Alhamdulillah, syukur pada Allah, masih bernafas di muka bumi ni. Hari ni MD nak share tips melegakan bengkak susu semasa berpantang. Memang sakit dan seksa rasa bila kena bengkak susu ni.. Adesss!! Terbayang-bayang lagi rasanya..
Ada beberapa petua dan cara yang orang share dengan MD. Ada yang MD dah cuba dan rasai keberkesanannya. Jadi MD nak share dengan kalian, khususnya ibu-ibu yang baru lepas bersalin yang kena bengkak payudara.
1 - Urutan
Korang boleh urut payudara ke bawah menghala ke puting. Urut perlahan-lahan. Kalau rasa sakit, berhenti dan kemudian sambung setelah sakit kembali reda. Kalau ikut pengalaman MD sendiri, MD akan marmet. Marmet tu sendiri pun dah ala-ala urutan. Mula-mula memang sakit. Sangat sakit. Bila sakit, MD akan stop sat pastu sambung.. Buat banyak kali sampai lega.
Ada setengah pendapat mencadangkan supaya membuat urutan dengan sikat. Cara nya, gunakan sikat, lurutkan dari pangkal hingga ke hujung puting. MD tak pernah cuba cara ni. Korang boleh cuba sendiri.
Ada setengah pendapat mencadangkan supaya membuat urutan dengan sikat. Cara nya, gunakan sikat, lurutkan dari pangkal hingga ke hujung puting. MD tak pernah cuba cara ni. Korang boleh cuba sendiri.
2 - Tuam Sejuk
Petua yang ini MD tak pernah cuba lagi. Caranya pun ada dua, menggunakan ais/ice pack dan yang kedua menggunakan daun kobis.
Kalau guna ais atau ice pack, balut dengan kain dan tuam sekitar payudara.
Kalau guna daun kobis yang sejuk dari peti ais tu, korang boleh letak sekeliling payudara. Selalu juga kita dengar yang kobis ni untuk berhentikan susu. Ya betul, tapi dengan penggunaan yang kerap. Ia adalah salah satu cara yang digunakan oleh orang putih untuk stopkan susu. So, mommies, jangan la pulun pi letak kobis non stop pulak even bengkak susu dah reda.
Tujuan tuam sejuk ni adalah untuk memperlahankan pengeluaran susu dan melegakan payudara yang panas dan sakit. Ia juga membantu mengurangkan rasa tidak selesa. Pehe dop?
3 - Tuam Panas
Petua yang ini memang MD buat. Cara MD, isi air suam dalam botol ayaq, lepas tu tuam sekeliling dada. Lepas tuam, urut dari pangkal payudara menghala ke bawah.. Ulang-ulang buat selang seli, tuam dan urut.. Buat banyak kali sampai breast kembali lembut.
Ada satu lagi cara, mandi air panas. Bukan panas sangat la, kang melecur pulak. La ni kan kebanyakan rumah dah pasang water heater, jadi mandi dengan air water heater tu.. Sambil mandi, urut-urut breast tu.. Pun berkesan dan kurang rasa sakit. Malah, MD rasa lebih relax bila air suam-suam mencurah ke badan..
Selingan, dulu sebelum kawen, MD ada bela kucing. Bila kucing tu beranak, kena bengkak susu, memang nampak sangat dia monyok dan sakit. Jadi, ayah MD akan buat tuam panas ni pada ibu kucing tu.. Tapi tak de la urut.. Kang kena cakor, naye je..
4 - Minum Air Rebusan Daun Inai
Ni petua yang MD baru dapat tahu. Minum air rebusan daun inai pun dapat membantu melegakan bengkak susu tersumbat.
Caranya, ambil daun inai dan rebus airnya. agak-agak sampai pekat, tutup api dan boleh simpan. Bila nak minum, tambah air suam sikit dan minum. Minum 2-3 kali sehari time bengkak susu.
Air rebusan daun inai pun bagus untuk menyerikan semula wajah yang sembab dan lesu selepas bersalin.
5 - Elakkan Stress
Mommies, bengkak payudara memang sakit. Cuba bertenang. Banyakkan relax dan berzikir. MD tahu tempoh awal berpantang adalah antara waktu-waktu sukar. Dengan letih meneran, sakit tempat jahitan, anak jaundis, anak menangis, tak tidur malam.. Ditambah lagi dengan bengkak susu pulak, memang boleh jadi sangat stress.
Jangan stress, cuba relax. Pandang muka anak. Pandang muka suami. Insan-insan kesayangan kita. Boleh buka bacaan al-Quran untuk bagi tenang. Fikir perkara yang menggembirakan. Banyakkan berzikir untuk tenangkan diri. Fikir benda-benda yang positif sahaja..
6 - Cuci Puting
Ok, cuba check di puting payudara sekarang. Ada tak tersumbat? Kadang-kadang bengkak susu jadi di sebabkan puting payudara yang tersumbat.
So, caranya macam ni.. Ambil kain lembut, basah kan dengan air suam dan cuci sekitar puting payudara. Kadang-kadang tersumbat dekat lubang susu nak keluar... Jadi, kena rajin-rajin cuci.
7 - Mengambil Suplemen
Petua yang ketujuh ni adalah hasil dari apa yang MD buat. Selain minum air dengan banyak, korang boleh makan Lecithin. Sebab Lecithin mampu melembutkan dan mencairkan sumbatan di dalam kalenjar susu ibu. Gabungkan bersama tuaman dan urutan/pam/menyusukan bayi di payudara yang sakit, nanti lama kelamaan sumbatan tu akan hilang dan susu kembali lancar. MD ambil Lecithin Shaklee.
8 - Susukan Bayi Dengan Kerap
Haa.. yang ni memang sangat TERBAIK! Bayi adalah penyelesai terbaik kepada masalah bengkak susu ni. Hisapan bayi yang lapar adalah sangat kuat. Jadi ia membantu susu mengalir ke tempat yang tersumbat dan melancarkan pengaliran susu. TAPI, korang kena tahan sikit la sebab awal-awal memang menyakitkan. Lama-lama sikit lepas tu akan kembali lega.
Suka MD ingatkan, setiap orang tak sama cara masing-masing untuk menyurutkan bengkak susu. Korang boleh try & error 2-3 kali. Tapi, jangan di biarkan tunggu azab sengsara lama sangat sebab chances korang akan di operate pun tinggi! Ok? Ketahui juga rahsia MD membanyakkan Susu Ibu.
No comments:
Post a Comment