Thursday, 5 June 2014

Apa Itu Vertigo?

Assalamualaikum..

Baru-baru ni, mama MD kena attack dengan Vertigo.. So kami rushing balik Ipoh untuk tengok keadaan nya.. Mana-mana kastemer yang urgent nak suplemen, terpaksa MD whatsapp mintak tunda dan terangkan kenapa.. Soalan mereka, "Apa itu vertigo?"


Ramai jugak rupa nya yang tak tahu apa tu vertigo. MD cube terangkan dalam bahasa yang mudah yang MD faham lah. Vertigo ni jadi sebab ada masalah dalam telinga kita, yang menyebabkan kita hilang keseimbangan.. or ada masalah dengan urat saraf kita.. yang ni nak explain x bape nak reti.. Sebab tu bila jadi tu, pesakit akan pengsan, berasa dunia nya berputar ligat, pening teramat sangat, muntah dan sebagainya.. Haa.. paham tak?

Meh nak explain sikit dalam bahasa ilmiah pulak..hihi.. Kadang-kadang orang tak faham apa yang MD cuba sampaikan dalam bahasa MD..

Vertigo ni adalah satu perasaan yang everything around you is spinning or moving, yang selalunya di sebabkan oleh masalah dalam inner ear. Tapi kadang-kadang disebabkan oleh masalah penglihatan. 

Dalam Medical terms pulak, yang MD tengok dalam web INI..

Vertigo is a specific kind of dizziness - a sense that you, or your environment, is moving or spinning, even though there is no movement.
Nor does vertigo, in the medical sense, mean a fear of heights. We all have a healthy respect for heights, but if this is to the extent of a phobia, it is termed acrophobia, not vertigo. (With acrophobia, people overestimate danger, become distressed, and avoid heights altogether.3)
Vertigo, then, is a specific symptom unrelated to heights that has various medical causes.
Vertigo is thereby set apart from presyncope, which is a sense of almost fainting (typically a result of temporarily lowered blood pressure). Disequilibrium is also something separate, seen in older people - an unsteadiness due to poor balance and strength.
Light-headedness, often associated with anxiety, is different too, sometimes called psychogenic vertigo.

Paham la kot nohh bahasa omputih ni? 
Kadang-kadang vertigo ni tak membahayakan. Tapi, ia juga boleh mengancam nyawa!! Jangan main-main.. Abih tu kalau time pening, jatuh pengsan, terhentak kepala ke, tengah drive jadi ke, eii... nauzubillah le..

Ada sesetengah tu bila kena attack tu, amik masa bape jam je nak baik semula. tapi ada yang teruk, yang menyebabkan loya, muntah dan sukar nak berjalan atau berdiri. Tu yang boleh berlarutan sampai berhari-hari baru baik semula. 

Dalam pembacaan lain, katanya vertigo juga boleh di sebabkan oleh radang urat saraf vestibular, juga dikenali sebagai labyrinthitis, mungkin disebabkan virus yang menyebabkan bengkakan atau keradangan di sekeliling saraf itu. Yang mana dalam kes mama ni, MD rasa mungkin sebab radang urat saraf kot. Tapi mama pernah jugak operate buang gegendang telinga kanan ke kiri tah sebab infection.

Antara lain yang boleh sebabkan vertigo ni adalah kecederaan kepala akibat kemalangan, trauma lepas pembedahan bahagian kepala yang menjejaskan sistem vestibular. Selain tu, ubat-ubatan pun boleh menyebabkan vertigo jugak. Tapi, jarang la ada ubat yang menjejaskan fungsi telinga atau otak. 

Haa.. yang rajin migrain tu pun kena hati-hati. Sebab vertigo ni berlaku bersama sakit kepala. Tapi jarang la ianya jadi dalam waktu serentak. Masalah otak seperti strok atau TIA (serangan iskemia sementara), pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis pun boleh menyebabkan vertigo..

Sila perhatikan tanda-tanda berikut. Jika ada terdapat pada anda, sila lah berjumpa dengan doktor.
  • Pening atau sakit kepala yang teruk
  • Suhu badan melebihi 38 darjah celsius
  • Penglihatan bertindih atau ada masalah untuk melihat dengan jelas
  • Masalah bercakap atau mendengar
  • Berasa lemah di lengan atau kaki
  • Ketidakupayaan nak berjalan tanpa bantuan
  • Pitam
  • Kebas di mana-mana bahagian badan
  • Sakit dada
  • Muntah tanpa henti
  • Sudah berumur dan pernah di serang strok
  • Mempunyai faktor risiko untuk strok (darah tinggi, kencing manis, merokok)
Lazimnya, tiada ubat untuk sebelum kena vertigo. Namun, sekiranya terjadi, doktor akan memberikan ubat seperti anti histamin, ubat tahan muntah atau sebagainya yang mana bersesuaian untuk pesakit ketika itu. Sekiranya sakit itu dah tak ada, kena stop lah.


Namun, dalam kes mama ni, apa yang MD perhatikan, mama sangat menjaga pemakanan dan kesihatan. Mama banyakkan makan buah, dan pengambilan suplemen. Mama juga banyak exercise dan kerap berurut sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan peredaran darah dalam tubuh berjalan lancar. Mungkin atas faktor tu, mama jarang-jarang kena attack dengan vertigo.

Oh ya, mama juga ambil Vivix Shaklee sebagai salah satu langkah dan usaha dalam menjaga kesihatan.. =)
MD

No comments:

Post a Comment