Saturday, 7 June 2014

National Conference Qualifiers Siri 1

Assalamualaikum..

Setelah berminggu-minggu konflik dalam diri, akhirnya MD berjaya menghadirkan diri ke National Conference 2013/2014. Sebagai Qualifiers untuk local trip, maka entitle untuk di layan dengan special skali..hihi.. So jemput la baca ye siri 1. Wahh.. macam drama bersiri pulak ye..

MD start gerak ke Ipoh Jumaat 6hb. Dengan restu CM, kami gerak lepas Zohor. So awal la sikit proses suaikenal anak-anak dara dengan sepupu sepapat depa. Kang terus-terus tinggal kang ada yang melalak langsung ibu tak payah pegi.. hihi..

Sampai Ipoh dalam pukul 5 lebih gitu. Anak-anak pun dah bercempera tak ingat ibu. Excited nak main. Dalam hati ni, rasa separuh kebimbangan dah hilang. Alhamdulillah.. harap-harap depa baik-baik je tak de meragam & susahkan opah atok nya..

Malam tu macam biasa anak-anak masuk sarang awal.. Tapi cabaran nak bagi depa betul-betul nyenyak. Sat golek sana, sat pusing sini, sat rengek-rengek, sat tergaru-garu.. macam tau-tau je nak kena tinggal.. Ibu pun tidur-tidur ayam je. Pukul 3.15 am, ibu bangun bersiap-siap. Kejut atok mintak hantar ke stesen ketapi.. Part paling suspen bila kul 4 Nasywa bangun.. Mujur lah sekejap, bila di pujuk-pujuk, dia pun naik semula atas katil baring sebelah adik. Lena elok sampai ke pagi kata atok nya..Tak de di heran ibu nya ada ke idok.. isk...

Pukul 5 ets pun gerak dari Ipoh ke KL. Oleh sebab dah lama giler tak naik train & travel sorang-sorang, ibu is very the jakun.. haha.. hopefully little baby inside baik-baik aje melasak 3 hari dengan ibu. Dah nama train kan, every stesen dia benti. Partner kerusi sebelah lak laki. A bit tak selesa la jugak.. tersengguk-sengguk tak tau nak cakap.. Sampai KL Sentral pukul 7.00 am. Singgah surau sat, subuh gajah opah kata.. kemudian terus cari teksi ke The Saujana Subang. Ingat kan jauh, baru planning nak tidur. Sekali setengah jam gitu dah sampai.

Rupanya MD the first person tiba di hotel.. Organizet pun tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu, kul 9 depa mai.. depa adjust meja pendaftaran bagai, MD tolong tengok je la. Letih, x kuasa nak tolong-tolong. Kepala pun ting tong. Lagi sadis, depa kata soh tunggu kul 11 jugak baru boleh check in.. What?!! Hari tu hgpa call soh mai awal, kui 9 gitu supaya leh rehat-rehat bagai.. ni boleh lak kata miscommunication.. tapi x pe. Sabo. Org nak belanja tido hotel, tok sah banyak bunyik!




Depa kata boleh je daftar, MD terus dok depan sekali. Potong Q orang lain yang berbaris lama. Shaklee pun memang bagi priority sebab dah lama gila tunggu. Kesian gamaknya dengan Mak Yong gemuk ni..






Gitu gini bagai, kul 9 masuk bilik. So apa lagi, amik kesempatan mandi dan bersihkan diri.. Rumet MD nama Jiha. Geng Supermom jugak. So lepas bersiap, gi la melantak pulak.. Lapar nak mati kot. Baby pun jenuh menendang-nendang ibu nak suruh makan cepat..





Lepas makan baru kami naik bas yang disediakan ke Sunway Pyramid Convention Centre.. cerita tu kita sambung siri 2 lak.. Nak ke SPCC balik.. hihiNa
MD

No comments:

Post a Comment