Thursday, 5 June 2014

Apa Itu Vertigo?

Assalamualaikum..

Baru-baru ni, mama MD kena attack dengan Vertigo.. So kami rushing balik Ipoh untuk tengok keadaan nya.. Mana-mana kastemer yang urgent nak suplemen, terpaksa MD whatsapp mintak tunda dan terangkan kenapa.. Soalan mereka, "Apa itu vertigo?"


Ramai jugak rupa nya yang tak tahu apa tu vertigo. MD cube terangkan dalam bahasa yang mudah yang MD faham lah. Vertigo ni jadi sebab ada masalah dalam telinga kita, yang menyebabkan kita hilang keseimbangan.. or ada masalah dengan urat saraf kita.. yang ni nak explain x bape nak reti.. Sebab tu bila jadi tu, pesakit akan pengsan, berasa dunia nya berputar ligat, pening teramat sangat, muntah dan sebagainya.. Haa.. paham tak?

Meh nak explain sikit dalam bahasa ilmiah pulak..hihi.. Kadang-kadang orang tak faham apa yang MD cuba sampaikan dalam bahasa MD..

Vertigo ni adalah satu perasaan yang everything around you is spinning or moving, yang selalunya di sebabkan oleh masalah dalam inner ear. Tapi kadang-kadang disebabkan oleh masalah penglihatan. 

Dalam Medical terms pulak, yang MD tengok dalam web INI..

Vertigo is a specific kind of dizziness - a sense that you, or your environment, is moving or spinning, even though there is no movement.
Nor does vertigo, in the medical sense, mean a fear of heights. We all have a healthy respect for heights, but if this is to the extent of a phobia, it is termed acrophobia, not vertigo. (With acrophobia, people overestimate danger, become distressed, and avoid heights altogether.3)
Vertigo, then, is a specific symptom unrelated to heights that has various medical causes.
Vertigo is thereby set apart from presyncope, which is a sense of almost fainting (typically a result of temporarily lowered blood pressure). Disequilibrium is also something separate, seen in older people - an unsteadiness due to poor balance and strength.
Light-headedness, often associated with anxiety, is different too, sometimes called psychogenic vertigo.

Paham la kot nohh bahasa omputih ni? 
Kadang-kadang vertigo ni tak membahayakan. Tapi, ia juga boleh mengancam nyawa!! Jangan main-main.. Abih tu kalau time pening, jatuh pengsan, terhentak kepala ke, tengah drive jadi ke, eii... nauzubillah le..

Ada sesetengah tu bila kena attack tu, amik masa bape jam je nak baik semula. tapi ada yang teruk, yang menyebabkan loya, muntah dan sukar nak berjalan atau berdiri. Tu yang boleh berlarutan sampai berhari-hari baru baik semula. 

Dalam pembacaan lain, katanya vertigo juga boleh di sebabkan oleh radang urat saraf vestibular, juga dikenali sebagai labyrinthitis, mungkin disebabkan virus yang menyebabkan bengkakan atau keradangan di sekeliling saraf itu. Yang mana dalam kes mama ni, MD rasa mungkin sebab radang urat saraf kot. Tapi mama pernah jugak operate buang gegendang telinga kanan ke kiri tah sebab infection.

Antara lain yang boleh sebabkan vertigo ni adalah kecederaan kepala akibat kemalangan, trauma lepas pembedahan bahagian kepala yang menjejaskan sistem vestibular. Selain tu, ubat-ubatan pun boleh menyebabkan vertigo jugak. Tapi, jarang la ada ubat yang menjejaskan fungsi telinga atau otak. 

Haa.. yang rajin migrain tu pun kena hati-hati. Sebab vertigo ni berlaku bersama sakit kepala. Tapi jarang la ianya jadi dalam waktu serentak. Masalah otak seperti strok atau TIA (serangan iskemia sementara), pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis pun boleh menyebabkan vertigo..

Sila perhatikan tanda-tanda berikut. Jika ada terdapat pada anda, sila lah berjumpa dengan doktor.
  • Pening atau sakit kepala yang teruk
  • Suhu badan melebihi 38 darjah celsius
  • Penglihatan bertindih atau ada masalah untuk melihat dengan jelas
  • Masalah bercakap atau mendengar
  • Berasa lemah di lengan atau kaki
  • Ketidakupayaan nak berjalan tanpa bantuan
  • Pitam
  • Kebas di mana-mana bahagian badan
  • Sakit dada
  • Muntah tanpa henti
  • Sudah berumur dan pernah di serang strok
  • Mempunyai faktor risiko untuk strok (darah tinggi, kencing manis, merokok)
Lazimnya, tiada ubat untuk sebelum kena vertigo. Namun, sekiranya terjadi, doktor akan memberikan ubat seperti anti histamin, ubat tahan muntah atau sebagainya yang mana bersesuaian untuk pesakit ketika itu. Sekiranya sakit itu dah tak ada, kena stop lah.


Namun, dalam kes mama ni, apa yang MD perhatikan, mama sangat menjaga pemakanan dan kesihatan. Mama banyakkan makan buah, dan pengambilan suplemen. Mama juga banyak exercise dan kerap berurut sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan peredaran darah dalam tubuh berjalan lancar. Mungkin atas faktor tu, mama jarang-jarang kena attack dengan vertigo.

Oh ya, mama juga ambil Vivix Shaklee sebagai salah satu langkah dan usaha dalam menjaga kesihatan.. =)
MD

Wednesday, 4 June 2014

Testimoni Hamil, Pantang, Menyusu dengan Shaklee

Assalamualaikum..

Korang nak tengok testimoni hamil, pantang, menyusu dengan Shaklee? Puan ni melahirkan anak yang ketiga. Sama macam MD.. Anak yang ketiga.. Tak sabar pulak nak tunggu bulan 9 nanti.. Nak bagi testimoni diri sendiri pulak.. MD cuma ada testimoni sendiri setelah sebulan dua bersalin baru consume Shaklee.. =)


Ini MD quote apa yang Puan Cantik Manis ni share kan dalam group rahsia pelanggan Shaklee.. Tak ada edit-edit tau!
-----------------------------------
Harini nak share my own testimonial consuming Shaklee sepanjang tempoh hamil, berpantang & menyusu anak yang ke3 

Asalnya consuming Full set Hamil Shaklee..tapi dapat pula bonus lain  rezeki hehe

Sepanjang tempoh hamil Eyda memang konsisten consume Set Hamil Shaklee. Ini yang Eyda ambil :
-Vitalea
-Bcomplex
-Vita c SR
-ESP
-Ostematrix
-Omega Guard (Bulan ke5 Hamil)

Alhamdulillah sangat2 best consume Set Kehamilan ni..apa yang best?
-Rasa Bertenaga
-Sembelit memang langsung tak de..Lawas je
-Berat tak naik mendadak
-Hb alhamdulillah ok(sekali je drop) tapi lepas tu dah ok balik.
-Kaki tak cramp malam-malam

After dah bersalin (23/4/2014) Eyda teruskan lagi pengambilan supplement2 di atas..cuma add on :
- Zinc Complex (terus ambil after bersalin)
- Alfalfa complex (Hari ke7 pantang start ambil)
- Lecithin (Hari ke15 pantang)

Yang ni part paling BEST! Pantang tapi tak rasa macam berpantang.
- Sejurus after bersalin eyda ambil Esp + Ostematrix nak kasi hilang lenguh-lenguh badan + tambah tenaga (memang berkesan)
- Luka cepat sembuh (hari ke7 pantang nurse datang cek luka dah kering)
- BABY GEBU + PUTIH (Sampaikan nurse & doctor pun tegur)
- Susu badan banyak
- Baby langsung xkena jaundis
- Badan rasa segar
- Takde sakit urat
- Rahim cepat mengecut (bidan yang cakap masa datang urut)
- Langsung tak sembelit (lawas sokmo)
- Cergas sokmo sebab rasa sihat tak macam lepas bersalin

Dapat bonus lain  Ramai yang tegur kulit muka nampak cerah + flawless (saya memang jenis tak suke make up..memang natural face gitu je :)) Mule2 tak caya orang cakap sampailah che suami tegur 2,3 hari lepas cakap nampak lain muka 

Alhamdulillah..rezki Allah beri pada saya masa mengandungkan ank ke3 ini dapat consume Shaklee.. Now memang ternyata Shaklee memang BERKESAN 
Tq Allah Tq Shaklee 

-------------------------------------

Alhamdulillah... I'm happy for her!! So uolls, jangan malu jangan segan ya.. Meh kita sharing-sharing.. =)

Untuk pesanan, sila klik SINI.
MD

Rawat Ekzema dengan Herbal Blend

Assalamualaikum.

Orang-orang yang terdekat dengan MD memang dah tahu yang MD ada ekzema. Alahan pada sabun. Semua jenis sabun yang kuat bahan kimia nya.. So entry hari ni, rasa happy nak share dengan korang macam mana nak rawat ekzema dengan Herbal Blend Shaklee.

MD memang dari kecik ada ekzema. Bila masuk sekolah menengah, rendam-rendam je baju, berus sikit terus basuh.. kalau lama main sabun, memang kering sangat. Bila exam, paling seksa. Especially kalau time tu tengah merekah berdarah sebab terlalu kering.. Orang yang sama penyakit macam MD ni akan faham apa perasaannya..

Bila habis belajar, guna mesin basuh, mengelak dari basuh pinggan & etc, maka tangan jadi baik semula.. Halus mulus moist je.. Tapiiii, bila kawen, mula la jadi penyakit balik. Maklum la, orang gaji tak dek. Buat la sendiri semua keje mencuci segala..

Mengandung no 3 ni, mungkin sebab perubahan hormon, jadi semakin teruk la. Even sabun Johnson Baby anak-anak dara pun tak boleh. Sakit. Apatah la lagi kalau sabun Shokubutsu ke, Aiken ke, apa ke.. 

Tak kena gaya, malam-malam siap la ko menggaru-garu sampai luka.. Buruk ok.. Tengok gambar kat bawah saja sudah lah..




Pernah sampai satu ketika, MD pegi kat Doktor, rayu mintak bagi apa-apa ubat tahan gatal sebab dah tak tahan sangat menggaru tetengah malam.. Tapi doktor tak nak bagi sebab preggy.. Tak bagus steroid untuk preggy ni.. Maka kecewa lah MD..

Kebetulan bulan April lepas, Herbal Blend keluar.. Tapi tak sempat nak gi beli dah habis pulak.. Tak pe, tak de nak urgent. Krim-krim dok ada pun banyak lagi.. Konon nya la..

Nak jadi cerita, akhirnya saya dapat stok Herbal Blend. Dan saya simpan satu untuk diri sendiri. Tapi tak konsisten sangat pakai.. Biasa la kan, nada-nada kecewa sebab dah try banyak benda tapi dok macam tu jugak nya tangan ni.. So start 2 minggu lepas, MD start guna secara konsisten. Lepas mandi, lepas guna sabun, sebelum tidur memang akan apply..

So ini hasilnya selepas 2 minggu..


Apa yang watkan rasa teruja adalah sebab, sebelum-sebelum ni MD pakai krim or pape secara konsisten pun tapi hasil nya bersifat sementara. Makna nya, if dah basuh tangan, maka akan balik lah ke keadaan asal.. Itu pun dah control guna sabun. Pakai sabun basuh pinggan Shaklee, Pencuci lantai Shaklee, Syampu dan pencuci muka Shaklee.. Cuma sabun mandi je dok bertahan pakai Johnson Baby anak-anak dara sebab selalu nya sabun untuk pesakit ekzema ni Tak de buih. Rasa macam pelik beno je mandi tak berbuih sabun kan.. hihi..

Ni baru kesan selama 2 minggu.. Cuba kalau berterusan..? Mesti lagi Fantastic hasilnya!! Untuk dalaman, memang MD amalkan ESP, SR Vita C, Mealshakes, B-Complex, dan Garlic untuk kurangkan rasa gatal.. 

Cuba lah sendiri.. =) Pakai sikit je tapi tahan lama sangat!

MD

Monday, 2 June 2014

Off to Ipoh due to vertigo!

Assalamualaikum..

Pagi Rabu, 28 May yang lepas, dapat panggilan telefon dari Kakcik Suraya.. Maklumkan yang mama kena serangan Vertigo lagi.. (Klik SINI untuk tahu apa itu Vertigo). Dalam hati, berderau rasa nya.. Bimbang. MD masih memerlukan mama dalam hidup ni..

Sepatutnya 29-31 May tu mama plan nak ke Langkawi. Bawak cucu-cucu berjalan katanya.. So anak-anak semua dah excited nak berjalan ke Langkawi.. Tapi apakan daya, terpaksa kami tunda ke hari lain..

So, whatsapp CM ajak balik ke Ipoh, tengok mama.. Seriously, memang MD nangis. Takut..

Pukul 8 lebih kami bergerak dari rumah Kulim. Singgah di Jawi sekejap untuk isi perut. Kemudian terus gerak ke Ipoh. Sampai pun hampir 12 malam. Terus naik ke bilik mama untuk tengok keadaannya..

Allah, tak boleh bangun. Nak kalih badan pun terpaksa buat secara perlahan-lahan. Kalau tak dia akan rasa pening yang teramat sangat dan muntah-muntah..

Mama memang ada Vertigo ni. Dah lama dah.. Last dia kena attack pun 2 tahun lepas, masa MD bersalinkan Zahra. Masa tu mama nak buat umrah. Pagi sebelum bertolak, kena attack. So terpaksa cancel..
Alhamdulillah.. Mama banyak amalkan suplemen, berurut, mungkin sebab tu Vertigo nya amik masa lama baru serang balik..

Pada MD, vertigo ni agak bahaya jugak.. sebab, kita x sedar bila jadi tu kepala terantuk dengan apa. Bayangkan if jadi masa tengah drive, nauzubillah... Ada kawan mama, masa kami pergi Acheh tahun 2008 ke 2009 tah tak ingat, tiba-tiba melayang jatuh terhentak kepala kat bucu longkang, berdarah-darah.. Allah... Risau..

Hanni

Thursday, 29 May 2014

Power Pumping

Assalamualaikum wbt..

Pagi Khamis yang damai ni, MD nak share tentang Power Pumping. Sebenarnya dah lama MD nak wat entry psl ni. Gara2 seorang kwn yang jauhhhhh di mata tapi dekat di hati bertanya kan pd MD tentang tips penyusuan susu ibu.. Beliau yang jelita adalah ibu muda.. Duduk jauh dr keluarga, berpantang seorang diri di sana, menangani masalah susu kurang n etc etc etc.. So, rini MD wat entry pasal Power Pumping(PP) ni..moga ianya bermanfaat buat anda dan saya juga...

Apa itu PP?

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang memerlukan PP?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang perhasilan susu
  • Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormom, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat PP?

Saya Pakai ini je pon.. Dah dua anak saya menggunakan khidmat dia.. sangat syok!
Untuk Simgle Pump - 
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam

Idaman saya... Hihi..

Untuk Double Pump - 
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.
Waktu yang sesuai untuk buat PP?

Waktu yang paling sesuai untuk PP adalah pada waktu tengah malam atau sebelum tidur... ini kerana hormon prolaktin pd waktu itu adalah sangat tinggi. Tapi ianya tetap juga bergantung kepada keselesaan diri sendiri nak berPP waktu bila pun. Yang penting si ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal..
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Ok, harus ingat bukannya sekali buat terus susu jadi byk tau. PP memerlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, yang penting adalah kemahuan kita dan niat kita untuk berusaha mempertingkatkan penghasilan susu itu...

Setiap jumlah perahan  antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah.. Bila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...


Satu lagi, sepanjang proses PP ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah..haru pulak nnti kalu rosak)...


So, kalian2 semua, manage jadual pengepaman sebaiknya... Masukkan sekali satu waktu dalam jadual pengepaman seharian itu, satu waktu untuk kalian buat power pumping... Insya allah, hasilnya sangat berbaloi2.. Disamping itu boleh cuba amik Set breastfeeding 3M Shaklee untuk membantu.. TAPI, harus diingat,
Teruskan perjuangan and JANGAN GIVE UP!! Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!


Wednesday, 28 May 2014

Set Weight Gain

Bismillah..

Korang risau kurus sangat? Jangan tanya MD sebab MD memang tak mau kurus sangat. Tapi kakak-kakak MD dua-dua nya kurus kering.. haha.. genetiknya gitu kot.. Tapi MD ikut belah mama. So memang cepat gemuk.. Personally MD tak suka tengok orang kurus sangat. Nampak macam sakit, cengkung aje.. Pendapat MD la.. That's y tak pernah berusaha nak kurus sangat. Sedap-sedap tu ok la.. Tapi MD tahu, korang yang kurus sangat ni mesti ada pk kan macam mana mau naik kan berat badan dengan Set Weight Gain Shaklee.. Betul tak?

So meh nak share sikit camne cara nak gumok.. MD pernah test pada kakak MD. Sebab dia tu workaholic sangat. Udah kurus kering kerempeng je macam orang sakit. Sebulan dah nampak hasilnya.. Sampai ke sekarang ni, Tak mau makan Mealshakes dah dan nak menten je berat yang sekarang..

Haa.. Ape benda nak amik utk kasik badan naik..?

Meal Shake - Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya sedap!!


Vita-Lea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


B Complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
Sustained Release Vita-CMelindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Walaupun begitu, jgn lak kalian lupa supaya amalkan pemakanan yang berkhasiat.. Jangan pulak nak kan badan naik korang hentam belasah segala junk food tahape2 tah (MD le tu).. Satgi elok2 nak badan naik secara sihat, penyakit pulak yang kalian dapat... No.. No.. No... X mau cenggitu.. Exercise jangan lupa.. Minum air masak banyak ye... 

Sampai sini dulu Mak Dara berceloteh.. Nak amik anak2 dara kat umah pengasuh lak.. =D

 


Tuesday, 27 May 2014

Mahu cantik tanpa mekap?

Bismillah..

Sebut pasal mekap, semua perempuan suka kan..? MD pun suka jugak sebenarnya mekap. Orang kata cantik dah. Orang kata.. bukan MD yang kata. Kulit MD warna kuning bak kata CM. Dulu jeragat banyak. Liang roma pun besar. Berminyak di kawasan T-zone, warna tak sekata.. semua cukup serba serbi.. Tapi, sejak kenal Shaklee, MD dah tahu macam mana nak cantik tanpa memakai mekap.

Fitrah perempuan, suka kelihatan cantik. Ingat lagi masa bekerja part time Cashier di Jusco Ipoh dulu, MD memang tak reti langsung pakai mekap. Lipstick je reti. Selalu kena marah dengan Trainer Cashier. Suruh pakai blusher. Pakai Eyeshadow. Semua orang tahu kot kan, Cashier Jusco sangat pentingkan penampilan. Masa tu baru start belajar sikit-sikit mekap. Tapi tak expert lah.. Asalkan berconteng muka orang kata..

Masa time dating-dating dengan CM, dia tak pernah cakap tak suka. Punya pasai hang la nak conteng muka ke apa ke. Ada aku kesah dia kata... Bukan bini dia.. TAPIIII.... bila kawen, dia mula tunjuk riak tak berapa suka bila MD mekap. Even lipstick pun dia akan kata 'Huh..' Nak kiss-kiss I Love You sebelum gi keje pun dia tak berapa nak.. So MD belajar sesuatu di situ. Suamiku suka sesuatu yang simple dan asli. Bukan pelesu tepek itu ini...

Start amalkan Shaklee di penghujung tahun 2012. Sekadar untuk tenaga sahaja. Maklum lah, bila beranak 2, anak yang sulung pulak lasak.. Memang terasa agak mengah dan penat di situ.. Emosi terganggu.. Apa yang MD amalkan?


Ni set pertama yang MD amalkan. Set Menyusu 3M. Alhamdulillah, dari nak kan tenaga Supermom, terperasan perubahan pada diri.. Badan susut dengan cepat. Kulit semakin bermaya. Bila naik kerja selepas bersalin Zahra, kawan sepejabat tegur perubahan diri..

Kemudian MD berjinak-jinak pulak dengan Set Kecantikan Shaklee.. Sebab MD percaya, cantik tu bermula dari dalam. Jika dalaman kita sihat, ianya akan terbias juga ke luar..


MD add Vita E Complex, kemudian slowly ambil Shaklee Collagen Powder dan seterusnya Vivix! Kemudian ada orang tegur, nampak pipi macam merah pakai blusher je.. Aww.. Malu mak.. Hihi... Tapi itu hakikatnya, sekarang kalau keluar, hanya pakai bedak baby atau compact powder dengan Lipgloss. Itu pun kalau teringat la lipgloss tu.. Lipstick yang dok ada, anak-anak genius dah tolong jahanamkan.. Hahaha.. 


Dulu tak berapa nak berselfie. Kalau selfie, selalu nya akan tengok balik picture tu ok ke x. Tapi sekarang, MD suka selfie. Sebab jatuh cinta dengan kulit wajah sendiri.. Sangat berpuas hati..

Korang try la sendiri.. Kemudian baru tau kenapa MD sangat suka Shaklee.
MD