Showing posts with label Set 3M. Show all posts
Showing posts with label Set 3M. Show all posts

Wednesday, 10 August 2016

Kisah Cinta Cik Anie

Assalamualaikum..

First of all, korang tolong doakan kawan baik Cik Anie, nama dia Cik Dila, yang sekarang tengah dalam perjuangan nak melahirkan anak kat Hospital Melaka. Adoi, Cik Anie pulak yang nebes lebih macam nak beranak.. haha..

Tengok tajuk macam suspen je ek. Cik Anie ni nak cerita pasal kisah cinta dengan Cik Mat ke? Haha.. Nehi nehi. Kisah cinta dengan Cik Mat tu bio lah jadi kenangan manis kami berdua je.. Semua benda pun nak share, macam tak ada privasi lak kan..

Cik Anie sebenarnya nak cerita pasal kisah cinta Cik Anie dengan Shaklee. Actually, dah selalu sangat Cik Anie cerita. Tapi ye lah, benda yang kita suka, memang kita akan keep repeating cerita tu kan. Sebab kenangan tu sangat manis. Jadi Cik Anie nak cerita gak selalu.

Cik Anie kenal Shaklee dah lama. Memang ada family member yang makan Shaklee. Tapi tak ambil kisah pun. Tapi start 2011, baru lepas beranak Nasywa, Cik Anie sangat obses dengan penyusuan susu ibu. Segala macam gajet penyusuan, sampai ke milk booster semua Cik Anie beli nak try. Time tu aktif dalam group Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM). Masa tu la kenal si Nurul ni (upline Cik Anie). Kenal gitu-gitu je pun. Beli dari dia trial pack sebulan, nak bagi kan habis tu alahai.. lambat sungguh rasa. Time tu tak jadi ahli lagi.. Bila dia PM tanya feedback, Cik Anie mengelat macam-macam.. Hahaha.

Apa yang buatkan Cik Anie tak jatuh cinta lagi masa tu adalah sebab, Cik Anie fokus nak bagi susu banyak. Sedangkan production susu Cik Anie tak ada masalah pun. Cik Anie terlupa nak pandang side effect lain yang Cik Anie dapat.

Sampai lah bersalin Zahra. Masa tu mula terasa letih. Lesu. Time dalam pantang rasa stress. Mane tak nya, Nasywa masa tu tengah lasak. Cik Mat bukan tak bantu tapi perfectionist (konon nya) macam Cik Anie ni, tak boleh nak tengok kalau tak kena dekat mata. So Cik Ani contact balik Nurul ni. Cik Anie kata, saya tak nak yang nak bagi susu banyak. Saya nak yang bagi energy je. Tak nak letih lesu.

Kisah Cinta Cik Anie


So Nurul pun suggest itu ini pada Cik Anie. Maka set pertama yang Cik Anie beli adalah Set 3M tu. Cik Anie ada tulis tentang set tu di sini. Dan add on Vitamin E masa tu. Biasa lah kan, nak cantik jugakkk.. Hahaha..

Tengok-tengok lepas try, ehh.. Betul lah. Dah tak ada dah sakit badan. Tak ada letih lesu. Tak ada rasa stress.. Macam magic pulak. Susu badan pun masa tu nampak lebih pekat, dan Zahra bila tertidur lepas menyusu tu lama. Puas kenyang kot agaknya kan.

Dari situ, Cik Anie mula promote pada kawan-kawan suruh try gak. Knowing me, Cik Anie memang suka promote kalau benda yang best-best ni. Tak kira yang Cik Anie jual ke tak ke,. Tapi tak berani sangat nak promote pada family. Entah la pasal apa. Cerita jugak sikit-sikit tapi jarang nak lebih-lebih. Malu kot.. Haha..

Family Cik Anie yang dah Cik Anie Shakleekan, kakak yang sulung, memang boleh kata semua produk Shaklee dia guna. Lepas tu kakak No. 3. Dia ambil Mealshakes sebab nak gemuk =D. Patu dah nampak berisi, dia ambil pulak Collagen Powder Shaklee.. Lepas tu adik Cik Anie, Ambil herbalblend untuk anaknya yang ekzema dan Ayah.. =) Oh ya, ayah Cik Anie still ambil Vivix sebagai ikhtiar rawatan kanser nya. Korang doakan semoga Papa cepat sembuh tau..

Tu lah, kadang-kadang benda yang kita tak suka tu mungkin bermanfaat pada kita, begitu juga dengan benda yang kita suka, belum tentu lagi baik untuk kita. Daripada asalnya Cik Anie menyampah asik-asik Shaklee je kan, sekarang pagi petang malam Cik Anie bercakap pasal Shaklee pulak.
MD

Thursday, 29 May 2014

Power Pumping

Assalamualaikum wbt..

Pagi Khamis yang damai ni, MD nak share tentang Power Pumping. Sebenarnya dah lama MD nak wat entry psl ni. Gara2 seorang kwn yang jauhhhhh di mata tapi dekat di hati bertanya kan pd MD tentang tips penyusuan susu ibu.. Beliau yang jelita adalah ibu muda.. Duduk jauh dr keluarga, berpantang seorang diri di sana, menangani masalah susu kurang n etc etc etc.. So, rini MD wat entry pasal Power Pumping(PP) ni..moga ianya bermanfaat buat anda dan saya juga...

Apa itu PP?

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang memerlukan PP?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang perhasilan susu
  • Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormom, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat PP?

Saya Pakai ini je pon.. Dah dua anak saya menggunakan khidmat dia.. sangat syok!
Untuk Simgle Pump - 
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam

Idaman saya... Hihi..

Untuk Double Pump - 
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.
Waktu yang sesuai untuk buat PP?

Waktu yang paling sesuai untuk PP adalah pada waktu tengah malam atau sebelum tidur... ini kerana hormon prolaktin pd waktu itu adalah sangat tinggi. Tapi ianya tetap juga bergantung kepada keselesaan diri sendiri nak berPP waktu bila pun. Yang penting si ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal..
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Ok, harus ingat bukannya sekali buat terus susu jadi byk tau. PP memerlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, yang penting adalah kemahuan kita dan niat kita untuk berusaha mempertingkatkan penghasilan susu itu...

Setiap jumlah perahan  antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah.. Bila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...


Satu lagi, sepanjang proses PP ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah..haru pulak nnti kalu rosak)...


So, kalian2 semua, manage jadual pengepaman sebaiknya... Masukkan sekali satu waktu dalam jadual pengepaman seharian itu, satu waktu untuk kalian buat power pumping... Insya allah, hasilnya sangat berbaloi2.. Disamping itu boleh cuba amik Set breastfeeding 3M Shaklee untuk membantu.. TAPI, harus diingat,
Teruskan perjuangan and JANGAN GIVE UP!! Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!


Saturday, 18 May 2013

Set Berpantang Shaklee - Mudah, murah dan moden

Assalamualaikum kalian...

Hari ni saya nak cerita tentang set berpantang shaklee pulak. Wah!! Set berpantang pun ade ek shaklee ni? Eh..mestilah ade.. InsyaAllah semua ada dgn Shaklee.. Kebelakangan ni ramai yang PM saya tanya tentang set berpantang shaklee ni.. Almaklumlah, zaman moden ni kan, semua nak yang ringkas, murah, berkualiti2, tahan lama, mudah cara penggunaan nya, selamat untuk baby n etc2..

Sekurang2 nya itu kriteria yang saya pilih dulu untuk mencari set berpantang.. Semasa anak sulung, saya belum lagi berkenalan dengan Shaklee. So saya pilih lah deretan jamu yang banyak di pasaran.. saya rasa dari 6 bulan lagi dah saya start survey set berpantang ni. Orang kata set jamu itu, ini bagus.. end up saya beli set keluaran *** ****. Tapi dah 3 tahun lepas bersalin ni pun still x habis2 lagi jamu nya. Last2 masuk tong sampah.. Rugi duit saya.. Jamu tu terlampau panas.. Baby Nasywa (sekarang kakak dah) x tahan.cirit je.. lepas tu naik ruam. Saya sendiri pun naik sakit kepala yang amat sangat..sebab terlampau panas.. oh ya, saya ni panas org ny.. jd double darjah kepanasan tu..hahaha...

Kemudian masa anak kedua, saya beli set ******** pulak sebab terpengaruh dengan iklan nya mmengatakan yang ianya bukan berasaskan jamu.. Maka saya beli.. Tapi sama jugak.. Panas. Memang ada yang bagus dalam produk tu.. cth minyak kelapa dara nya, mandian herba, dan sbg nya. Cuma saya x boleh tahan dengan teh nya tu... episod sakit kepala, stress, moody semua ada. Maka bapak saya suruh stop, eh. Elok pulak.. maka nya x sesuai juga.. set tu saya x buang..saya jual pada kawan..moga bermanfaat pada dia..

Kemudian saya berkenalan dengan set 3M.. masa tu x habis pantang lagi...eh, ape lak kaitan set penyusuan shaklee dgn set berpantang ni? Haa...ni la yang paling best.. sebab produk shaklee ni mmg menyeluruh... bukan setakat set tu set berpantang, tapi boleh digunakan sebagai set penyusuan..haa... best kan? Memang best..

Ni saya dok pot pet pot pet tapi ape benda nya set berpantang tu?


Haa.. ni lah dia set berpantang yang saya katakan tu.. Memang sangat best.. ianya boleh di ambil seawal hari pertama kita bersalin.. x payah risau dengan kata2 seperti --->ambil selepas baby habis jaundis.. hehehe..

Harganya pun murah je.. tapi faedah yang anda dapat sangat best.. antaranya:-

1- Bagi tenaga kepada ibu yang sedang berpantang.
2- Bantu memulihkan luka bersalin samada memalui pembedahan atau pun bersalin normal.
3- Banyakkan susu ibu. Baby cepat kenyang
4- Mencantikkan kulit ibu-Maklum lah..baru lepas kerut2 meneran kan..ehehe..
5- Memudarkan stretch mark d perut ibu..
6- Melancarkan pembuangan-tiada lagi sembelit.

Agak2 kalian nak mengetatkan miss V, boleh tambah ALFALFA. Wah.bkn setakat mengetatkan, tapi jugak menambahkan susu dan membantu anda berdiet sama...

Haa. Kan dah ckp, Shaklee ni menyeluruh.. boleh untuk berpantang, boleh untuk menyusu sama... waaaa....best best best.....

Jadi mommies yang sedang tercari2 tu, jom beli SET BERPANTANG SHAKLEE ni sekarang..memang berbaloi.. memang pilihan yang bijak..


Saturday, 19 January 2013

Set Menyusu 3M





Alhamdulillah sekarang ramai yang dah sedar tentang kepentingan supplemen, bukan untuk menjadikan susu yang sikit tiba-tiba menjadi banyak, tapi untuk faedah bersama anak dan ibu.

Bagi ibu yang menyusukan, kenapa supplemen begitu penting? Ibu yang menyusu mempunyai tugas berat, malah mungkin melebihi tugas ibu hamil yang dibekalkan macam2 supplement bagi mengelakkan komplikasi semasa mengandung dan melahirkan. Ibu yang menyusukan sudah tidak mendapat ‘privilege’ seperti ibu hamil yang diberi ‘excuse’ dari kerja-kerja berat dan sebagainya. Ibu menyusukan perlu kembali kepada kehidupan biasa, dan bertambah-tambah lagi kerjanya kerana terpaksa mengepam susu (terutama ibu bekerja). Ada yang hanya tidur selama 2-3 jam saja sehari semalam untuk memenuhi misi penyusuan ini.

Supplemen bukan bahan ajaib. Ia sepatutnya menjadi penyokong kepada tubuh badan kita dalam mendapatkan nutrien perlu yang mungkin:
  • kita tak perolehi dari pemakanan harian
  • musnah dalam proses pembuatan makanan
  • tidak dapat diserap oleh tubuh
  • dimusnahkan oleh bahan-bahan asing contohnya pencemaran
Suka atau tidak, hakikatnya kita makan untuk rasa kenyang, bukan untuk sihat. Walaupun makanan diambil mengikut piramid makanan, namun ada banyak faktor yang menghilangkan kualiti makanan yang kita ambil, terutama makanan yang dibeli. Salah satu sebab yang jelas ialah, kita tak tahu bila makanan tersebut dimasak, terutama nasi campur.
Jadi, untuk ‘cover’ semua itu, dipermudahkan dalam bentuk supplemen.

Shaklee mempunyai rangkaian produk khas untuk ibu menyusu kekal cergas, sihat, bertenaga sepanjang hari, membantu mencukupkan keperluan nutrisi juga membantu penghasilan susu yang lebih baik. Saya sendiri mengambil set penyusuan Shaklee sejak bersalin sehingga sekarang  ;) Set nie 3M yang paling best utk sy yg terdiri drpada


  1. sangat2 dicadangkan untuk ibu2 yang mengalami kemeruduman susu/ susu sedikit.
  2. ibu2 yang mula menyimpan stok ebm
  3. sesuai untuk ibu2 yang ingin relaktasi
Menyusukan anak tidak susah dan tidak semudah yang disangka. perjalanan penyusuan yang panjang ini menuntut ibu2 untuk bekerja keras untuk pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi dari pemakanan yang sihat. namun berapa ramai ibu ibu yang betul2 menjaga pemakanan yang berkhasiat? ingat! apa yang ibu makan adalah apa yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu.. pada saya supplement sangat2 membantu agar ibu ibu mendapat khasiat harian yang mencukupi dan tumbesaran anak yang baik dah sihat. 

Pilihan ditangan anda untuk beri yang terbaik untuk anak2 anda.. anda yang mencorakkan masa depan mereka. 

'jika seorang wanita menyusui anaknya sehingga 2 tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya' 


Credit info : http://lelilovekecantikan.blogspot.com
Hanni