Thursday, 16 May 2013

Set Diabetes Shaklee

Assalamualaikum..

Saya banyak kali d hujani dengan pertanyaan tentang Set Diabete Shaklee ni.. Shaklee x de untuk set untuk diabetes ke? Mak/ayah diabetes so nak bagi ape? Haaa.. meh ni saya nak stori-mori morning glory.. 

Sebelum tu jom kita kenali dulu apa itu diabetes nih..


APAKAH DIABETES??

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Sesuai statusnya sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, diabetes memerlukan kawalan serta pemantauan yang cermat dan berhati-hati.Tanpa pengurusan yang sewajarnya, ia boleh membawa kepada hiperglikemia yang berkait rapat dengan kerosakan berpanjangan tubuh badan serta kegagalan pelbagai organ dan tisu.

Komplikasi jangka panjang dan pendek termasuklah penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, penyakit saraf dan mata.
Kata mudah nya adalah kencing manis lah kan.. Oooo.. Kencing manissss.....
Lepas tu ada ke set Vitamin yang boleh control diabetes ni..? Eh.. Tentu la ada...
So ape pulak fungsi vitamin-vitamin ni untuk memerangi kencing manis?
ESP - ESP bukan lah ubat untuk Diabetes. Tapi ia mampu membantu tubuh pesakit mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi. Jadi, kenapa ia sesuai untuk pesakit DIABETES?? Kerana ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Adalah penting bagi pesakit Diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan. Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain. 
VITA-LEA - Juga dikenali dengan nama multivitamin.. Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk kita yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. 

B-COMPLEX Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

ZINC COMPLEXMembantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat

VITA-CMengukuhkan kapilari dan salur darah

Info : SINI

Dapatkan Set Diabetes anda sekarang. 

PM FB : Hanni Kamilla Hanafi
FB PAGE : My Bestfriend Shop
SMS/Whatsapp : 013-5818283
E-MAIL : hanni.kamilla@yahoo.com
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 

Hanni

Wednesday, 15 May 2013

Bagaimana Hendak Tahu Tanda-tanda Diabetes?

Assalamualaikum kalian..

Kadang2 kita terfikir kan macam mana nak tahu tanda-tanda diabetes ni? Ye lah, kalau kita tahu tanda-tanda diabetes ni mungkin kita dah boleh buat persediaan awal untuk kawal nya.. Jangan dah tunggu potong kaki segala baru nak kisah untuk berjaga-jaga.. betul tak? Kadang-kadang kita rasa diri kita sihat tak ada sakit apa-apa sedangkan sebenarnya macam-macam dah bersarang. Jadi elok lah kalau berjaga-jaga dari awal.

Saya amik contoh mak saya sendiri. Dia seorang yang menjaga pemakanan dari muda lagi. Sebab dia tahu dalam history family kami ada sakit darah tinggi, kencing manis, gout dan sebagainya. Jadi, dia ambil makanan yang sihat, ambil suplemen dan sebagainya. End up dia dapat kencing manis dalam umurnya 64 tahun, itu pun masih terkawal lagi. Sebab tu dia tekankan pada kami adik-beradik supaya jaga pemakanan, jaga kesihatan supaya kita boleh bersedia.. Bukan muda-muda lagi dah kena sakit macam-macam..


Ok, jom tengok sedikit sebanyak info tentang diabetes ni. Untuk makluman saya dan juga anda semua..

Tanda-Tanda Awal Diabetes:

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:


TANDA-TANDA DIABETES1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap 
     seperti:-
     - Kulit
     - Gusi
     - Jangkitan pundi kencing
2.  Penglihatan yang semakin kabur
3.  Luka lambat sembuh
5.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
4.  Rasa kebas di tangan atau kaki
5.  Tekanan darah tinggi mula hadir
6.  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan 
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Punca-Punca Diabetes Melitus

Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu: 

1.  Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan 
     insulin setiap hari.
2.  Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak 
     menggunakan insulin dengan betul seperti biasa


TANDA-TANDA DIABETES

Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes

 -  Adik beradik kepada pesakit diabetes
 -  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
 -  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
 -  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
 -  Individu yang tindak bersenam
 -  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus

Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT 
    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta 
    mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
    Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 
    20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah 
    menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN 
    Lakukan pemeriksaan doktor apabila 
    anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
    Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk 
    menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi 
    dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya 
    penyakit diabetes dalam tubuh.


Info : SINI
Hanni

Tuesday, 14 May 2013

Apa yg best buat Shaklee biz?

Assalamualaikum.. Kalian sihat ke?

Tadi bukak FB Supermom.. Ada pulak soalan ni dari Master Hadha.. Master Hadha ni adalah Nanny saya dalam biz Shaklee.. Sebut pasal dia, Sebelum ni Mama saya ada sebut yang Nanny saya ni amik peduli cucu-cucunya. Saya rasakan macam tipu kot.. Tak kan dia boleh ingat sampai ke cucu.. Dah tu pulak cucu nya yang sorang ni lak shy-shy cat.. Hahaha.. Tapi hari ni Nanny saya ni leh print screen status update saya masuk dlm group.. Wahhh!! Malu i.. Dalam masa yang sama, rasa teruja sebab walaupun dia dah jadi Master, ada anak cucu cicit piut, tapi dia kenal.. Terharu sungguh.. Tak berkesempatan nak jumpa dia baru-baru ni masa dia mai Penang.. Mungkin next time.. Boleh sedut aura positif dia..


Ok, berbalik pada tajuk.. ape yang best sangat buat biz Shaklee ni?



1) Duit, duit, duit..

Harimau mak mengaum rini nak.... Syokkk!

Yang pertama opkos la pasal duit.. Time sesak tengah bulan camni orang lain mungkin dah kering kot, tapi saya masih lagi ada duit kot tepi.. Orang mai beli Vitamin, Alhamdulillah ada jugak dapat untung sikit-sikit.. Lepas tu every 15 haribulan bonus masuk.. Dapat lagi duit.. Hihi.. Nampak x bling-bling di situ..? Hahaha.. Bukan lah keduniaan sangat tapi ianya membantu perbelanjaan seharian saya sendiri.. Saya ni jenis malu nak mintak duit kat CM. Nak-nak lagi kalau nak guna untuk beli barang diri sendiri yang merapu2 seperti contoh nafsu nak beli Lipstick yang kemudian terperuk dalam handbag x pakai..hahaha.. Bak kata CM, kalau mengada2 nak iPad, iPhone segala tu kumpul duit beli sendiri.. CM saya garang tau.. Hehehe... Contoh hari ni, harimau saya dah mengaum.. harimau kome ade? Sebulan dua kali gaji.. Sape nak bagi yong?


2) Kawan baru

Yang kedua, saya kenal dengan ramai kawan baru.. samada secara offline mahu pun online. Saya hidup merantau di tempat orang.. Rata2 orang kat Kulim/Jawi saya x kenal.. Tapi sejak berbisnes Shaklee ni makin besar jaringan kenalan saya.. Syok kan? Pada hal rutin saya pegi keja balik keja je setiap hari.. Hujung2 minggu or cuti tu lak kalau x balik kampung, saya dok la diam2 kat rumah melayan anak2.. But still kawan2 baru saya semakin bertambah.. Best kan?


3) Leadership


Pastu sejak berbisnes, bermula dengan diri saya sorang, kemudian beranak satu.. Kemudian beranak dua.. Masuk tiga, Empat, Lima... So saya kena latih leadership skill saya supaya anak-anak saya percaya dengan kewibawaan mami nya nih.. Kalau mami nya pun tak ketahuan hala, ibarat anak ayam kehilangan ibu la depa.. Hahaha.. Dulu saya seorang yang pemalu. Sehingga kini pun saya seorang yang pemalu. Tapi sekarang dah boleh control kekurangan diri.. Dah ada keyakinan diri untuk bimbing orang lain.. Dah yakin nak promote apa yang saya jual pada orang lain. Dah berani nak yakinkan orang untuk beli.. Good for me kan..? Memang best..


4) Think Big


Lepas tu setiap hari, setiap kali bangun pagi sehingga saya tidur malam satgi kepala otak saya sentiasa berfikir. Berfikir macam mana nak majukan diri sendiri. Berfikir apa strategi baru yang saya nak buat untuk membanyakkan sale. Berfikir untuk tambah kan ilmu tentang sesuatu produk. Berfikir untuk coaching anak2.. berfikir untuk itu, berfikir untuk ini.. Sampai saya rasa saya x ada masa untuk bersenang lenang tanpa memikirkan apa2.. Nampak macam kronik aje bunyi nya ye? Tapi x.. Saya sangat serius dengan masa depan saya. Masa depan keluarga saya. Masa depan anak bangsa saya.. Wah! Macam ahli politik pulak! Hahaha.. Ini kalilah UBAH! Tapi bukan ubah politik tu tapi sebaliknya ubah diri saya. Lompat keluar dari comfort zone. Haa.. Ada yang nak wat saya jadi wakil rakyat? Maka nescaya saya akan suruh rakyat kawasan saya amik vitamin Shaklee hari2 supaya kalian sihat dan boleh bekerja mencari rezeki dan saya akan serius untuk menyuruh rakyat saya berbisnes supaya hidup senang, supaya x merempat2 tempat sendiri, supaya x meminta2 duit bantuan ihsan orang.. Eh.. Ceramah pulak.


5) Motivasi, Amalan Rohani

Sejak saya buat biz Shaklee, berada dalam group yang betul, di bawah leader2 yang hebat, saya sentiasa rasa termotivasi. Di kala life saya kadang2 down, atau saya rasa sedih yang keterlaluan atas apa sebab sekalipun, saya akan cari semula semangat saya dari leader2 yang hebat ni.. Kami ditekankan tentang amalan kerohanian.. Ye lah, selama ni memang lah kita semayang 5 waktu cukup tapi kita terlupa or sering wat2 lupa n x de masa untuk berzikir, untuk semayang sunat dan sebagainya. Pendek kata saya sgt hepi sebab saya dikelilingi orang2 yang positif. Positif dalam life nya.. Dapat handle masalah2 yang datang. Sampai kadang2 saya x tahu nak describe pada orang kenapa saya sangat bertuah berada bersama2 mereka..


6) Tolong Orang lain

Part paling best, bila customer saya bagi feedback, "susu makin banyak. Terima kasih atas support yang diberikan." Or "Hani, kulit aku dah semakin baik" or "Wei, berat aku dah turun 9kilo! Semua orang tegur badan aku dah susut". Sekadar menyebut beberapa feedback yang saya terima.. Kadang2 saya sampai menitiskan air mata sebab sama2 seronok. Hepi dengan result positif yang kastemer terima. Hepi dapat bantu diorang selesaikan masalah diorang.. Satu kepuasan yang x dapat nak diucapkan dengan kata2. Dan ini lah juga niat saya masa mula2 start sharing tentang Shaklee. Saya nak tolong orang. Saya nak orang sama2 rasa kebaikan Shaklee.


7) Angan Jadi Kenyataan

And yes, saya sekarang dah tahu apa yang saya nak dalam life. Saya dah tahu dalam masa berapa tahun dari sekarang saya nak jadi macam mana. Saya nak rumah design camana. Saya nak pakai kereta apa. Saya nak melancong ke mana. Saya sekarang dah tahu macam mana nak berangan yang boleh membuatkan semua tu jadi kenyataan. Bukan lagi angan-angan mat jenin - Kalau lah aku kaya......(sampai tertido!).. =) Apa angan2 saya? Hehe.. Yang pertama dan nyata, kebebasan kewangan. Syooookkkkk!!! 


Haa.. Jom join saya.. Saya pom pam pom pam, kome nganga je baca x jadi pape.. Berani untuk bertindak sekarang.. 


CONTACT LAH SAYA ----> 013-5818283


Hanni

Friday, 10 May 2013

Kisah Anak2..

Assalamualaikum..

Kalian yang saya sayangi..

Apa saya nak bebelkan ya hari ni? Seminggu dua ni hidup saya macam agak huru-hara sikit..

Kenapa? Mula2 kakak Nasywa x sihat. Selsema, batuk dan sakit mata.. x tahu lah berjangkit dari siapa.. Kemudian bila kakak beransur baik, adik Zahra pulak berjangkit. Cukup pakej. Demam, batuk, selsema dan sakit mata. Oleh kerana si Zahra ni karektor dia agak manja, jadi boleh dikatakan selang sejam dia akan terjaga merengek menangis menyondoi kat ketiak ibu.. =.='

Dah la CM kerja malam bulan ni.. Time cuti pun dia pulun pegi OT jgk.. X pe lah.. boleh la bagi lebih lagi pada saya lepas ni.. Ooppss.. Hihi..

Kali ni saya x bagi ubat pada anak2 saya.. Kecuali ubat titik dalam mata sahaja. Ikhtiar lain saya cuma bagi secubit Nutriferon, omega dan vitamin C sahaja. Mungkin penyembuhan lambat tapi keadaan anak2 terkawal.. Alhamdulillah.. Mungkin adik nak boleh berjalan pulak kot lepas ni..
Sekarang tukang sepah dah jadi 3 orang

Pandai nak isap kaki lak. Tunggu dulu la nak wei..

Cantik manis saya..

Bercakap pasal anak2, cantik manis saya yang nama Zahra ada hobi baru.. Main bawah meja makan dan nangis sambil menjerit dengan suara yang nyaring.. Kadang2 sebab geramkan kakak pun dia akan menangis sambil jerit.. Patu x masuk lagi bila menyepah barang mainan.. Dah pandai selongkar bakul mainan yang lagi beso dari dia tu.. Haish.. Macam2.. Habit dia masih lagi suka isap ibu jari tangan kanan.. Ade cara x yang boleh saya gunakan untuk mengelakkan dari dia isap jari? Ce bagi petua pada saya..

Si Nasywa pulak makin lasak. Semakin banyak akal. Semakin menggeramkan hati saya.. Nasib baik la comel, nak marah pun selalu x jadi dibuatnya. Cakap semakin banyak.. Macam hari tu masa kitorang nak keluar makan malam.. Nasywa dengan relax cakap, "ibu, kereta ayah sangat kecil lah".. saya macam what?!! Amboii.. yang CM dah tergelak2 ckp bukan kereta ayah la.. Ni kereta ibu.. Amboi Amboii.. bukan main dua beranak ni ngata kereta ibu ye..

tolong ibu bungkus brg kastemer
lagak kalah org beso..

Tu x masuk lagi akai dia yang lain seperti curah underwear n cloth pad ibu yang berendam dalam bilik air tu ke dalam lubang jamban, tuang toner ibu atas lantai, panjat almari nak amik bedak dan tabur sampai habis atas lantai n etc etc etc.. Kadang2 saya rasa jiran saya mesti pk saya ni dera anak kut.. Anak baru dua tapi berleter pot pet pot pet macam anak ada 10 orang je.. Kadang2 stress sungguh la dengan perangai dia, tapi bila dok diam2 bertenang, saya akan ketawa.. Masa kecik depa ni x boleh nak diulang.. sok depa dah besaq, tinggal la ibu ngan ayah bercinta dua orang je.. Huk Huk Huk...

Hanni

Monday, 6 May 2013

Tips Hilangkan Stress

Saja wat topik ni.. Maklum lah musim2 PRU ni ramai orang stress kan.. Muehehe... Jom baca..

TERDAPAT beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1 )  Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2 )  Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3 )  Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4 )  Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5 )  Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6 )  Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7 )  Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8 )  Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9 )  Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10 )  Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Agak2 susah sangat telan aje B-Complex.. Senang.. Harga pun murah.. Sehari cuma 45 sen je.. Sebotoi ada 120 biji, tahan 4 bulan.. Nak kalu, boleh PM saya.. 
Eh.. Terpromote pulak.. Hahahaha.....






Hanni

Senang ke Buat Shaklee?

Assalamualaikum..

Baru-baru ni dalam group Jutawan, Master Cery bertanyakan soalan nih.. Hm.. Terdiam bila baca soalan nih..

Ini jawapan saya.. Saya cerita dari awal pembabitan saya..

Sebelum saya masuk jadi ahli Shaklee, saya memang mengintai satu biz MLM yang lain (Ya, Shaklee juga MLM). Tapi saya jadi rimas sebab saya kena pulun keluar jumpa orang.. saya kena join kelas yang mana perjumpaan mereka adalah waktu malam n berakhir pukul 3-4 pagi.. Saya rasa susah. Anak lagi.. Suami lagi. Mereka kata nak berjaya kena berkorban.. Tapi saya x sanggup korban masa saya dengan keluarga.. Saya bekerja 8.30-5.30.. Seawal 7.30 pagi saya dah keluar, pulang ke rumah hampir pukul 7.00 malam.. Pukul 10.00 saya sudah tidurkan anak-anak saya.. berapa jam je yang saya ada untuk bersama mereka.. Tu pun saya nak korbankan jugak ke? Haish..

Kemudian saya ditanya oleh upline saya, Cikgu Nurul.. Masa tu saya cuma customer dia. Saya beli set penyusuan 3M. Dia tanya x nak jadi ahli ke? Memula saya rasa macam sama kot Shaklee dengan yang lain.. Saya banyak rasa negatif. Saya x tahu tentang vitamin. Saya x tahu tentang bagaimana nak consult orang amik vitamin apa untuk masalah depa.. Satgi saya salah guide kang mampoih.. Tapi Nurul ni positif. Nurul kata akan di guide. saya kata saya duduk Kulim, perjumpaan mesti kat KL je.. Tapi dia kata x de masalah sebab coaching 24-7 online. Kelas product ke apa ke yang kena hadir tu bukan di buat selalu, & jika di buat pun bukan berlarutan sehingga tengah malam.. Anak-anak boleh bawak.. Malah dia share pada saya picture event-event anjuran Shaklee.. Budak2 bersepah2 berlari sana sini.. Saya macam haaa?? Serius..?? Best nya..

Ok, saya berani kan diri join ahli. Niat memula cuma nak harga ahli je bila beli vitamin.. Hehe.. Tapi bila saya di add dalam group2 Master2 Jutawan yang hebat, pandangan saya berubah.. Sangat berbeza.. Master2 Jutawan kami sangat low profile.. X ada handbag ribu riban (ke ada tp saya yang x tau?), x ada kereta mewah, x ada meregek bergaya kalah primadona, x ada tunjuk kemewahan dunia ni walaupun income sebulan ratus ribu!! X ada semua tu.. Kami di didik supaya bergantung kepada Allah.. sentiasa positif..

Kemudian, (ni baru jawapan susah ke senang..) saya rasa banyak perubahan bila amik Shaklee. Perubahan yang positif. So saya nak share dengan orang lain sama kebaikan yang saya rasa.. Pada fikiran saya, alahhh senang je kot nak jual kat orang.. TAPI x sesenang yang saya sangka.. Saya bukan sekadar kena tahu tapi kena faham.. Kena study produk2 yang saya guna.. Kena khatam semua..

Memang senang, saya boleh klik Share je hasil poster/info orang lain. Senang. Tapi mana kepuasan yang saya terima? X ada. Cemburu sungguh tengok poster orang lain cantik2, info orang lain hebat2.. Maka saya pun kena setanding. Buat juga hasil saya sendiri walaupun cuma guna henpon cap semesung. Nak guna powerpoint x sempat sebab samada laptop akan jahanam or saya yang jadi tarzan dengan anak2 saya.. Hahaha..

Susah ke senang? Senang je kan..? Saya x perlu pun nak keluar rumah meeting potential buyer n etc.. Melainkan ada request untuk COD. Potential 'anak2'? Pun saya x perlu susah nak pegi jumpa nun di Utara, Selatan, Timur or Barat.. FB kan ada.. Online aje.. TAPI mana cabarannya? Ada... Saya kena ada EXTRA knowledge tentang biz ni supaya saya boleh terangkan dengan bagus, supaya mereka faham halatuju biz Shaklee ni.. Malah service/presentation saya pun kena excellent..

Kacang je semua tuu.. haha.. Riak aje ye..

So kalau dah senanggg je, xde ke yang betul2 susah untuk dibuat? Ada... Ini cuma pendapat saya.. Dalam biz ada turun naiknya..Ada masa sale lajuuuuuu je.. Ada masa lain Slow sangat.. Bukan mudah nak kekalkan momentum tu.. Bukan mudah nak kekal positif bila mana time tu perasaan dah down jauhhh dalam diri.. Amik masa untuk bangkit, kekalkan aura positif. Buang rasa putus asa.. Jadikan Allah tempat berpaut..

Itu part paling susah dalam biz Shaklee ni.. Proses nak mendidik hati.. Proses nak mengekalkan momentum dalam biz.. Proses nak jadi orang yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat..

Oh ya, lagi satu, susah sebab biz ni walaupun ianya biz saya sendiri, saya yang tentukan berapa income saya mahu, saya yang tentukan apa yang saya dapat, tapi bukan bermakna saya boleh tindas anak2 saya.. Saya kena tolong mereka.. Naik bersama2 saya... Umpama sorang mak. Yang mahu mendidik dan memastikan anak2 berjaya.. banyak cabarannya...

Apa pun kalau kena dengan caranya, sebenarnya mudah je semuanya.. hehe..

X percaya..? Nak rasa sendiri susah ke senang? Berani nak sahut cabaran saya?

Jom join saya.. Lepas tu saya pulak nak tanya anda.. Susah ke senang wat Shaklee?

Senang je kannnn???

Hanni

Wednesday, 1 May 2013

Program Kembara Kar1sma

Ini adalah entry basi.. Walaubagaimana pun saya begitu teruja tergedik2 jugak nak cerita..kih kih kih...

Cerita ni jadi 25hb April lepas.. Maka berlakulah program Kembara Kar1sma Home Help.. Alaaa... Bersihkan rumah klien gitu.. CM kata, rumah sendiri pun sampai x dan berkemas di kecah anak2, ada hati nak kemas rumah orang.. Ahaha... Ye, sangat benar di situ. Tapi dari terperap kat pejabat baik la saya join program ni.. Lagi pun boleh claim!

Meh nengok gambo mak dara & the geng..








pandai urut budak ni..anak sapa la ni..



sila abaikan yang dok renyih tu ye..

mak dara tukang tengok je..

makcik shila wat rajin..
Baju itam tu geng Penjara

Dah letih tu makan la pulak..

Nampak x over nya mak dara.. hahaha

ni cik ilam.. bak kata nasywa..
Sekian.
Hanni