Thursday, 8 January 2015

Azam Tahun Baru 2015

Assalamualaikum..





Semua buat dah entry azam tahun baru 2015 masing-masing. MD je yang baru hegeh-hegeh nak buat. Alasan klise -- MD sangat sibuk tapi MD tak main golf.. Ooppsss.. *tutup mulut*

Untuk 2015 ni, macam-macam yang MD nak buat.. Meh MD list kan. 

1. Update blog 1 hari 1 entry.

Yang ni awal-awal lagi dah fail. Dah hari ke8 Januari, entry baru dok ada 3. Tapi tak pa, MD akan qadha' mana hari yang lompong. Setahun ni mesti ada 365 entry.. Nanti 31hb Disember kita kira. Berjaya tak update 365 entry. Kata nak jadi blogger tegar kan?! Bawah sikit dari taraf RedMummy pon kira baguih dah..kah3..

2. Buat awning dan pagar rumah.

Ni azam no 2. MD nak kumpul duit berniaga Shaklee untuk buat awning dan pagar rumah. Rumah kami beli ni standard. Tuan terdahulu tak ada buat apa pun. Tapi tak pe, sebab rumah depan padang mainan dan surau, ape kisah kan standard ke dah siap renovate ke.. Doakan MD ya..

3. Nak tanam bunga untuk deko halaman.

Selalu MD rasa MD ni tangan panas. Pokok Aloe Vera je yang mau hidup..haha.. tapi, beno nya, macam tak berapa rajin dulu nak deko tanam bunga bagai sebab dok rumah sewa. tapi la ni sejak dah duduk rumah sendiri ni, tergila pulak dengan Ros Jepun (RJ).. Menjadi-jadi lak rasa la ni menanam sikit-sikit pokok bunga.. Nanti MD up entry pasal hobi baru ni..

4. Nak dapatkan berat badan idaman.

MD sekarang tengah usaha nak diet. Tapi bukan ekstrem diet. Slow-slow la.. Bukan nak banyak pun, 55kg cukup lah.. Kalau kurus sampai 47kg macam sebelum kawen, kang nampak pipi cengkung jalan pun rasa melayang-layang..

5. Nak naik rank dalam Shaklee.

Azam yang ni mesti kena buat. Kena pulun smpai dapat. At least Disember 2015, MD dah rank Sr Coordinator dengan income 5 angka! Tak ada yang mustahil kan? Doakan MD. Doakan anak-anak bisnes MD sama. MD nak naik sama-sama diorang.

6. Penuhi Master Checlist.

Ya, tahun 2015, MD harap dapat penuhkan master checklist ni. Liat beno nak boleh kan penuh list tu. Penyakit M tu besaq sangat. Buat yang wajib je sudah kata nya.. Alasan je lebih. Pang sekali baru sedar diri agaknya..


Hm.. cukup la 6 dulu.. List berjela panjang pun belum tentu buat semua.. haha.. Ni 6 yang di listkan ni adalah perkara yang top priority yang MD nak sangat-sangat-sangat-sangat buat.

Kita tengok nanti 31hb Disember 2015.. Doakan MD.



MD

Thursday, 1 January 2015

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?

Assalamualaikum..

Basic H ni pernah kontroversi satu ketika dulu. Ke masih kontroversi lagi sekarang? Haha.. Shaklee ni ape je la yang tak kontroversi ye dok? Fokus pada Basic H. Bila orang kata Basic H adalah pencuci lantai, tapi boleh segarkan sayur, kita kata gila ke ape? So mari kita kupaskan. Betul ke Basic H sangat bahaya?

Yang mula jadi kontroversi adalah bila ada penyebaran gambar-gambar sebegini.




Mahu pun begini..




Sana-sini dok hentam. Haish... Apa kata berkenalan dulu dengan pencuci serbaguna ni dulu.. Lepas tu kita pk balik nak hentam jugak ke nak start guna Basic H.


Apa itu Basic H?



Basic H adalah pencuci serbaguna yang mempunyai 1001 kegunaan. Jika di lihat pada label di belakang botol Basic H, atau pun di website Shaklee, hanya di tulis 3 sahaja sahaja kegunaan nya iaitu cuci lantai, tingkap dan perkakas dapur. 

Lagi 997 kegunaan adalah hasil eksperimen lebih 700 000 ahli di seluruh dunia.

Kandungan utama Basic H2 adalah minyak jagung dan minyak kelapa.





Betul kah bahaya?


Sebenarnya begini.. MD berikan perumapamaan yang kita mudah fahami. Kita ni cepat sangat nak melatah. Tapi kita sedar tak yang kadang-kadang kita cuci puting atau botol susu anak kita dengan pencuci pinggan mangkuk biasa yang memang dah tentunya ada bahan kimia. Tak ada pulak kita rasa benda tu bahaya untuk anak kita..

Nak lagi sadis, rendam dalam clorox untuk buang daki susu di puting atau botol susu!!

Gamaknya selamat ke idak? yang itu dah confirm bahan kimia nya SUPER DUPER TINGGI!

Pihak Shaklee tak mahu overclaim yang Basic H ni ada 997 lagi kegunaan nya. Semuanya adalah inisiatif orang yang dah pernah cuba dan berkongsi kebaikan lagi 997 kegunaan tu.

Berkenalan dengan Basic H


Betul ke Basic H Sangat Bahaya?


Betul ke Basic H Sangat Bahaya?


  • Ianya sangat organik
  • Tidak bertoksin
  • Boleh terurai
  • Tiada bahan kimia
  • Sangat pekat
  • Harga RM47 bersamaan dengan 181 liter produk lain

Antara 1001 kegunaan Basic H


1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.  

Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet. 

Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet. 

Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.

Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.

Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.

6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.

Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.

Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.

Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.

9. Mengasah Pisau

Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau  dan asah pisau seperti biasa.

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya

Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian  di bilas.


Antara kegunaan Basic H di waktu kecemasan.

1. Menghapuskan kutu di atas kepala. 

Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.

3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.

Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.

4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)

Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit Gigi

Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur.  Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)

Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.

7. Ulser dan mulut berbau

Caranya: Tuangkan  4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah

Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram  pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.

Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Testimoni Basic H


Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Lantai pun berkilat

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Nak redakan kepanasan demam.

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Baju putih tukar kaler? Pun boleh.

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Cuci rumah

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Masalah kudis? Luka kencing manis?

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Masalah kutu? Haa.. ini ada penyelesaiannya.

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
credit beautyblondie.com

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Sayur pun jadi segar

Betul ke Basic H Sangat Bahaya?
Ketumbit pun bolehhhh..

Berapa harga?


Sebotol cuma RM47.00 sahaja. Pos MD amik flat rate RM10.00 sahaja. Sangat jimat sebab MD dah pakai dekat 2 tahun tak habis lagi.. Rasa macam dah guna selalu dah.. 

SMS/Whatsapp/Telegram MD untuk dapatkan pencuci serbaguna ni.

MD

COD AREA PARIT BUNTAR, JAWI, BUKIT TAMBUN, SIMPANG AMPAT, NIBONG TEBAL, BANDAR BHARU (OFFICE HOUR), DAN KULIM.PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN POS LAJU, CITYLINK DAN G-DEX.

Dilema Ibu Yang Malas Basuh Botol EBM Sebab Alahan Sabun

Assalamualaikum..

Hari pertama tahun baru 2015, MD dah buat entry pasal dilema ibu yang malas basuh botol EBM sebab alahan sabun. Ibu mana? MD le tu.. Konon-konon azam 2015 ni nak bagi rajin sikit la basuh botol-botol EBM dan pinggan mangkuk.. 

Yang rapat dengan MD mengetahui yang MD mempunyai ekzema atau alahan dengan sabun. Sebarang sabun pun. Tak boleh silap guna sabun, mula lah tangan yang sedia kasar dan kering ni bertambah kering sehingga merekah berdarah. Sakit! Lepas tu mogok tak nak basuh pinggan berhari-hari.

Tapi sekarang tidak lagi! MD dah dapat solusi macam mana nak kembali rajin membasuh pinggan, tanpa perlu bermain dengan sabun dalam tempoh yang lama. Sangat berguna, lebih-lebih lagi untuk ibu bekerja yang kena pam susu hari-hari untuk bekalan anakanda di Taska. Balik kerja dah penat, rasa letih nak basuh corong pam dan botol-botol ebm tu kan..?

Huh! Panjang sungguh intro nya.. Ok, tanpa membuang masa, jemput baca perkongsian MD.




Ok, mula-mula korang ambil Hand Dish Wash Shaklee ni. Dish Wash ni concentrate tau. So korang tak payah picit selagi mau untuk menghasilkan buih yang banyak. Cukup sekadar 4-5 titik. 




Haa.. korang nampak tak dia tulis kat botoi tu? Tak nampak tu, sila klik untuk image yang lebih besar. Bau nya harum dan segar. Tidak bertoksik dan ianya natural serta biodegradable. Ada orang siap buat jirus pokok lagi tau sebab ianya berasaskan bahan semulajadi.




We believe home should be the safest place in the whole world. So kenapa kita nak gunakan bahan-bahan yang tak selamat untuk seisi rumah kita? Betul tak?




Ok, nampak tak malas nya di situ? Ambik besen besar, isi air, titik kan 7-8 drop Dish Wash ni, patu kocak air untuk hasilkan buih. Lepas tu, rendam sat semua botoi susu, botoi ebm, gajet menyusu.. Korang leh buat kerja lain sat seperti masuk kain baju anak-anak yang dah pakai ke dalam mesin basuh.




Lepas tu, bila time nak cuci, korang kocak-kocak bilas dengan air sabun tu je. Minyak-minyak dari lemak susu tu memang hilang sepenuhnya. MD tak de nya tonyoh dengan berus. Dasar tak berapa nak rajin gitu la.. haha




Agak-agak dah puas hati, korang bilas dengan air bersih. Nampak tak tak ada kesan minyak langsung..? Memang best dan puas hati sebab tak payah nak main sabun lama sangat. Tangan pun tidak merengsa. Sangat lembut pada kulit. Lebihan air sabun tu, MD buat bilas pinggan mangkuk cawan yang dah guna dalam singki tu. 


Best kan? Mudah je. Menjimatkan masa korang dan memelihara tangan korang dari kekeringan dan mengelupas serta berdarah. Korang boleh baca info lanjut mengenai Dish Wash Concentrate ni di sini.

Harga pun tak mahal. Hanya RM28.00 untuk 16oz. Setiap kali penggunaan pun cuma perlukan beberapa titik sahaja. Itu pun dah menghasilkan buih yang banyak dan mampu menanggalkan kotoran serta minyak.

MD memang sangat syorkan ibu-ibu hebat di luar sana, lebih-lebih lagi yang mempunyai alahan sabun macam MD supaya beli Dish Wash Concentrate ni dan guna. Rasai sendiri perbezaan nya berbanding pencuci pinggan/botol susu yang biasa korang guna..

MD

Wednesday, 31 December 2014

Giveaway Time!!


Assalamualaikum semua..



Hari ni bangun pagi rasa nak buat giveaway jek..

Mimpi apa? Mimpi lagi sebulan nak celebrate wedding anniversary..

2010 - 2015.. 5 tahun pertama yang sangat mencabar namun membahagiakan hati MD.. hihi..

So tak nak la celebrate sorang2. Nak kongsi dengan korang semua sama2..

Tapi ada syarat tau.. senang je syarat nya..

1 ~ LIKE & SHARE PAGE SUPLEMEN MAK DARA.COM
2 ~ KOMEN 'SAYA SANGAT BERTUAH!' DI BAHAGIAN BAWAH.

Klik link dibawah utk visit page MD ya..

https://www.facebook.com/suplemenmakdara

Hadiah akan di berikan kepada 5 orang likers yang bertuah sahaja. Hadiah merupakan SET KECANTIKAN.

Haaa.. Pi Like & Share, patu Komen lekas. Mana tau korang ke antara 5 orang yang bertuah tu..


Tuesday, 30 December 2014

Seminar Blog & Pemasaran oleh Aku Sayang Bini

Assalamualaikum..

Ini entry draft. Nak cerita program Sabtu Ahad yang lepas. MD berkesempatan untuk menghadiri seminar Blog dan Pemasaran yang dianjurkan oleh geng-geng jejaka 'Aku Sayang Bini'. 

Seminar 2 hari tu di buat di Penang Golf Resort, Bertam. Sebab dah dekat, memang kena wajibkan diri pegi jugak. Terima kasih juta-juta pada CM sebab izinkan MD pegi menuntut ilmu.. Terima kasih juga pada cikgu-cikgu Taska sebab tolong jaga anak-anak bertiga tu.. Terima kasih juga pada..... (dah start nak merapu!)

Hari pertama kami belajar dari 3 speaker. Master Zainul, Master Lyna dan Abang Munzir. Topik yang di ajar adalah teknik copywriting, teknik close deal cara champion! dan teknik SEO.

Hari kedua pulak memang sepenuhnya dengan tuan Firdaus Azizi. Belajar tentang Facebook Marketing.

Alhamdulillah, sangat bermanfaat pada MD dan semua yang hadir. Sebab selama ni masing-masing asik buat entry syok sendiri kan, so lepas dah belajar, dah boleh buat entry gaya champion dah! 














Anak Shaklee dari Kota Marudu, Sabah. Jauh dia terbang semata nak hadiri seminar ni. Alhamdulillah, moga ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya. 



Antara geng Butterfly yang hadir


Ni pun anak Shaklee MD, pakar dalam menguruskan badan dengan Shaklee. Korang tengok la dia bergaya semenjak dah vogue nih. Kalah mak dia yang selalu ala-ala makcik.  Yang tudung biru tua tu Master Lyna Noh.



Gambar akhir adalah yang paling special. Sebab makan memang sedap, jadi ambil lauk penuh pinggan. Nasib baik depa tak zoom dekat. Kantoi nanti buruk lantak MD. Tapi, penuh pinggan pun berat badan still maintain cun!!

Gambaq hadiah jawab soalan tergagap-gagap je tak de. Lupa pulak nak tangkap. Kenapa tergagap-gagap? Sebab takot dengan Master Z.. kui3..

Terima kasih kepada sifu-sifu yang sanggup turun untuk mengajar kami-kami. Terutamanya Master Z & Master Lyna. Semalam baru turun flight dari obesi, esoknya dah drive ke Penang pulak. Sangat kagum! Terima kasih untuk cenderahati kenang-kenangan dari obesi..



MD

Tips Melegakan Bengkak Susu Semasa Berpantang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur pada Allah, masih bernafas di muka bumi ni. Hari ni MD nak share tips melegakan bengkak susu semasa berpantang. Memang sakit dan seksa rasa bila kena bengkak susu ni.. Adesss!! Terbayang-bayang lagi rasanya..




Ada beberapa petua dan cara yang orang share dengan MD. Ada yang MD dah cuba dan rasai keberkesanannya. Jadi MD nak share dengan kalian, khususnya ibu-ibu yang baru lepas bersalin yang kena bengkak payudara.

1 - Urutan




Korang boleh urut payudara ke bawah menghala ke puting. Urut perlahan-lahan. Kalau rasa sakit, berhenti dan kemudian sambung setelah sakit kembali reda. Kalau ikut pengalaman MD sendiri, MD akan marmet. Marmet tu sendiri pun dah ala-ala urutan. Mula-mula memang sakit. Sangat sakit. Bila sakit, MD akan stop sat pastu sambung.. Buat banyak kali sampai lega.

Ada setengah pendapat mencadangkan supaya membuat urutan dengan sikat. Cara nya, gunakan sikat, lurutkan dari pangkal hingga ke hujung puting. MD tak pernah cuba cara ni. Korang boleh cuba sendiri.


2 - Tuam Sejuk




Petua yang ini MD tak pernah cuba lagi. Caranya pun ada dua, menggunakan ais/ice pack dan yang kedua menggunakan daun kobis.

Kalau guna ais atau ice pack, balut dengan kain dan tuam sekitar payudara.

Kalau guna daun kobis yang sejuk dari peti ais tu, korang boleh letak sekeliling payudara. Selalu juga kita dengar yang kobis ni untuk berhentikan susu. Ya betul, tapi dengan penggunaan yang kerap. Ia adalah salah satu cara yang digunakan oleh orang putih untuk stopkan susu. So, mommies, jangan la pulun pi letak kobis non stop pulak even bengkak susu dah reda. 

Tujuan tuam sejuk ni adalah untuk memperlahankan pengeluaran susu dan melegakan payudara yang panas dan sakit. Ia juga membantu mengurangkan rasa tidak selesa. Pehe dop?

3 - Tuam Panas


Petua yang ini memang MD buat. Cara MD, isi air suam dalam botol ayaq, lepas tu tuam sekeliling dada. Lepas tuam, urut dari pangkal payudara menghala ke bawah.. Ulang-ulang buat selang seli, tuam dan urut.. Buat banyak kali sampai breast kembali lembut.

Ada satu lagi cara, mandi air panas. Bukan panas sangat la, kang melecur pulak. La ni kan kebanyakan rumah dah pasang water heater, jadi mandi dengan air water heater tu.. Sambil mandi, urut-urut breast tu.. Pun berkesan dan kurang rasa sakit. Malah, MD rasa lebih relax bila air suam-suam mencurah ke badan..

Selingan, dulu sebelum kawen, MD ada bela kucing. Bila kucing tu beranak, kena bengkak susu, memang nampak sangat dia monyok dan sakit. Jadi, ayah MD akan buat tuam panas ni pada ibu kucing tu.. Tapi tak de la urut.. Kang kena cakor, naye je..

4 - Minum Air Rebusan Daun Inai




Ni petua yang MD baru dapat tahu. Minum air rebusan daun inai pun dapat membantu melegakan bengkak susu tersumbat.

Caranya, ambil daun inai dan rebus airnya. agak-agak sampai pekat, tutup api dan boleh simpan. Bila nak minum, tambah air suam sikit dan minum. Minum 2-3 kali sehari time bengkak susu.

Air rebusan daun inai pun bagus untuk menyerikan semula wajah yang sembab dan lesu selepas bersalin.

5 - Elakkan Stress




Mommies, bengkak payudara memang sakit. Cuba bertenang. Banyakkan relax dan berzikir. MD tahu tempoh awal berpantang adalah antara waktu-waktu sukar. Dengan letih meneran, sakit tempat jahitan, anak jaundis, anak menangis, tak tidur malam.. Ditambah lagi dengan bengkak susu pulak, memang boleh jadi sangat stress. 

Jangan stress, cuba relax. Pandang muka anak. Pandang muka suami. Insan-insan kesayangan kita. Boleh buka bacaan al-Quran untuk bagi tenang. Fikir perkara yang menggembirakan. Banyakkan berzikir untuk tenangkan diri. Fikir benda-benda yang positif sahaja..

6 - Cuci Puting


Ok, cuba check di puting payudara sekarang. Ada tak tersumbat? Kadang-kadang bengkak susu jadi di sebabkan puting payudara yang tersumbat.

So, caranya macam ni.. Ambil kain lembut, basah kan dengan air suam dan cuci sekitar puting payudara. Kadang-kadang tersumbat dekat lubang susu nak keluar... Jadi, kena rajin-rajin cuci.

7 - Mengambil Suplemen


Petua yang ketujuh ni adalah hasil dari apa yang MD buat. Selain minum air dengan banyak, korang boleh makan Lecithin. Sebab Lecithin mampu melembutkan dan mencairkan sumbatan di dalam kalenjar susu ibu. Gabungkan bersama tuaman dan urutan/pam/menyusukan bayi di payudara yang sakit, nanti lama kelamaan sumbatan tu akan hilang dan susu kembali lancar. MD ambil Lecithin Shaklee.

8 - Susukan Bayi Dengan Kerap


Haa.. yang ni memang sangat TERBAIK! Bayi adalah penyelesai terbaik kepada masalah bengkak susu ni. Hisapan bayi yang lapar adalah sangat kuat. Jadi ia membantu susu mengalir ke tempat yang tersumbat dan melancarkan pengaliran susu. TAPI, korang kena tahan sikit la sebab awal-awal memang menyakitkan. Lama-lama sikit lepas tu akan kembali lega.


Suka MD ingatkan, setiap orang tak sama cara masing-masing untuk menyurutkan bengkak susu. Korang boleh try & error 2-3 kali. Tapi, jangan di biarkan tunggu azab sengsara lama sangat sebab chances korang akan di operate pun tinggi! Ok? Ketahui juga rahsia MD membanyakkan Susu Ibu.

MD

Tuesday, 23 December 2014

Krim Nyamuk Pelbagai Guna!!

Assalamualaikum..

Semalam ada kawan MD tanya, krim nyamuk Shaklee tu macam mana? MD tercengang-cengang sekejap.. Krim nyamuk dia kata.. haha.. Tapi jangan tak tahu, krim nyamuk tu bukan sekadar krim nyamuk tau! Banyak lagi kegunaan dia.. By the way, apa dia krim nyamuk tu? Nama nya Herbal Blend (HB). Kegunaannya sangat multi purpose!!




Krim HB ni memang hot tau. sangat Hot. Sampaikan pernah satu ketika out of stock lama sangat, bila dah ada stock semula, sekelip mata je habis! MD pun masa tu sempat grab 5 botol je. Tapi, last-last tinggal 1 je untuk diri sendiri dan family. hihi.. Apa yang buat kan HB ni sangat best? Jom baca..






Apakah bahan yang digunakan di dalam HB Cream ni?





HB ni diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu : 




  • Sage
  • Horse chestnut
  • Rosemary
  • Yarrow


Apa kelebihan HB Cream ni?










Sangat banyak ok!! Antaranya:



  • Ianya telah diuji secara klinikal, berkesan untuk melembutkan kulit yang kasar, pecah tumit, ruam di bahagian pelipat seperti lutut, siku dan leher dan sebagainya.
  • Rasanya dingin dan bermentol tetapi tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Dirumus khas daripada herba semulajadi dan memberi kesan menenangkan
  • Tanpa steroid
  • Dijamin halal serta mendapat kelulusan KKM
  • Bagus disapu pada ruam-ruam atau ekzema yang ada di badan terutamanya untuk bayi dan anak kecil
  • Membantu menurunkan suhu badan untuk anak yang demam jika disapu selepas mandi
  • Menghaluskan tumit yang telah pecah dan kasar
  • Menghilangkan gatal-gatal akibat gigitan serangga dan nyamuk
  • Boleh disapu dibahagian tubuh yang calar atau luka kecil
  • Menghilangkan parut hitam akibat demam campak dan demam pelentung (Chicken Pox)
  • Sesuai digunakan sebagai losyen harian


Testimoni HB ~


















Di mana nak dapatkan HB?




Korang boleh mendapatkan krim ajaib ini dari MD dengan harga RM27.50 sahaja untuk satu tiub. Kos poslaju adalah sebanyak RM6. Ready stock ya.. MD memang standby stock HB ada dekat rumah.. Maklum la, barang panas kannn.. hihi..
MD