Sunday, 20 July 2014

Dilema Ibu Yang Terpaksa Berpantang Sendiri Nak Makan Apa?

Assalamualaikum..

Lately ni MD banyak terima berita, lepas sorang-sorang selamat melahirkan baby masing-masing.. MD masih bertabah menunggu lagi 2 bulan.. Dalam pada tu, ada juga ibu yang dalam dilema sebab terpaksa berpantang sendiri, tak tahu nak makan apa...  So jom cekidaut apa la yang ibu-ibu dalam pantang nak makan nanti... Moga bermanfaat untuk semua..




1. Ikan

Mengikut petua orang Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah ikan haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. 

Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Manakala ikan yu pula, secara tradisinya, dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.



2. Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperolehi di mana-mana. Antaranya seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E yang mana ianya bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai di makan oleh ibu dalam pantang. Contohnya, daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

3. Sayyur-sayuran dan Buah-buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, seuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, pisang udang, cempedak,ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin dan binjai. 

Makanan tersebut dilarang krana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai arthritis dan rheumatisme.


4. Ayam dan Burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ibi dikukus dan di ambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. 

Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


MD

No comments:

Post a Comment