google di internet.. Ada 8 tanda-tanda awal bersalin.. Jom kita tengok..





8 Tanda-tanda Awal Bersalin

-------------------------------------


1. Sakit Belakang - Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil.Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran.Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat.Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.

Sementara itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri anda seperti merangkak, kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas. Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali.Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan.Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.


isk.. ni sejak 8 bulan lagi MD dah rasa sakit kat belakang ni.. terutamanya di bahagian bawah tulang punggung tu.. Ada juga pegi ngurut, tapi lega sekejap je la. Lepas tu sakit lagi. Alternatif nya MD telan la Ostematrix before tidur.. Rasa lega sebab lepas bangun tu sakit pinggang tu hilang..


2. Kontraksi rahim - Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda bersalin. Kontraksi adalah  rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda  akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.

Sekiranya sudah mengalami kontraksi, cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya. Kontraksi sebenar berlaku secara  teratur  pada jarak masa yang konsisten.

Jika kontraksi yang dialami berlaku setiap lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan semakin kerap, segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan. Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri. 


Hmm.. yang ni MD tak tahu mcam mana nak kata sebab selalu juga rasa contraction ni. Tak tahu tu Brixton Hicks ke memang contraction nak bersalin ke. Tapi bawah perut rasa tegang sangat. Ari-ari pun sakit. T.T

3. Bloody show - Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks. Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi. Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital.  Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.


yang ni tak pernah alami selama dah beranak 2 orang ni. Diorang dua orang ni tanda nya contraction. Lepas tu doktor yang pecahkan ketuban.

4. Pecah Ketuban - Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijauitu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih  berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil  yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing. Untuk pengetahuan, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil. Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.

Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.  


hm.... pun tak ada pengalaman pecah ketuban sendiri..

5. Serviks terbuka - Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan. Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.


Setakat yang admit hari tu belum lagi ada bukaan.. 

6. Perut memulas - Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan, ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas umpamanya.


hehe.. yang ni selalu nya memang akan membuang pun.. hihi...

7. Perut "turun" - Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.


yang ni memang dah turun.... Kepala pun dah duduk di dalam laluan dah.. tunggu time jer... huhu 

8. Kerap membuang air kecil - Apabila bayi sudah bergerak ke bawah, sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah, anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil. 

Ni tak tau la nak cakap.. Rasa nak bertapa dalam toilet je. haha..


Moh la kita amalkan doa ni.. Moga-moga di permudahkan bersalin nanti.. InsyaAllah..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baca pengalaman MD bersalin di sini. Jika anda masih tercari-cari Set Berpantang yang super best, boleh baca pengalaman MD berpantang. Dapatkan Set Berpantang yang sangat ohsem ini dari MD sekarang. Boleh whatsapp 013-5818283 untuk respon yang cepat!
MD

No comments:

Post a Comment