Saturday, 7 June 2014

National Conference Qualifiers Siri 1

Assalamualaikum..

Setelah berminggu-minggu konflik dalam diri, akhirnya MD berjaya menghadirkan diri ke National Conference 2013/2014. Sebagai Qualifiers untuk local trip, maka entitle untuk di layan dengan special skali..hihi.. So jemput la baca ye siri 1. Wahh.. macam drama bersiri pulak ye..

MD start gerak ke Ipoh Jumaat 6hb. Dengan restu CM, kami gerak lepas Zohor. So awal la sikit proses suaikenal anak-anak dara dengan sepupu sepapat depa. Kang terus-terus tinggal kang ada yang melalak langsung ibu tak payah pegi.. hihi..

Sampai Ipoh dalam pukul 5 lebih gitu. Anak-anak pun dah bercempera tak ingat ibu. Excited nak main. Dalam hati ni, rasa separuh kebimbangan dah hilang. Alhamdulillah.. harap-harap depa baik-baik je tak de meragam & susahkan opah atok nya..

Malam tu macam biasa anak-anak masuk sarang awal.. Tapi cabaran nak bagi depa betul-betul nyenyak. Sat golek sana, sat pusing sini, sat rengek-rengek, sat tergaru-garu.. macam tau-tau je nak kena tinggal.. Ibu pun tidur-tidur ayam je. Pukul 3.15 am, ibu bangun bersiap-siap. Kejut atok mintak hantar ke stesen ketapi.. Part paling suspen bila kul 4 Nasywa bangun.. Mujur lah sekejap, bila di pujuk-pujuk, dia pun naik semula atas katil baring sebelah adik. Lena elok sampai ke pagi kata atok nya..Tak de di heran ibu nya ada ke idok.. isk...

Pukul 5 ets pun gerak dari Ipoh ke KL. Oleh sebab dah lama giler tak naik train & travel sorang-sorang, ibu is very the jakun.. haha.. hopefully little baby inside baik-baik aje melasak 3 hari dengan ibu. Dah nama train kan, every stesen dia benti. Partner kerusi sebelah lak laki. A bit tak selesa la jugak.. tersengguk-sengguk tak tau nak cakap.. Sampai KL Sentral pukul 7.00 am. Singgah surau sat, subuh gajah opah kata.. kemudian terus cari teksi ke The Saujana Subang. Ingat kan jauh, baru planning nak tidur. Sekali setengah jam gitu dah sampai.

Rupanya MD the first person tiba di hotel.. Organizet pun tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu, kul 9 depa mai.. depa adjust meja pendaftaran bagai, MD tolong tengok je la. Letih, x kuasa nak tolong-tolong. Kepala pun ting tong. Lagi sadis, depa kata soh tunggu kul 11 jugak baru boleh check in.. What?!! Hari tu hgpa call soh mai awal, kui 9 gitu supaya leh rehat-rehat bagai.. ni boleh lak kata miscommunication.. tapi x pe. Sabo. Org nak belanja tido hotel, tok sah banyak bunyik!




Depa kata boleh je daftar, MD terus dok depan sekali. Potong Q orang lain yang berbaris lama. Shaklee pun memang bagi priority sebab dah lama gila tunggu. Kesian gamaknya dengan Mak Yong gemuk ni..






Gitu gini bagai, kul 9 masuk bilik. So apa lagi, amik kesempatan mandi dan bersihkan diri.. Rumet MD nama Jiha. Geng Supermom jugak. So lepas bersiap, gi la melantak pulak.. Lapar nak mati kot. Baby pun jenuh menendang-nendang ibu nak suruh makan cepat..





Lepas makan baru kami naik bas yang disediakan ke Sunway Pyramid Convention Centre.. cerita tu kita sambung siri 2 lak.. Nak ke SPCC balik.. hihiNa
MD

Doa Pengasih

Assalamualaikum..

Ecewah.. Tajuk bukan main lagi ek Doa Pengasih.. Ehehe.. MD dok blogwalking dan terjumpa tentang benda ni.. Bagus actually.. Terutamanya utk suami isteri dan anak-anak.. Dekat kan yang jauh. Rapatkan yang renggang.. Dah tak perlu nak pegi jumpe Tok Moh utuk buat ayat pengasih ke, nasik kangkang ke, ape ke.. Mintak pada Allah.. Itu lebih baik..

Jom amalkan ayat pengasih ni, surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah... teruskan.. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai.

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39


"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"
Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

Caranya
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik*


Terima kasih pada tuan blog SINI atas perkongsian ilmu ni.. Lepas ni boleh lah di amalkan supaya hubungan suami isteri bertambah erat, anak-anak sayang kat ibu ayah dan sebagainya..


Thursday, 5 June 2014

Risau dengan HB rendah?

Assalamualaikum..

Di berikan kesempatan oleh Allah untuk menulis lagi hari ni.. Happy nak share pengalaman seorang customer MD (yang kini menjadi ahli) yang sangat Happy dengan result HB nya yang sentiasa rendah je sebelum ni. Buat ibu-ibu preggy di luar sana yang risau dengan HB rendah, asik kena marah dengan misi sebab HB tak cantik, meh jemput baca perkongsian yang Puan Zue berikan.

Di ambil dari FB wall MD sendiri. 
"Alhamdulillah.... pengalaman yg saya alami sendiri... sepanjang mengandung ank ke-3 ni, hb setiap kali check up mesti turun sampai cik misi tulis dgn pen merah dah...mcm2 dah cuba makan,tapi ttp tak menunjukkan perubahan....saya tertarik dengan vitamin untuk wanita hamil dari SHAKLEE...thanks to Hanni Kamilla Hanafi, yg memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman... dengan izin Allah, selepas seminggu saya mengambil vitamin SHAKLEE, hb saya menunjukkan peningkatan yg baik....

Bukan sekadar omongan kosong,tapi sudah terbukti keberkesanannya....kepada ibu-ibu hamil yg mempunyai masalah yg sama seperti saya boleh cuba vitamin SHAKLEE."

 Alhamdulillah.. 

MD lebih dari happy bila customer puas hati.. Puan ni ambil Set Mengandung Shaklee. Vita-Lea, B-Complex, SR Vitamin C. 

Best kan..? =)
MD

Apa Itu Vertigo?

Assalamualaikum..

Baru-baru ni, mama MD kena attack dengan Vertigo.. So kami rushing balik Ipoh untuk tengok keadaan nya.. Mana-mana kastemer yang urgent nak suplemen, terpaksa MD whatsapp mintak tunda dan terangkan kenapa.. Soalan mereka, "Apa itu vertigo?"


Ramai jugak rupa nya yang tak tahu apa tu vertigo. MD cube terangkan dalam bahasa yang mudah yang MD faham lah. Vertigo ni jadi sebab ada masalah dalam telinga kita, yang menyebabkan kita hilang keseimbangan.. or ada masalah dengan urat saraf kita.. yang ni nak explain x bape nak reti.. Sebab tu bila jadi tu, pesakit akan pengsan, berasa dunia nya berputar ligat, pening teramat sangat, muntah dan sebagainya.. Haa.. paham tak?

Meh nak explain sikit dalam bahasa ilmiah pulak..hihi.. Kadang-kadang orang tak faham apa yang MD cuba sampaikan dalam bahasa MD..

Vertigo ni adalah satu perasaan yang everything around you is spinning or moving, yang selalunya di sebabkan oleh masalah dalam inner ear. Tapi kadang-kadang disebabkan oleh masalah penglihatan. 

Dalam Medical terms pulak, yang MD tengok dalam web INI..

Vertigo is a specific kind of dizziness - a sense that you, or your environment, is moving or spinning, even though there is no movement.
Nor does vertigo, in the medical sense, mean a fear of heights. We all have a healthy respect for heights, but if this is to the extent of a phobia, it is termed acrophobia, not vertigo. (With acrophobia, people overestimate danger, become distressed, and avoid heights altogether.3)
Vertigo, then, is a specific symptom unrelated to heights that has various medical causes.
Vertigo is thereby set apart from presyncope, which is a sense of almost fainting (typically a result of temporarily lowered blood pressure). Disequilibrium is also something separate, seen in older people - an unsteadiness due to poor balance and strength.
Light-headedness, often associated with anxiety, is different too, sometimes called psychogenic vertigo.

Paham la kot nohh bahasa omputih ni? 
Kadang-kadang vertigo ni tak membahayakan. Tapi, ia juga boleh mengancam nyawa!! Jangan main-main.. Abih tu kalau time pening, jatuh pengsan, terhentak kepala ke, tengah drive jadi ke, eii... nauzubillah le..

Ada sesetengah tu bila kena attack tu, amik masa bape jam je nak baik semula. tapi ada yang teruk, yang menyebabkan loya, muntah dan sukar nak berjalan atau berdiri. Tu yang boleh berlarutan sampai berhari-hari baru baik semula. 

Dalam pembacaan lain, katanya vertigo juga boleh di sebabkan oleh radang urat saraf vestibular, juga dikenali sebagai labyrinthitis, mungkin disebabkan virus yang menyebabkan bengkakan atau keradangan di sekeliling saraf itu. Yang mana dalam kes mama ni, MD rasa mungkin sebab radang urat saraf kot. Tapi mama pernah jugak operate buang gegendang telinga kanan ke kiri tah sebab infection.

Antara lain yang boleh sebabkan vertigo ni adalah kecederaan kepala akibat kemalangan, trauma lepas pembedahan bahagian kepala yang menjejaskan sistem vestibular. Selain tu, ubat-ubatan pun boleh menyebabkan vertigo jugak. Tapi, jarang la ada ubat yang menjejaskan fungsi telinga atau otak. 

Haa.. yang rajin migrain tu pun kena hati-hati. Sebab vertigo ni berlaku bersama sakit kepala. Tapi jarang la ianya jadi dalam waktu serentak. Masalah otak seperti strok atau TIA (serangan iskemia sementara), pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis pun boleh menyebabkan vertigo..

Sila perhatikan tanda-tanda berikut. Jika ada terdapat pada anda, sila lah berjumpa dengan doktor.
  • Pening atau sakit kepala yang teruk
  • Suhu badan melebihi 38 darjah celsius
  • Penglihatan bertindih atau ada masalah untuk melihat dengan jelas
  • Masalah bercakap atau mendengar
  • Berasa lemah di lengan atau kaki
  • Ketidakupayaan nak berjalan tanpa bantuan
  • Pitam
  • Kebas di mana-mana bahagian badan
  • Sakit dada
  • Muntah tanpa henti
  • Sudah berumur dan pernah di serang strok
  • Mempunyai faktor risiko untuk strok (darah tinggi, kencing manis, merokok)
Lazimnya, tiada ubat untuk sebelum kena vertigo. Namun, sekiranya terjadi, doktor akan memberikan ubat seperti anti histamin, ubat tahan muntah atau sebagainya yang mana bersesuaian untuk pesakit ketika itu. Sekiranya sakit itu dah tak ada, kena stop lah.


Namun, dalam kes mama ni, apa yang MD perhatikan, mama sangat menjaga pemakanan dan kesihatan. Mama banyakkan makan buah, dan pengambilan suplemen. Mama juga banyak exercise dan kerap berurut sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan peredaran darah dalam tubuh berjalan lancar. Mungkin atas faktor tu, mama jarang-jarang kena attack dengan vertigo.

Oh ya, mama juga ambil Vivix Shaklee sebagai salah satu langkah dan usaha dalam menjaga kesihatan.. =)
MD

Wednesday, 4 June 2014

Testimoni Hamil, Pantang, Menyusu dengan Shaklee

Assalamualaikum..

Korang nak tengok testimoni hamil, pantang, menyusu dengan Shaklee? Puan ni melahirkan anak yang ketiga. Sama macam MD.. Anak yang ketiga.. Tak sabar pulak nak tunggu bulan 9 nanti.. Nak bagi testimoni diri sendiri pulak.. MD cuma ada testimoni sendiri setelah sebulan dua bersalin baru consume Shaklee.. =)


Ini MD quote apa yang Puan Cantik Manis ni share kan dalam group rahsia pelanggan Shaklee.. Tak ada edit-edit tau!
-----------------------------------
Harini nak share my own testimonial consuming Shaklee sepanjang tempoh hamil, berpantang & menyusu anak yang ke3 

Asalnya consuming Full set Hamil Shaklee..tapi dapat pula bonus lain  rezeki hehe

Sepanjang tempoh hamil Eyda memang konsisten consume Set Hamil Shaklee. Ini yang Eyda ambil :
-Vitalea
-Bcomplex
-Vita c SR
-ESP
-Ostematrix
-Omega Guard (Bulan ke5 Hamil)

Alhamdulillah sangat2 best consume Set Kehamilan ni..apa yang best?
-Rasa Bertenaga
-Sembelit memang langsung tak de..Lawas je
-Berat tak naik mendadak
-Hb alhamdulillah ok(sekali je drop) tapi lepas tu dah ok balik.
-Kaki tak cramp malam-malam

After dah bersalin (23/4/2014) Eyda teruskan lagi pengambilan supplement2 di atas..cuma add on :
- Zinc Complex (terus ambil after bersalin)
- Alfalfa complex (Hari ke7 pantang start ambil)
- Lecithin (Hari ke15 pantang)

Yang ni part paling BEST! Pantang tapi tak rasa macam berpantang.
- Sejurus after bersalin eyda ambil Esp + Ostematrix nak kasi hilang lenguh-lenguh badan + tambah tenaga (memang berkesan)
- Luka cepat sembuh (hari ke7 pantang nurse datang cek luka dah kering)
- BABY GEBU + PUTIH (Sampaikan nurse & doctor pun tegur)
- Susu badan banyak
- Baby langsung xkena jaundis
- Badan rasa segar
- Takde sakit urat
- Rahim cepat mengecut (bidan yang cakap masa datang urut)
- Langsung tak sembelit (lawas sokmo)
- Cergas sokmo sebab rasa sihat tak macam lepas bersalin

Dapat bonus lain  Ramai yang tegur kulit muka nampak cerah + flawless (saya memang jenis tak suke make up..memang natural face gitu je :)) Mule2 tak caya orang cakap sampailah che suami tegur 2,3 hari lepas cakap nampak lain muka 

Alhamdulillah..rezki Allah beri pada saya masa mengandungkan ank ke3 ini dapat consume Shaklee.. Now memang ternyata Shaklee memang BERKESAN 
Tq Allah Tq Shaklee 

-------------------------------------

Alhamdulillah... I'm happy for her!! So uolls, jangan malu jangan segan ya.. Meh kita sharing-sharing.. =)

Untuk pesanan, sila klik SINI.
MD

Rawat Ekzema dengan Herbal Blend

Assalamualaikum.

Orang-orang yang terdekat dengan MD memang dah tahu yang MD ada ekzema. Alahan pada sabun. Semua jenis sabun yang kuat bahan kimia nya.. So entry hari ni, rasa happy nak share dengan korang macam mana nak rawat ekzema dengan Herbal Blend Shaklee.

MD memang dari kecik ada ekzema. Bila masuk sekolah menengah, rendam-rendam je baju, berus sikit terus basuh.. kalau lama main sabun, memang kering sangat. Bila exam, paling seksa. Especially kalau time tu tengah merekah berdarah sebab terlalu kering.. Orang yang sama penyakit macam MD ni akan faham apa perasaannya..

Bila habis belajar, guna mesin basuh, mengelak dari basuh pinggan & etc, maka tangan jadi baik semula.. Halus mulus moist je.. Tapiiii, bila kawen, mula la jadi penyakit balik. Maklum la, orang gaji tak dek. Buat la sendiri semua keje mencuci segala..

Mengandung no 3 ni, mungkin sebab perubahan hormon, jadi semakin teruk la. Even sabun Johnson Baby anak-anak dara pun tak boleh. Sakit. Apatah la lagi kalau sabun Shokubutsu ke, Aiken ke, apa ke.. 

Tak kena gaya, malam-malam siap la ko menggaru-garu sampai luka.. Buruk ok.. Tengok gambar kat bawah saja sudah lah..




Pernah sampai satu ketika, MD pegi kat Doktor, rayu mintak bagi apa-apa ubat tahan gatal sebab dah tak tahan sangat menggaru tetengah malam.. Tapi doktor tak nak bagi sebab preggy.. Tak bagus steroid untuk preggy ni.. Maka kecewa lah MD..

Kebetulan bulan April lepas, Herbal Blend keluar.. Tapi tak sempat nak gi beli dah habis pulak.. Tak pe, tak de nak urgent. Krim-krim dok ada pun banyak lagi.. Konon nya la..

Nak jadi cerita, akhirnya saya dapat stok Herbal Blend. Dan saya simpan satu untuk diri sendiri. Tapi tak konsisten sangat pakai.. Biasa la kan, nada-nada kecewa sebab dah try banyak benda tapi dok macam tu jugak nya tangan ni.. So start 2 minggu lepas, MD start guna secara konsisten. Lepas mandi, lepas guna sabun, sebelum tidur memang akan apply..

So ini hasilnya selepas 2 minggu..


Apa yang watkan rasa teruja adalah sebab, sebelum-sebelum ni MD pakai krim or pape secara konsisten pun tapi hasil nya bersifat sementara. Makna nya, if dah basuh tangan, maka akan balik lah ke keadaan asal.. Itu pun dah control guna sabun. Pakai sabun basuh pinggan Shaklee, Pencuci lantai Shaklee, Syampu dan pencuci muka Shaklee.. Cuma sabun mandi je dok bertahan pakai Johnson Baby anak-anak dara sebab selalu nya sabun untuk pesakit ekzema ni Tak de buih. Rasa macam pelik beno je mandi tak berbuih sabun kan.. hihi..

Ni baru kesan selama 2 minggu.. Cuba kalau berterusan..? Mesti lagi Fantastic hasilnya!! Untuk dalaman, memang MD amalkan ESP, SR Vita C, Mealshakes, B-Complex, dan Garlic untuk kurangkan rasa gatal.. 

Cuba lah sendiri.. =) Pakai sikit je tapi tahan lama sangat!

MD

Monday, 2 June 2014

Off to Ipoh due to vertigo!

Assalamualaikum..

Pagi Rabu, 28 May yang lepas, dapat panggilan telefon dari Kakcik Suraya.. Maklumkan yang mama kena serangan Vertigo lagi.. (Klik SINI untuk tahu apa itu Vertigo). Dalam hati, berderau rasa nya.. Bimbang. MD masih memerlukan mama dalam hidup ni..

Sepatutnya 29-31 May tu mama plan nak ke Langkawi. Bawak cucu-cucu berjalan katanya.. So anak-anak semua dah excited nak berjalan ke Langkawi.. Tapi apakan daya, terpaksa kami tunda ke hari lain..

So, whatsapp CM ajak balik ke Ipoh, tengok mama.. Seriously, memang MD nangis. Takut..

Pukul 8 lebih kami bergerak dari rumah Kulim. Singgah di Jawi sekejap untuk isi perut. Kemudian terus gerak ke Ipoh. Sampai pun hampir 12 malam. Terus naik ke bilik mama untuk tengok keadaannya..

Allah, tak boleh bangun. Nak kalih badan pun terpaksa buat secara perlahan-lahan. Kalau tak dia akan rasa pening yang teramat sangat dan muntah-muntah..

Mama memang ada Vertigo ni. Dah lama dah.. Last dia kena attack pun 2 tahun lepas, masa MD bersalinkan Zahra. Masa tu mama nak buat umrah. Pagi sebelum bertolak, kena attack. So terpaksa cancel..
Alhamdulillah.. Mama banyak amalkan suplemen, berurut, mungkin sebab tu Vertigo nya amik masa lama baru serang balik..

Pada MD, vertigo ni agak bahaya jugak.. sebab, kita x sedar bila jadi tu kepala terantuk dengan apa. Bayangkan if jadi masa tengah drive, nauzubillah... Ada kawan mama, masa kami pergi Acheh tahun 2008 ke 2009 tah tak ingat, tiba-tiba melayang jatuh terhentak kepala kat bucu longkang, berdarah-darah.. Allah... Risau..

Hanni